Amsal · Proverbs

18:9
Dia yang kekukangan dalam pekerjaannya ialah saudara kepada dia yang merupakan pemboros besar.

Manusia gagal secara kewangan kerana dua sebab utama. Sesetengah malas – mereka tidak cukup tekun atau cekal hati untuk mengejar bidang kerja mereka seperti yang seharusnya. Mereka tidak menjana cukup pendapatan seperti yang seharusnya di dalam tempoh hayat mereka. Bahagian pertama penyata pendapatan mereka, iaitu bahagian pendapatan, adalah terlalu rendah. Mereka gagal untuk bekerja secukupnya ketika adanya peluang baik untuk memaksimakan jumlah wang yang masuk. Selepas banyak tahun mereka tidak menjana cukup pendapatan untuk maju.

Yang lain kerja cukup keras dan menjana banyak wang, tetapi mereka membazirkan pendapatan tinggi mereka dengan membiarkan ia terlepas daripada tangan mereka. Mereka mendedahkannya kepada pelaburan yang bebal atau memakainya untuk kenikmatan yang semberono. Bahagian kedua penyata pendapatan mereka, atau bahagian perbelanjaan, adalah terlalu tinggi. Sementara lemah dalam akhlak dan disiplin – mereka tidak dapat menahan godaan untuk membuat spekulasi atau berbelanja. Mereka membazirkan pendapatan yang tinggi mereka, sehingga mereka tidak maju juga.

Orang malas yang menjaga rapi pendapatan rendah mereka dan aset-aset yang sedikit kerap kali memandang hina pembaziran orang yang rajin bekerja dengan pendapatan yang lebih tinggi. Dan orang tekun yang membazir dan yang memboros pendapatan mereka kerap kali memandang hina kekukangan orang malas yang mungkin lebih berjimat daripada mereka. Tetapi kedua-dua orang ini ialah saudara! Tanggapkah kamu perolok-olokan Salomo di sini? Kedua-dua kesalahan itu ialah dosa; kedua-dua kesalahan itu membawa masalah kewangan; kedua-dua kesalahan itu layak untuk malu. Kedua-dua jenis orang itu orang yang gagal!

Tiada akhlak mulia dalam ketekunan, jika orang yang tekun itu membazirkan keberhasilan besarnya dengan melabur sembarangan dalam risiko tinggi dan terlalu banyak berbelanja. Dan tiada akhlak mulia dalam pengurusan kewangan yang berjimat-cermat, jika orang yang berhati-hati itu terlalu malas untuk menghasilkan sebanyak yang semungkin. Kedua-dua orang ini bersaudara! Mereka berasal dari keluarga yang sama – keluarga masalah kewangan dan masalah dalam bidang kerja. Mereka berdua merupakan orang yang gagal!

Hai pembaca, apakah godaanmu? Kurang bekerja? Terlampau berbelanja? Atau kedua-duanya? Mana-mana dua kesalahan kewangan ini akan melukakanmu. Berhenti dan pertimbangkan kebebalanmu pada hari ini. Daripada memperbenarkan dirimu dengan memandang hina orang dengan kesalahan lainnya, pandang hina dirimu dengan mengagumi orang yang tiada kesalahanmu. Berubah! Kerja lebih keras! Kurang membazir! Atau lakukan kedua-duanya! Inilah hikmah berilham dari syurga dari pena Raja Salomo bagi kemakmuran kewanganmu.

Orang yang tekun bekerja keras. Mereka menggunakan diri mereka untuk berusaha dan bercekal hati. Mereka naik pangkat dengan cepat dalam bidang kerja mereka; tahap pendapatan mereka adalah tinggi. Tetapi mereka kerap kali mengadu tentang kos sara diri yang tinggi, meskipun masalah yang sebenarnya ialah kos gaya hidup mereka yang tinggi. Mereka memboros pendapatan mereka dengan perbelanjaan yang berlebih-lebihan (Ams 12:27; 21:17,20; 23:20-21). Mereka kehilangan aset-aset mereka dengan spekulasi yang bebal (Ams 6:1-5; 28:19-20,22). Salomo mengutuk kedua-dua jenis pembaziran demikian.

Ia tidak penting berapa banyak pendapatan yang dijanakan orang yang tekun. Pendapatan hanyalah separuh daripada persamaan kewangan. Ia sama penting untuk mendapat tahu bagaimana dia melabur atau membelanjakan pendapatannya. Banyak pendapatan yang lebih tinggi boleh cepat hilang melalui pelaburan yang bebal atau perbelanjaan yang membazir. Semua yang diambil kira untuk kewangan yang berjaya ialah berapa banyak yang tertinggal selepas segala perbelanjaan – inilah penabungan pendapatan atau penghimpunan modal- sukatan benar kuasa ekonomi. Pekerja yang malas dan pembelanja yang boros berdua adalah orang yang gagal secara kewangan.

Kebanyakan orang, yang dirosakkan dosa dan yang biasanya rabun jauh, menambahkan perbelanjaan secepat kadar pendapatan meningkat. Para pakar ekonomi memanggil ini kecenderungan untuk memakai. Salomo mengolok-olok pendapatan yang tinggi yang hanya ternyata dalam lejar perakaunan tetapi hilang dengan cepat untuk membayar perbelanjaan yang lebih tinggi (Pkh 5:11). Ia tidak kira jika kamu menjanakan pendapatan 50% lebih pada tahun ini daripada tahun lepas, jika kamu membelanjakan 50% lebih juga. Kamu besar kemungkinan telah meningkatkan usahamu dan risikomu untuk apa? Untuk kesia-siaan! Pemungut cukai akan berterima kasih kepadamu!

Hanya orang bebal membazir pendapatan dengan membiarkan perbelanjaan meningkat sekadar dengan pendapatan mereka (Ams 21:17,20). Orang kuat mengekalkan kekayaan, kerana mereka dapat menahan godaan skim cepat kaya dan pengiklanan yang menarik nafsu-nafsu mereka (Ams 11:16). Mereka tidak kisah tentang gaya hidup mewah orang lain. Mereka ada rancangan kewangan – mereka bekerja keras untuk itu – dan mereka tidak akan membenarkan perbelanjaan atau pelaburan yang bebal sehingga mencuri daripadanya.

Orang yang berhati-hati adalah berhemat. Sen pun mereka ingin jimat. Mereka mengelak kebanyakan pelaburan, sebab mereka tidak percaya kepada apa pun. Mereka mencari tawaran barang yang menjimatkan; mereka hidup dengan berjimat-cermat. Mereka tidak melabur dalam apa yang berrisiko tinggi; mereka cukup puas dengan sedikit; mereka dapat memakai wang yang ada dengan lama-lama. Tetapi mereka kerap kali ada sedikit, sebab mereka tidak menanggapi ganjaran untuk bekerja keras (Ams 10:4; 12:11,27; 13:4; 20:4,13; 22:29). Mereka juga tidak faham kelebihan besar pelaburan yang berhikmah (Ams 14:4). Mereka memakai fikiran yang sama di tempat kerja – mereka berlengah-lengah dan bekerja tanpa kesungguhan. Mereka orang yang gagal.

Dua kesalahan ini mencuri kejayaan daripada manusia. Adakah kamu kekukangan dalam perniagaanmu? Atau adakah kamu membazirkan pendapatan hasil jerih lelahmu? Atau adakah kamu bersalah dalam dua-dua hal itu? Bencilah kedua-dua kesalahan itu – sebab kedua-duanya ialah dosa yang sama bebal. Jadilah tekun dan bersungguh-sungguh dalam usahamu; jadilah konservatif dalam perbelanjaanmu, jika kamu mahu belajar hikmah yang berilham di sini, amalkan itu, dan tunggu untuk ganjarannya.

Salomo telah mengajar dua lagi peraturan kewangan yang sesuai di sini. Pertimbangkannya dengan sungguh-sungguh. Kejayaan kewangan mewajibkan pemberian yang murah hati kepada Allah dan perjuangan-perjuangan yang Dia luluskan (Ams 3:9-10; 11:24-26; 1917; 28:27; Hag 1:2-11). Kemakmuranmu juga mewajibkan penabungan untuk berkat Allah, kecemasan, dan pelaburan (Ams 6:6-8; 14:4; 21:20; 30:25). Jika kedua-dua peraturan tambahan ini benar (dan memang ia benar!), maka kamu harus menjanakan lebih pendapatan dan lagi mengurangkan perbelanjaan untuk mampu melakukan kedua-dua peraturan ini. Dengan itu, hikmah amsal ini sungguh-sungguh penting. Terima kasih, Allah!

Amsal ini juga dipakai kepada jiwamu. Orang Kristian yang malas jarang menghasilkan buah atau mendapat untung bagi rahmat Allah yang telah diberi kepada mereka (Luk 8:11-12; 13:6-9; 19:23-27). Mereka membazirkan peluang untuk mengenal Allah dan untuk menyenangkanNya dengan kehidupan mereka. Orang Kristian yang membazir mendengar firman dan bersukacita dan mungkin aktif, tetapi mereka membazirkan kehidupan mereka dengan mengejar dunia (Luk 18:14; Flp 3:18-19; 1Tim 6:6-10). Paulus bagi kedua-dua itu pun tidak sebegitu – dia melayani Yesus dengan sekuat tenaganya, dan dia tidak membazirkan satu hari pun untuk bermain seperti orang lain (1Kor 15:10; 2Tim 4:7). Ikutilah teladannya!