18:8
Kata-kata pembawa mulut adalah seperti luka, dan ia turun memasuki bahagian perut yang paling dalam.
Mengumpat itu dosa, dan ia dosa yang kejam dan menyakitkan. Menyebarkan berita tentang seseorang dapat merosakkan nama baik dan menghancurkan persahabatan. Kasih sejati menutupi kesilapan dan kegagalan; menyebarkan itu adalah kekejaman yang serupa membenci orang. Lindungilah orang lain dengan menyimpan rahsia mereka dan diamkan kaki mengumpat.
Allah benci perbuatan membawa mulut, iaitu menyebar hal orang lain yang patut diselindungi. Ini tidak kira apa yang dikatakan itu benar atau tidak. Jika ia tidak benar, maka menyebarkannya perbuatan fitnah; jika ia benar maka ia perbuatan membawa mulut. Jika tiada suatu alasan yang cukup munasabah daripada Allah atau daripada orang berkuasa untuk mendedahkan sesuatu hal, maka kekalkan maklumat yang negatif terselindung.
Pembawa mulut menyebarkan berita peribadi tentang orang lain; mereka kejam dan durjana. Allah telah menganggap amsal ini cukup penting untuk diulang dua kali (Ams 26:22). Belajarlah peraturan ini. Solomo juga telah menulis, “Seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: tetapi dia yang ada roh yang setia menyembunyikan hal itu” (Ams 11:13). Dan, “Dia yang merayau-rayau sebagai seorang pembawa mulut mendedahkan rahsia: oleh itu, jangan masuk campur dengan dia yang mengampu dengan bibirnya” (Ams 20:19).
Mengumpat dan membawa mulut di rumah dan di sekolah biasanya dihukum pada masa dahulu, sebab manusia mengenal hukum Allah dahulu. Allah melalui Musa mengutuk perbuatan membawa mulut pada tahun 1531 S.M. (Ima 19:16). Membawa mulut adalah sama seperti mengumpat dan berbisik dalam Alkitab, dosa-dosa yang telah dikutuk sebagai kedurjanaan (Ams 16:28; 26:20-26; Maz 15:3; Rom 1:29-30; 2Kor 12:20; 1Tim 5:13).
Kaum ibu dahulu biasa menasihati, “Jika kamu tidak dapat bercakap apa pun yang baik tentang orang lain, maka jangan bercakap apa pun tentang mereka.” Inilah nasihat yang berharga daripada suatu generasi yang takut akan Allah dan mengenal hikmah Alkitab. Jika hanya hal yang baik dan yang positif dikongsikan tentang orang lain, fikirlah betapa mengasihi dan menyatupadukan itu akan jadi bagi keluarga-keluarga, perniagaan-perniagaan, gereja-gereja, dan bangsa-bangsa!
Membawa mulut menyakiti nama baik orang dengan kesilapan, dosa, atau peristiwa peribadi yang sedang dikhabarkan; ia juga menyakiti orang yang mendengar laporan itu, sebab ia melukakan pendapatnya terhadap sahabatnya. Kesan-kesan dosa yang berleluasa ini adalah sungguh membinasakan dengan kesan-kesan yang mendalam, dan yang berkekalan lama. Pemusnahan dan kepedihan berlaku dalam bahagian yang paling dalam, iaitu hati dan jiwa (Ams 20:27,30).
Sebaik sahaja kamu mendedahkan maklumat peribadi, apakah yang dapat kamu buat? Ia hampir tidak mungkin untuk memperbetulkan dosamu. Kamu tidak boleh mengambil balik kata-kata yang kamu dengan bebal atau dengan niat jahat lepaskan daripada mulutmu. Orang yang telah mendengarmu tidak dapat dengan sepenuh-penuhnya memadam apa yang kamu beritahu mereka, tidak kira betapa banyak kamu suruh mereka cuba padam. Kamu sudah melukakan sikap dan nama baik orang lain; kamu telah menjejaskan persahabatan atau perpaduan dengan mendedahkan maklumat peribadi orang lain. Ini berdosa!
Dosa ini ialah perbuatan merogol nama baik lelaki atau perempuan, yang akan kekal untuk sepanjang hayat. Jadi, Alkitab kerap kali memberi amaran menentang itu. Pelajarilah pelajaran akhlak mulia ini dan jangan sesekali pun melanggarinya. Jangan berkata apa pun yang kritikal tentang orang lain, kecuali kamu terpaksa buat bagi alasan salih atau alasan kekuasaan. Fikir hal positif tentang orang lain, supaya kata-kata negatif tidak akan terlepas (Mat 12:34-37).
Memberitahu maklumat peribadi tentang orang lain sudah menjadi sesuatu yang boleh diterima. Ia disanjungi sebagai kecemerlangan dalam perkhabaran berita oleh media-media massa. Ada program radio dan televisyen dan lama Internet yang dikhususkan untuk menyebarkan khabar angin dan/atau berita tentang orang lain, terutamanya pihak berkuasa. Inilah salah satu tanda dan gejala bagi generasi yang hina ini.
Seorang pembawa mulut memberitahu rahsia (Ams 11:13; 20:19). Lelaki, atau kerap kali perempuan, tidak dapat menahan berita itu kepada dirinya sendiri. Dia ingin menyebarkannya untuk memusnahkan nama baik akhlak dan kedudukan orang lain atau untuk memuaskan sikap suka ingin tahu dan supaya ditanggap sebagai orang yang banyak tahu. Kedua-dua dorongan itu adalah dari neraka! Jika kamu ambil berat tentang orang lain, beritahu orang itu sendiri (Ams 25:9; Mat 18:15).
Apakah yang harus kamu buat, jika seseorang mula mengumpat di depanmu? Solomo telah menulis, “Angin utara menghalau hujan: demikian juga muka marah kepada lidah yang mengumpat” (Ams 25:23). Kamu harus pertama-tama jadi marah untuk menunjukkan mereka bahawa kamu tidak suka itu sama sekali. Jika itu tidak berjaya, beritahu mereka bahawa mereka sudah salah. Kalau mereka masih kekal sebegitu, maka jauhkan diri dan kekalkan diri jauh.
Amsal ini tidak menahanmu daripada memberitahu pihak berkuasa tentang suatu jenayah atau jenayah yang mungkin berlaku. Memanggil polis bagi aktiviti-aktiviti yang mencurigakan bukan membawa mulut. Melaporkan suatu jenayah bukan membawa mulut. Pihak berkuasa ada keperluan mendengar maklumat. Hanya sedikit hikmah diperlukan untuk membezakan anatara membawa mulut dan membantu kekuasaan (Kej 37:2; 1Kor 1:11).
Kasih ialah bahagian yang lebih penting bagi agama Kristian (Kol 3:12-15), dan kasih akan hanya berbuat apa yang paling baik bagi kepentingan orang lain, termasuk mengekalkan maklumat peribadi orang sebagai rahsia (Ams 10:12; 17:9; 1Pet 4:8). Mengasihi orang lain, nama baik mereka, dan persahabatan mereka harus menempatkan suatu kekang pada lidahmu. Matlamatmu haruslah untuk membina mereka, dan bukan untuk membinasakan mereka.
Banyak orang menuntut diri sebagai Kristian, tetapi tanda dan bukti yang sebenarnya bukan dalam perkataan, tetapi dalam perilaku (Yak 2:14-20). Agama Kristian sejati adalah lebih sebagai gaya hidup daripada suatu pengakuan kepercayaan. Dan bukti tunggal yang paling besar bagi agama Kristian bukanlah iman, tetapi kasih (Yoh 13:34-35; 1Kor 13:13). Kasih menunjukkan perubahan yang paling besar dalam seseorang. Allah mengisytiharkan bahawa seseorang yang belajar untuk mengasihi orang lain dengan betul, seperti tidak memfitnah atau membawa mulut, adalah lebih besar daripada seorang rasul (1Kor 12:31; 13:1-7).