Amsal · Proverbs

18:10
Nama TUHAN ialah menara yang kuat: orang benar lari ke dalamnya dan beroleh selamat.

Ketika kamu takut, apakah jenis menara yang kamu mahu untuk perlindungan dan keselamatan? TUHAN ialah menara yang kuat pada waktu ketakutan. Kamu boleh berlari ke dalamnya dan beroleh selamat, bila-bila kamu memerlukannya. Tiada apa pun yang dapat memecah masuk. Namanya TUHAN, dan tiada mana-mana tempat sedemikian untuk perlindungan daripada bahaya. Berpegang teguhlah kepada amsal ini dengan iman; ia akan menyelamatkan nyawamu.

Ia bukan sahaja nama TUHAN semata-mata yang merupakan menara yang kuat, sebab namaNya bukan kuasa sakti untuk orang durjana. Ia bererti Allah Yang memiliki nama itu dikenali orang melalui namaNya. Ia bererti TUHAN Sendiri, dengan segala ciri-ciriNya dan kesempurnaanNya yang mulia. Dia Yang Maha Hidup dan Yang Maha Sejati, Maha Pencipta syurga dan bumi, Ayah kepada yang tidak berayah, dan Hakim bagi orang balu. Ya, Allah itulah yang disebut. NamaNya ialah TUHAN. Adakah kamu mengenal Dia dengan cukup baik?

Apakah namaNya? Apakah maksud TUHAN dengan semua huruf besar? Adakah ia suatu istilah aneh yang ketinggalan zaman daripada para penterjemah King James? Wahai orang yang mengasihi TUHAN, pertimbangkanlah ini dengan teliti. Lima huruf besar itu mewakili tetragrammaton suci Israel. Allah menyatakan Dirinya kepada Musa sebagai AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH. Orang Yahudi menganggap nama ini tidak boleh disebut. Mereka menulis nama ini sebagai tetragram empat konsonan, JHVH. Sudut tulisannya menghala ke atas dengan vokal daripada nama-nama Ibrani lain Allah, iaitu Elohim dan Adonai, untuk ditulis dan disebut sebagai Jehovah! Huruf besar TUHAN bermaksud Jehovah, yang merupakan Allah yang bernama AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH.

Adakah Allah ini merupakan menara yang kuat? Tiada mana-mana lagi Allah selain Dia! Dewa-dewi dunia ialah pembayangan keiblisan oleh orang pagan yang jahil. Patung-patung berhala mereka ialah tunggul, batu, binatang, dan serangga. Ia kena dipunggah dari suatu tempat ke tempat yang lain. Jehovah mengolok-olok itu berulang-ulang kali dalam Alkitab, dan Dia menganggap orang yang bersembahyang kepada itu sebagai orang yang sama bodoh.

Berapa kuat menara ini? Kalian percayalah kepada TUHAN untuk selama-lamanya: sebab dalam TUHAN JEHOVAH ialah kekuatan yang abadi (Yes 26:3-4)! Abraham, Ishak, dan Yakub mengenal Dia sebagai Allah Yang Maha Kuasa, tetapi Dia menyatakan Dirinya dengan lebih lanjut kepada Musa (Kel 6:3). Hagar menamakan Dia, “Engkau Allah melihatku” (Kej 16:13). “Ayah kepada yang tidak berayah dan seorang hakim bagi orang balu, ialah Allah dalam kediamannya yang kudus” (Maz 68:5). Tidak seorang pun yang menaruh percaya kepadaNya pernah tercicir!

Biar Daud menjadi teladanmu. Panggilah TUHAN pada masa kesesakanmu, dan biarlah Dia menyelamatkanmu (Maz 18:1-6). Dia gunung batu, kubu pertahanan, penyelamat, Allah, kekuatan, perisai, tanduk keselamatan, dan menara tinggi Daud (Maz 18:2). Daud berkata, “Aku akan mengasihimu, ya TUHAN, kekuatanku” (Maz 18:1).

Dia menyelamatkan orang benar dengan demikian: “Maka bumi pun gempa dan gementar; dasar bukit-bukit juga telah bergerak dan gempa, kerana dia murka. Ada asap yang keluar dari hidungnya, dan api yang dari mulut membinasakan: batu arang dinyalakan olehnya. Dia juga menundukkan syurga, dan turun: dan kegelapan ada di bawah kakinya. Dan dia menunggang malaikat kerub dan memang terbang: ya, dia memang terbang di atas sayap angin. Dia menjadikan kegelapan tempat rahsianya; astaka yang mengelilinginya ialah air gelap dan awan langit yang tebal” (Maz 18:7-11). Adakah kamu mengenal Allah yang mulia ini? Adakah kamu bersukacita dan percaya kepadaNya?

Adakah kamu fikir allah bulan boleh berbuat demikian? Atau Roh Besar orang asli Amerika? Atau anjing suci orang Mesir? Atau kumbang air orang Etiopia? Atau matahari, bulan, atau bintang-bintang, yang banyak dikagumi orang? Hanya ada satu Allah Yang Maha Hidup dan Yang sejati – Jehovah. Kamu harus mengenal Dia. Dia telah menjadikanmu untuk DiriNya sendiri (Ams 16:4). Sembahyanglah kepada Dia.

Jika kamu tidak suka mengolok-olok allah-allah palsu orang pagan, maka kamu perlu membaca Alkitab atau mencari suatu agama yang baru, sebab Jehovah senang hati dalam hal mengolok-olok agama pagan yang kasihan dan yang berpura-pura. Tidak satupun yang dapat dibandingkan denganNya! Rujuk kepada 1 Raja-Raja 18:27; Maz 115:1-8; 135:15-18; Yesaya 40:18-20; 44:9-20; 46:1-9; Yer 10:1-5; dan Hab 2:18-20.

“Celakalah orang yang berkata kepada kayu, Bangunlah; kepada batu yang bisu, Bangkitlah, ia akan mengajar! Lihatlah, ia disaluti dengan emas dan perak, dan tiada apa pun nafas sama sekali di dalamnya. Tetapi TUHAN berada di baitNya yang kudus: biar seluruh bumi berdiam di hadapanNya.”

Sementara sudah jemu dengan patung-patung berhala ciptaan manusia yang diperbuat daripada kayu dan batu, orang pagan dunia menambah lagi kepada diri mereka ciptaan-ciptaan yang baru. Orang Arab bersembahyang kepada allah bulan (cuba lihat tanda bulan sabit di atas tempat sembahyang mereka). Orang Hindu memilih daripada berjuta-juta dewa mereka suatu tritunggal yang tidak kudus iaitu, Shiva (pembinasa), Brahma (pencipta), dan Vishnu (pengekal). Mana-mana satu di antara mereka pun tidak dapat dibandingkan sama sekali dengan Allah TUHAN.

Sementara menolak dewa-dewi orang pagan Arab dan Hindu, para Komunis Rusia pula bersembahyang kepada orang kurus dan jahil yang bernama Vladimir Lenin, dan para Komunis China pula bersembahyang kepada orang gemuk dan jahil yang bernama Mao Tse Tung. Roh-roh jahat mengenal semua penyamar daripada allah bulan kepada Mao, dan mereka ketawa sepanjang jalan ke neraka tentang itu.

Tetapi ada satu Manusia yang roh-roh jahat takut melebihi mana-mana pun allah, malaikat, dan manusia bergabung. Dan ia bukan Joseph Smith, Muhammad, atau Paus Francis I. Manusia itu ialah Yesus dari Nazaret. Ketika Dia berada di bumi dalam keadaan yang sungguh direndahkan, roh-roh jahat ini berlari dan bersembahyang kepadaNya berulang-ulang kali, dan mereka merayu kepada Dia supaya tidak menyeksa mereka sebelum waktu penghakiman mereka. Yesus sekarang sudah dinaikkan ke tangan kanan Allah, Dia jauh mengatasi mereka semua. Yesus memakai mereka sebagai tumpuan kakiNya, dan menyerahkan mereka kepada kekekalan di neraka.

Orang Kristian juga tidak menunduk kepada tahayul orang Babel dan orang Rom lalu berdoa kepada Maria. Dia bukan menara dan juga tidak kuat. Dirinya sendiri pun dia tidak dapat membantu. Maria memerlukan seorang Juruselamat seperti mana-mana perempuan yang lain, seperti yang diakui Maria sendiri kepada Elisabet (Luk 1:46-49). Maria tahu bahawa dia sendiri merupakan dayang yang rendah pangkat dan adalah objek yang diberkati, dan bukan pemberi berkat. Yesus berkata kepada ibuNya bahawa tiada apa pun hal yang lebih penting daripada mana-mana percayawan dalam Allah (Luk 11:27-28; Mat 12:46-50).

Orang Kristian juga tidak berdoa kepada santo-santo, sebab mereka sudah mati dan dikuburkan sampai hari ini. Mereka tidak dapat membantu. Mereka bukanlah menara keselamatan. Mereka telah mati kerana mereka merupakan para pendosa di bawah kutuk Allah. Lupakanlah nama mereka. Orang Katolik mereka-rekakan santo pada kadar yang sama cepat dengan rekaan allah orang Hindu. Nama bagi kedua-dua agama itu adalah tidak bernilai. Mother Theresa? Dia sendiri tidak dapat memanjat tali 20 kaki panjang, kalau nyawanya bergantung kepada tali itu. Panggillah TUHAN!

Kamu punya ibubapa, pastor, paus, atau paderi pun bukan lebih baik. Mereka tidak dapat membantumu. Mereka memerlukan menara yang kuat sama seperti dirimu atau lebih banyak lagi daripadamu. Hanya ada satu nama yang olehnya seseorang boleh diselamatkan; hanya ada satu nama yang mengatasi segala nama yang lain; hanya ada satu nama yang merupakan menara yang kuat. Nama itu Yesus, yang di hadapanNya setiap lutut bertelut (Flp 2:9-11).

Ketika orang Kristian mengakhiri doanya kepada Allah dengan “dalam nama Yesus”, dia memakai nama yang paling tinggi di seluruh alam semesta (Flp 2:9-11). Sebab kamu sedang memakai nama yang bermaksud TUHAN Jehovah ialah keselamatan (Mat 1:21). Sekarang itulah menara yang kuat! Kamu akan selamat di dalamnya!

Biar ini jelas diketahui untuk selamanya bahawa Yesus dari Nazaret, Mesias Israel, Kristus Allah, ialah Jehovah Sendiri, Allah Yang Maha Kuasa, Bapa Yang Abadi, Yang Berbahagia, dan Yang satu-satunya Diraja, Imanuel, Firman Allah! Dia TUHAN, dan Dia Tuhan segalanya!

Hai pembaca Kristian, kamu mengenal TUHAN. Dia menaramu yang kuat. Dia akan menyelamatkanmu daripada apa pun bahaya dan daripada setiap bahaya. “Percayalah kepadanya pada setiap masa; hai umat sekalian, curahkanlah isi hatimu di hadapannya: Allah ialah tempat perlindungan bagi kita. Sela” (Maz 62:8).“Malaikat TUHAN berkhemah mengelilingi mereka yang takut akan TUHAN, lalu menyelamatkan mereka” (Maz 34:7).

Berlarilah kepadaNya! Tiada bantuan di mana-mana lagi. Larilah kepadaNya dengan doa. Larilah kepadaNya dengan percaya. Larilah kepadaNya dalam iman. Larilah kepadaNya sekarang! Dia akan menyelamatkanmu daripada semua musuhmu dan kesesakanmu dalam kehidupan ini dan kehidupan pada dunia yang akan datang. Larilah kepadaNya, hai orang benar!

Tetapi jangan lari kepada Dia dengan dosa yang tidak diakui, sebab Dia akan menolakmu (Ams 15:8,29; 28:9; Maz 66:18; Yes 1:15; Yak 4:3). Allah tidak diperolok-olok oleh doa-doa atau sembahyang yang sebegitu cabul; jika kamu telah menolak amaran-amaranNya, Dia akan menertawakan malapetakamu (Ams 1:20-32). Dia kudus.

Tidak kira apa pun ketakutanmu atau kesesakanmu, pada waktu kini atau di akhirat, TUHAN ialah menara kuatmu, dan Dia akan menyelamatkanmu. “Dan juga tiada keselamatan di dalam sesiapa yang lain: sebab tiada nama lain di bawah langit yang diberikan kepada manusia yang melaluinya kita dapat diselamatkan” (Kis 4:12). “Dan apabila aku nampak dia, aku rebah pada kakinya seperti orang mati. Dan dia menumpang tangan kanannya ke atas aku sambil berkata kepadaku, Janganlah takut; Akulah yang pertama dan yang terakhir. Akulah dia yang hidup, dan yang pernah mati; dan lihatlah, Aku hidup selama-lamanya, Amin; dan memiliki kunci-kunci neraka dan maut” (Wah 1:17-18).

“Dan saya nampak syurga terbuka, dan melihat seekor kuda putih; dan dia yang menungganginya dipanggil Yang Setia dan Yang Benar, dan dalam kewajaran dia menghakimi dan berperang. Matanya adalah seperti nyala api, dan pada kepalanya ada banyak mahkota; dan dia ada suatu nama yang tertulis, yang tidak seorang pun tahu, kecuali dirinya sendiri. Dan dia memakai baju yang telah dicelup dalam darah: dan namanya dipanggil Firman Allah. Dan angkatan-angkatan yang berada di syurga mengikutinya menunggangi kuda-kuda putih, memakai linen halus yang putih dan yang bersih. Dan dari mulutnya keluarlah sebilah pedang yang tajam, yang dengannya dia memukul bangsa-bangsa: dan dia akan memerintah mereka dengan tongkat besi: dan dia menginjak-injak tempat pemerasan anggur keganasan dan kemurkaan Allah Yang Maha Kuasa. Dan dia ada pada jubahnya dan pada pahanya tulisan suatu nama, RAJA SEGALA RAJA, DAN TUAN SEGALA TUAN” (Wah 19:11-16).

“Jika ada sesiapa yang tidak mengasihi Tuhan Yesus Kristus, biar dia dikenakan Anatema Maranata. Rahmat Tuhan Yesus Kristus kita menyertai kalian” (1Kor 16:22-23).