Amsal · Proverbs

19:11
Budi bicara seseorang menangguhkan kemarahannya; dan ia kemuliaannya untuk melangkaui pelanggaran.

Inilah suatu amsal yang cemerlang. Ia mengandungi hikmah yang penting untuk perhubungan yang lebih baik dengan orang lain. Ia menjelaskan sebahagian besar belas ihsan dan kasih yang sejati. Ia akan meninggikan darjat akhlak dan nama baik seseorang.

Kamu dapat menjadi mulia pada hari ini, kerana pasti ada orang yang menyalahimu. Dengan budi bicara hikmah Allah, kamu dapat menangguhkan kemarahanmu dan tidak mempedulikan pelanggaran terhadap dirimu. Kamu dapat menyerah sebelah pipi yang lain, melangkaui pelanggaran itu, dan memilih belas kasihan daripada murka. Tetapi hanya mereka yang diajar Yesus Kristus dan telah diajar oleh Roh Kudus akan berbuat sedemikian.

Budi bicara ialah kemampuan untuk mengenal perbuatan yang wajar bagi apa pun situasi. Menangguhkan bermaksud melambatkan dan melengah sesuatu. Budi bicara yang salih memilih untuk melambatkan dan menangguhkan kemarahan apabila orang menyalahimu. Itulah tanda orang yang berhikmah dan suatu roh berbaik budi dan berlemah-lembut. Itulah tanda kematangan Kristian kerana hanya orang bebal yang jahat suka membalas dendam.

Kebanyakan orang, apabila disalahi orang lain, meradang, memilih untuk disakiti, menjadi marah, mengeluaran kata-kata pedas dan merancang untuk berbalas dendam. Mereka tidak ada budi bicara kerana perasaan menguasai hati mereka. Mereka tidak tahu maksud menangguh kerana mereka bertindak balas dahulu, baru berfikir selepas itu. Itulah tanda roh yang angkuh dan yang babil (Ams 16:28; 28:25), yang bercanggahan dengan hikmah dan budi yang baik.

Kemarahan ialah kegilaan sementara, dan untuk menyerah kepada tuntutannya yang panas dan meluluitu pasti akan menjadikanmu untuk salah faham suatu kesalahan atau membalas dengan kadar yang melampau (Ams 14:17). Apabila suatu kesalahan sudah dijadikan persengketaan dan perbalahan, maka kamu ada satu peperangan yang tidak mudah berakhir (Ams 17;14; 18:19). Budi bicara ialah pilihan yang bijak untuk memulih semula kewarasanmu sebelum menghakimi suatu kesalahan.

Kamu harus belajar bahawa kemarahan yang tidak dilepaskan akan melesap; ia tidak lama akan menghilang. Kerap kali pada hari kemudian, kamu jarang kali akan mengingati kesalahan pada hari semalam. Tetapi manfaat ini memerlukan dua perkara – kamu harus menangguhkan marahmu dengan tidak melepaskannya, dan kamu harus ada semangat yang bersukacita untuk melangkaui kesalahan. Hai pembaca, belajar untuk menangguhkan kemarahanmu (Ams 14:29).

Kamu harus memilih semangat yang bersuka untuk mengampuni orang yang telah menyakitimu, dengan memilih jalan hikmah, damai sejahtera dan kasih (Ams 17:9; 1Kor 13:4-7; Yak 3:17). Semangat yang suka membalas dendam cepat-cepat adalah dari neraka (Yak 3:14-16), dan kamu harus menolak dan memandang hina padanya. Kecenderungan alamiah manusia bermegah untuk mengenalpastikan kesalahan dengan cepat dan memperbetulkan kesalahan yang peribadi, tetapi ini adalah kejahatan. Sebaliknya, pilihlah belas kasihan, damai sejahtera dan kasih.

Pelanggaran yang di sini ialah kesalahan peribadi terhadapmu. Amsal ini tidak mengajar untuk melangkaui atau berkompromi dengan dosa yang menentang Allah atau kekuasaan yang wajar. Kekuasaan ibubapa, kerajaan negara, dan majikan masih harus menguatkuasakan undang-undang. Kesalahan yang dinyatakan di sini ialah pelanggaran kecil oleh orang lain yang menjelek dan memprovokasikanmu.

Inilah suatu amsal yang ajaib. Salah satu amsal yang paling baik. Jika dipraktikan dengan cekal hati, perhubungan di antara saudara akan menjadi sempurna dan masyarakat manusia akan bersukacita dan berhasil. Inilah kasih yang benar dan persahabatan benar. Perkahwinan yang mengamalkan peraturan ini akan menjadi mulia. Gereja yang mengamalkan budi bicara ini akan menjadi gembira dan dipenuhi Roh. Jika semua orang melangkaui kesalahan peribadi dan bersuka dalam peluang untuk mengampuni, kehidupan dapat beroleh bahagia yang ajaib benar.

Tetapi keangkuhan menahan seseorang daripada menangguhkan kemarahan. Dia harus membalas dendam untuk melindungi bayangan darjat tingginya dan perasaannya yang terluka. Sementara merindukan keunggulan untuk mengatasi yang lain, dia harus mempertahankan kepentingannya sendiri. Air muka muram timbul, kata-kata pedas diluahkan, kritikan dilemparkan dengan tidak semena-mena, dan tumbukan mungkin juga diberi juga. Orang sebegitu ialah orang bebal yang angkuh.

Hikmah Allah tidak berubah-ubah. Yesus telah mengajar peraturan ini terang-terang di Matius 5:38-48, dan Dia mengajar untuk menyerahkan sebelah pipi yang lain kepada musuh peribadi. Dia menyatakan supaya jangan menahan kejahatan apabila ia kesalahan peribadi terhadapmu. Dia berkata supaya berbuat baik kepada musuh-musuhmu yang peribadi. Inilah cara orang pendamai yang salih, dan mereka menjadi sungguh mahir. Mereka bersuka dalam hal mengampuni dan mereka sungguh mulia dalam pengampunan yang diberi mereka kepada musuh. Mereka merupakan anak Allah yang benar.

Petrus, murid Yesus yang selalu terburu-buru, bertanya kepada Yesus berapa kali pengampunan yang berpatutan harus diberikan kepada orang yang menyalahinya. Petrus ingin supaya pengampunan itu dihadkan kepada tujuh kali, dan selepas itu dia dapat membalas dendam, tetapi Yesus meningkatkan had itu kepada tujuh puluh darab tujuh kali. Ini jauh melebihi budi bicara Petrus yang semulajadi (Mat 18:21-35). Namun, dengan kuasa Kristus, kamu mampu menjadi sebegitu salih dan wajar (Fil 4:13).

Dunia tidak mengenal hikmah amsal ini. Ia menghormati orang yang tidak akan bersabar dengan kesalahan orang, orang yang memukul balik dengan cepat, dan dengan lebih keras daripada pukulan yang telah diterima. Ia memuliakan orang yang membalas dengan sekeras-kerasnya dan dapatmemberi pukulan atau kecaman yang terakhir dalam perbalahan itu.

Tetapi orang kuat Allah ialah mereka yang suka belas kasihan dan yang dapat melangkaui kesalahan orang dan tidak peduli akan kerugian sendiri (Mik 6:8; 1Kor 6:1-8). Allah akan menunjukkan belas kasihan terhadap orang sebegitu dan menjadikan mereka besar, seperti Daud kerana layanan baiknya terhadap Saul (Maz 18:19-26).

Agama Kristian ialah agama pengampunan, kerana ini ialah batu penjuru bagi perhubunganmu dengan Allah dan dengan orang lain (Mat 6:14-15; Efe 4:31-32; Kol 3:12-13). Lebih banyak baik budi dan akhlak diperlukan untuk melangkaui kesalahan terhadapmu daripada membalas dengan kemarahan. Hikmah dan kekuatan salih ialah keinginan dan kemampuan untuk menguasai roh yang terburu-buru (Ams 16:32; Yak 1:19-20). Orang yang ingat bahawa hal melangkaui kesalahan ialah sifat yang lemah, mudah takut dan sikap berkompromi ialah orang bebal.

Ketika TUHAN Jehovah menyatakan kemuliaanNya kepada Musa, “TUHAN melintas di hadapan Musa, dan berseru, TUHAN, TUHAN Allah, berbelas kasihan dan berbudi baik, sabar derita, dan berkelimpahan dengan kebaikan dan kebenaran” (Kel 34:6). Perhatikan apa yang merupakan kemuliaan Allah! Belas kasihanNya, baik budiNya, sabar deritaNya, kebaikanNya, dan kebenaranNya! Berapa banyak kesalihanmu?

Kamu akan tersinggung pada hari ini dengan cara orang melayanimu. Ini memang dunia yang berdosa. Kamu akan ada banyak peluang untuk mengamalkan hikmah, baik budi, dan kemuliaan. Apakah yang akan dilakukanmu? Akankah kamu menangguhkan kemarahan atau dendam dan sebaliknya bersuka dalam peluang untuk menunjukkan kasih Yesus Kristus dalam hidupmu? Atau akankah kamu membalas secara lisan atau secara menumbuk untuk mempertahankan dirimu?

Semoga rahmat dan kekuatan Tuhan Yesus Kristus menyakinkanmu dengan RohNya untuk mengamalkan amsal ini. Atasilah kejahatan dengan kebaikan! Biarlah dunia ini nampak kerja belas kasihan dan pengampunanmu dan biar kerajaan Allah dikembangkan dan dimajukan oleh perbuatanmu.