Amsal · Proverbs

19:22
Keinginan seseorang merupakan kebudiannya: dan seorang miskin lebih baik daripada seorang pembohong.

“It is the thought that counts” [Niat itu yang dihitung]! Kata pepatah ini terkenal dalam Bahasa Inggeris. Ia bermaksud bahawa suatu keinginan ikhlas untuk berbuat sesuatu yang baik terhadap orang lain adalah sebaik atau lebih baik daripada melakukannya dengan sebenar, terutamanya ketika orang tersebut tidak mampu melaksanakan keinginannya yang baik itu.

Amsal yang pujangga ini ialah suatu permata; akankah kamu belajarnya? Banyak orang tidak akan berbuat demikian; namun mereka akan mengkritik Alkitab kerana terlalu sukar untuk difahami. Maklum akan amaran Salomo: amsal ialah kata-kata pujangga untuk mencabar perangaimu dan hati nuranimu (Ams 1:1-6; 24:10; 2Tim 2:15).

Seperti ragam banyak amsal, perbandingan sedang dibuat dalam amsal ini. Mana-mana jenis orang miskin lebih baik daripada mana-mana pembohong. Jika seseorang miskin menjadi pembohong, dia tidak lebih baik daripada mana-mana pembohong yang lain, kerana tiada apa pun nilai dalam kemiskinan. Tetapi jika orang miskin dengan ikhlas ingin menunjukkan kebaikan, maka itu lebih baik daripada orang kaya yang mengakui kasih sayangnya dan kebaikannya tetapi tidak pernah berbuat apa pun.

Kamu pernah ada orang lain menawar untuk berbuat sesuatu untukmu, namun kamu tahu bahawa mereka tidak mampu perbelanjaan tersebut kerana mereka tidak mampu secara kewangan. Kamu mungkin juga telah meminta mereka supaya membiar dirimu yang bayar, seperti makan di restoran, dengan memberitahu mereka bahawa niat baik mereka itulah yang berharga. Pertukaran kebaikan sedemikian ialah maksud dan niat amsal ini.

Seseorang mungkin mahu bermurah hati dan membantu tetapi tidak dapat berbuat lebih lanjut, sebab dia tidak mempunyai upaya untuk berbuat demikian. Namun adanya orang yang ada upaya untuk berbuat banyak tetapi tidak melebihi menawar dan berjanji sahaja. Walaupun salah seorang itu miskin secara kewangan, hatinya cukup kaya; walaupun yang satu lagi kaya secara kewangan, hatinya yang jahat kekosongan belas ihsan dan kebaikan persaudaraan. Dia pembohong dan kedambaan.

Banyak orang membuat perakuan-perakuan besar bagi agama, tetapi ada berapakah banyak orang seperti Daud yang cuba membina bait suci bagi Allah (2Sam 7:1-5; 2Taw 6:7-9)? Allah menyambut keinginan Daud sebagai mencukupi dan mengganjarinya bagi itu, walaupun Dia tidak membenarkan Daud membinanya. Sebagai respon, Daud membayar untuk bait suci itu. Pertimbangkan juga balu yang sungguh miskin yang telah memberi peser-peser terakhirnya kepada Allah (Luk 21:1-4).

Di sinilah apa yang Allah fikir untuk mereka yang bercakap tentang kebudian kepada orang lain tetapi tidak melaksanakannya: “Jika ada seorang saudara atau saudari telanjang, dan melarat kekurangan makanan seharian, Dan salah seorang daripada kalian berkata kepadanya, Pergi dengan damai sejahtera, panaskan badan dan isikan perut; walau bagaimanapun kalian tidak memberi mereka apa yang diperlukan tubuh; apakah keuntungannya?” (Yak 2:15-16). Betapa aibnya bohong itu!

Hanya keinginan yang ikhlas dan yang tulus untuk berbudi baik dihitung oleh Allah atau manusia. Bagaimanakah keikhlasan dapat disukat? Dengan mudah sekali. Apakah yang telah kamu buat dengan murah hati ketika kamu berkemampuan? Berapakah murah hati dirimu sekarang dengan kemampuan yang kamu ada sekarang? Berapakah murah hati perangaimu kalau disukat dengan semua sukatan yang lain?

Di sinilah pelajaran-pelajaran amsal ini: (1) jangan menawarkan kemurahan tanpa membayar, jika kamu mampu; (2) selalu ingin untuk membantu orang lain, meskipun kamu tiada kemampuan; (3) kenalpasti kasih orang yang benar-benar ingin dan cuba bermurah hati, tetapi kekurangan kemampuan untuk berbuat demikian; (4) ia jauh lebih baik untuk ingin berbuat baik tetapi tidak dapat mampu daripada ada kemampuan tanpa hati untuk memberi.

Jika kamu orang dermawan yang disebut dalam amsal ini yang ingin untuk menunjukkan kemurahan, pertimbangkan bahawa memberi kepada Allah dan kepada orang lain ialah insentif untuk bekerja keras dalam bidang kerjamu. Sesudah keperluan-keperluan asas kamu dipenuhi, apakah lagi dorongan yang mungkin dapat dibandingkan selain menjadi dermawan?Jika Allah telah memberimu kemampuan dan peluang, maka carilah nafkah sebanyak yang munasabah, dan kemudian kongsikannya.

Allah benar-benar jujur dan ikhlas dengan janji-janji kekayaan kekal yang pasti. Dia berusaha jauh melebihi amsal ini, sebab keinginan dan kemampuanlah yang dapat menjadikan seseorang dermawan yang benar. Dengarlah Yesus menyerahkan DiriNya, “Di rumah Bapaku ada banyak rumah agam: jika tidak, aku sudah pasti memberitahu kalian. Aku pergi untuk menyediakan tempat bagi kalian” (Yoh 14:2). Amin.