Amsal · Proverbs

19:21
Ada banyak rancangan dalam hati manusia; walau bagaimanapun kehendak TUHAN itu yang tetap teguh.

Adakah kamu mempunyai rancangan bagi hari ini? Akankah ia terjadi? Kalau pertimbangan TUHAN tidak melibatkan rancanganmu dalam rancanganNya bagi harimu, ia tidak mungkin terjadi.Hanya kehendaknya yang akan tetap teguh. Kalau dekri-dekriNya yang berdaulat menentangmu, tiada persekutuan atau kekuatan yang dapat membantumu.

Orang durjana berkata, “Siapakah tuan atas kami?” (Maz 12:4). Tetapi Allah Yang Mahakuasa ialah Tuan atas mereka. Mereka tidak dapat melakukan sesuatu pun tanpa kelulusan Allah dari kekekalan masa lampau. Rancangan-rancangan angkuh mereka terhadap pemerintahan berdaulatNya itu menjadikanNya ketawa dengan persendaan kudus (Maz 2:1-4)!

Jika kamu tidak suka hakikat ini, hai pembaca, maka kamu patut dahulu pilih untuk dilahirkan di suatu alam semesta lain dengan allah yang lain. Tetapi jikalau pilihan besar ini telah dibuat bagi pihakmu – termasuk segala pilihan lain yang memberi kesan kepada kehidupanmu – maka, rendahkanlah dirimu sekarang juga dan bersembahyang kepada Yang Berdaulat Yang Maha Mulia ini. Apa yang paling penting yang dapat kamu buat bagi dirimu adalah untuk mentaati dan menyenangkan Allah yang besar ini.

Orang durjana mereka-reka dan menciptakan apa yang jahat siang dan malam dalam murka cabul jiwa mereka (Ams 16:30; Maz 35:20; Mik 2:1; Rom 1:30), tetapi Allah memerintah atas segalanya itu bagi pujianNya sendiri (Maz 76:10). Satu-satunya murka manusia yang dibenarkan untuk wujud ialah apa yang dia sudah pilih untuk pakai. Murka orang Yahudi terhadap Yesus Kristus telah dipakai untuk membawa anugerah hidup kekal.

Kamu patut berkata, “Sebab itu kamu sepatutnya berkata, Jika Tuhan izin, kami akan hidup, dan berbuat sekian-sekian” (Yak 4:15). Jangan menganggap engkau akan hidup pada hari esok, sebab itu di luar kawalanmu (Ams 27:1). Kamu tidak akan memberus gigimu pada malam ini tanpa kehendakNya, sebab burung pun tidak dapat terbang melampaui kehendak Allah (Mat 10:29). Suatu rancangan perniagaan hanya sebaik semana kehendak rahsia Allah meredakannya (Ula 29:29; Yak 4:13-15).

Adakah berita harian tentang penindasan dan kedurjanaan di dalam dunia yang cabul ini mengganggumu? Ada Yang Berdaulat yang lebih besar daripada mereka (Pkh 5:8), dan Dia sedang memakai mereka sebagai boneka (Yes 10:15). Bagi Dia, tiada perbezaan apa pun sama ada alat yang dipakainya itu Aleksander Agung (Iskandar Agung) ataupun seorang pembuli di tadika. Kehendak Allah melibatkan perlindunganmu, jika kamu percaya dan mengasihiNya pada hari ini dengan takut yang salih.

Bagaimana pula jika musuh berkomplot menentangmu? Kalau mereka berjaya mencederakanmu? Kehendak TUHAN itu yang tetap teguh. Dia mengetawakan semua musuhNya (Maz 21:7-13). Firaun berkomplot menentang Israel, tetapi rancangan Allah dari dahulukala adalah untuk membinasakannya (Kel 9:16). Sanherib berkomplot menentang Yehuda, tetapi rancangan Allah adalah untuk memperolok-olok dan membinasakannya (Yes 10:5-19).

Adakah huru-hara yang dirancang Syaitan dalam kehidupan Ayub itu mengganggu hatimu? Syaitan itu hanya suatu boneka di dalam kawalan penuh Allahmu Yang Berdaulat (Ayub 1:6-12; 2:1-6). Takut akan Allah! Ayub, pada akhirnya, telah menerima dua kali ganda daripada apa yang dimilikinya pada permulaan, dan pencubaan itu pasti akan tamat lebih awal lagi jika Ayub tetap teguh dalam integritinya. Orang berhikmah menghargai pengakhiran cerita Ayub itu (Yak 5:11).

Tetapi bagaimana pula dengan rancangan yang baik? Buatlah perancangan dalam hatimu dengan ketakutan kudus, dan Dia mungkin mengarahkan hala tujuanmu kepada suatu pengakhiran yang lebih baik daripada apa yang difikirkanmu (Ams 16:9; Maz 37:4; 84:11). Rut merancang untuk memungut saki-baki tuaian untuk mencari makan, tetapi kehendak Allah lebih baik – dikahwinkan kepada Boas (Rut 2:2-3). Ester membuat perancangan untuk menyelamatkan bangsanya, tetapi Allah menyerah kepadanya semua nyawa musuh-musuhnya.

Bagaimana pula dengan hal yang kebetulan? Undi pun tertakluk sepenuhnya kepada pemerintahanNya (Ams 16:33), dan Dia mengarah hala tuju sebatang anak panah rambang ke selit kecil di perisai dada raja yang sedang menyamar sebagai askar (1Raj 22:34). Si bebal yang ketagihan dadah dan yang main Russian roulette [permainan memicit pacu senapang 6 ruang diisi satu peluru tertumpu kepada kepala untuk menyerah diri kepada nasib] akan menyatakan rancangan Allah yang berhikmah bagi dia hidup atau mati. Tiada kebijaksanaan atau pemahaman atau pertimbangan yang dapat menentang TUHAN (Ams 21:30).

Bagaimana pula dengan doa? KehendakNya dari kekekalan masa lampau telah nampak dan melibatkan doa-doamu. Jadi, berdoalah dengan iman yang bersungguh-sungguh, dan Dia akan menjawabmu dengan kehendak itu yang sama (Ams 16:1; Maz 10:17; Yes 38:1-5; Fil 2:13). Seperti Daud, berdoalah sampai bayi itu sudah mati, tetapi kemudian berdoa sedikit lebih lama (2Sam 12:22-24; 2Raj 4:18-37; Mar 5:35-43). Tiada apa pun yang sukar bagi TUHAN. Hanya percaya!

Orang Yahudi yang digerakkan Syaitan berkomplot untuk membinasakan Yesus Kristus dari Nazaret, tetapi rancangan Allah digenapi dengan ketelitian yang sempurna untuk menebus umatNya (Kis 2:22-24; 3:17-18; 4:26-28; 13:26-28). Empat puluh tahun kemudian, orang Yahudi merancangkan suatu rusuhan terhadap Rom, tetapi rancangan Allah membawa seksaan yang paling dahsyat di sejarah lalu menyelerakkan mereka ke empat penghujung bumi. Kemuliaan bagi Allah!

Orang Yahudi cuba membunuh Saulus dari Tarsus ketika dia berkhutbah dengan sungguh berkuasa di Damsyik, dan membuktikan bahawa Yesus itu Kristus, tetapi Allah mengeluarkan Saulus dari kota itu dengan sebuah bakul (Kis 9:19-25). Kehendak Allah bagi Saulus yang telah bertaubat itu adalah untuk menunggangbalikkan dunia dengan membawa injil kepada orang pilihan yang bukan Yahudi (2Tim 2:10). Kamu harus selalu cukup bersyukur (2Tes 2:13).

Apakah yang akan kamu buat dengan pemahaman akan Allah yang besar pada hari ini? KehendakNya sudah teguh bagi apa yang dia ingin buat denganmu. Itu termasuk kecuaianmu, penolakanmu, atau pertaubatanmu sesudah membaca ulasan ini. Rendahkanlah dirimu dan pilihlah hidup, berkat, dan kemakmuran. Bersembahyanglah kepadaNya dengan segala kasih dan hormat. Bermohon supaya Dia meletakkan kehendakNya dalam hatimu.