19:23
Takut akan TUHAN cenderung kepada kehidupan: dan dia yang memilikinya akan tinggal puas; dia tidak akan dikunjungi celaka.
Kehidupan bahagia memang mungkin. Malah, adalah pasti! Kamu hanya perlu memahami amsal yang berharga ini dan biar tuntutannya diamalkan. Kehidupan yang bahagia boleh jadi bagimu. Kebanyakan orang terlalu sibuk dengan kehidupan yang sia-sia sehingga tidak membaca dan memeluk kepuasan dan kejayaan.
Bacalah ayat yang ajaib ini dan fahamnya. Kamu boleh memiliki kehidupan yang hebat, dengan kepuasan kekal di dalam hatimu, dan mengelak kesakitan dan masalah yang dideritakan orang lain. Apakah yang boleh lebih baik daripada ini? Bagaimanakah mungkin Allah dan Solomo memberi lebih bagimu? Adakah ini amsal yang paling baik? Mungkin.
Pertama-tama, takut akan TUHAN cenderung kepada kehidupan. Perkataan cenderung ada maksud yang melebihi kecondongan atau kemungkinan berlaku. Di sini ia bermaksud untuk adanya suatu hasil yang spesifik, jika dibenarkan untuk berlaku; untuk memimpin atau membawa kepada sesuatu keadaan. Ia bermaksud lebih daripada suatu kemungkinan – ia bermaksud kepastian yang tentu (Ams 10:16; 11:19,24; 14:23; 19:23; 21:5).
Apakah jenis kehidupan yang ditawarkan? Suatu kehidupan yang hebat! Hebat di dalam setiap cara kebahagiaan, kemakmuran, dan kejayaan! Daud dan Petrus memanggilnya sebagai menyayangi kehidupan dan melihat hari yang baik (Maz 34:9-16; 112:1-3; 1Pet 3:10-12). Solomo memanggilnya sebagai kehidupan yang kaya, yang panjang umur, dan yang mulia sementara mengelak disfungsi dan maut (Ams 10:27; 14:27; 22:4). Yesus memanggilnya kehidupan yang berkelimpahan (Yoh 10:10).
Kedua, takut akan TUHAN membawa kepuasan kekal. Dunia tidak bahagia. Pertimbangkan penceraian, dadah, kemabukan, dan keterlampauan segalanya. Mereka mendambakan kepuasan dan damai sejahtera, tetapi mereka tidak dapat menemuinya. Allah tidak akan membenarkan mereka memiliki itu (Yes 48:22; 57:21). Allah mengkhususkan damai sejahtera hanya bagi orang yang takut akan Dia (Maz 25:12-14; 128:1-6; 149:19; Ams 14:26; 15:16).
Ketiga, takut akan TUHAN menyelamatkan diri daripada celaka. Kepedihan dan masalah ada di merata-rata, kerana orang duniawi tiada Pelindung seperti Allah, Yang setia kepada orang yang takut kepadaNya (1Tim 4:10; Maz 145:19; 2Taw 16:9). Bacalah Mazmur 91 dan lihatlah bagaimana Allah melindungi orang yang takut akan Dia daripada segala bahaya. Tidak hairanlah mengapa orang benar adalah berani seperti singa (Ams 28:1; 14:26).
Apakah yang harus kamu buat untuk memperoleh ketiga-tiga faedah ini, yang dijaminkan Allah dan Raja Solomo? Takut akan TUHAN. Adakah kamu faham sepenuh-penuhnya ungkapan yang singkat ini yang kerap kali dipakai di dalam Alkitab (Ams 1:7; 9:10; 15:33; 23:17; Ula 10:12; 2Sam 23:3; Ayb 1:8; Maz 36:1; Pkh 7:18; 12:13-14; Luk 12:4-5; Kis 10:22; 2Kor 7:1; Efe 5:21; Ibr 12:28-29)?
Pertama, untuk takut akan TUHAN, kamu harus mengenal Dia. Siapakah TUHAN? Huruf-huruf ini, yang semua huruf besar, mewakili tetragramaton bahasa Ibrani – empat konsonan bagi Allah Yang Maha Benar dan Yang Maha Hidup punya nama – AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH (Kel 3:14). Ketika diisi dengan vokal supaya dapat disebut, namanya JEHOVAH (Kel 6:3). Adakah kamu mengenal Jehovah Allah Alkitab?
Tiada allah dapat jadi. Brahma, Shiva, Vishnu, Buddha, Roh Besar, Arkitek Besar Alam Semesta, dan semua allah yang lain adalah dusta! Mereka merupakan nama yang diciptakan manusia bagi dewa-dewi yang dibayangkan oleh bangsa-bangsa dan orang yang menolak Jehovah Alkitab. Mereka tiada kenyataan atau ada lebih nilai daripada Zeus, Jupiter, Aphrodite, dan Venus daripada orang Yunani dan orang Rom.
Tiada konsep palsu Jehovah yang boleh jadi. Para pengikut Charles Taze Russell, yang kononnya Saksi-Saksi Jehovah, tidak mengenalNya. Orang Russel, yang sepatutnya mereka dipanggil sebegitu, mencuri nama Allah daripada Alkitab untuk memperbenarkan kultus nubuat-nubuat mereka yang palsu, kegemaran kepada piramid-piramid, dan kekufuran menurunkan darjat Yesus Kristus kepada salah satu allah semata-mata (Yoh 1:1).
Adakah kamu mengenal Allah Jehovah dalam Alkitab? Allah yang menciptakan segalanya daripada kekosongan dalam enam hari 24 jam melalui suaraNya hanya 6000 tahun lalu (Kej 1:1; Ibr 11:3)? Allah yang menjadikan segalanya bagi diriNya sendiri, bahkan orang durjana bagi hari malapetaka (Ams 16:4)? Allah yang akan tidak lama lagi mengutus Yesus Kristus untuk membalas dendam dan menghakimi bumi (Ibr 1:8-12; Kis 17:29-31)?
Kedua, untuk takut akan TUHAN Jehovah, kamu harus takut akan Dia. Takut akan Allah dengan wajar adalah untuk betul-betul mengasihiNya, menghormatiNya dengan keseganan, dan dengan setia melayaniNya (Ula 10:12; Pkh 12:13-14; Ibr 12:28-29). Ia bukan perasaan kengerian yang ada pada Adam dan Hawa di Taman Eden ketika mereka menyembunyikan diri daripadaNya, dan ia bukan kengerian yang ada pada roh-roh jahat yang bersembahyang kepada Yesus ketika Dia berada di bumi.
Takut akan TUHAN ialah kepercayaan kepada Allah Sang Pencipta yang dinyatakan Alkitab dengan kesedaran yang penuh kekaguman kepada kemuliaanNya dan kebesaranNya dan suatu keinginan untuk mentaati segala ketetapanNya supaya menyenang dan bersembahyang kepadaNya dan mengelak untuk mengecewakanNya dengan apa pun cara. Ia seperti suatu kekaguman dan kasih sayang rendah hati yang anak-anak baik beri kepada seorang ayah yang mengasihi namun yang masih memerintah.
Adakah kamu takut kepada TUHAN? Kecuali Allah menjanasemulakanmu, ia tidak mungkin, sebab tiada lelaki atau perempuan oleh sifat semula jadinya takut akan Allah (Maz 36:1; Rom 3:18; 1:18-32). Kamu harus dilahir semula oleh Roh Allah untuk takut kepadaNya (Yoh 1:13; 3:3; 8:47; Gal 4:6). Jika kamu ada keinginan yang tulus untuk mengasihi dan untuk melayani Allah ini, maka kamu telah diselamatkan seperti Kornelius (Kis 10:2,22,35).
Adakah kamu takut kepada TUHAN? Bersyukurlah kepadaNya bagi kewujudanmu untuk mengenalNya (inilah tujuan kewujudanmu). Bersyukurlah kepadaNya bagi firmanNya, termasuk Amsal, untuk mengenal bagaimana untuk menyenangkanNya. Bersyukurlah kepadaNya bagi kematian ganti oleh AnakNya Yesus Kristus untuk menyelamatkan umat pilihanNya. Akuilah dosa-dosamu, rayulah bagi pengampunanNya dalam Kristus Yesus, dan berserah selalu untuk mengasihi dan melayaniNya.
Ketiga-tiga faedah ajaib dan berkat ajaib amsal ini merupakan kepunyaanmu. Tuntutilah itu dengan rendah hati di hadapan Allah yang mulia ini, sementara memberiNya segala puji sembah yang layak kepada namaNya yang besar. Percayalah kepadaNya dan kepada firmanNya dalam segala hal kehidupan dan hal kekekalan (Maz 119:128), dan Dia akan berada bersamamu bagi kehidupan yang hebat, untuk kepuasan yang kekal dalam jiwamu, dan untuk melepaskanmu daripada celaka.
Kamu mungkin bertanya, tetapi bagaimana dengan para martir? Sudah tentulah mereka taku akan Allah, tetapi lihatlah apa yang telah terjadi kepada mereka. Kesaksian-kesaksian mereka sebelum mati dan saksi-saksi orang yang memandang mereka mati membuktikan suatu sukacita kepuasan yang tidak boleh dijelaskan dengan cukup sempurna. Mereka ada hidup yang kekal, memang puas sepenuh-penuhnya, dan gigi singa dan nyala api hanya menyampaikan mereka awal-awal ke Firdaus.
Kamu mungkin bertanya, tetapi bagaimana dengan Ayub? Alkitab menyatakan bahawa dia takut akan Allah, namun lihatlah bagaimana dia menderita (Ayb 1:1). Adakah dia memiliki kehidupan yang baik, dengan kepuasan besar, dan perlindungan daripada malapetaka sebelum pencubaannya? Memang begitu (Ayb 1:2-3,10)! Adakah dia memperoleh dua kali ganda berkat yang ditambah kepadanya selepas pencubaannya? Memang begitu (Ayb 42:10-17)! Dan dia dapat menemui Allah dengan dekat-dekat dan dengan peribadi di dalam pencubaan tersebut.
Kehidupan yang paling besar adalah untuk berjalan dengan Allah di bumi dan untuk ada kehidupan yang kekal denganNya di syurga.
Kepuasan yang paling besar adalah untuk mengenal Allah secara peribadi, termasuk segala kekekalan (Maz 73:23-28).
Keselamatan yang paling besar adalah untuk mengharungi maut ke syurga dan diisytiharkan benar.
Orang yang takut akan TUHAN memperoleh ketiga-tiganya, dibeli dan dijamin oleh Tuhan Yesus Kristus.