19:27
Berhentilah, hai anakku, daripada mendengar arahan yang menyebab untuk menyimpang daripada kata-kata pengetahuan.
Berhentilah mendengar orang bebal! Putuskanlah persahabatan yang bebal itu! Keluarlah dari gereja yang palsu itu! Padamlah televisyen! Tukarlah pendidikan kesarjanaanmu! Padamkanlah saluran radio itu! Tolaklah lawak-lawak jenaka mereka! Bakar buku dan majalah-majalah itu! Jangan mendengar pengkhutbah itu! Tukarlah kerja gajimu!
Allah mengatur supaya Salomo menulis Amsal untuk menjadikanmu berhikmah. Jika kamu mendengar gagasan-gagasan dunia ini yang bercanggahan, maka nasihat jahil mereka akan menjadikanmu sungguh keliru lalu mencemarkan hikmah yang patut diperolehmu. Arahan duniawi akan membinasakanmu. Jagalah telingamu.
Hikmah mewajibkan penapisan dan pemulauan. Hak bebas bersuara hanya bebas jika ia bersetuju dengan Firman Allah. Apa pun pertuturan yang lain haruslah dihukum. Daud telah berkata, “Aku tidak akan menempatkan apa pun yang jahat di depan mataku: Aku benci perbuatan-perbuatan mereka yang menyimpang; ia tidak akan berpaut kepadaku. Hati yang rewel akan dijauhkan daripadaku: aku tidak akan mengenal orang yang durjana” (Maz 101:3-4). Bacalah Ulangan 13:6-18.
Pertimbangkan kemerdekaan dan kebebasan. Allah telah memberi kebebasan memilih makanan kepada Adam dan Hawa – mereka bebas untuk makan dari mana-mana pokok di Taman, kecuali daripada satu pokok yang telah dilarangkanNya (Kej 2:16-17). Sudah tentulah, generasi ini akan berkata bahawa mereka ada hak kepada pokok itu juga; Syaitan masih hidup dan aktif sebelum penghakiman kekalnya. Allah telah memberi kebebasan untuk berkahwin kepada anak-anakNya – mereka ada kebebasan untuk berkahwin dengan sesiapa pun yang diingini mereka, tetapi hanya di dalam Tuhan (1Kor 7:39). Maka kamu melihat bahawa Allah telah mentakrifkan kemerdekaan dan kebebasan sebagai pilihanmu di dalam had kehendakNya yang ternyata.
Generasi yang jahat ini percaya bahawa pendidikan yang baik bermaksud mendedahkan diri kepada gagasan-gagasan palsu agama pagan dan ahli-ahli filsafat yang cabul. Betapa bazirnya masa dan wang! Dan betapa bahayanya eksperimen itu! Apakah hasilnya? Suatu golongan orang yang berpendidikan tinggi namun tidak memiliki pengetahuan dan pemahaman tahap seorang anak pun! Dari hal evolusi sampai kepada hal penguguran anak, hal penceraian sampai kepada hal sodomi/liwat, hal pembakaran jenazah sampai ke hal mendidik anak, dan hal perlindungan binatang sampai kepada hal eutanasia, mereka telah menyimpang daripada pengetahuan yang kebanyakan orang kampung yang buta huruf pun ada pada 100 tahun lalu.
Paulus telah memberi amaran dengan cukup serius, “Jangan diperdayakan: pergaulan jahat merosakkan adab yang baik” (1Kor 15:33). Salomo telah memberi amaran, “Dia yang menjalani hidup dengan orang berhikmah akan menjadi berhikmah: tetapi peneman orang bebal akan dibinasakan” Guru-guru yang buruk akan akhirnya menyebabkanmu untuk menyimpang daripada kata-kata pengetahuan – larikan diri daripada mereka. Budi bicara dan kehematan menuntut supaya kamu menjauhi diri daripada gagasan dan dusta yang sia-sia, untuk mengelak risiko mencemari pemahamanmu yang benar dan yang betul oleh fikiran mereka yang bebal itu.
Tiada pilihan untuk “bersetuju untuk tidak bersetuju”. Itu merupakan kata-kata yang tolol dan yang berdusta yang disebut oleh orang yang suka berkompromi. Jika firman Allah telah menangani sesuatu hal, maka setiap orang wajib untuk bersetuju sepenuh-penuhnya denganNya dan membenci setiap gagasan yang berbeza (Maz 119:113,128). Jika Allah tidak menangani sesuatu hal, maka ia memang pilihan peribadi, maka tidak perlu adanya apa pun persetujuan. Sebaik sahaja kamu mengesan bahawa seseorang merupakan si bebal, jauhilah dirimu daripada orang itu untuk menyelamatkan jiwamu (Ams 14:7).
Amsal ini tidak melarang dicemarkan arahan palsu. Amsal ini melarang untuk hanya mendengar pun arahan palsu. Pertimbangkan betapa hebatnya larangan itu. Seperti yang diwaspadakan Paulus, ia memperdayakan diri kalau memikir bahawa kamu boleh mendengar gagasan-gagasan palsu dan tidak mengizinkannya untuk mencemarkan adab baikmu. Isu yang dipertaruhkan di sini ialah hal menolak untuk mendengar pun arahan yang salah. Ia tidak cukup untuk berkata, aku tidak akan membiar televisyen mencemarkan diriku. TUHAN berkata berhentilah menontonnya.
Orang Amerika Selatan ada kata pepatah yang berbunyi, “Makanlah ayam dan buanglah tulangnya”. Tetapi itu suatu permainan yang berbahaya dan bercanggahan dengan Alkitab. Kamu akan dengan mudah diperdayakan untuk memikir sesetengah tulang itu daging ayam, dan kamu akan tercekik kerananya. Ia lebih baik untuk hanya makan dada daging ayam yang tiada tulang yang telah dipotong dengan teliti dan hanya daripada Firman Allah.
Hai kaum bapa, maklum akan penyampaian amsal ini: ia daripada Salomo tertuju kepada anaknya. Ia tugasmu sebagai seorang ayah untuk menjauhi anakmu daripada arahan yang menyebabkan mereka untuk menyimpang daripada kebenaran. Pakailah apa pun jalan yang diperlukanmu – kekalkanlah input-input arahan dalam kehidupan mereka benar dan mulia. Dan setiap orang muda patut dengan serius memahami keperluan untuk kongkongan ini.
Dunia selalu mengajar. Syaitan berada di belakang gagasan-gagasan palsu mereka dan retorik popular dalam setiap subjek. Dia bapa segala dusta, maka kamu tidak perlu hairan dari mana datangnya khayalan-khayalan yang gila dan yang cabul mereka (Yoh 8:44; 2Tes 2:9-12; Wah 12:9). Televisyen dan wayang di pawagam ialah dua mimbarnya. Sekolah-sekolah menjadi seminarinya. Media-media massa ialah guru perhubungan awamnya. Ahli-ahli politik ialah para bonekanya. Guru-guru palsu ialah para pelayannya.
Berapa eksklusif patutkah Kristian jadi? Yohanes menyangkal salam makmur pun kepada orang fahaman sesat (2Yoh 1:10-11). Paulus mengutuk apa pun khutbah yang berbeza daripada khutbahnya, meskipun dikhutbahkan seorang malaikat (Gal 1:6-9). Kalau ada orang yang dapat mengawal diri daripada dicemarkan beberapa gagasan yang palsu, ia merupakan hamba-hamba Kristus, tetapi Paulus memberitahu Timotius untuk mengenalpastikan gagasan palsu tersebut dan menjauhkan diri daripada orang demikian (1Tim 6:3-5,20; 2Tim 3:5). Ini juga nasihat sama yang diberinya kepada semua percayawan (Rom 16:17-18; 2Tes 3:6).
Berapakah tegas patut orang Kristian jadi? Musa mewajibkan maut bagi guru-guru palsu, meskipun guru-guru tersebut dapat melakukan mukjizat (Ula 13:1-5). Paulus telah memberitahu para percayawan untuk berpegang teguh kepada tradisi rasuli tanpa bergoyah (2Tes 2:15). Orang Kristian harus menyukat semua gagasan melalui Alkitab dan menolak apa pun yang tidak betul-betul sepadan dengannya (Yes 8:20; 1Tes 5:21; 1Yoh 4:1-6). Kamu sungguh-sungguh berjuang untuk kebenaran yang dahulu disampaikan kepada gereja (Yud 1:3). Para pastor dan guru harus memelihara para percayawan daripada diumbang-ambingkan angin-angin doktrin palsu (Efe 4:14).
Hikmah dan pengetahuan ialah barangan yang berharga (Ams 4:7; 23:23), dan ajaran palsu akan mencemar dan merampas aset-aset tersebut. Lari diri daripada si pencuri dan orang cabul itu, yang mencuri kebenaran dan menggantikannya dengan kesalahan. Tradisi-tradisi buatan manusia daripada gereja Roman Katolik sudah tentu berada di dalam golongan ini, dan demikian juga arahan persembahan hebat ekumenisme oleh Billy Graham, Bill Gothard, James Dobson, Bill McCartney, dan mana-mana hamba-hamba Allah yang berkompromi.
Yesus ialah Gembala Yang Baik, sebab Dia melindungi domba-dombaNya daripada pencuri dan perompak yang datang untuk membinasa mereka (Yoh 10:1-18). Dia Jalan; Dia Kebenaran; Dia Kehidupan ((Yoh 14:6). Seluruh Khutbah Di Atas Bukit adalah untuk menunjukkan arahan-arahan salah orang Farisi, yang telah menjadikan banyak orang menyimpang daripada hukum Allah. Dia memulihkan itu kepada niat asal Allah dengan kekuasaan yang dogmatik, dan umat itu tertakjub akan Yesus (Mat 7:28-29).
Allah mencari para penyembah yang sejati, dan hanya ada segelintir orang yang demikian. Sembahyang dengan kesilapan tidak cukup baik (Yoh 4:20-24). Allah telah memilihmu untuk berada di dalam masa yang membahayakan zaman akhir ini, ketika kebanyakan Kristian dan gereja tidak peduli akan kebenaran lagi; mereka lebih mengambil peduli nafsu dan kepopularan sendiri, maka mereka telah menggantikan kebenaran dengan dongeng dan dengan kenikmatan, tepat-tepat dengan apa yang dinubuatkan Paulus (2Tim 3:6-7; 4:3-4). Jauhilah mereka! Jauhilah semua mereka! Carilah bagi dirimu sendiri satu gereja yang mengkhutbahkan Alkitab yang menyanjungi kata-kata pengetahuan yang ditemui di dalam Alkitab.