Amsal · Proverbs

19:26
Dia yang menindas ayahnya, dan menghalau ibunya, ialah seorang anak yang menyebabkan malu, dan membawa aib.

Hai anak! Allah Yang Maha Besar akan mengenakanmu bagi kepedihan dan malu yang dibawa kebebalanmu kepada ibubapamu. Layananmu yang tidak menghargai jasa mereka akan menimpa batu kepalamu sendiri. Bersiaplah untuk itu. Kamu punya layanan jahat sebagai balasan kepada kemurahan dan kasih mereka telah menjadikan Allah ibubapamu mengutus burung-burung gagak dan helang yang lapar ke arahmu (Ams 20:20; 30:17). Burung-burung itu sedang melihat dirimu sekarang juga!

Hai anak! Ibubapamu telah memberi nyawa kepadamu. Mereka memberi makan, pakaian, dan melindungimu. Ayahmu bersuka di dalammu dan telah menabung untuk masa depanmu; ibumu menyayangimu dan memanjakanmu. Kamu membazirkan masa dan aset mereka. Kamu tiada masa untuk perempuan yang paling menyayangimu. Kedurjanaanmu telah naik ke syurga.

Amsal ini hanya suatu pemerhatian, kecuali kamu menemui pelajarannya yang tersembunyi. Amsal ialah kata-kata pujangga, dan bukan kata-kata pepatah (Ams 1:6). Jika kamu menyukat kepedihan yang telah anak durjana ini bawa kepada ibubapanya, maka kamu patut dapat melihat api keadilan ilahi yang membara terhadap dirinya. Jika kata-kata Allah, “Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu”, benar secara am, maka pasti benar dalam kes ini.

Seorang anak lelaki mematahlesukan hasil titik peluh ayahnya dengan membelanjakan wangnya dengan gaya hidup yang berfoya-foya (Ams 28:7,24; 29:3; Luk 15:13). Dia juga mematahlesukan roh ayahnya, membebankan hatinya, merosakkan kesihatannya, dan menghantarnya ke kubur dengan dukacita (Kej 44:29). Dukacita ini ialah bencana kepada seorang ayah (Ams 17:21,25; 19:13). Apa yang sepatutnya menjadi kemuliaannya dan kejayaannya, menjadi pula punca kepedihan masa tuanya.

Dia menghalau ibunya dengan tidak mempedulikan amaran-amaran ibunya, bertengkar di rumah ibunya, mengejar para pelacur, menjalani hidup yang ibunya tidak dapat tahan, dan memulaukan dirinya jauh daripada kasih ibunya (Ams 10:1; 17:25). Akhirnya, sesudah dia membelanjakan segalanya, ataupun dia memiliki banyak harta benda, dia menyangkal keinginan dan keperluan ibunya. Bagaimana mungkin kelemah-lembutan seorang ibu dibalas dengan kekejaman yang sebegitu dingin dan meremukkan hati?

Anak lelaki sebegitu membawa malu dan aib kepada ayahnya, ibunya, adik-beradiknya, nama keluarga, malah kepada dirinya sendiri. Tetapi dia sebegitu mengasihi dirinya sendiri sehingga dia tidak peduli. Dia menginjak-injak semuanya di bawah kaki tanpa mempedulikan perasaan darah dagingnya sendiri atau pendapat Allah dan manusia. Semua pemberontak sedemikian layak menerima segala balasan yang Allah akan timpa kepada diri mereka.

Hai anak! Bergementarlah di hadapan amsal ini dan kata-katanya. Allah tidak diperolok-olokkan! Barang apa yang ditaburkanmu, akan dituai dirimu (Gal 6:7). Jika Allah telah mentahbiskan maut bagi pertuturan atau air muka yang tidak hormat (Ams 20:20; 30:17; Ula 27:16), maka berapakah besarnya amarahnya bagi perbuatan-perbuatan tersebut? Jika Allah mewajibkan hukuman mati kerana mengutuk atau memukul ibubapa, maka apakah yang akan dilakukanNya kepada binatang ini (Kel 21:15)? Jika menghormati ibubapa membawa hayat hidup yang panjang, maka apakah yang layak diberi bagi keganasan hina oleh si bedebah ini (Efe 6:2-3)?

Hai anak! Layanan buruk kepada orang yang paling mengasihi dan menjagamu ialah dosa yang menyakitkan dan yang cabul dan teramat durjana di pandangan Allah. Keangkuhanmu dan sikapmu yang mementingkan diri sendiri sebegitu besar sehingga kamu orang yang tidak mempunyai kasih semula jadi dalam hal ini (Rom 1:30-31). Kamu sama sekali sudah menyangkal agama Kristian, dan kamu lebih teruk daripada orang kafir (1Tim 5:8).

Hai anak! Rendahkanlah dirimu sekarang juga. Bertaubatlah bagi pemberontakanmu dan kehendak dirimu bagi kepentingan diri. Rayulah kepada Allah dan kepada ibubapamu untuk belas kasihan. Ia tidak terlalu lambat, jika kamu masih dapat rasa sedikit keinsafan di dalam hati nuranimu tentang kebebalanmu. Patahkanlah dosa-dosamu dengan kewajaran dan tunjukkanlah sedikit belas kasihan kepada ibubapamu, kerana itu mungkin dapat memperlanjutkan masa ketenteramanmu (Dan 4:27).

Hai ibubapa kepada anak bebal! Hiburkanlah dirimu. Tiada ibubapa yang sempurna, dan Allah Yang Maha Besar tidak pernah memperbenarkan durjana seorang anak kerana kesilapan atau kegagalan ibubapa. Dia Allah ibubapa, dan sebagai Bapa syurgawi, Dia akan mengingati setiap pelaburanmu dan kepedihanmu bagi hiburan di sini dan di akhirat. Rayulah kepadanya untuk hikmah di tengah-tengah penderitaanmu (Yak 1:2-5).

Hai pembaca, berapa baikkah dirimu dalam hal menghormati Bapa syurgawimu? Sudahkah kamu mematahlesukan mana-mana pun rahmat berharga yang telah dikurniakanNya kepadamu (2Kor 6:1; Ibr 12:15)? Sudahkah kamu membawa apa-apa pun malu atau aib kepada namaNya yang mulia (Yeh 20:39; 1Tim 6:1)? Adakah kamu hidup seperti seorang anak Allah, yang membawa kesukaan kepada Bapa (Mat 5:43-48; 2Kor 6:14-18; Efe 5:1)?