Amsal · Proverbs

2:9
Maka kamu akan memahami kewajaran, dan penghakiman, dan kesaksamaan; ya, setiap jalan yang baik.

Di sinilah harta karun! Kewajaran! Penghakiman! Kesaksamaan! Setiap jalan yang baik! Dapatkah kamu memiliki semua ini di dalam kehidupan? Ya! inilah berita yang paling baik yang akan kamu dapat pada tahun ini. Jika kamu ingin mengejar hikmah, Allah akan memberkatimu dengan hal-hal ini. Ganjaran-ganjarannya besar; namun syarat-syaratnya sedikit sahaja. Allah menawarkan harta karun ini dengan kewajiban sedikit usaha daripadamu untuk peroleh hikmah. Hai pembaca, rebutlah peluang ini pada hari ini juga!

Sang Pengkhutbah, Raja Solomo dari Israel, menekan kepada anak lelakinya supaya memakai kehidupan untuk mengejar hikmah dan pemahaman (Ams 2:1-4), dengan dorongan ganjaran yang dijanjikan iaitu takut akan Tuhan dan pengetahuan akan Allah (Ams 2:5). Atas dasar dan ganjaran ini, Solomo kemudian berjanji bahawa Allah akan menambahkan banyak berkat, termasuk empat berkat yang istimewa ini (Ams 2:6-9).

Apakah itu kewajaran? Ia bermaksud menjadi wajar. Ia tahu dan melakukan apa yang wajar. Ia keadilan dan kejujuran. Ia tahu dan berbuat apa yang berkenan dan yang menyenangkan Allah. Ia memastikan minda dibentuk menurut tahap ilahi fikiran dan hukum sempurna Allah. Dan jika fikiran dan perilakumu menyenangkan Allah, maka ia pasti menyenangkan orang lain juga (Ams 3:1-4).

Apakah penghakiman? Ia daya untuk menghakimi dengan betul, untuk membentuk pendapat-pendapat yang tepat, untuk sampai kepada pemahaman yang wajar akan keadaan sekeliling; ia penilaian, budi bicara, hikmah, pemahaman, dan pengertian yang baik. Ia apa yang dimaksudkan orang ketika mereka berkata, “Orang itu ada daya penghakiman yang cemerlang”. Ia kemampuan untuk menaakuli sesuatu hal dengan betul dan mendapat kesimpulan yang betul akan itu.

Apakah maksud kesaksamaan? Ia tahu apa yang adil dan saksama untuk apa pun situasi, dengan melihat perbezaan-perbezaan yang memerlukan belas ihsan dan sikap yang mulia untuk mencapai suatu kesimpulan yang saksama dan yang adil. Ia keadilan, tidak berberat sebelah, dan tanpa prasangka ketika berurusan dengan hal-hal yang nampaknya tidak adil. Itu apa yang membuat orang lain percaya kepadamu, tidak kira keadaan-keadaan, sebab mereka tahu bahawa kamu akan berbuat adil.

Solomo menyatakan dalam Amsal yang telah tertulis untuk mengajar tiga nilai murni ini (Ams 1:3), yang adalah sungguh jarang di dunia pada zaman kini (Yes 59:14; 2Tim 3:1-5). Lagi pula, mereka merupakan aspek-aspek kemuliaan dan sifat kudus Allah (Maz 98:9; 99:4), dan mereka merupakan ciri-ciri akhlak Tuhan Yesus Kristus (Yes 11:4). Apakah yang menghindarimu daripada mengejar hikmah untuk memperolehnya?

Pertimbangkan beberapa contoh kewajaran, penghakiman dan kesaksamaan di dalam Alkitab. Ia melindungi ibu burung dan anak-anak burung (Ula 22:6-7), mengajar bahawa semua bangsa ada darah yang sama (Kis 17:26), memberi bekalan makanan kepada lembu-lembu jantan yang bekerja (Ula 25:4), menaruh tanggungjawab perkahwinan dan keluarga kepada ayah (Efe 5:25-29; 6:4), memberi bekalan kepada orang miskin (Ima 19:9-10), mengajar bahawa belas kasihan adalah lebih penting daripada korban (Mat 12:7), Membenarkan satu ahli gereja untuk mengemukakan apa pun hal kepada gereja (Mat 18:15-17), mengganjari keperawanan secara kewangan (Kel 22:17), mewajibkan gereja untuk menjaga yang balu (Kel 22:17), dan mengajar bahawa kasih sejati Allah hanya dapat ditunjukkan dengan mengasihi orang lain (1Yoh 5:1-2). Tiada sebarang buku lain yang dapat berbanding dengannya!

Pertimbangkan beberapa contoh kewajaran, penghakiman dan kesaksamaan di dalam dunia. Ia membunuh lebih sepuluh juta bayi yang belum lahir setiap tahun dengan cara yang sungguh ganas, dan lagi menuntut dana untuk melindungi binatang-binatang dan burung-burung di tujuh benua bumi. Ia melarang merotan anak, tetapi mengurung para penjenayah hasil daripada itu seperti binatang di dalam sangkar berdekad-dekad. Ia membiayai hutang dan kekukangan dan menghukum kredit dan ketekunan dengan undang-undang cukai. Ia menuntut untuk melindungi dan menghormati perempuan, namun ia mengiklankan fesyen yang kegasangan, menggalakkan seks bersahaja, melindungi pornografi dan pelacuran, dan membenarkan penceraian bagi apa pun alasan.

Tetapi tiga hal ini bukan apa yang ditawarkan kepada orang yang mencari hikmah sahaja. Amsal juga menawarkan “setiap jalan yang baik”! Apakah setiap jalan yang baik? Ia segala nilai murni dan kemurahan yang tidak ada di dalam senarai tiga hal itu. Hai pembaca, mungkinkah adanya ayat yang lebih baik daripada ayat ini dalam apa jenis bahasa pun? Jika setiap jalan baik ditawarkan, maka jalan untuk penyempurnaanmu dan kenikmatanmu sedang ditawarkan.

Bagaimanakah kamu mungkin memperoleh empat hal yang ajaib ini? Rendahkanlah dirimu di hadapan Allah Penciptamu, dan dengan tekun carilah hikmahNya di dalam kitab-kitabNya yang berilham. Dapatkah kamu merendahkan dirimu dan mengakui bahawa Allah dan FirmanNya sahaja adalah betul dalam segala subjek (Maz 119:128)? Dapatkah kamu menolak fikiran dunia yang sia-sia (Maz 119:113)? Dia akan mengganjarimu dengan hal-hal yang ajaib ini.

Alkitab boleh menjadikan para hamba Allah sempurna bagi tugas mereka yang besar (2Tim 3:16-17). Pertimbangkan betapa banyak ia dapat buat bagimu. Tiada cahaya di dunia ini selain daripada cahaya Alkitab (Yes 8:20). Ia pelita bagi kakimu dan cahaya bagi jalanmu menerusi kehidupan (Maz 119:105). Ia cahaya yang harus kamu beri perhatian dan kehormatan yang serius (2Pet 1:19-21).