2:8
Dia mengekalkan jalan-jalan penghakiman, dan memelihara jalan orang kudusNya.
Syurga mengganjari orang berhikmah. Allah memberkati dan berkenan kepada orang yang tekun mencari pengetahuan dan pemahaman. Orang demikian dikenal kerana penghakiman baik mereka dan kehidupan yang kudus mereka, sebab inilah dua faedah hikmah, dan kemudian Tuhan segala hikmah mengganjari mereka dengan lebih lanjut. Ada kesenangan dan kemakmuran bagimu kalau berbuat segalanya dengan wajar (Maz 19:10-11).
TUHAN Jehovah ialah sumber segala hikmah, perlindungan, dan berkat. Ketika seseorang memilih kesaksamaan dan keadilan sebagai jalan-jalan kehidupannya, Allah Pencipta akan memakmurkan dan melindunginya. Ketika seseorang memilih kehidupan yang kudus sebagai jalan kehidupannya, Allah yang sama akan mengekalkan dan menyediakan baginya. Ada ganjaran yang pasti bagi orang yang mencari hikmah. Terima kasih, Allah Yang Terpuji.
Solomo menggesakan anaknya untuk sungguh-sungguh giat mengejar hikmah dan pemahaman, dan dia menjanjikan bahawa dia akan mencapai matlamatnya (Ams 2:1-5). Dia kemudian menjelaskan bahawa TUHAN memberi hikmah, pengetahuan, dan pemahaman (Ams 2:6), TUHAN melindungi mereka yang berjalan dengan jujur (Ams 2:7), dan TUHAN mengekalkan dan memelihara kehidupan para percayawan (Ams 2:8). Dengan mengejar hikmah dengan segala kekuatannya, anaknya akan menjadikan setiap berkat yang berkaitan kenyataan (Ams 2:9).
Konteks adalah penting untuk memahami kata-kata dan frasa-frasa, terutamanya dalam nas-nas Kitab Suci. Kebanyakan amsal Solomo ialah pemerhatian tunggal tentang kehidupan dan peraturan bagi kejayaan, jadi konteks kurang penting dalam Amsal berbanding buku lain dalam Alkitab. Tetapi dalam bahagian yang bergabung ini, kamu ada pengejaran hikmah (Ams 2:1-4) dan pemerolehannya (Ams 2:5-9).
Allah Yang Sejati bukan sahaja sumber hikmah, pengetahuan, dan pemahaman (Ams 2:6), Dia juga penderma dan pertahanan bagi orang yang mencari Dia dan hikmahNya (Ams 2:7-8). Inilah gabungan mulia berkat-berkat dan ganjaran-ganjaran yang membekalkan sepenuhnya orang benar dengan segalanya yang mereka perlu dan ingini (Ams 2:9).
Pertimbangkan klausa yang pertama, “Dia mengekalkan jalan-jalan penghakiman”. Orang yang mengejar hikmah berjalan dalam jalan penghakiman, sebab dia adil, benar, wajar, dan saksama. Dia tidak membuat keputusan berdasarkan apa yang kelihatan, tetapi dengan teliti mengkaji situasi untuk mendapat kesimpulan yang benar dan yang berhikmah (Ams 17:15; 24:23; Ula 1:16-17; 16:18-29; Yes 11:1-5; Yoh 7:24; Efe 5:15).
Allah berjanji untuk memelihara orang yang berjalan dalam jalan kewajaran, dan Dia akan mengekalkannya dalam jalan-jalan benar. Allah akan memberkati dan melindunginya dalam kehidupan, sebab Dia merupakan Allah penghakiman benar, dan Dia mengasihi orang yang mengasihi hikmahNya dan kewajaranNya. Dia akan memberkatinya dengan kuasa ilahi untuk menyertai ciri-ciri ilahi dan mengelak kerosakan duniawi (2Pet 1:1-4).
Klausa yang pertama ada elipsis, iaitu kiasan yang meninggalkan kata-kata yang cukup nyata. Allah Sendiri memelihara jalan-jalan penghakiman, dan Dia menyokong dan menghormati jalan-jalan penghakiman (Ula 32:4; 1Sam 2:3; Maz 99:4; Yes 42:1-4). Tetapi konteks menekankan bahawa Allah memelihara orang yang berjalan dalam penghakiman, sebab yang sedang dipertimbangkan oleh amsal ini ialah orang benar (Ams 2:7), orang jujur (Ams 2:7), dan orang kudus (Ams 2:8). Allah memelihara mereka.
Klausa itu ialah elipsis, supaya ia boleh mudah dibaca bahawa Dia memelihara jalan-jalan penghakiman bagi orang benar, bagi mereka yang hidup dengan jujur, atau bagi orang kudusnya. Yang dimaksudkan ialah Dia menjaga orang benar lebih daripada dia memelihara kewajaran. Allah memberkati dan melindungi orang yang berjalan dalam jalan-jalan penghakiman yang baik dan yang salih, dan Dia memelihara mereka dalam jalan-jalan itu.
Pertimbangkan klausa yang kedua, “dan memelihara jalan orang kudusNya”. Orang kudus ialah orang yang sudah dikuduskan, orang suci yang telah ditahbiskan bagi Allah. Orang dalam konteks ini ialah orang yang mengejar hikmah dan pengetahuan Allah (Ams 2:1-5). Ini melibatkan takut akan Tuhan, yang merupakan kehormatan bagi kesucianNya dan kebencianNya bagi segala dosa (Ams 2:5; 8:13; 16:6; Maz 97:10; 119:104; Amo 5:15).
Allah yang hebat berjanji untuk mengekalkan jalan orang demikian, sebab mereka merupakan kesukaan jiwaNya (Ula 33:3,26-29; Maz 34:11-12; 37:23-24). Dia akan memakmurkan dan melindungi mereka dalam gaya hidup salih mereka, dan Dia akan medukung mereka untuk berteguh di dalam itu juga. Orang-orang ini diberkati dengan besar dari pelbagai segi kerana kehidupan yang dijalani dengan berhati-hati untuk menyenangkan Allah (Maz 112:1-10).
Apakah pelajarannya bagimu? Pengejaran akan hikmah Allah yang berdedikasi dan yang tekun akan berjaya. Tambahan pula, ia akan membawa berkat dan perlindunganNya ke atas hidupmu, yang tidak akan diberi kepada orang yang mengabaikan hikmah. Adakah kehidupanmu sepadan dengan pernyataan-pernyataan tentang orang yang setia mencari hikmah (Ams 2:1-5)?
Sudahkah kamu mengabdikan dirimu untuk mencari pengetahuan dan hikmah yang hanya datang daripada Allah dan firmanNya? Jika jawapannya ya, kamu boleh dengan yakin menuntut berkat-berkat yang dijanjikan di sini, sebab ia telah ditulis bagimu oleh ilham Allah melalui pena Solomo.