Amsal · Proverbs

20:9
Siapakah yang dapat berkata, aku telah mentahirkan hatiku, aku suci daripada segala dosaku?

Siapakah yang dapat dipercayaimu? Tiada sesiapa pun, terutama dirimu! Hikmah termasuk pengetahuan bahawa hatimu tercemar (Ams 28:26). Kamu akan bertambah dalam hikmah ketika kamu belajar supaya jangan mempercayai dirimu sendiri.

Hanya orang bebal percaya kepada dorongan dan fikiran mereka sendiri (Ams 12:15; 14:12; Yer 17:9; 1Kor 3:18-20). Fakta yang penting ini memaksamu untuk mencari nasihat daripada Allah atau orang yang berhikmah bagi keputusan-keputusan, menahanmu daripada mengutuk orang lain dengan angkuh, dan menyebabkanmu untuk berseru kepada Allah untuk belas kasihan.

Dapatkah kamu menjawab soalan amsal ini? Jawapannya negatif: tidak seorang pun yang dapat menyatakan dua pernyataan itu adalah benar tentang hatinya. Ini merupakan gaya kesusasteraan dengan memakai soal siasatan yang positif untuk memberi suatu kesimpulan yang negatif. Hati manusia secara semula jadi adalah tercemar, dan dorongannya tidak suci. Salomo memakai kuasa retorik negatif untuk mengajar tentang kerosakan hati manusia.

Alkitab, yakni kitab suci orang Kristian, mengajar bahawa semua manusia ada hati yang babil dan dorongan yang mementingkan diri sendiri. Adam, bapa kemanusiaan, merosakkan bangsa manusia dengan memberontak terhadap Allah (Rom 5:12-14). Sejak peristiwa di Taman Eden itu, semua manusia dalam sifat semula jadinya membenci Allah dan kewajaran tetapi sebaliknya mengasihi dosa dan kejahatan (Maz 14:1-3; 51:5; 58:3; Rom 3:9-18; Tit 3:3).

Ayub memakai soalan retorik untuk mengajar kebenaran yang sama. “Siapakah yang dapat mengeluarkan apa yang tahir daripada apa yang najis? seorang pun tidak” (Ayb 14:4). Dan sahabatnya, Elifaz menanya, “Apakah manusia, sehingga dia dapat menjadi tahir? Dan dia yang dilahirkan oleh perempuan, sehingga dia dapat menjadi benar?” (Ayb 15:14). Dan sahabatnya, Bildad menanya, “Maka bagaimanakah manusia dapat diperbenarkan dengan Allah? atau bagaimanakah dia dapat menjadi tahir, yakni orang yang dilahirkan daripada seorang perempuan?” (Ayb 25:4).

Hati manusia penuh perdayaan melebihi segala sesuatu, dan ia sungguh-sungguh durjana, melebihi kemampuanmu untuk memahaminya (Yer 17:9). Percayalah kepada kebenaran yang menusuk hati ini! Tidak seorang pun yang dapat mengatasi kutuk batiniah ini yang memutarbelitkan fikiran dan mencabuli dorongan-dorongannya (1Yoh 1:8-10). Hanya oleh daya ciptaan Yesus Kristus dapatlah orang memperoleh hati kewajaran dan kekudusan yang baru, dengan kemampuan berhikmah sejati (Rom 8:7-8; 1Kor 2:14-16; Efe 2:10; 4:24; Flp 2:12-13).

Apakah pelajarannya di sini? Doktrin itu sudah jelas – manusia rosak, bebal, berdosa, dan durjana, dan dia tidak dapat merawat dirinya sendiri. Tetapi mengapakah amsal ini tidak mempunyai konteks (Ams 20:8-10)? Ia lebih sesuai terselit di dalam kitab Roma! Ingat tujuan Salomo adalah untuk mengajar para pemuda budi bicara dan hikmah (Ams 1:1-4). Ada dua pelajaran yang penting di sini – orang lain tidak boleh dipercayai dengan sepenuh-penuhnya untuk ada niat yang tulus, dan kamu tidak boleh dengan bebal menganggap bahawa doronganmu itu sejati.

Salomo juga memberi hujahan yang serupa tentang doktrin kerosakan manusia di dalam kitab filsafatnya – Pengkhutbah. Dia menulis, “Sebab tiada seorang pun manusia yang benar di bumi, yang berbuat baik, dan yang tidak berdosa” (Pkh 7:20). Sekali lagi, ia ternyata bahawa ada kurang atau tiada konteks bagi pernyataan itu (Pkh 7:19-21). Tetapi jika kamu perhatikan dengan lebih mendalam, kamu akan melihat bahawa Salomo sedang memberi amaran terhadap sikap menganggap diri sendiri benar dan kekasaran yang melampau terhadap orang lain (Pkh 7:16-22).

Suatu syarat untuk hikmah adalah untuk mengenal sifat manusia – ia, secara tidak dapat dirawat, bebal dan rosak. Kecurigaan kudus adalah perlu untuk berurus dengan masalah manusia. Oleh sebab itu, kamu harus menilai pendapat dan fikiran orang lain dengan syarat Alkitab (Maz 119:98-100,128; Ayb 32:7-9; Yes 8:20). Seperti Paulus telah menulis kemudian, “Biar Allah benar, tetapi setiap orang pembohong” (Rom 3:4)!

Tetapi kamu tidak boleh percaya baik pendapatmu mahupun fikiranmu sendiri. Jadi kamu juga harus menguji gagasan-gagasanmu dengan Alkitab (Maz 19:7-11; 2Tim 3:16-17). Dengan keraguan kudus tentang doronganmu dan fikiranmu sendiri, kamu akan dengan lebih setia mengendahkan gesaan Salomo untuk mendapat ramai penasihat bagi keselamatanmu (Ams 11:14) dan dengan lebih rendah hati menerima pembetulan (Ams 27:5-6).

Lagi pula, kamu harus perlahankan diri untuk mendengar dengan lebih baik hujahan dan aduan orang lain,ketika pada masa silam kamu mungkin telah membalas secara terlalu angkuh dan lekas (Ams 18:13). Akhirnya, penghakimanmu mungkin sungguh salah kerana hatimu yang rosak itu. Dengan hikmah amsal ini melekat kepada fikiranmu, kamu akan memperlahankan balasan-balasanmu dan belajar sebelum menjawab (Ams 15:28).

Tolaklah segala sikap menganggap diri sendiri benar (Ams 20:6). Biar cara kamu menjalani hidupmu itu membuktikan integritimu (Ams 20:7). Jika seorang penguasa memperbetulkanmu, jangan dengan bebal menolak teguran itu (Ams 20:8). Telitilah mana-mana pun aspek kehidupan yang paling kecil pun (Ams 20:10). Kanak-kanak pun dikenali oleh perbuatannya, dan bukan oleh percakapannya (Ams 20:11). Sekiranya kamu ada kemampuan untuk melihat atau mendengar kebenaran dengan pemahaman, itu pun kerana rahmat Allah (Ams 20:12).

Satu-satunya harapan bagimu atau bagi sesiapa orang yang lain ialah rahmat Allah dan kebangkitan kuasa Yesus Kristus untuk memberimu hati yang baru (Rom 8:7-8; 1Kor 2:14-16; 2Tim 2:24-26). Tiada pemulihan untuk hati manusia; ia harus diciptakan semula. Kesempurnaan tidak dapat dicapai di sini; kamu harus menunggu untuk syurga (Ibr 12:23). Orang yang paling baik dengan tindak laku mereka yang paling mulia pun tercela dan dirosakkan oleh kerosakan sisa di dalam rangka badaniah mereka.

Oleh sebab itu, kerendahan hati yang besar bagi keadaanmu adalah perlu untuk belajar hikmah. Baik kamu mahupun orang lain tidak dapat dipercayai dengan sepenuh-penuhnya. Kamu harus merayu kepada Allah untuk belas kasihan bagi keadaanmu yang teruk ini, dan kamu harus percaya setiap firman Allah mengatasi apa pun fikiran sendiri (Maz 119:113). Memandangkan kamu tidak dapat menjadikan hatimu tahir atau suci daripada dosa, kamu harus menyerahkan dirimu kepada rahmat Allah di dalam Yesus Kristus bagi hidup di akhirat dan percaya kepada AlkitabNya yang tidak boleh salah berkenaan kehidupan ini.