Amsal · Proverbs

20:13
Jangan suka tidur, supaya jangan kamu menjadi miskin; bukalah matamu, dan kamu akan dipuaskan dengan roti.

Salah satu peraturan yang paling mudah bagi kejayaan adalah untuk membenci tidur. Sudah tentulah, kamu perlu tidur, tetapi kamu harus belajar untuk membenci pembaziran masa di katil. Hayat kita pendek – setiap hari singkat sahaja – dan masa yang dibazir di katil akan kembali untuk menghantuimu. Salomo meneliti kehidupan dengan minda yang paling berhikmah di sejarah dunia. Amsal-amsalnya yang berilham menyampaikan nasihat yang cemerlang bagi kejayaanmu.

Kemiskinan sedekat satu butang “snooze” [tidur sebentar lagi] pada jam loceng. Jika kamu cinta katilmu yang selesa pada waktu pagi dan malas meninggalkan bilikmu untuk peluang waktu siang, maka kamu sudah memulakan perjalananmu ke ambang kegagalan. Jika kamu mencuri beberapa minit lagi untuk memeluk bantal sebelum bangun, akhirnya kamu akan berada dalam kemiskinan. Salomo memberitahu kamu untuk membuka matamu – dan bangun untuk menyerang siang hari.

Sebagai seorang raja dan seorang ayah, orang yang berhikmah itu memerhatikan bahawa salah satu ciri jenis orang yang kekukangan adalah untuk tidur dan tidak sebaliknya bangun dan menggiatkan diri dengan tugas-tugas harian. Jika kamu membuka matamu, menempatkan kakimu pada lantai, dan mula bergerak, maka kamu sudah lebih maju daripada jiranmu yang masih tidur, dan kamu melanjutkan perjalanan untuk menjadi berhasil. Ingat, siapa cepat dia dapat, siapa kemudian putih mata.

Jika kamu senyum kepada dirimu setiap pagi tentang kebahagiaan melahu di keselesaan katilmu dan betapa kamu benci untuk bangun dan bergerak – dalam kata lain, suka tidur – maka kamu sedang membenarkan pemupukan suatu tabiat yang bahaya. Jika kamu cukup berjaga untuk memikirkan fikiran tersebut, maka kamu cukup berjaga untuk bangun dan berbuat sesuatu yang berhasil. Bangunlah!

Salomo mengajar suatu etika kerja yang hebat, kerana Allah harap manusia untuk bekerja keras. Allah telah menugaskan Adam untuk mengusahakan dan memelihara Eden (Kej 2:15). Dia menghakimi kaum manusia bagi dosanya dengan menjanjikan nafkah melalui hasil titik peluh (Kej 3:19). Allah juga melanjutkan lagi kutuk itu sehingga memerintahkan kebuluran sebagai hukuman bagi sesiapa pun yang tidak ingin bekerja keras (2Tes 3:6-12; Ams 20:4).

Ketekunan mengganjari diri, kemalasan membinasakan diri (Ams 10:4; 12:24; 13:4; 22:29). Salomo mengolok-olok orang yang kekukangan. Dia suruh mereka pergi melihat semut; kerana semut tahu erti bekerja (Ams 6:6-8). Dia bertanya berapa lama akan si lamban tidur (Ams 6:9). Dia berkata bahawa kemiskinan menjelang sepasti seorang yang dalam perjalanan nak sampai ke destinasinya atau sepasti seorang yang bersenjata boleh merompakmu (Ams 6:10-11; 24:33-34). Dia menyamakan perbuatan terlampau lama memeluk bantal sebagai pintu yang mengayun pada engselnya (Ams 26:14).

Terlebih tidur menjadikanmu lembap (Ams 19:15; 23:21). Semakin lama kamu tidur di katil dan berpuasa daripada makanan, semakin metabolisme kamu diperlahankan. Sudah tentulah, kamu perlu tidur, tetapi kamu tidak memerlukan beberapa minit yang ekstra sesudah kamu bangun pada waktu pagi. Penangguhan sejam yang tidak beraktiviti dan yang mengantuk itu akan menjadikannya lebih sukar untuk bangun daripada memudahkannya.

Sudah tentulah, si lamban dapat memberi alasan bagi ketagihan tidur (Ams 26:16). Tetapi pasukan askar tahu bagaimana melatih anak-anak yang angkuh dan yang degil sedemikian – ia menuntut supaya dia bangun pada pukul 5:00 AM dan bukan pukul 7:00 AM yang dahulu dapat dipilih olehnya ketika hidup sebagai rakyat biasa. Jika kamu dihantui fikiran beberapa minit ekstra di katil, maka pergilah ke katil lebih awal pada waktu malam. Dan cuba kamu fikir, seperti yang ditemui askar dan orang yang berjaya, bangun awal boleh menjadi suatu tabiat yang mudah.

Ada had kepada peraturan ini, dan Allah Yang Maha Bahagia di syurga menunjukkan belas kasihanNya melalui pengehadan itu. Dia tidak mahu kamu bangun terlalu awal, atau terlalu lambat tidur, atau gusar tentang usaha-usahamu – Sebaliknya, dia ingin kamu tidur kerana Dia mengasihimu. Ketika kamu menganggap bahawa ia merupakan usahamu yang memajukanmu dalam kehidupan, Dia menganggap itusebagai pelanggaran dan salah (Maz 127:1-2). Dia mahu kamu menaruh percaya kepadaNya untuk memajukan dirimu.

Suka tidur di katil akan membawamu kemiskinan kewangan, tetapi malas dan mengantuk tentang kesalihan akan pasti membinasakanmu secara rohani. Kekukangan dalam hal membaca Alkitab, berdoa, dan menghadiri khabar khutbah firman Allah akan membawamu ke ambang kemiskinan dalam perjalananmu dengan Allah. Inilah sebab adanya amaran-amaran yang berulang dalam Alkitab untuk berjaga dan bangun secara rohani (Mat 24:42-44; 25:1-11; 26:36-45; Rom 13:11-14; Efe 5:14-21; 1Tes 5:6-10). Bangunlah!