Amsal · Proverbs

20:14
Tidak baik, tidak baik, kata si pembeli: tetapi ketika dia sudah pergi, dia bermegah.

Membeli sesuatu untuk harga yang rendah adalah berbahaya. Perbuatan memberitahu seorang jurujual segala masalah sesuatu untuk mengurangkan harga dan kemudian bermegah kepada kawan atau keluarga tentang pembelian yang murah ialah perbuatan berbohong dan mencuri. Kesalihan dan kebenaran akan menuntut suatu harga yang adil dan kejujuran yang tiada cacat cela.

Allah di syurga mengambil berat akan butir-butir. Alkitab dan iman Kristian melibatkan aspek-aspek yang kecil dalam kehidupanmu (Maz 119:96; Ula 22:6-7; Mat 5:19). Dia menghakimi cara kamu membeli barangan daripada orang lain. Jika kamu mengambil kesempatan atas seorang jurujual dan bermegah akan itu, Dia kira itu sebagai dosa.

Alkitab kerap kali mengutuk amalan-amalan jualan yang durjana, seperti timbangan dan neraca yang palsu (Ams 11:26; 16:11; 20:10,23; Ima 19:36; Ula 25:13; Mik 6:11). Tetapi di dalam amsal ini TUHAN Allah memaklumkanmu tentang amalan-amalan pembelian yang berdosa dan yang durjana.

Manusia alamiah mahu membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi, meskipun ia barangan yang sama kepada orang yang sama! Adam telah memperanakkan pencuri. Maka manusia cenderung kepada tawar-menawar – mereka tidak mahu membayar harga yang ditawarkan. Untuk mendapatkan jurujual untuk merendahkan harganya, mereka memakai banyak teknik yang memperdayakan. Mereka mungkin berkata, “Barangan ini ada masalah; ia bukan apa-apa; ia tidak bernilai harga yang kamu pasang; orang lain jual pada harga yang lebih murah; ia bukan apa yang aku sedang cari; atau sebenarnya aku tidak memerlukannya”.

Tetapi ketika orang-orang ini berkumpul bersama kawan dan keluarga selepas membeli itu pada harga yang sudah diturunkan, mereka bermegah tentang harga murah yang mereka dapat. Mengapa mengubahkan kata-kata mereka? Mengapa menukar cerita dan keadaannya? Di sinilah bohongnya. Mengapakah mereka tidak memberitahu jurujual itu bahawa harganya murah? Mengapakah mereka memberitahu jurujual itu bahawa harga itu tidak boleh diterima?

Orang sedemikian ialah pembohong, dan sementara mereka memakai bohong untuk memperoleh harta orang lain, mereka merupakan pencuri. Orang-orang ini ada pepatah yang biasa dipakai yang mengakui kesalahan mereka ketika mereka bermegah, “Aku dapat barang curi!” Pertimbangkannya, hai pembaca. Pencuri mengakui jenayahnya dan dosanya, ketika dia bermegah!

Orang-orang demikian akan kerap kali berhujuah, “Aku tidak memaksa dia untuk jual pada harga itu. Ia pasaran bebas dan ekonomi yang percuma. Dia orang dewasa. Jika dia tidak fikir ia harga yang adil, dia tidak mungkin nak jual itu kepadaku pada harga itu”. Orang-orang ini adalah rewel, babil, dan durjana.

Jika kamu bermegah akan pembelianmu yang murah, kamu sedang mengaku dengan terus-terang bahawa kamu mengambil kesempatan atas jurujual, terutamanya jika kamu membelinya untuk kurang daripada harga yang diminta. Jika kamu tidak mengambil kesempatan atas jurujual, maka apakah yang sedang dimegahkanmu itu? Kemegahanmu ialah bukti jelas bahawa kamu telah berbohong dan mencuri barangan itu. Mengapakah kamu tidak memberitahu jurujual itu, “Aku tidak dapat percaya bahawa kamu sedang menjualnya untuk harga yang murah ini; adakah kamu benar-benar nak beri seperti ia percuma?”

TUHAN ialah pembalas perbuatan menipu, termasuk membeli dan menjual (Ima 19:11; 25:14-17; 1Tes 4:6). Apakah peraturan transaksi ekonomi yang harus dipatuhi, iaitu peraturan untuk dipatuhi dalam segala pertukaran dan perhubungan? Peraturan emas itu (Mat 7:12)! Seorang pembeli yang Kristian harus melayani jurujual akan seperti peranan-peranannya diterbalikkan. Dan hanya oleh peraturan ini dapat kamu mengosongkan diri daripada apa pun kesalahan di hadapan Allah dan manusia dan melakukan segalanya bagi kemuliaanNya (Kis 24:16; 1Kor 10:31).

Orang lain berkata, “Aku harus berunding untuk maju ke depan. Pendapatan aku tidak banyak, maka aku harus membeli barangan yang semurah semungkin”. Sudahkah kamu sedar bahawa orang sedemikian biasanya orang fakir miskin? Ada alasannya. Allah sedang menimpa jalan-jalan mereka yang berdosa itu kepada kepala mereka sendiri. Membayar sedikit ekstra akan membawa ganjaran kewangan Allah (Ams 11:18,24-28; 28:8; Pkh 11:1-6; Luk 6:38).

Orang yang jujur akan memakai bahasa yang sama, dan bercakap dengan cukup terang dengan penjual, seperti yang akan dia buat dengan keluarganya. Dia tidak perlu mengubahkan ceritanya selepas mendapat barangan itu, sebab dia memang bayar harga yang adil dan tidak berbohong. Dia tidak bermegah tentang apa yang dia buat kepada jurujual ketika membeli pada kadar yang di bawah harga pasaran. Allah membenci semua hal berbohong, saksi-saksi palsu, menyalahgambarkan sesuatu, dan menipu, yang merupakan sesetengah jenayah dalam amsal ini (Ams 12:17,19,22; 20:17; 26:18-19,24-28).

Kamu harus menyediakan segala perkara secara jujur kepada pandangan semua orang (Rom 12:17). Di sinilah TUHAN memberitahumu setakat mana kejujuran yang diharapkannya. Kamu patut berucap secara terbuka dan secara jujur dalam perniagaan seperti juga dengan kawan-kawan dan keluarga. Jika kamu bermegah seperti kamu sedang mengambil kesempatan ke atas orang dalam perbualan yang rahsia, maka kamu tentulah sedang berbohong dan/atau sedang mencuri di dalam amalan-amalanmu di khalayak ramai.

Jurujual harus mempertimbangkan kuasa pelajaran ini. Mereka tidak boleh menyalahgambarkan produk mereka, harga mereka, atau apa pun aspek perniagaan mereka untuk menambahkan jualan. Mereka harus jujur dan terbuka dengan pelanggan-pelanggan mereka akan seperti mereka merupakan pengurus mereka. Mereka harus ada tahap kejujuran dan keterbukaan yang setaraf dengan apa yang para pelanggan merekamahu jurujual jadi kepada emak mereka.

Bolehkah kamu menyenaraikan kelayakan-kelayakan yang melebihi apa yang sebenarnya untuk mendapatkan kerja, dan kemudian bermegah kerana mendapatkan kerja yang kamu sebenarnya tiada kelayakan? Bolehkah kamu kurang menyatakan liabiliti-liabilitimu untuk mendapat kelulusan pinjaman, dan kemudian bermegah mendapat bantuan kewangan yang kamu tidak layak terima? Bolehkah kamumenyatakan keperluan kewanganmu yang melebihi sebenarnya supaya mendapat suatu kenaikan gaji yang lebih tinggi, dan kemudian bermegah mendapat suatu kenaikkan gaji yang lebih daripada yang dijangkakan? Akankah kamu memberitahu bos bahawa kamu sakit untuk dapat cuti, dan kemudian bermegah telah memperdayakan bos ketika kamu tengah-tengah main golf? Bolehkah kamu memberitahu pihak polis bahawa kamu hanya memandu pada kelajuan 60 km sejam, dan kemudian bermegah akan kepintaran percakapanmu untuk melepaskan diri daripada kesalahan melanggari peraturan 70 km sejam? Hai pembaca, sukatlah setiap perkataanmu oleh peraturan amsal ini.

Betapa indahnya tahap kekudusan dan kejujuran! Kemuliaan! Tiada Allah seperti TUHAN. Dia Gunung Batu, dan tiada kejahatan yang ada di dalamNya. Dan Tuhan Yesus Kristus ialah AnakNya, Yang telah mengasihi kewajaran dan membenci kedurjanaan melebihi mana-mana orang yang lain. Terpujilah Tuhan!

Tiada kitab kudus yang setanding Alkitab. Tidak hairanlah mengapa Musa memberitahu Israel bahawa ketetapan-ketetapan Allah ialah hidup, hikmah, dan kewajaran mereka di hadapan bangsa-bangsa. Jika kejujuran dan integriti demikian diamalkan, tidak akan adanya apa pun jenis peperangan atau pertikaian. Tetapi malangnya, hati manusia penuh dengan perdayaan melebihi segala sesuatu, dan ia sungguh-sungguh durjana: siapakah yang dapat mengenalnya (Yer 17:9)?

Kekudusan adalah lebih daripada sembahyang yang hormat pada pagi Hari Ahad. Ia merupakan pematuhan yang tegas dan yang teliti kepada segala hukum Allah; dan ia membenci kompromi dengan apa pun kejahatan; ia berkaitan kepada peristiwa-peristiwa yang sangat kecil dalam kehidupanmu; dan ia melibatkan pendekatanmu dan kata-katamu. Biar pihak pembeli berhati-hati!