20:7
Orang yang benar berjalan dalam integritinya: anak-anaknya diberkati menurutinya.
Masa depan keluargamu bergantung kepada cara kamu hidup pada hari ini. Pengaruh paling besar yang dapat kamu beri kepada anak-anakmu adalah untuk hidup dengan kewajaran. Anak-anak orang salih membesar dengan hikmah yang lebih unggul daripada rakan-rakan sebaya mereka, jadi mereka diberkati dengan kejayaan yang semula jadi dalam sukatan kemakmuran. Tetapi jauh melebihi itu, Allah Sendiri akan dengan luar biasa memberi keredaan kepada anak-anak orang yang salih.
Orang yang baik hidup dengan adanya integriti; dia melakukan lebih daripada memikir atau menuntut kebaikan (Ams 20:6). Dia akan menjalani kehidupan benar itu, dan bukan sahaja bercakap. Dia hidup oleh takut akan Allah dan oleh iman dalam Kristus, dengan menjaga segala perintah. Allah akan mengutus berkat-berkat dan keredaan kepada keturunannya. Di sinilah suatu amsal dengan janji berkat yang ajaib. Biar orang salih mencapainya!
Fahamilah keadaannya. Manusia ini bukan Kristian yang badaniah, yang berucap dan berperangai dengan suatu ragam pada hari Ahad dan ketika berada dengan para percayawan yang lain, tetapi hidup dengan ragam yang berbeza pada hari-hari yang lain di rumah dan di dunia. Di sinilah orang benar, yang berbuat apa yang wajar dan yang kudus di pandangan Allah. Dia mencari Tuhan dengan seluruh hatiNya. Dan dia berjalan menurut ragam ini setiap hari.
Di sinilah orang yang ada hati nurani yang bersih, yang memandu segala hal-hal kehidupannya dengan budi bicara firman Allah. Dia tidak ternoda di hadapan Allah dan manusia, kerana mengakui dosa-dosanya dan membuat pembetulan yang wajar baginya. Kerinduannya adalah syurga di atas, dan dia menyalibkan nafsu-nafsu berdosanya dengan Kristus. Dia gementar kepada Firman Allah dan dengan rendah hati berjalan dengan Allahnya.
Dia tidak memiliki sikap menganggap diri sendiri benar. Dia tidak ada pendapat yang tinggi tentang dirinya atau keluarganya. Dia dengan gembira merendahkan dirinya kepada orang yang kurang berupaya untuk mengasihi dan melayani mereka secara apa pun yang dia dapat buat. Dia tahu diri sendiri adalah keji; dia bersukacita dalam pengampunan Allah bagi dosa-dosanya; dan dia mengapuni orang lain dengan sungguh cepat dan dengan sepenuhnya kerana itu. Dia menyelidiki hatinya dan menolak segala kepahitan atau keangkuhan di sana.
Dia tahu perhubungan-perhubungan dengan orang lain ialah salah satu sukatan Allah (Mal 4:5-6; Luk 1:17). Dia dengan teliti dan dengan tekun menggenapi tugas-tugasnya kepada para penguasa, majikan, ibubapa, pastor, isteri dan anak-anak – dia tahu ini semua disanjungi dalam Alkitab. Dia seorang dermawan dan pendamai, terutamanya kepada orang yang lebih rendah, malah kepada musuh-musuh pun (Luk 6:27-36; 14:12-14; Rom 12:16).
Fahamilah janjinya. Allah syurgawi yang kudus mengganjari orang baik dengan berkat-berkat ke atas keturunan mereka. Jika anak-anak atau cucu-cucu mereka berdosa, mereka akan menanggung hukuman kedurjanaan mereka, tetapi Tuhan akan lebih berbelas kasihan daripada tindakan biasanya. Jika anak-anak itu juga menjalani kehidupan benar, yang besar kemungkinan demikian kerana teladan yang mereka saksikan dalam ayah, Tuhan akan menolong dan memberkati mereka demi ayah mereka yang benar.
Pertimbangkan Daud, orang yang mengejar hati Allah, yang adalah sempurna di pandangan Allah, kecuali dalam hal dosa-dosanya dengan Batsyeba (1Raj 15:3-5).Untuk memuliakan kehidupan Daud yang berakhlak mulia, Tuhan menunjukkan belas kasihan berulang-ulang kali kepada keturunannya (1Raj 11:12,32,36; 15:4; 2Raj 8:19; 2Taw 21:7). Daud memberi keterangan tentang orang yang benar, “benihnya diberkati” (Maz 37:26). Juga, “Siapakah manusia yang takut akan TUHAN? ... benihnya akan mewarisi bumi” (Maz 25:12-13).
Ibubapa! Adakah kamu mengasihi anak-anakmu? dan keturunanmu yang lebih lanjut itu? Jangan harap pendidikan sekolah. Jangan harap arahan dan didikan. Fahamilah keutamaan amsal ini. Hidup dengan rendah hati dan berjalan jujur di hadapan Allah, dan Dia akan memberkati anak-anakmu kerana kehidupanmu. Kehidupan Ayub yang penuh integriti pun melibatkan korban-korban bagi anak-anaknya selepas sambutan hari jadi mereka (Ayb 1:1-5).
Pinehas dan Yonadab, iaitu teladan-teladan orang yang benar, telah dijanjikan benih yang salih (Bil 25:11-13; Yer 35:18-19). Hai percayawan, adakah janji-janji ini hanya untuk orang lain? Pertimbangkan itu semula. “Diberkatilah orang yang takut akan TUHAN, yang sungguh-sungguh bersuka dalam perintahnya. Benihnya akan menjadi kuat di bumi: generasi daripada orang jujur akan diberkati” (Maz 112:1-2).
Tetapi yang sepasti kebenaran kenyataan itu ialah hakikat bahawa apa pun dosa akan memperlihatkan dirimu (Bil 32:23). Kamu tidak boleh menyembunyikan dosa-dosa dalam fikiranmu, bilikmu, atau di mana-mana jua (Pkh 10:20; Yer 23:23-24). Matanya memandang kepada segala-galanya (Ams 15:3). Mula dengan hatimu dan singkirkan apa pun yang tidak sepadan dengan tahap tertinggi firman Allah (Ams 4:23; Maz 139:23-24; Yak 4:9).
Allah tidak berhutang untuk mengganjarimu kerana menjalani kehidupan yang salih, terutamanya ganjaran seperti berkat dan pemberian keredaan kepada keturunanmu. Kamu patut menjalani kehidupan itu tidak kira apa pun kerana takut dan kasih, seperti Paulus telah lakukan (2Kor 5:9-15). Tetapi Allah memang berbuat janji-janji demikian, dan Dia mengharapkan kamu untuk mempertimbangkannya (Efe 6:2-3). Jadilah orang yang benar pada hari ini untuk memanfaatkan keluargamu pada masa depan.