20:6
Kebanyakan orang akan mengisytiharkan kebaikannya sendiri: tetapi orang setia dapat ditemui siapa?
Percakapan tidak bernilai. Memegahkan diri tidak membuktikan apa-apa. Sejarahmu tidak berkaitan. Akhlak yang benar dikenali oleh perilaku dan pencapaian semasa, bukan melalui pujian diri sendiri, peristiwa dahulu, penjelasan, atau alasan (Ams 20:11). Namun orang bebal bercakap lebih daripada orang berhikmah (Ams 14:33; 29:11), dan yang kekukangan bercakap lebih daripada orang yang bekerja keras (Ams 26:16). Kebanyakan orang mengasihi diri sendiri dan akan cepat-cepat memberitahu betapa berbakat dan setia diri mereka sendiri, tetapi orang yang ada pencapaian benar sesuai dengan sukatan Alkitab sungguh jarang.
Percakapan itu tidak bernilai. Apa yang kamu fikir tentang diri sendiri mudah memperdayakan diri dan mudah membinasakan diri (Ams 12:15; 14:12; 16:2,25; 21:2; Yer 17:9). Tetapi apa yang disebut kamu tentang dirimu adalah lebih teruk (Ams 14:3; 25:14; 27:1; Pkh 10:11-14; Yak 3:5). Allah atau manusia pun tidak peduli tentang pendapatmu, dan terutamanya ketika ia tentang dirimu. Jika kamu harus memberitahu orang lain bahawa kamu baik dalam sesuatu perkara, maka sudah pasti ada kekurangan bukti untuk menyatakannya, sebab kalau tidak, harus mengapa kamu menyebutnya? Kesaksian cukup bodoh untuk mempromosikan barangan baru, tetapi ia lebih tidak munasabah bagi dirimu sendiri!
Manusia sudah lama mengasihi dosa-dosa yang melaknatkan, yakni keangkuhan, bercakap besar, memandai, sombong, mengasihi diri sendiri, dan menghargai diri sendiri. Tetapi pada hari ini kejahatan-kejahatan yang membinasakan ini dimuliakan di dalam olahragawan popular dan para pelakon sombong dan dipromosikan sebagai penawar bagi kebanyakan masalah psikologi atau masalah perhubungan. Teori-teori menghargai diri sendiri dikagumi, walaupun ia sebenarnya hanya memutihkan dosa-dosa keangkuhan dan mementingkan diri sendiri. Para ahli psikologi yang humanistik [mengagung-agungkan manusia] selalunya terperdaya, tetapi saat orang yang kononnya Kristian menggalakkan pandangan kehidupan yang narsisistik ini, kebenaran diancam bahaya (2Tim 3:1-5).
Pada zaman pengiklanan, pemasaran massa, dan perhubungan awam ini, adanya penekanan yang cabul iaitu penekanan kepada wajah melebihi pencapaian, tanggapan melebihi kenyataan, bunyi melebihi inti, dan perasaan melebihi fakta. Oleh sebab adanya kebiasaan berkomunikasi melalui telefon, Internet, televisyen, radio, emel dan mesej, adanya suatu penekanan cabul kepada kata-kata melebihi perbuatan. Pengherotbenyotan ini telah menimbulkan suatu situasi yang menyambut cakap besar lebih daripada pencapaian.
Namun pada zaman ini ada kurang orang setia yang akan melakukan apa yang harus mereka lakukan (Maz 12:1; 2Tim 3:13). Para olahragawan bercakap besar tentang kemampuan dan pencapaian mereka, dan ahli politik menuntut diri sendiri sebagai hampir keilahian dalam apa yang dijanjikan mereka. Orang yang hebat tidak perlu menonjolkan diri sendiri hebat, kerana orang lain yang akan melakukan itu bagi mereka. Orang hebat tidak pernah merendahkan martabatnya untuk memuji dirinya sendiri; sebab pujian mereka datangnya daripada orang lain (Ams 27:2). Jika orang lain tidak memuji apa yang kamu fikir sebagai hebat, ada alasannya yang cukup jelas.
Di manakah kerendahan hati Salomo? Sebagai raja Israel dan anak Daud yang sungguh diredai, dia mengakui dirinya seperti seorang budak kecil dalam pemahaman (1Raj 3:5-9). Allah mengasihi pengakuan ini, dan juga orang berhikmah ketika membacanya. Di manakah kerendahan hati Paulus? Walaupun paling hebat di antara para rasul, dia mengakui bahawa dia kurang daripada orang kudus yang paling rendah (Efe 3:8). Di manakah kerendahan hati Agur? Sebagai pengarang Amsal bab yang ke-30, dia mengakui kejahilannya (Ams 30:1-4). Ketiga-tiga orang hebat ini tidak memuji diri mereka sendiri; kita yang memuji mereka.
Jangan memberitahu tentang pencapaian pekerjaanmu. Biar suatu kenaikan pangkat membuktikannya. Jangan bermegah dalam perkahwinanmu yang hebat. Biar pasanganmu menyebarkan khabar itu. Jangan memberitahu tentang kekudusan peribadimu. Biar buah roh dan penganiayaan membuktikannya. Jangan memberitahu tentang belas ihsanmu dan kemurahanmu kepada orang lain. Biar bilangan kawanmu yang setia menjadi sukatan itu. Jangan memberitahu betapa banyak kamu dapat dipercayai. Biar skor kreditmu menunjukkan kebenarannya. Jangan memberitahu betapa banyak kamu takut dan mengasihi Allah. Biar perubahan hidupmu dan kesaksian orang lain tentangmu membuktikannya (1Tes 1:6-10; 1Yoh 2:4).
Hai pembaca, henti bercakap tentang dirimu sendiri. Tunjukkanlah akhlakmu yang hebat kepada Allah dan manusia melalui perilakumu. Yakobus memperlekehkan agama Kristian yang berasaskan iman semata-mata (Yak 2:14-26). Dan itu pun melebihi keputusan-keputusan yang dicari para penginjil pada zaman ini. Dia menyanjungi perbuatan sebagai lebih unggul daripada iman. Dia menyanjungi perbuatan sebagai bukti mengenal Allah dan bukti ada perkenanNya. Yesus, Paulus, dan Petrus turut mengajar doktrin berasaskan perangai (Mat 7:21; 2Kor 5:9-11; 2Pet 1:5-12).
Sikap menganggap diri sendiri benar ialah salah satu dosa yang paling melaknatkan. Setelah dijangkiti, bagaimanakah mungkin kamu disembuhkan? Kamu tidak tahu kamu dijangkiti penyakit itu. Teguran siapa yang akan kamu terima? Kamu telah menyakinkan dirimu sendiri bahawa pandangan Allah terhadapmu sudah cemerlang (Luk 18:9-14). Dengarlah Yesus Kristus. Dia berkata kepada para pemimpin yang paling konservatif dan yang paling disegani, “Kalian merupakan orang yang memperbenarkan diri sendiri di hadapan orang; tetapi Allah mengetahui hati kalian: sebab apa yang disanjungi tinggi di antara manusia ialah kekejian di pandangan Allah” (Luk 16:15).
Kamu akan tidak lama lagi memberi perhitungan tentang kehidupanmu kepada Allah, dan kemudian kebenaran akan diketahui. Kata-katamu yang memuji diri sendiri dan yang memperbenarkan diri sendiri akan lagi menambahkan markah jahat yang menentang dirimu. Bersiap untuk bertemu dengan Allahmu. Yesus Krsitus, Yang Bahagia dan Yang Satu-Satunya Diraja, akan menghakimimu bagi kata-katamu dan perbuatanmu (Mat 12:34-37). Dia telah memberimu amaran bahawa ia lebih baik untuk ada percakapan yang kurang elok dengan pencapaian yang baik daripada percakapan yang baik dengan pencapaian yang kurang elok (Mat 21:28-33).
Banyak hamba Allah menyanjungi diri mereka sendiri daripada menyanjungi Yesus Kristus. Mereka memanggil pelayanan mereka menurut nama mereka sendiri, dan mereka membangunkan para pengampu untuk menjamin kesinambungan kultus personaliti mereka masing-masing. Bacalah cetakan di kulit buku yang dikarang mereka! Tetapi Tuhan Yesus Kristus akan merendahkan mereka dengan sekelip mata, sejurus sebelum mereka dilemparkan ke neraka. Dia akan berkata kepada kisah kejayaan mereka yang memuji diri sendiri itu, “Aku tidak pernah mengenalmu”, (Mat 7:21-23).
Hai para pembaca, adakah kamu dikenali kerana perbuatan dan pencapaian setia yang sesuai dengan firman Allah? Atau mungkinkah kamu harus membantu orang lain dengan isi tersirat atau penjelasan tentang betapa setia dirimu sendiri? Buanglah percakapan itu! Sukatlah dirimu hanya melalui perbuatanmu, pencapaianmu, kecekalan hatimu, dan hasil-hasil daripadanya; bertumpu kepada perbuatan yang diutamakan firman Allah, dan hanya lakukan itu bagi kemuliaanNya. Semoga Tuhan memberkatimu untuk menjadi salah seorang dari kelompok orang setia yang jarang di generasi ini.