21:20
Ada harta kekayaan untuk diingini dan minyak di kediaman orang berhikmah; tetapi orang bebal habis memakaikannya.
Kamu akan membuat keputusan-keputusan pada hari ini yang akan memberi kesan kepada masa depan kewangan kamu. Apa yang sedap didengar? Kaya atau miskin? Harta berharga atau kemiskinan? Berhikmah atau bebal? Satu peraturan kewangan akan memajukan kamu bermula pada hari ini. Terjamin! Tetapi hanya sesetengah orang, syarikat atau negara yang dapat melakukannya. Kurang berbelanjalah!
Ia memang mudah. Terjamin! Kurang belanjakan apa yang kamu terima, dan yang tertinggal itu akan melonggok di dalam rumahmu atau bank sebagai harta berharga. Jadikanlah dirimu seperti bahagian pertama amsal ini. Jika kamu terus berbelanja seperti banyak orang berbuat, akhirnya kamu tidak ada apapun harta berharga – kamu akhirnya menjadi seorang bebal yang miskin.
Mengapakah orang berhikmah secara am adalah kaya sementara orang bebal miskin? Adakah kamu ingin maju ke depan secara kewangan? Maka bacalah dan percayalah amsal yang mudah ini. Orang bebal membelanjakan wang secepat penerimaannya, tetapi orang berhikmah berdisiplin dan lambat berbelanja dan selalu menabung sesetengah daripada semua pendapatannya.
Alkitab ialah perpustakaan 66 buku Allah bagi anak-anakNya. Ia melingkupi setiap bahagian kehidupan, sebab Dia inginkan mereka makmur. Dia mengilhamkan Raja Solomo untuk menulis nasihat kewangan bagi apa yang dia telah perhatikan tentang manusia – orang berhikmah menabung dan ada aset tetapi orang bebal membelanjakan semuanya.
Ragam perbelanjaanmu menentukan kejayaan kewanganmu. Pendapatan itu tidak sepenting itu; kamu boleh memboros suatu pendapatan tinggi semudah seperti kamu boleh memboros suatu pendapatan rendah. Olahragawan profesional menampakkan hakikat itu setiap hari. Suatu pendapatan tinggi membenarkan kamu untuk membazirkan wang ke atas benda yang lagi mahal.
Ia bukanlah kos sara hidup yang tinggi, tetapi kos gaya hidup yang tinggi, yang membinasakan orang (Ams 21:17). Orang berhikmah berpandangan jauh dan berdisiplin untuk mengelak tabiat-tabiat buruk dan mengelak membeli mengikut gerak hati dan dia menabung sesetengah daripada pendapatannya. Dia menjadikan penabungan itu suatu kesukaannya, dan dia keberatan untuk berbelanja.
Ada dua jenis orang yang kalah secara kewangan – orang malas yang enggan bekerja keras untuk mendapat pendapatan yang baik, dan orang yang akan membazirkan apa yang mereka dapat (Ams 18:9). Lagi pula, ada orang yang kuat bebal yang ada kedua-dua masalah itu – mereka tidak suka bekerja, dan mereka membazirkan wang mereka.
Apakah cara yang paling baik untuk mengurangkan perbelanjaan? Bayar Allah 10% daripada hasil pertamamu (Ams 3:9-10). Kedua, bayarlah dirimu sendiri 10% dengan penabungan seperti semut itu (Ams 6:6-8; 30:25). Ketiga, bayarlah kesemua perbelanjaan sara hidup. Selepas itu, barulah kamu boleh berbelanja sesuka hatimu! Kamu akan mula mengumpulkan harta berharga dengan cepat, dan kamu tidak memakai badjet atau program akaun komputer.
Kad kredit membelanjakan wang yang kamu tidak miliki – ini menjadikan kamu lebih teruk daripada orang bebal amsal ini! Ia menggalakkan perbelanjaan mengikut gerak hati tanpa membayar, yang kemudian akan cukup melukakan kamu secara kewangan. Hidup secara berkorban itu bermakna hidup lebih baik kemudian dan hidup lebih panjang – sebab penabung menerima bunga tetapi pembelanja membayar bunga, dan penabung juga siap bagi apa-apa peluang pelaburan yang menguntungkan.
Daripada ada sisa wang pada hujung minggu, kebanyakan orang kekosongan wang pada hujung minggu. Dan ini juga kes yang sama pada akhir hayat kebanyakan orang. Bagaimana dengan kamu? Seorang yang berhikmah akan menjadikan perbuatan memberi dan menabung sesuatu tabiat dan kesukaannya, sebab dia tahu bahawa perbuatan-perbuatan ini ialah perintah-perintah bagi keuntungannya, dan bukan hanya suatu cadangan (Ams 6:6-8; 12:27; 13:22; 30:25).
Benjamin Franklin itu pernah berkata, “Satu sen yang ditabungkan ialah satu sen kamu untung”. Jika kamu membelanjakan satu sen kurang pada bulan ini, kamu bagaikan untung satu sen lagi. Tetapi pada kadar cukai 50%, membelanjakan kurang suatu sen bagaikan untung dua sen lagi. Jika kamu mengambil kira faktor-faktor kos marginal seperti memberi, menabung, dan sesetengah perbelanjaan, menolak suatu pembelian itu boleh dianggap sebagai beberapa sen.
Solomo telah menulis, “Orang kuat mengekalkan kekayaan” (Ams 11:16). Suatu akhlak yang kuat dan ketekunan yang bersemangatdiperlukan untuk mencari pendapatan di dalam suatu pertukangan atau perniagaan. Tetapi lebih lagi kekuatan diperlukan untuk menahan perbelanjaan dan menabung sesetengah pendapatan. Penabungan itu suatu sukatan akhlak! Tidak hairanlah mengapa Alkitab menuntut suatu hantaran kahwin kepada ibubapa pengantin perempuan dan bukanlah seperti cara orang Hindu yang terkeliru.
Selain daripada segi kewangan, apa lagi yang sedang kamu habis belanja atau boros? Bagaimana dengan masa kamu? Bagaimana dengan nyawa ibubapamu? Bagaimana dengan perkahwinanmu? Bagaimana dengan didikan anakmu? Bagaimana dengan kebenaran Allah yang didedahkanNya kepada kamu melalui ciptaan, takdir, hati nurani, dan kitab suci? Adakah kamu menabungkannya atau membiarkan ia terlepas daripada mindamu?
Si pembelanja hanya memikirkan akan masa sekarang tetapi si penabung akan masa depan. Yesus telah memberi suatu pelajaran perniagaan tentang seorang manusia yang secara bijak telah menyediakan bagi masa depannya untuk melindungi diri daripada masalah. Tetapi pelajaran itu bukanlah tentang kewangan – ia tentang menabung bagi akaun simpanan bagi Hari Penghakiman (Luk 16:1-16; 1Tim 6:17-19; Mat 6:19-20; Yes 32:8; Ibr 6:10; 13:16).
Percayalah kepada Yesus Kristus pada hari ini, dan taatilah Dia dengan pekerjaan yang baik untuk menjamin lagi pemilihanmu, supaya kamu dapat tahu bahawa kamu tidak akan jatuh pada hari dahsyat itu yang menjelang dengan cepat (2Pet 1:5-11).