Amsal · Proverbs

21:19
Lebih baik untuk berdiam di padang gurun, daripada berdiam dengan seorang perempuan yang suka berbalah dan marah.

Hai orang muda! Berbujang buruk, dan kamu mungkin geram dan sunyi, tetapi berkahwin dengan perempuan yang jelek adalah lebih teruk. Selamatkanlah dirimu sendiri! Berkahwin dengan perempuan yang cerewet boleh memberimu lebih dukacita daripada apa yang kamu dapat bayangkan. Jangan mendekati seorang perempuan yang suka berbahas atau yang mudah marah.

Alkitab bukan teologi sahaja. Allah telah menciptakan perempuan dan mengarah bagaimana mereka patut berperangai, dan Salomo pernah melihat dan merasa kesakitan isteri yang buruk, maka dia kerap kali menulis supaya lelaki mengelak sesetengah jenis perempuan (Ams 12:4; 14:1; 19:13; 21:9,19; 25:24; 27:15-16; 30:21-23; 31:10-12).

Salomo faham benar apa yang telah ditulisnya. Dia ada 700 isteri dan 300 gundik (isteri kelas kedua). Dukacita yang disebabkan isteri yang suka berbalah dan yang marah untuk sehari sahaja boleh merawat seseorang lelaki daripada keinginannya untuk berkahwin. Salomo ada 1000 perempuan! Allah mengilhamkan pakar ini untuk memberimu nasihat perkahwinan: jangan kahwin perempuan yang tidak suka bersetuju. Perkahwinan boleh jadi lebih teruk daripada kekal bujang.

Hai teruna! Adakah kamu suka percutian berkhemah di dalam hutan bersendirian? Jika kamu memang rasa demikian, kamu tidak normal. Kebanyakan orang takut situasi yang sebegitu sunyi. Tetapi ingat, berkhemah demikian lebih baik daripada hidup di rumah agam dengan perabot mahal dan makanan mewah, jika perempuan di dalam rumah itu merupakan orang yang kritikal, negatif, suka memerintah, meleter, atau yang mudah rasa jengkel.

Apakah maksudnya perempuan yang suka berbalah? Orang yang suka berbalah – yang suka berkelahi, mengkritik, tidak bersetuju, melawan, menentang, atau menyoal. Dia penuh dengan soalan, peringatan, dan cadangan – sudah tentulah semua itu kerana dia ingin membantu kan? Daripada memanjakanmu, dia akan meleter; daripada bersetuju dengan manis, dia akan menyoal dan mencadangkan jalan-jalan yang alternatif – sehingga kamu harap kamu hidup bujang di hutan.

Apakah perempuan yang marah? Dia tidak dapat menguasai rohnya dan suka berlawan. Dia mudah marah, tidak puas hati, mudah rasa jengkel, negatif atau suka membenci. Dia boleh menemui sesuatu yang negatif tentang apa pun peristiwa, dan dia gusar dan bercakap paling banyak tentang itu. Dia jarang berpuas hati, jarang menjadi kekasihmu yang manis, tetapi selalu terganggu dan tertekan akan sesuatu.

Hai orang teruna! Perempuan-perempuan yang jelek ini – yang suka membenci dan yang menjijikkan – akan memperdayakanmu (Ams 30:21-23). Mereka akan menggodamu ke dalam perkahwinan, dan kemudian, ia terlalu lambat. Salomo telah memberi amaran bahawa mereka boleh nampak baik hati ketika sedang dipikat dan berdating, tetapi kemudian perangkap perkahwinan pula menjeratkanmu. Kamu perlu menjadi sungguh berhikmah dengan mengenal kedua-dua ciri-ciri positif dan negatif untuk disukat.

Ingat peraturan ganda sepuluh. Sedikit tanda yang nyata akan roh yang cerewet atau yang suka memerintah sebelum perkahwinan akan menjadi sepuluh kali ganda lebih teruk kelak. Ujilah perempuan itu. Tanya dia untuk berbuat sesuatu yang dia tidak suka. Jika kamu nampak wajah mukanya berubah, kesan bahasa gerak-geri yang negatif, atau cium bau mudah rasa jengkel, larikanlah dirimu ke hutan. Jadilah bujang seumur hidup daripada berkahwin dengannya. Biar dia tinggal tidak berkahwin sehingga dia menjadi matang.

Tidak hairanlah mengapa para rasul memberi respon dengan cara mereka respon ketika Yesus mengajar peraturan-peraturanNya yang tegas tentang penceraian. Sementara dasar-dasar penceraian kurang, lebih baiklah jangan kahwin. Mereka takut terperangkap dalam perkahwinan dengan seorang perempuan yang suka berbalah dan yang marah. Para teruna harus pertimbangkan keseriusan besar akan perkahwinan dan selidiki dengan teliti calon-calon yang ada.

Ada banyak perempuan yang suka bersetuju, ceria, berbudi baik, suka menunduk, manis, dan yang menyegani suami. Mereka boleh menjadikanmu rasa seperti raja dalam beberapa saat sahaja, dan perkahwinan kepadanya akan rasa seperti kebahagiaan rajani. Mereka mesra, murah hati, mempersonakan, dan menyenangkan. Mereka tiada sedikit pun kasar. Tolaklah mana-mana perempuan yang sedikit pun kritikal, ada angin, suka berpendapat, atau suka menyoal. Dia tidak layak untuk bersuami. Kamu tidak layak untuk kepedihan yang demikian. Kamu layak untuk perempuan yang benar. Carilah satu.

Perempuan yang jelek tidak dapat cium baunya sendiri. Dia fikir dia sedang membantu dengan mencucuk dengan angkusa, menyoal, meneliti setiap butiran, memberi peringatan, mengharapkan kesempurnaan, atau membenci pilihan. Jika kamu harus bertanya kepadanya, dia akan berkata bahawa dia merupakan perempuan dan isteri yang baik. Jika kamu tanya ibunya, ibunya akan memujinya juga (Yeh 16:44). Tetapi semua orang lain kena menahan bau busuk yang tidak dapat disembunyikan suaminya dan yang memalukan suaminya (Ams 27:15-16).

Di sinilah peraturan pertama untuk menyelamatkanmu. Hanya pertimbang atau berdating dengan seorang perempuan atau wanita yang ada takut akan Allah yang berdikari. Janganlah terpengaruh oleh kecantikannya atau keredaannya (Ams 31:30). Perempuan ini mengasihi Allah dan akan hidup menuruti Alkitab di dalam setiap bahagian hidupnya baik dengan bantuanmu mahupun tanpa bantuanmu. Dia mengasihi Yesus Kristus, kehidupan yang salih, khutbah yang keras, dan membenci keduniawian. Dia akan melayanimu untuk sepanjang hidupnya dengan cara yang disebut Alkitab. Kamu menang.

Inilah peraturan kedua untuk menyelamatkanmu. Belajarlah ciri-ciri akhlak seorang perempuan yang salih daripada Alkitab dan harap untuk semuanya. Carilah sifat ketekunan yang ekstrem atau yang rajin bekerja (Ams 31:13-27). Carilah sikap berbudi baik, terutamanya dalam percakapan (Ams 11:16). Carilah sikap hormat yang besar terhadap ibubapanya (Efe 6:1-3). Carilah kasih dan kemurahan kepada orang lain tanpa sikap kritikal (1Kor 13:4-7). Carilah roh yang suka mengampuni yang melangkaui kesilapan-kesilapan orang lain (Kol 3:12-15).

Hai teruna! Masa depanmu dipertaruhkan. Belajarlah amaran amsal-amsal ini tentang perempuan yang jelek. Percayalah itu. Jadilah takut akan kepedihan perkahwinan bersama makhluk yang sebegitu. Berhematlah. Ujilah calon, dan lihatlah reaksinya dengan cukup teliti. Adakah ibunya seorang perempuan yang mempersonakan, berkelakuan menarik dan berbudi baik? Tanyalah lelaki yang sudah kahwin bagi pendapat-pendapat mereka, sebab deria bau mereka sudah cukup peka. Jangan tergesa-gesa nak berkahwin. Jangan berjudi dengan nasib buruk lima puluh tahun.

Hai perempuan Kristian! Belajar untuk mengasihi kedudukanmu dan perananmu di dunia – kamu telah diciptakan untuk seorang suami (Kej 2:18; 1Kor 11:9; 1Tim 2:13). Buanglah pendapat-pendapatmu sendiri, sebab keinginanmu haruslah terserah kepada suamimu (Kej 3:16). Belajar dan maksimakan sikap berbudi baik, dan kamu akan selalu disukai (Ams 11:16). Belajarlah hikmah Abigail (1Sam 25:21-35). Perempuan yang salih tidak berbalah dengan suaminya; mereka menunduk, taat, dan menyegani suami (Efe 5:22-24,33; Tit 2:3-5). Perempuan yang salih tidak mudah jengkel atau negatif (Ams 31:26; 1Pet 3:1-4).

Hai ibubapa yang Kristian! Ia tugasmu untuk mendidik anakmu dari amsal Salomo untuk belajar hikmah untuk perkahwinan hebat dan keluarga hebat. Budak lelaki harus ditunjuk ajar dengan contoh-contoh jelas membeza-beza perempuan yang berbudi baik dan perempuan yang jelek, supaya mereka akan tahu jenis apa yang harus dipilih sebagai calon isteri. Budak perempuan pula haruslah ditunjuk ajar contoh-contoh jelas yang membezakan perempuan-perempuan tersebut dan diwajibkan untuk hidup dengan jalan yang salih, supaya seorang putera lelaki Kristian yang muliaakan mahu berkahwin dengannya. Pimpin dan kuasai keputusan perkahwinan mereka dengan adanya hikmah ini bagi keuntungan mereka.