Amsal · Proverbs

21:7
Perompakan orang durjana akan membinasakan mereka; kerana mereka tidak ingin membuat penghakiman.

Setiap kali kamu menipu secara kewangan, kamu menaruh satu lagi paku ke dalam kerandamu. Apa yang kamu panggil pembundaran angka, Allah panggil sebagai rompakan. Apa yang kamu panggil sebagai tidak penting, Allah panggil sebagai mencuri. Apa yang kamu panggil sebagai meminjam, Allah panggil sebagai mengambil kepunyaan lain tanpa kebenaran, Apa yang kamu panggil sebagai membesar-besarkan cerita, Allah panggil sebagai berbohong. Apa yang kamu panggil sebagai tawar-menawar, Allah panggil sebagai memeras ugut. Orang bebal kerap kali menipu untuk mengejar cita-cita mereka dan ketamakan mereka untuk maju, tetapi Allah akan membinasakan mereka kerana menolak kesaksamaan, keadilan, kejujuran dan kebenaran.

Konteks akan membantu pengertian di sini. Salomo memuji ketekunan dan menolak untuk bergegas dalam hal kewangan dan hal profesional (Ams 21:5). Dia memberi amaran bahawa harta yang diperoleh melalui bohong ialah suatu khayalan yang akan akhirnya membawa maut (Ams 21:6). Kebebalan perniagaan, sama ada kerana keputusan yang melulu atau memalsukan maklumat, akan membawa padah kemiskinan yang pasti. Para penjenayah demikian tidak dapat menipu Allah; Allah akan membinasakan mereka; mereka patut sudah belajar hikmah Allah yang Allah ingin kamu belajar.

Adakah kamu seorang perompak? Adakah kamu mencuri di tempat kerja (Tit 2:9-10)? Mencuri bermaksud mengebas, melesapkan, menggelapkan wang atau mencuri dengan kadar yang kecil jumlahnya, terutamanya memecah amanah yang diberi kepadamu. Ia dosa yang sudah dilupai pada zaman ini. Adakah kamu mencuri tulang? Membuat panggilan peribadi di tempat kerja? Mengambil balik barang pejabat? Melayari Internet di komputer pejabat? Menghantar mesej kepada kawan? Menyemak media sosial? Tiba ke tempat kerja lambat? Tinggal kerja awal?

Adakah kamu seorang perompak? Adakah kamu suka membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi? Adakah membeli pada harga rendah sebegitu penting sehingga kamu menunjuk-nunjuk setiap kecacatan kecil di dalam benda yang kamu ingin beli untuk menjadikan harga lebih rendah dan kemudian bermegah kepada orang lain tentang tawaran yang telah kamu dapat? Allah membenci itu (Ams 20:14)! Adakah menjual pada harga yang tinggi sebegitu penting sehingga kamu percaya bahawa kamu ada hak untuk memasang harga pada harga apa pun yang dapat ditanggung pasaran, seperti ingin mengepung pasaran? Allah membenci itu (Ams 11:24-27)! Allah akan memberkati orang yang membeli dan menjual pada harga pasaran yang adil, terutamanya dengan anak-anak yatim, orang balu, atau orang miskin yang terlibat.

Adakah kamu seorang perompak? Adakah kamu selalu memakai waktu tempoh masa kemurahan yang diberikan ketika membayar? Itu dipanggil kemurahan kerana pemiutangmu tidak akan menyamanmu kerana mencuri daripadanya, walaupun kamu jauh melebihi waktu tarikh pembayaran. Adakah kamu menipu dalam hal cukai perniagaanmu dengan tidak menyatakan segala pendapatan atau menuntut barang-barang yang peribadi? Adakah kamu memberi setiap kali suatu sukatan penuh tolak satu? Adakah kamu menahan bayaran yang tiada tarikh pembayaran? Adakah kamu memulangkan bayaran kepadamu yang terlebih? Adakah resume kamu [surat pencapaianmu] benar-benar jujur dan tepat? Adakah kamu mempertahankan orang lain seperti kamu mempertahankan diri sendiri? Adakah kamu memulangkan barang-barang yang telah dipinjam?

Adakah kamu seorang perompak? Jika demikian, akuilah dosamu kepada Allah, bayar mana-mana pun pencurian yang dapat dibayar, dan bertekad untuk menjadi jujur dengan sempurna dalam segala urusan. Kamu harus belajar penghakiman, iaitu mengenal dan berbuat apa yang adil dan yang wajar dalam setiap situasi. Alkitab dan buku hikmah ini telah diutus daripada Allah syurgawi untuk mengajarmu penghakiman yang benar. Belajarlah itu, dan lakukannya.