21:8
Jalan manusia adalah rewel dan asing: tetapi bagi yang suci, kerjanya betul.
Manusia adalah cabul. Pandanglah sekeliling. Dengar. Allah menciptakan manusia jujur dan baik, tetapi manusia telah mencemarkan jalan Allah dengan banyak rekaan (Kej 1:31; 6:12; Pkh 7:29). Manusia telah menterbalikkan kehidupan dengan cita-cita tamak untuk memberontak terhadap Allah dan untuk berdosa.
Sejak Adam dan Hawa punya pemberontakan di Taman Eden, manusia ada hati yang rosak yang selalu menolak apa yang baik dan yang betul (Maz 14:1-3). Dia memilih apa yang rewel dan yang asing. Hanya orang yang dilahir baru, dengan hati yang suci yang diberi oleh Allah, mengasihi dan melakukan apa yang betul (Efe 4:24).
Bukan semua orang rewel dan asing, seperti yang dibuktikan oleh klausa kedua amsal ini, yang menyatakan golongan manusia yang dipanggil “yang suci”. Perbezaan ketara di antara dua klausa itu memberi maksud tersirat bahawa orang yang tidak suci dan yang durjana adalah cabul dan rosak. Tetapi biar ini diketahui: kalau bukan Allah yang menjanasemulakan orang pilihanNya dengan hati yang baru, semua manusia kekal rewel dan asing.
“Rewel” ialah “Froward” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud cabul, rosak, jahat, tidak munasabah, atau tidak tertib. Ia memberi keterangan tentang dorongan dan perilaku durjana manusia semula jadi yang ketiadaan rahmat Allah, yang Paulus sudah jelaskan dengan cukup teliti (Rom 1:18-32; 3:9-18). “Asing” memberi keterangan tentang pilihan dan perilaku manusia yang tidak normal, tidak munasabah, dan yang bercanggahan dengan mengejut.
Manusia dilahirkan seperti anak keldai yang liar (Ayb 11:12). Mereka memesong dan mengucapkan bohong sebaik sahaja mereka dilahirkan (Maz 58:3). Kebebalan tertambat dalam hati mereka sejak muda (Ams 22:15). Mereka kekal bebal dan terperdaya, hidup dalam niat jahat dan sikap beriri hati, suka membenci, dan saling membenci satu sama lain (Tit 3:3). Mereka melihat orang berhikmah dan orang bebal mati, tetapi masih menganggap diri sendiri akan hidup selama-lamanya (Maz 49:10-13).
Kebanyakan orang memikir bahawa inilah generasi yang paling berhikmah berbanding yang lain. Mereka berkata, “Manusia dengan semula jadi adalah baik, dan sedang menjadi lebih baik setiap tahun”. Tetapi Solomo sudah meramalkan fikiran mereka yang angkuh, “Ada jalan yang nampak betul kepada seseorang, tetapi hujungnya merupakan jalan-jalan maut” (Ams 14:12; 16:25). Manusia masih rewel dan asing. Sebenarnya, para pemikir yang tercemar ini menyindir orang yang ikut jalan-jalan Allah dan memanggil mereka ganjil (1Pet 4:1-4).
Adakah kemanusiaan cabul? Kain membunuh adiknya kerana adiknya baik, dan perbuatan membunuh sejak itu tidak pernah berhenti. Tamar menggoda ayah mentuanya, dan Amnon merogol adik perempuannya; perbuatan sumbang mahram masih berlaku sampai hari ini. Atalya membunuh semua benih diraja, dan pembunuhan politik sudah disempurnakan pada abad yang lalu. Yudas, Pilatus, Herodes, dan orang Yahudi mengkhianati Yesus; dan para hakim dan para penguasa masih berbuat demikian.
Tetapi manusia pada hari ini melebihi moyang mereka dalam percabulan. Mereka menggugurkan bayi dengan batang penyedut, sedangkan dahulu kehamilan dirayakan. Mereka membiayai hutang dan menghukum simpanan dengan undang-undang cukai. Mereka mengutuk aparteid [sistem politik membezakan bangsa] sementara mengekalkan kawasan rizab bagi orang asli dengan tidak memberi geran kepada mereka. Mereka memanggil Picasso sebagai seorang seniman dan lagu rap sebagai muzik. Mereka mengutuk poligami tetapi mengesahkan sodomi/liwat. Mereka mencari “asal usul” tetapi menuntut monyet merupakan moyang mereka. Mereka mengharamkan disiplin kanak-kanak tetapi meluluskan kepercayaan karut nasib buruk “Friday the 13th” yang menggalakkan banyak perbuatan nakal para pemuda.
Abad yang ke-20 besar kemungkinan abad yang paling banyak menumpah darah dalam sejarah manusia. Berjuta-juta orang yang tidak bersalah telah ditewaskan, tidak termasuk kematian peperangan atau undang-undang buruk kerajaan. Dunia ini mengingati enam juta nyawa yang diragut Hitler tetapi tidak mempedulikan tiga puluh juta nyawa yang diragut Stalin dan tiga puluh juta nyawa yang diragut Mao. Jalan manusia adalah rewel dan asing. Dan dia bukan sedang menjadi lebih baik atau lebih cerah.
Bagaimana pula dengan Amerika pada tahun 2015? Adakah jalan manusia rewel dan asing di negara yang bebas dan tanahair orang yang gagah berani? Adakah kata-kata, “one nation under God”, atau, “satu negara di bawah Allah” dalam ikrar mereka kepada bendera menjamin bahawa orang Amerika adalah suci dan kerja mereka betul? Adakah “In God we trust”, atau, “Dalam Allah kami taruh percaya”, yang dicetak pada wang kertas mereka menjadikan mereka lebih berakhlak mulia daripada mana-mana negara dan rakyat yang lain?
Perkahwinan sejenis sudah biasa. Tetapi dua perempuan di katil bukanlah suatu perkahwinan, dan dua lelaki yang memegang bayi bukanlah satu keluarga. Bagaimanakah mungkin seseorang menjadi lebih babil? Jalan orang Amerika adalah rewel dan asing. Binatang ada lebih pemahaman daripada mereka. Namun, penceraian perkahwinan yang lain jantina sedang menaik, dan ibubapa menggugurkan bayi, dan kanak-kanak boleh menceraikan ibubapa.
Para remaja, penuntut-penuntut universiti, dan para pelakon perempuan ditemuramah untuk pendapat-pendapat politik, meskipun merupakan tiga daripada lapisan masyarakat yang paling jahil tentang masyarakat. Para pelakon dan para olahragawan mendapat gaji yang lebih besar daripada CEO syarikat. Pemisahan gereja dan pentadbiran negara ditakrifkan sebagai mengharamkan Alkitab, sementara menggalakkan agama dan khayalan-khayalan anti-Allah oleh Charles Darwin, Sigmund Freud, dan orang lain. Sastera liberal dipanggil sebagai pendidikan, tetapi hikmah Alkitab ditolak dalam semua bidang kerja.
Dalam beberapa dekad, mereka mengubahkan ramalan daripada suatu zaman air batu yang menjelang kepada pemanasan global. Mereka menyangkal kewujudan Allah sementara mencadangkan adanya kehidupan di planet Mars. PETA akan berbuat apa-apa pun untuk melindungi binatang dikacau sementara PPFA dan NOW membunuh bayi-bayi manusia dalam kandungan. Mereka mengharamkan perbuatan merotan sementara menggalakkan wayang dan game komputer yang penuh keganasan. Mereka menghebohkan para pemimpin yang berbuat zina sementara kebanyakan wayang dan muzik mengglamorkan itu. Mereka memang rewel dan asing.
Gereja-gereja, rumah Allah, telah dicemarkan untuk menjadi kelab malam untuk memanja dan menghibur. Alkitab ditulis semula dalam kekerapan beberapa bulan dan dijual seperti buku novel di kedai. Jalan manusia memang rewel dan asing. Dia ketiadaan cahaya (Yes 8:20). Untuk bermula nak faham pun dia tidak memiliki apa-apa (Efe 2:1-3), dan sekarang Allah telah mendawaisemulakan otaknya kerana menolak kebenaran (Rom 1:18-27; 2Tes 2:9-12).
Orang suci ialah orang yang telah dilahirkan semula oleh Roh Kudus dan diberi suatu sifat yang baru yang benar-benar kudus dan benar (Yoh 3:6; Efe 4:24). Mereka ini ialah anak-anak Allah yang ditakdirkan untuk menjadi anak angkat dan ciptaan semula jiwa-jiwa mereka (Efe 1:5; 2:10; Yoh 1:12-13). Mereka memilih untuk memegang perintah-perintah Allah, tidak kira apa pun kos dan korban penganiayaan (Wah 6:9; 12:17; 14:12; 20:4). Mereka berbeza sepenuhnya dan bercanggah selamanya kepada manusia yang semula jadi (Ams 29:27).
Apakah keadaanmu? Adakah perangaimu dan reputasimu rewel dan asing, atau adakah ia suci dan wajar? Adakah kamu membuat pertimbangan berdasarkan takrif-takrif ahli sosiologi, atau berdasarkan firman Allah dan hikmah berilham yang berharga? Adakah kehidupanmu mencerminkan kebenaran di tempat yang gelap (Flp 2:14-16)? Tolaklah keangkuhan dan kebabilan generasi ini dan rendahkanlah dirimu di hadapan Allah. Dia akan tidak lama lagi mendedahkan perbezaan yang besar ini kepada manusia (Mal 3:13-18; Mat 25:31-46; 2Tes 1:3-10).