22:27
Jika kamu tidak mempunyai apa-apa untuk membayar kembali, harus mengapakah dia mengambil petiduranmu dari bawah dirimu?
Salomo mengajar pengurusan risiko 3000 tahun sebelum Harvard menambahkan sekolah perniagaan pada tahun 1908. Kebenaran dan hikmah tidak bergantung kepada pendidikan sosialis, para profesor yang liberal, kaedah kajian kes, buku teks dengan khayalan Keynes, ijazah MBA, dan lesen perakaunan CPA. Padahal, kebenaran dan hikmah tertinggal oleh alat-alat pendidikan orang bebal yang terdidik itu! Ini tidak patut mengejutkanmu atau mengecewakanmu, sebab apakah lagi yang dapat kamu harap daripada monyet yang sudah berevolusi!
Apakah hasil daripada orang yang paling pintar bagi kita? Zaman meleset, resesi, kitaran perniagaan yang melambung dan meleset, dasar-dasar fiskal dan kewangan yang tidak waras, hutang negara yang luar biasa, pemansuhan penabungan, kegilaan berbelanja, pemalsuan perakaunan, dan suatu epidemik kemuflisan! Amsal yang purba dari syurga ini sudah patut dapat membantu. Pakainya dalam kehidupanmu, kerana para pemegang ijazah sekolah perniagaan sudah terlalu pandai untuk nak belajar (Ams 26:12,16).
Salomo menulis amsal ini untuk memberi pengetahuan dan budi bicara kewangan kepada orang muda (Ams 1:4). Ada suatu sikap mudah tergoda dalam orang muda untuk menanggung lebih risiko daripada yang sepatutnya. Suatu ketakutan akan kerugian sudah dapat menyelamatkan banyak orang muda daripada masalah atau kebinasaan kewangan. Suatu pendekatan yang lebih berdisiplin dan yang lebih sabar terhadap pelaburan dan rancangan kerjaya juga dapat membantu. Pelajaran di sini adalah untuk meminimakan risiko yang tidak diperlukan.
Amsal ini ada dua bahagian. Bahagian pertama mengenalpastikan kesalahan kewangan yang menghasilkan hukuman yang disebut di sini. Ia berbunyi, “Jangan jadi salah satu daripada mereka yang berjabat tangan, atau daripada mereka yang menaja jamin untuk hutang” (Ams 22:26). Orang yang membuat keputusan kewangan yang bebal atau memasuki perjanjian dengan potensi bahaya atau risiko yang melampau sedang menuju ke arah kepedihan dan kesesakan. Salomo kerap kali memberi amaran terhadap liabiliti bersyarat(Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 27:13).
Berjabat tangan ialah cara yang silam untuk mengesahkan perjanjian dahulu. Isu yang dibincangkan di sini ialah hal menjadi penaja jamin untuk hutang yang kita panggil sebagai penjamin pinjaman atau menjamin perlaksanaan perjanjian orang lain. Ia memang menggoda untuk memasuki kontrak-kontrak ini untuk membantu kawan dalam transaksi kewangan, maka Salomo memberi amaran terhadapnya dengan menjelaskan suatu hasil pedih yang mungkin terjadi – para pemiutang mungkin memiliki semula tilam tidurmu! Jika kamu tidak menguruskan risiko kewangan, ia akan akhirnya habis memusnahkanmu.
Orang berhemat menaakuli potensi bahaya dan mengelakkannya (Ams 22:3; 27:12). Orang bebal membabi buta ke depan. Ia sudah dengan berhikmah dinyatakan bahawa budi bicara ialah bahagian ketabahan yang lebih baik. Tiada apa pun nilai keberanian atau kemuliaan di dalam orang yang menjunam masuk ke dalam perjanjian kewangan tanpa penaakulan yang teliti, yang berhati-hati, dan yang pesimistik. Meskipun orang bebal yang lain di hadapannya menemui kejayaan dengan cara itu, ia tidak membuktikan apa-apa pun; Allah menghakimi orang demikian dengan kemakmuran orang bebal (Ams 1:32). Suatu roh keusahawanan hanya suatu aset ketika digari kepada kehematan. Orang berhikmah membenci risiko dan mengelakkannya.
Bilakah waktunya kamu pernah menimbulkan liabiliti bersyarat – risiko-risiko kewangan yang mungkin merampas tilammu? Adakah nyawamu, kesihatanmu, rumahmu, dan kenderaanmu dilindungi insuran? Adakah kamu terlindung daripada penghakiman liabiliti kalau ada orang yang ingin samanmu ke mahkamah? Adakah kamu berspekulasi dalam niaga hadapan atau kontrak opsyen? Sudahkah kamu menaruh semua risikomu dalam satu tempat, sehingga kalau tidak berjaya semua pun dihapuskan? Sanggupkah kamu nak tidur di lantai tanpa tilam?
Adakah kamu tahu bagaimana untuk memutuskan perlanjutan kerugianmu? Ia bermaksud untuk mengakui diri sendiri salah lalu jual segala pelaburan yang tidak baik, menutupi perniagaan yang kurang beruntung, atau meninggalkan suatu bidang kerja yang semakin ketinggalan zaman. Dapatkah kamu mencium bau bohong ketika syarat-syaratnya terlalu baik untuk menjadi kenyataan? Ia bermaksud ia tidak benar, dan kamu mungkin menjadi seorang mangsa. Ia lebih baik untuk melepaskan sesuatu pulangan pelaburan daripada menanggung risiko modal pelaburanmu tidak dipulangkan. Berapakah banyak pinjaman orang lain yang telah kamu tandatangani? Bebaskanlah dirimu (Ams 6:1-5)!
Elaklah spekulasi. Kurangkan risiko kewangan. Bencilah hutang. Pelbagaikan pelaburan. Lindungilah modal. Pakailah insuran bagi aset-aset yang penting. Jadilah berpengetahuan. Pandanglah ke masa depan dengan sikap pesimistik. Jangan membuat pertaruhan dengan kebunmu bagi apa pun. Jangan percaya cerita pulangan yang melebihi pulangan harga pasaran. Jadilah puas hati dengan pulangan yang biasa. Kerja keras. Kerja pintar. Menabunglah sesetengah daripada segala pendapatanmu. Peroleh kemahiran yang mudah alih. Berilah Allah kemuliaan untuk amsal yang ajaib ini yang dapat menyelamatkanmu daripada banyak kepedihan dan bencana yang mungkin.