22:26
Jangan jadi salah satu daripada mereka yang berjabat tangan, atau daripada mereka yang menaja jamin untuk hutang.
Adakah kamu hidup bebas risiko sejauh semungkin? Allah mewajibkanmu untuk mengurus risiko dengan teliti. Dia tidak memberimu apa yang kamu ada untuk menghilangkannya dengan kekukangan, bersikap optimis yang bebal, urusan yang naif, atau pengurusan risiko yang lemah. Sebahagian daripada hikmah adalah untuk menanggapi risiko dan mengelak kerugian yang tidak wajib.
Allah harap kamu untuk menjadi berhemat – untuk memandang ke depan dengan berhati-hati, melihat masalah yang mungkin ada, dan melindungi dirimu sendiri (Ams 22:3; 27:12). Jika kamu menganggap Allah akan melindungimu meskipun bebal atau kekukangan, kamu berdosa mencubai Allah (Mat 4:5-7). Dia mewajibkanmu untuk memakai jalan-jalan untuk mengurangkan risiko, sementara kamu percaya kepadaNya untuk memberkati pemakaian jalan-jalan itu (Ams 21:31; Maz 127:1-2).
Pengurusan risiko ialah sebahagian penting akan kehematan dan kejayaan kewangan. Di dalam dunia yang tidak tentu, yang kamu tidak tahu apa yang akan terjadi pada hari esok, di mana banyak penghutang tidak membayar pinjaman mereka, di mana aliran politik kerap kali berubah, di mana para penjenayah mereka-rekakan jalan-jalan baru untuk menipu orang jujur, di mana Internet mendedahkanmu kepada setiap tipu helah kewangan, kamu harus dengan sikap pesimistik menyelidiki risiko-risikomu dan melindungi dirimu daripada kerugian-kerugian yang dapat dielakkan.
Raja Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya terhadap risiko-risiko kewangan yang bebal. Ia merupakan godaan yang biasa, terutamanya untuk seorang putera yang kaya, untuk menjamin hutang bagi orang lain. Keinginan untuk membantu orang yang keperluan, sama ada kerana sikap belas ihsan ataupun sikap keangkuhan, dapat menjadi berbahaya kepada kemakmurannya. Raja yang berhikmah nampak bahaya anak lelakinya terlampau menjanjikan modalnya dan kerap kali memberi amaran terhadapnya untuk kemakmuran ekonomi bagi anak lelakinya dan bagimu (Ams 6:1-5; 11:15; 17:18; 20:16; 27:13).
Berjabat tangan – menggenggam tangan – dipakai untuk mengesahkan suatu urus niaga (Ams 6:1; 17:18; Ayb 17:3; Maz 144:8,11). Tanda janji yang sederhana ini dapat memberi kesan-kesan yang keras sekali. Kalau dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa kepedulian yang wajar, seseorang dapat menimbulkan cukup liabiliti bersyarat atau menjadi keberhutangan untuk membayar hutang orang lain secukupnya untuk memusnahkan dirinya secara kewangan (Ams 22:27). Risiko-risiko yang kecil adalah salah satu perkara, tetapi untuk merisikokan rumahmu dan perabot-perabotmu tidak munasabah.
Kemurahan semangat kejiranan atau kebaikan persaudaraan untuk membantu orang miskin yang keperluan atau orang yang berjaya dengan pelaburan yang sihat ialah dua kegunaan hal menandatangani pinjamannya, jika jumlah liabiliti mudah dibayar. Tetapi perbuatan mendekap hutang dengan terlampau yakin untuk menakjubkan orang lain ialah kebongkakan bebal yang sia-sia dan merupakan suatu resipi untuk kebinasaan. Berilah kepada orang miskin apa yang diperlukannya daripada menimbulkan liabiliti yang kecil dan yang mudah dilupakan. Beritahu peniaga untuk mencari dana pelaburannya dengan pihak lain; jika urusan itu sebaik yang dituntutinya, pasti akan ada banyak dana untuk itu.
Adakah kamu berhemat dengan pendapatan dan aset-aset yang telah Allah beri kepadamu? Suatu gejala zaman bebal ialah banyak kes muflis baik secara persendirian mahupun secara korporat. Kebanyakan negara juga berada di ambang keadaan ketakmampuan bayar. Orang berhikmah meminimakan hutang, membuang risiko yang tidak perlu, mengelak menandatangani pinjaman orang lain, mengekalkan tabiat menabung, melabur dengan berhati-hati, menghargai kecairan, membeli insuran, dan bekerja dengan tekun di suatu perdagangan dan industri yang terjamin. Mereka tidak berada di dalam situasi untuk kehilangan segalanya dengan kemuflisan lalu mengalihkan tanggungan kebebalan mereka kepada orang lain. Mereka memikul tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri dan orang lain.
Pertimbangkan jalan yang dipakai orang Amerika untuk berjabat tangan dan mendekapi risiko yang bebal. Mereka akan mencapai kad kredit mereka dengan sedikit godaan atau rangsangan. Mereka memakai kad kredit untuk perbelanjaan yang tidak perlu, dan kemudian bil bayaran sampai dengan bunga 21%. Banyak yang tidak dapat keluar daripada lubang kemusnahan ini. Mereka kekal hidup sementara dengan membayar had minima atau memakai kad-kad yang lain untuk mendukung gaya hidup mereka. Tetapi celaka berada di depan. Kos gaya hidup yang mewah akan melemaskan mereka. Solomo telah memberi amaran kepadamu.
Kerajaan-kerajaan pada zaman kini menggalakkan rakyat untuk terlebih berbelanja dan memakai risiko kewangan, maka janganlah mengendahkan nasihat itu. Kerajaan-kerajaan moden dengan adanya bank negara ada kurang daya penguasaan fiskal, kerana mereka ingin membeli lebih banyak undi di kawasan mereka, menyelesaikan segala masalah, memuaskan setiap pelobi, dan menjamin persabatan pemimpin negara-negara lain yang melakukan hal-hal yang sama. Sementara mereka dapat memanipulasikan ekonomi untuk menyelamatkan jawatan bergaji mereka, kamu sebaliknya tidak dapat mampu berbuat perkara yang sama. Oleh sebab itu, lindungilah modal kamu sendiri.
Mereka menulis cek, meluluskan badjet yang defisit [kurangan], dan berjanji dengan kurang pengetahuan atau kepedulian akan kos keseluruhannya, sebab mereka percaya bahawa mereka dapat menimbulkan atau menghasilkan wang dengan perintah atau pencetak wang untuk membayar hutang-hutang mereka. (Atau mereka harap mereka dapat hidup sampai bersara sehingga pengganti pentadbir negara kena membayar hutang itu). Kerajaan-kerajaan biasanya akan terus berbelanja sehingga seluruh sistem kewangan runtuh.
Ketika kitaran naik turun ekonomi sampai kepada tahap kemerosotan atau kemelesetan, mereka menuduh para pengguna kurang berbelanja. Walaupun tabung negara berada dalam keadaan negatif bagi kadar populasinya, kerajaan masih akan memberi nasihat supaya rakyat berbelanja lebih banyak kerana cuba membangkitkan semula zaman kemakmuran dahulu – tetapi ketakutan kehilangan kerja dan kesan-kesan lain bagi keadaan ekonomi yang meleset memaksa para pemboros pun untuk memperlahankan penggunaannya wangnya.
Pengiklanan, pemasaran, dan pembelian yang moden pun menggalakkan orang untuk berbelanja melebihi kemampuan mereka. Godaan-godaan iklan yang bertalu-talu bagi benda yang tidak diperlukan mengatasi sikap cermat kebanyakan orang. Dengan kerap kali adanya kad kredit baru dipos ke rumah, ia mudah untuk menyertai generasi berbelanja sementara menuju ke rumah orang miskin. Kerajaan-kerajaan yang berhikmah harus mewajibkan papan iklan amaran tentang kad kredit, daripada amaran tentang rokok.
Orang berhemat tidak menaruh seluruh pelaburannya ke dalam satu tempat, tidak kira betapa menariknya suatu urus niaga. Mereka mempelbagaikan pelaburan dan sumber-sumber pendapatan mereka. Mereka tidak masuk urusan perniagaan dengan kekurangan modal, sebab mereka tahu bahawa itu pasti suatu undangan untuk masalah. Dan mereka tidak melebihi kemampuan ekonomi mereka dengan perbuatan membina terlampau besar, membeli terlampau banyak, atau hidup terlampau mewah.
Mereka menekankan bahagian negatif akan mana-mana pulangan yang diharapkan. Jika mereka mengira kebarangkalian 50% untuk peroleh untung 25%, kebarangkalian 30% untuk pulang modal, dan kebarangkalian 20% untuk kehilangan segalanya, mereka buang peluang itu tanpa rasa kesal. Mereka tidak memakai jerih lelah mereka untuk menambah kekayaan berdasarkan ketidakmungkinan berjaya. Mereka faham bahawa kemungkinan yang paling sederhana pun bagi kerugian besar atau kerugian sepenuhnya jauh terlalu banyak untuk dipertimbangkan orang berhemat.
Mereka takut dan skeptikal akan mana-mana kedudukan terdedah kepada sesuatu pelaburan yang mudah rugi. Mereka tidak mencemuh gagasan perlindungan pelaburan dengan keseimbangan yang wajar. Jika suatu peluang pelaburan memang sah, maka ia akan membawa pulangan yang baik meskipun adanya perlindungan. Tetapi sikap suka mengikut orang ramai dan sikap tamak kebanyakan pelabur menjadikan mereka untuk membabi buta dengan angan-angan untuk peroleh untung dan pulangan yang besar.
Insuran tidak menunjukkan kurang percaya kepada Allah. Ia menunjukkan takut akan Allah. Seseorang yang dengan wajar takut akan Allah akan memakai apa pun jalan yang dia ada untuk melindungi apa yang Allah telah beri kepadanya, sebab dia akan memberi suatu perhitungan akan itu pada Hari Penghakiman. Allah dan Solomo menggolongkan orang yang membazir aset-asetnya bersama-sama orang yang malas dan orang yang kekukangan yang tidak mempunyai apa-apa (Ams 18:9). Insuran ialah sumber perlindungan yang murah untuk dengan mudah menggenapi amsal ini.
Orang berhikmah tahu bahawa kekayaan bukanlah untuk selama-lamanya, amak mereka tekun untuk menyelidiki setiap aspek pendapatan mereka dan keselamatan aset-aset mereka (Ams 27:23-27). Mereka faham bahawa sikap naif atau sikap optimis bukanlah hasil iman, tetapi hasil kebebalan. Mereka tahu bahawa bekerja keras setiap hari tanpa memandang kepada masa depan adalah jahil dan berbahaya. Mereka kerap meneliti surat resume mereka, syarikat mereka, industri mereka, negara mereka, dan banyak faktor besar yang lain.
Orang berhikmah selalu bertanya, “Bagaimana pula kalau?” Soalannya bukan bagaimana pula kalau pelaburan ini sungguh berjaya, harus bagaimana aku membelanjakan jutaan wangku? Sebaliknya soalannya berbunyi, bagaimana pula kalau pelaburan ini gagal, dapatkah aku masih menyokong keluargaku dan memenuhi hutangku? Solomo memberi amaran terhadap apa pun pilihan kewangan yang menimbulkan risiko yang tidak perlu atau yang berbahaya. Kamu telah diberi amaran oleh raja yang kaya, yang berupaya membayar apa pun liabiliti atau hutang. Nasihatnya adalah benar dan berhikmah.
Ada salah satu risiko yang lebih besar yang dihadapimu – risiko dibuang ke dalam api neraka oleh Allah Yang marah pada Hari Penghakiman (Wah 20:11-15). Langkah-langkah apakah yang telah kamu pakai terhadap risiko itu? Berbanding kehilangan kerja gaji atau rumah, seksaan kekal dengan si iblis dan para malaikatnya adalah melebihi pemahaman. Hikmah untuk hal yang penting ini menuntut kamu untuk berlari kepada Yesus Kristus dan merayu untuk belas kasihanNya (Luk 6:46-49; 16:1-6; Rom 10:9-13; 1Tim 6:17-19; 2Pet 1:5-11).