Amsal · Proverbs

22:28
Jangan mengalihkan tanda batasan purba, yang bapa-bapa leluhurmu telah tetapkan.

Di sinilah suatu amsal yang aneh tetapi menarik dan yang mengandungi amaran yang serius – jangan sesekali menipu atau berkompromi dalam apa pun urusan perniagaan, terutamanya dengan jalan yang suka buat belakang-belakang atau yang licik, yang akan merugikan orang lain hartanya. Pelajaran di sini mengikuti amalan lama mengekalkan tanda batasan untuk mengenalpastikan garis batasan hartanah. Ia juga dikutuk di tempat yang lain (Ams 23:10).

Di kawasan yang terbuka di mana garis batasan bertindih, suatu budaya yang purba yang dipanggil “upright stone” [batu yang ditegakkan], iaitu suatu longgok batu, atau suatu tanda yang hampir kekal untuk mengenalpastikan batasan-batasan ladang yang bersempadanan. Tanda-tanda ini akan dipakai untuk mengenalpastikan hartanah, menilai suatu harta pusaka, menentukan harta milik, dan sebagainya. Orang yang cabul boleh dengan mudah mengalihkan tanda-tanda itu pada waktu malam untuk menambahkan keluasan ladang mereka sedikit demi sedikit dengan mencuri hartanah itu daripada jiran-jiran mereka.

Pertimbangkan suatu ladang 40 ekar yang dibahagikan sama rata oleh empat petani kepada ladang-ladang 10 ekar yang lebih kecil. Jika salah seorang petani ini merupakan anak Belial lalu menggerakkan tanda tengah hanya sepuluh kaki, suatu peralihan yang sungguh kecil, dia boleh menambahkan kawasan tanahnya melebihi 1/4 ekar dengan mencuri dengan licik memasuki kawasan ketiga-tiga jirannya. Tidak seorang pun dapat membeza-bezakan pemindahan batasan itu dengan mata kasar, dan hanya ukuran yang teliti boleh membuktikannya.

Hartanahmu tidak mudah diambil. Kamu mungkin ada pacak besi yang tertanam di tanah untuk menandakan batasan, dan ia sudah ditinjau dan dicatatkan di dalam peta-peta yang dikelolakan dengan cukup teliti di pejabat-pejabat daerah. Tetapi itu bukan kesnya di Israel yang purba, maka kamu harus menghargai pemeliharaan tanda-tanda mereka yang diberi oleh hukum Allah dan hikmah Solomo.

Allah telah memberi hartanah kepada manusia, dan Dia melindunginya. Di sinilah salah satu hukum yang besar akan hikmah Allah dalam hal mentadbirkan sebuah bangsa. Perintah, “Kamu tidak akan mencuri”, melindungi hartanah orang lain dan melibatkan amaran amsal ini. Sebenarnya, TUHAN mengutuk hal mengingini hartanah orang lain pun dengan perintahnya, “Kamu tidak akan mendambakan ...”.

Hukum Musa menyatakan dengan jelas-jelas tujuan dan perlindungan tanda-tanda batasan (Ula 19:14), dan suatu kutuk diisytiharkan di sembahyang awam terhadap sesiapa pun yang mengacau batasan tersebut (Ula 27:17). Ayub menyenaraikan ini sebagai salah satu jenayah yang keji orang durjana (Ayb 24:2), dan Allah menyamai putera-putera jahat Yehuda dengan orang yang akan mengalihkan batasan hartanah (Hos 5:10).

Kamu telah bertembung dengan amaran manusia tentang perniagaan yang palsu dahulu, sebab itu benar-benar suatu godaan kehidupan (Ams 11:1; 16:11; 20:10,23). Cinta akan wang ialah akar segala kejahatan, dan kedambaan membawa manusia untuk berkompromi dalam urusan perniagaan supaya dapat mencuri daripada orang lain (1Tim 6:10; Kel 18:21; 1Sam 8:3; Mik 2:2). Orang yang salih belajar berpuas hati, supaya jangan tergoda dan menjadi kurang jujur dalam transaksi-transaksinya (1Tim 6:6-9).

Sekarang, hai pembaca, patutkah kamu senyum sahaja kepada amalan-amalan hartanah purba yang aneh, atau patut kamu mencari hikmah Allah dalam amsal ini? Kamu patut mencari pembelajaran; menyediakan segala perkara dengan jujur juga merupakan peraturan Wasiat Baru (Rom 12:17; 2Kor 8:21; 1Pet 3:16).

Tujuan utama pelajaran ini adalah untuk menolak apa pun penipuan rahsia atau pencerobohan sulit harta milik orang lain, meskipun kamu tidak memakai paksaan. Walaupun manusia mungkin tidak melihat perbuatanmu, namun Allah melihatnya, dan kamu melanggari hak-hak harta milik orang yang juga manusia.

Jika kamu melihat keluasan pelajarannya, ia mengutuk transaksi-transaksi yang tidak mempunyai syarat-syarat yang dimantapkan. Sebelum memasuki suatu persetujuan peniagaan atau komitmen, butir-butir urusan itu haruslah ditakrifkan, supaya jangan mana-mana pihak menderita kerugian yang tidak adil atau ada timbul pertikaian pada masa depan.

Pelajaran amsal ini mengutuk pengubahan waad atau perjanjian, sama ada secara lisan atau secara tertulis, yang sesebuah pihak mungkin menderita kerugian. Kamu harus memenuhi butir-butir kontrak dan menyediakan segala perkara secara jujur kepada pandangan semua orang. Jika kamu berjanji, maka hasilmu patut menyamai atau melebihi apa yang diharapkan orang lain.

Pelajaran amsal ini mengutuk segala seni penipuan, pemalsuan, penyembunyian, ubahan, atau kompromi dalam transaksi-transaksi perniagaan. Setiap pemilik perniagaan tahu jalan-jalan pintas yang boleh memperkasakan keuntungan dengan merugikan pelanggan-pelanggannya. Fikiran yang sebegitu hina tidak patut sesekali pun timbul di dalam seorang anak Allah.

Pelajaran amsal ini mengutuk pertelingkahan yang bebal dan yang tidak perlu dengan jiran-jiran yang sudah seharusnya dielakkan dengan memelihara komunikasi yang lebih baik. Ia lebih baik untuk ditipu daripada bertikai, terutamanya ketika puncanya adalah sikap lalaimu dan sikap kekukanganmu.

Pelajaran amsal ini mengutuk kebiasaan-kebiasaan yang sudah ditetapkan, meskipun ia tidak tersurat. Seseorang bukanlah orang salih kalau dia memakai dalih kontrak tidak tertulis, jika perlaksanaan tugas sudah pun jelas-jelas difahami. Orang yang mulia pun tidak memetik daripada perlembagaan atau undang-undang kuno sebagai asas tindak lakunya; manusia yang berprinsip memenuhi harapan yang diamalkan masyarakat dalam perlaksanaan transaksi mereka, tidak kira apa pun penyediaan atau gagasan yang dapat dipakai untuk berdalih dengan sah. Mereka tahu bahawa tahap-tahap harapan boleh lebih mengikat daripada ikatan undang-undang.

Jika kamu telah memakai nama Kristus, maka biarlah perangaimu dalam segala transaksi ekonomi dan urusannya dengan orang lain jujur sama sekali dan terang-terang adil (Mat 5:16; 1Tes 4:11-12; 1Tim 6:1; Tit 2:9-10; 1Pet 2:12; 3:16-17). Ia lebih baik untuk menderita kerugian, daripada berkompromi hak-hak hartamilik orang lain atau menderhakai Raja Yang Maha Besar (1Kor 6:6-8).

Dan ketika bersembahyang kepada Allah, kamu terikat untuk mengamalkan tanda-tanda purba Alkitab dan tradisi rasuli (Ula 5:32; 12:32; Maz 119:128; Yes 8:20; Rom 16:17-18; 2Kor 11:3-4; Gal 1:6-9; 2Tes 2:15; 3:6; 1Tim 6:3-5; 2Tim 3:1-5,16-17; 4:3-4; Tit 3:10-11; 1Yoh 4:1-6). Kamu tiada hak untuk menerima doktrin-doktrin baru, mengabaikan doktrin-doktrin lama, merekaciptakan bentuk sembahyang yang baru, mengubahkan sembahyang yang sudah ditetapkan, atau mengkompromikan disiplin.

Kamu harus minta untuk jalan-jalan dahulukala dan berjalan di dalamnya. Sudahkah kamu dengan seirus menyelidiki gerejamu oleh firman Allah dan tahu bahawa ia berjalan di dalam jalan yang dahulukala? “Berfirmanlah TUHAN sedemikian, Kalian berdirilah teguh di dalam jalan-jalan itu, dan lihat, dan mohon bagi jalan-jalan dahulukala, yang merupakan jalan yang baik, dan berjalanlah di dalamnya, dan kalian akan menemui istirahat bagi jiwa-jiwa kalian. Tetapi mereka berkata, Kami tidak akan berjalan di dalamnya” (Yer 6:16).

Kebanyakan gereja pada hari ini sedang mengalihkan tanda-tanda batasan doktrin dan amalan yang sejati pada kadar perubahan dan jarak peralihan yang tidak pernah berlaku dahulu, meskipun Alkitab dengan jelas-jelas memerintahkan bahawa peraturan-peraturan Allah tidak harus ada yang ditambahkan atau ada yang ditolak, dan manusia tidak harus belok ke kanan atau ke kiri menyimpang daripadanya (Ula 12:32; 5:32-33; Mat 28:20; 1Kor 3:10-17).

Gereja pada zaman kini yang mengikuti nas-nas kitab akan nampak sungguh berbeza dan aneh, sebab kebanyakan orang lain telah mengubahkan mesejnya untuk menambahkan bilangan anggota dan menambahkan rekaan untuk menjadikan orang yang tidak terjanakan semula dan orang yang badaniah bahagia. Tetapi peralihan yang licik terhadap tanda-tanda batasan purba rasuli dan yang mempengaruhi gereja ini sungguh dikutuk oleh Alkitab, seperti yang ditunjukkan di atas.

Hai pembaca, dengan menuruti cahaya nas-nas kitab, apakah pendirian gerejamu tentang neraka yang membakar, penjanaan semula berasaskan keputusan, penceraian dan perkahwinan semula, pembaptisan oleh penyelaman para percayawan, sodomi, cuti-cuti orang kafir yang telah diputihkan oleh Rom, pemilihan dan takdir/ pra-destinasi, perbuatan berkendak iaitu seks sebelum berkahwin, mengasihi diri sendiri dan menghargai diri sendiri, televisyen, penyerahan kepada kerajaan sivil, khutbah Alkitab yang keras, peraturan senyap bagi perempuan di gereja, pemakaian alkohol secara sederhana, alat-alat muzik dalam sembahyang, penundukkan isteri, kesatuan pekerja, perkahwinan sejenis, penyembuhan palsu, keunggulan Yesus Kristus, asal usul gereja adalah rasuli, nubuat-nubuat yang gagal, Masonic Lodge, menara gereja [steeple] dan panji-panji dalam gereja, penggenapan kebanyakan nubuat Alkitab, disiplin gereja, kesenonohan pakaian perempuan, sembahyang yang hormat, perkahwinan hanya dalam Tuhan, panjang rambut, keperawanan, pembakaran jenazah, transjantina, hukuman mati dan hukuman rotan, bahasa lidah, dan sebagainya?

Paulus telah menyatakan situasi ini, ketika orang Kristian berpaling daripada doktrin yang sihat dan kebenaran lalu melayani dongeng dan rekacipta, sebagai masa yang membahayakan dan telah memberi amaran kepada Timotius tentangnya (2Tim 3:1-4:4). Jangan anggap ini berbahaya: kemarau, tsunami, AIDS, kemelesetan ekonomi, atau Perang Dunia ketiga. Di sinilah bahaya yang sebenarnya – mengalihkan tanda-tanda batasan Alkitab untuk merekaciptakan doktrin-doktrin dan jalan-jalan baru untuk berbuat sesuatu, yang menghambat para penyembah Allah daripada menyenangkan Allah dan daripada memperoleh keselamatan praktikal oleh injil.

Allah Yang Maha Besar di syurga dan AnakNya Yesus Kristus sudah membentangkan ladang-ladang kerajaanNya dengan tanda-tanda batasan yang terang-terang nyata. Wasiat Baru menyediakan segala arahan yang wajib untuk kesempurnaan (2Tim 3:16-17). Orang yang menggerakkan tanda-tanda batasan yang sudah lama ditetapkan, untuk mengubahkan doktrin, ibadah, atau sembahyang Allah haruslah ditandai, dielakk, dan dikutuk (Rom 16:17-18; Gal 1-6-9; dan sebagainya). Jangan biar satu tanda purba pun dialihkan!

Adakah kamu orang yang mempertahankan tanda batasan purba? Kamu harus dengan sungguh-sungguh berjuang bagi iman, yang dahulukala disampaikan kepada orang-orang kudus oleh para rasul dan Tuhan Yesus. Yudas telah memberi amaran ini di dalam suratnya yang singkat dan yang keras, “Saudara-saudara yang dikasihi, sementara aku memberi segala kesungguhanku untuk menulis kepada kalian tentang keselamatan umum itu, ia perlu bagiku untuk menulis kepada kalian dan untuk menggesakan kalian supaya sungguh-sungguh berjuang bagi iman yang dahulu telah disampaikan kepada orang-orang kudus” (Yud 1:3)