23:34
Ya, kamu akan menjadi seperti orang yang berbaring di tengah-tengah lautan, atau seperti orang yang berbaring pada bahagian atas tiang.
Apakah pengalamannya untuk menjadi sungguh mabuk? Salomo menyamainya dengan berbaring di dalam kapal ketika di dalam ribut. Daripada berada di geladak kapal, yang dapat dia menyeimbangkan tubuhnya dengan matanya yang membantu, orang ini pula berbaring di palka kapal dan merasa seakan-akan dia akan tidak lama lagi muntah. Kepalanya seakan-akan sedang berenang; perutnya pula menjeluak! Lagi hebat pula, kemabukannya adalah seperti berbaring pada bahagian atas tiang kapal, di mana pergerakan terhuyung-hayang dilipatgandakan lagi kerana panjang tiang itu.
Konteks amsal ini ialah amaran Salomo kepada anak lelakinya tentang kesan-kesan teruk akan kemabukan (Ams 23:29-35). Dia menerangkan senarai kesan-kesan fizikal (Ams 23:29), daya tarikan minuman beralkohol (Ams 23:30-31), hasil pedih yang menyamai gigitan ular (Ams 23:32), keruntuhan daya mengawal diri secara moral (Ams 23:33), dan sifat ketagihan kemabukan (Ams 23:35). Di sinilah amaran-amaran yang jelas tentang menjadi mabuk.
Kemabukan ialah dosa, tetapi ia juga bodoh! Si pemabuk kehilangan kawalan diri, keseimbangan tubuh untuk berdiri, makanan dalam perut, dan reputasi mereka. Mereka dengan rela memilih untuk mengejar rasa mual di dalam perut dan kekeliruan dalam fikiran; si pemabuk ialah orang bebal besar. Buat apa seseorang ingin minum terlalu banyak sesuatu yang dia tahu akan menjadikan dirinya sungguh mual dan menyebabkan banyak dukacita? Kejahilan! Hati yang bebal! Tekanan rakan sebaya! Tabiat buruk! Ketagihan!
Apakah rawatannya? Janganlah nak main cinta dengan alkohol (Ams 23:30-31). Sedarlah dan akuilah bahawa wain dan minuman keras mudah memperdaya (Ams 20:1). Ingat bahawa kesederhanaan minuman itu boleh memberi faedah-faedah yang diciptakan Allah (Ams 31:6-7; Maz 104:14-15; 1Tim 5:23). Dosa kemabukan terjadi ketika seseorang minum sampai keterlampauan, dan itulah yang terkutuk (Efe 5:18).
Wain sendiri bukanlah lebih berdosa daripada roti. Kedua-dua kemabukan dan kelahapan ialah dosa hati manusia. Wain dan minuman keras ialah sumber kemabukan, tetapi hanya ketika ia disalahgunakan dengan minum terlampau banyak sehingga menentang firman Allah. Roti, piza, dan donut ialah sumber kelahapan, tetapi hanya ketika ia disalahgunakan dengan memakan terlampau banyak sehingga menentang firman Allah. Dosa adalah di dalam hati manusia untuk terlampau banyak makan atau terlampau banyak minum.
Hikmah ialah daya penghakiman yang wajar – mengenal apa untuk dilakukan di dalam apa pun situasi untuk menyenangkan Allah dan orang yang baik. Orang berhikmah memakai wain atau minuman keras dengan berhati-hati, terutamanya ketika mereka merupakan pihak berkuasa (Ams 31:4-5; Pkh 10:16-17; 1Tim 3:8; Tit 2:3). Mereka mahu pengawalan penuh akan fikiran dan deria-deria tubuhnya, dan mereka tidak akan menghilangkan kawalan itu untuk kebebalan keterlampauan minum untuk seketika. Mereka sedar akan nilai wain, dan memakainya dengan sederhana, dan membenci kemabukan.
Tidak kira apa pun yang dikatakan dunia, kemabukan ialah dosa (Luk 21:34; 1Kor 6:9-11; Gal 5:19-21). Dan itu bodoh, seperti yang diisytiharkan amsal ini secara kiasan metafora. Orang yang ingin menjadi berhikmah di pandangan Allah akan memakai wain dengan sungguh berhati-hati. Mereka akan menguasai roh mereka dan keadaan-keadaan mereka supaya berjaga daripada minum berlebihan. Kehematan demikian akan menyelamatkan mereka daripada dosa bebal kemabukan, dan ia akan menyelamatkan mereka daripada kesan-kesan mabuk seperti menyakiti perut dan mengelirukan fikiran. Hanya orang bebal akan minum tanpa apa-apa kepedulian.