23:33
Matamu akan melihat perempuan yang asing, dan hatimu akan menuturkan apa yang babil.
Di sinilah dua dosa yang teruk sekali – seorang lelaki yang berahi akan perempuan yang bukan isterinya dan mengucap hal-hal yang babil atau yang cabul yang biasanya tidak diucapkannya. Terlalu banyak wain telah menanggalkan penguasaan moralnya, dan sekarang dia berbuat dosa yang dia awal-awal tahu adalah bebal dan memang salah.
Konteksnya ialah terlalu banyak wain (Ams 23:20-21,29-30,34-35). Jumlah sederhana sudah cukup untuk menjadikan hati gembira (Ams 31:6-7; Maz 104:15; Pkh 10:19). Terlalu banyak menyebabkan kemabukan, yang dikutuk Allah (Efe 5:18; Rom 13:13). Kemabukan membawa kepada kebebalan dan dosa-dosa yang kalau sebaliknya memang sudah ditolak.
Wain ialah hasil penapaian jus anggur. Allah telah menciptakan wain untuk mengandungi 8 hingga 14 peratus alkohol. Pada tahap itu, alkohol akan membunuh yis/ragi di dalam lumat anggur itu lalu menghentikan proses penapaian. Ini membenarkan seorang dewasa untuk minum secawan dua berkat Sang Pencipta.
Etil alkohol, dari proses penapaian, mengebas sistem saraf pusat. Dengan jumlah sedikit, ia mengendurkanfungsi kesedaran otak dan membawa rasa santai dan ceria. Dengan jumlah banyak, ia mengurangkan daya ingatan, pengawalan koordinasi tubuh yang sedar, dan fungsi yang tidak sedar.
Jumlah wain yang sederhana, yang boleh dipelajari setiap orang dengan mudah sekali, mengurangkan ketegangan otot untuk meringankan mood dan fungsi sosial. Tetapi jumlah yang keterlampauan menimbulkan suatu kegembiraan yang menghilangkan daya penghakiman dan penguasaan diri yang mengawal perilaku moral. Di sinilah amaran keras Salomo kepada anak lelakinya – jangan biar wain merampas daya penghakimanmu dan membutakan hati nuranimu terhadap nafsu seksual atau pertuturan yang tidak salih.
Seperti mana-mana ciptaan Allah, wain dengan wajar dipakai ialah sesuatu yang indah. Tetapi kalau disalahgunakan, ia akan menjadi kutuk yang buruk sekali. Makanan yang dipakai dengan sewajarnya membekalkan tenaga dan kekuatan bagi kedua-dua jangka masa pendek dan jangka masa panjang; tetapi kalau disalahgunakan, ia membawa keadaan gemuk gedempol dan kelambanan. Si pendosa kerap kali menyalahgunakan ciptaan Allah yang baik, sama ada ia kemabukan dengan wain ataupun ia kelahapan dengan makanan (Pkh 7:29).
Terlalu banyak alkohol membawa kepada kehilangan daya penghakiman moral dan dosa. Orang yang mabuk akan memandang kepada perempuan dengan bernafsu, dan mereka akan menyatakan hal-hal yang tidak harus dikatakan, kerana kemampuan sedar mereka untuk menguasai nafsu-nafsu tubuh ini sudah dikurangkan. Minum sedemikian langsung bukan untuk orang Kristian.
Tempat bar dan kelab malam ialah tempat yang orang yang tidak berkenalan bertemu dengan niat seksual yang mereka kalau sebaliknya tidak dapat mudah lakukan. Dengan sengaja melemaskan kawalan moral mereka, mereka melibatkan diri dalam dosa yang mereka tidak akan buat kalau dalam keadaan yang lain. Kemabukan kerap kali caranya untuk menurunkan kawalan semula jadi perempuan untuk kedurjanaan dosa bersahaja (Hab 2:15). Tempat-tempat istirahat ini tidak diperbenarkan bagi apa pun sebab.
Dorongan seksual ialah salah satu keinginan tubuh yang paling kuat, dan kesenangan seksual ialah salah satu berkat Allah yang paling besar. Maka Allah telah menaruh kawalan terhadap kedurjaan persetubuhan rambang di dalam hati nurani manusia, dan terutamanya perempuan. Ini merupakan berkat-berkat besar dari syurga. Tetapi wain akan memperolok-olokkan seseorang dengan meroboh dengan sementara perlindungan-perlindungan seksual ini (Ams 20:1).
Lidah ialah bahagian tubuh yang sungguh berbahaya secara semula jadi (Ams 18:21; Yak 3:2-12). Tetapi untuk memberi terlalu banyak kebebasan kepada lidahmu kerana terlampau minum wain ialah kebebalan yang cukup teruk. Kamu akan menuturkan kata-kata bebal yang menyakiti yang kamu tidak akan dapat pulihkan. Biar setiap pembaca berhati-hati akan bahaya ini.
Pelajarannya cukup jelas. Lelaki berhikmah akan mengehadkan wain atau apa pun jenis alkohol untuk mengelak godaan dalam dua perkara berdosa ini. Tanpa menghiraukan orang pelahap dan orang gelojoh, perkara amsal ini mudah difahami seperti mengenal berapa banyak kuih diperlukan untuk tenaga dan bukan untuk melahap. Seperti makan di bufet atau mana-mana situasi yang menggoda, keputusan untuk mengehadkan minum kepada jumlah sederhana dibuat dari awal-awal dan diikuti dengan tegas.
Orang-orang kudus Allah tidak membenarkan situasi yang menimbulkan peluang untuk dosa (Rom 13:14). Sementara alkohol membawa kepada dua dosa ini, pemakaian wain sudah cukup terhad. Jalan penyelesaiannya bukanlah untuk melarang sama sekali wain seperti kelahapan patut dielakkan dengan melarang sama sekali makanan. Penguasaan diri ialah disiplin diri dan kesederhanaan, dan bukan larangan.
Jika TUHAN mengehadkan meminum wain, yang telah diciptakanNya, supaya mengelak memandang kepada perempuan yang lain dan mengucap hal-hal yang kotor, maka apakah yang harus difikirkanNya tentang televisyen yang membawa perempuan asing dan pertuturan durjana masuk ke dalam rumahmu? Apakah yang dia fikir tentang bahan-bahan bacaan yang membawa godaan yang sama? Apakah yang Dia fikir tentang acara-acara olahraga di mana perempuan biasanya kurang berbaju? Setiap pembaca haruslah mampu menjawab soalan-soalan ini dengan mudah sekali.
Yesus minum wain dan berbeza dengan Yohanes Pembaptis dalam hal itu (Luk 7:33-35), seperti Abraham, Melkisedek, dan Daud (Kej 14:18; 2Sam 6:19). Tetapi Dia langsung tidak pernah merosakkan daya penghakiman moral, sebab Dia kudus dan terpisah dari antara para pendosa (Ibr 1:9; 4:15; 7:26). Biar sesiapa pun yang memanggil dirinya sebagai Kristian membenci keterlampauan minum, sebab ia membawa kepada dua dosa yang para pengikutiNya tidak harus sesekali pun buat (2Tim 2:19). Hidup layak untuk nama Rajamu!