24:34
Maka datanglah kemiskinanmu seperti orang dalam perjalanan, dan kekuranganmu sebagai orang bersenjata.
Kemalasan adanya hasil yang tertentu. Kamu tidak dapat mengelakkannya. Sama seperti perjalanan sudah pasti membawamu ke destinasimu dan seorang yang bersenjata dapat mengalahkan orang yang tidak bersenjata, kemiskinan akan menjatuhkanmu. Ia suatu bohong untuk memikir bahawa tidak berbuat apa yang patut kamu buat pada hari ini tidak akan adanya kesan-kesan yang pedih.
Kamu tidak dapat menghentikan kemiskinan, jika kamu tidak bekerja keras. Ia sudah tentu menjelang. Ia bukan hal jika ia datang, ia hal bila ia datang. Kamu akan dijatuhkan – inilah penghakiman hukum ekonomi dan hukuman sempurna dari syurga. Oleh sebab Allah tahu kamu mungkin ragu-ragu atau membenci hakikat yang tentu ini, Dia mengilhamkan Salomo untuk menulis amsal ini dua kali (Ams 6:11).
Salomo tahu ketekunan manusia dikenali oleh keadaan perniagaannya (Ams 24:30-34). Jika ia tidak berada di dalam keadaan yang sempurna, dia tahu bahawa orang itu tidur terlalu banyak. Sementara kamu besar kemungkinana tidak ada ladang atau kebun anggur, sukatlah pendapatanmu. Hukum yang kasar menyatakan seorang di Amerika patut ada pendapatan $1.5 ribu - $2 ribu setahun ganda setiap tahun umurnya, dan itu mencerminkan bagaimana orang lain menilai usaha-usahamu.
Orang Kristian benar bekerja keras (Rom 12:11; 1Kor 15:10). Mereka tahu Adam bekerja keras di Taman Eden dan Yesus bekerja dengan tekun sekali (Kej 2:15; Yoh 9:4). Ketekunan membantu manusia maju (Ams 22:29; Pkh 9:10), dan ia merupakan ciri yang mengenalpastikan perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:10-31). Hanya lelaki dan perempuan bekerja keras sedemikian layak kehormatan dan kekayaan hasil ketekunan (Ams 10:4; 12:24).
Ciri yang bertentangan dengan ketekunan iaitu kemalasan menandakan lelaki dan perempuan yang patut dibuang keluar gereja Yesus Kristus sesudah mereka kekurangan makanan (2Tes 3:6-15). Jika kamu berfikir bahawa ini terlalu keras suatu penghakiman, kamu tidak kenal Alkitab atau insentif yang berhikmah (Ams 20:4; 16:26). Kecuali kamu membuang keselesaan dan bekalan, seseorang manusia tiada dorongan untuk benar-benar pergi bekerja.
Di dalam rancangan Allah bagi manusia, orang kaya menjadi lebih kaya dan orang miskin menjadi lebih miskin (Mat 25:29). Orang yang berfikiran Sosialis di generasi yang keperempuanan ini membenci itu, tetapi mereka tidak mempedulikan perbezaa usaha di antara kedua-dua kumpulan itu. Allah mengganjari orang tekun dan menghukum orang yang kekukangan. Ini merupakan maksud yang sempurna kepada fikiran yang benar, dan kamu patut memuji Allah di syurga dan mengasihi AlkitabNya.
Sudah tentulah, jika kamu tidur pada waktu pagi, kamu tidak dapat melihat apa pun kesan-kesan yang nyata, tetapi pilihan sedemikian menjadikannya lebih mudah untuk tidur pada hari kemudian. Jika kamu memakai sehari tidak bekerja kerana kamu rasa kurang sihat (kecuali sakit dengan pengesahan doktor), maka kamu besar kemungkinan malas. Setiap orang ada kesakitan, dan banyak ada kesakitan yang lebih teruk daripada dirimu, namun mereka bekerja keras!
Kamu patut memerhati orang yang paling sibuk menyelesaikan banyak kerja lalu merelakan diri untuk lebih kerja. Ia memang sungguh menakjubkan! Orang yang tiada kerja untuk dibuat sebenarnya tidak berbuat apa-apa dan jarang kali merelakan diri. Mereka mahu orang yang bekerja selalu bukan hanya untuk memberi makan kepada mereka tetapi juga untuk menyelesaikan projek-projek lain yang timbul. Orang yang tekun berbuat lebih, orang yang kekukangan berbuat kurang. Menakjubkan!
Berapakah banyaknya kamu percaya kepada firman Allah? Di sinilah hikmah. Sesetengah ibubapa dan kerajaan berniat untuk menunggangbalikkan peraturan amsal ini dengan menyokong anak-anak yang malas atau rakyat yang malas. Ia mungkin digelar sebagai elaun, kebajikan, kecacatan, pengangguran, atau digelar nama-nama yang lain. Niatnya adalah sama – Allah dan Salomo di dalam Alkitab adalah terlalu keras, maka biar kita memberi cukai kepada para pekerja untuk memberi makan kepada orang yang tidur.
Firman Allah adalah benar. Kemiskinan akan datang kepada si pacat yang suka menerima bantuan tanpa berada dalam keadaan keperluan yang terdesak.Kemiskinan juga akan datang kepada negara-negara yang menggubalkan terlalu banyak undang-undang bantuan, seperti beberapa negara di dunia sekarang sedang belajar daripada kesilapan itu. Peraturannya adlaah pasti: kemiskinan akan menjatuhkan si lamban dan kerajaan mereka, kecuali kerja keras digalakkan dengan memberi ganjaran kepada orang yang tekun dan menghukum orang yang malas.
Pelajaran amsal ini ialah kepastian kemiskinan yang menimpa orang yang tidak bekerja keras. Ia hukum Allah. Salomo melihat itu dan memberi amaran tentang itu beberapa kali (Ams 6:6-11; 19:15; 20:13; 24:30-34). Janganlah memperdayakan dirimu sendiri dengan memikir bahawa kamu dapat terlepas dengan bersikap sambil lewa dan kurang bekerja berbanding orang lain. Bertaubat. Bangun. Mula bekerja keras sekarang juga bagi hal yang diperlukan.
Ada satu lagi bentuk kemiskinan jauh lebih teruk daripada kewangan – kemiskinan rohani. Ia juga kepastian hasil kemalasan. Kamu tidak dapat mengelakkannya. Orang yang ponteng kebaktian gereja atau tugas-tugas rohani lain kerana mereka letih ialah ahli-ahli gereja yang teruk. Nilai dan keberhasilan di kerajaan syurga berjumlah kecil, sementara adanya peluang untuk bernilai tinggi.
Tetapi satu lagi kepastian sedang menantikan orang setia, yang tahun demi tahun mencari dahulu kerajaan Allah dan bekerja tekun untuk melayaniNya dan orang lain dengan apa pun cara yang mampu – mereka menjadi lebih kaya dengan kemajuan rohani dan bertambah lebih kuat untuk kehidupan yang menang (Luk 8:18; 16:10-12; 19:11-27; 2Tim 4:7-8). Mereka menghasilkan buah sampai ke umur tua (Maz 92:12-14).