25:1
Berikut juga merupakan amsal-amsal oleh Solomo, yang telah disalin oleh hamba-hamba Hizkia, raja Yehuda.
Di sinilah suatu peringatan bahawa kamu sedang belajar amsal-amsal Solomo. Kamu ada nasihat-nasihat peribadi raja, yakni raja yang sangat berjaya, yang telah Allah ilhamkan dengan hikmah ilahi dan dengan kemampuan besar untuk pemerhatian dan penaakulan. Amsal-amsal yang kamu miliki dalam bab-bab yang berikutan ini telah dipilih daripada banyak amsal oleh kerja teliti orang yang dilantik Hizkia, salah satu lagi raja yang hebat.
Ada nilai dalam ayat Alkitab ini, sebab kalau tidak, TUHAN Jehovah tidak akan memberi ini kepadamu. Ada dua perhentian di kitab Amsal. Satu berada di Amsal 10:1, dan yang satu lagi di sini. Allah telah memberimu perhentian untuk mempertimbangkan sekali lagi kata-kata istimewa yang sedang kamu baca. Pertimbangkan hal ini dengan teliti, dan kamu akan melihat bahawa di sini juga merupakan hikmah untuk pembelajaranmu.
Allah telah memberi kepada Solomo, anak Daud dan raja Israel, banyak hikmah dan keluasan hati (1Raj 3:10-15). Dia dengan serta-merta menunjukkan Israel kemahiran besar penghakimannya dengan mengurus pertikaian dua pelacur dengan cara yang sungguh ajaib (1Raj 3:16-28). Dia lebih berhikmah daripada semua orang, dan para orang berhikmah dan para raja datang dari seluruh dunia untuk mendengar dia berbicara tentang apa pun subjek (1Raj 4:29-34).
Allah juga telah memberi Solomo apa yang lain yang diperlukan untuk eskperimen penuh untuk menemui tujuan dan kenikmatan untuk kehidupan. Dia merupakan orang yang sungguh menarik (1Sam 16:12; 2Sam 11:2); dia ada modal yang tidak terhingga (Pkh 2:10); dia tidak ada peperangan atau kekacauan (1Raj 4:24-25); dan dia seorang penguasa yang berkuasa mutlak pada zaman kemuncak kegemilangan negara Israel (1Raj 4:20-21).
Pertimbangkan! Dia sungguh mahir dan menarik secara sosial; dia mampu beli apa pun yang dia inginkan; dia tiada tentangan atau peperangan untuk mengalihkan perhatiannya; dan setiap orang akan berbuat sama dengan apa yang telah dia ingin buat. Makmal besarnya untuk bereksperimen dengan kehidupan adalah luar biasa. Tiada orang atau kumpulan orang, baik sebelum itu mahupun sejak itu, dapat menghampiri keberadaan peluang-peluang kajian atau kemampuannya dalam penaakulan dan perumusan hasil eksperimennya. Membuat tinjauan di kawasan orang miskin langsung tidak membawa manfaat!
Solomo menyerahkan kehidupannya untuk menemui tujuan dan kenikmatan manusia dalam kehidupan (Pkh 1:3,12-13). Dia telah mencuba segalanya, dan kemudian tambahan lagi. Kekayaan? Perak berkelimpahan seperti batu kelikir (1Raj 10:14-29). Perempuan? Dia memiliki tujuh ratus perempuan puteri dan tiga ratus gundik, yang kebanyakannya dia mengasihi dengan hatinya yang luas itu (1Raj 11:1-3). Kenikmatan? Dia cuba segala-galanya yang dapat dicuba, dengan kelimpahan yang menakjubkan (Pkh 2:1-10). Maruah? Para orang berhikmah dan para raja di bumi datang dengan hadiah setiap ulang tahun untuk mendengar dia berbicara (1Raj 10:1-25).
Pada akhir eksperimen kehidupan yang agung dan yang menyeluruh itu, dia dengan teliti mencari kata-kata yang baik untuk mengajar umatnya kebenaran tentang apa yang telah dipelajarinya. Dia merumuskan pembelajarannya yang luas itu ke dalam 3000 amsal yang digubahkan dengan cukup teliti – pepatah-pepatah yang singkat, padat dengan makna, dan yang berkuasa tentang kebenaran dan hikmah bagi rakyat untuk belajar pengetahuannya (Pkh 12:9-10). Dan amsal-amsal lebih lanjut diperhaluskan oleh ilham ilahi daripada Allah (Pkh 12:11). Dapatkah kamu mendengar dari syurga, “Inilah merupakan kata-kata yang benar Allah” (Wah 19:9)?
Bagaimanakah Hizkia berkaitan dengan ini? Dia merupakan raja yang mulia yang tersendiri, seorang yang keturunan Daud dan Solomo (2Taw 32:27-30). Dia ada hikmah dan keghairahan yang istimewa bagi pembaharuan dan kebangkitan agama sejati di Israel, seperti pada zaman Daud dan Solomo (2Taw 29:2; 30:21-27; 31:1-21). Dia melantik orang, di bawah pimpinan langsung daripada Allah, untuk memilih amsal-amsal yang dipakai mulai amsal ini sampai kepada akhir kitab Amsal, bagimu.
Betapa hebatnya hadiah ini! Dapatkah kamu percaya itu? Kamu memiliki sekitar 500 amsal yang terpilih daripada pembelajaran Solomo, yang telah disunting sampai sempurna oleh Allah Maha Pencipta, dan dengan teliti dipilih oleh arahan suatu lagi raja yang hebat. Di sinilah hikmah raja yang paling hebat dan hikmah Allah Sendiri bagimu untuk hidup dengan makmur. Berilah Allah pujian yang tertinggi!
Sekarang, hai pembaca, apakah yang akan kamu buat dengan kenyataan-kenyataan hikmah yang singkat dan bernas yang dipanggil amsal ini? Akankah kamu membacanya sebagai pepatah aneh kesusasteraan agama purba? Akankah kamu mengagumi keringkasan dan kepelbagaiannya? Atau akankah kamu merendahkan dirimu di hadapan amsal-amsal ini dengan hati yang gementar dan merayu kepada Tuhan untuk mengajar dalam jiwamu segala hikmah yang terkandung dalam setiap amsal?
Segala hikmah semua pengarang, tambah dengan segala maklumat letusan pembelajaran zaman kini, tidak dapat dibandingkan dengan salah satu daripada amsalnya (2Tim 3:7). Harus mengapakah kita membaca buku antropologi seorang profesor yang membenci Allah, merokok marijuana, dan mengasihi jantina sejenis, yang mengajar kelas tentang perangai penguin berkaki satu yang tidak biasa dan kelakuan seks yang melanggar alam di Madagascar?
Amsal ini memang bernilai! Ia merupakan perhentian yang kedua selepas 10:1, supaya kamu sedar sekali lagi bahawa kamu sedang membaca kata-kata yang paling mulia di seluruh alam semesta (termasuk segala kitab-kitab yang lain). Lihatlah ulasan di dalam Amsal 1:1. Hai pembaca, kamu sungguh diberkati. Apakah yang akan kamu buat dengan buku ini? Bagaimanakah kamu mengabaikannya kerana apa pun yang lain?
Dapatkah kamu nampak Yesus Kristus dalam ayat ini? Kamu patut nampak sedemikian kerana Alkitab bersaksi tentang Yesus (Yoh 5:39), terutamanya bahagian-bahagian yang tertulis oleh anak Daud yang satu lagi. Roh Kudus mengilhamkan ayat ini untuk membuka seleramu lagi untuk amsal-amsal Solomo, tetapi serupa dengan kata-kata Tuhan Yesus Kristus kamu patut berkata, “Ada yang lebih besar daripada Solomo di sini” (Mat 12:42; Luk 11:31)!