Amsal · Proverbs

24:6
Sebab dengan nasihat yang berhikmah kamu akan mengadakan peperanganmu: dan di dalam keramaian penasihat adanya keselamatan.

Peperangan adalah serius! Kekalahan ada kesan-kesan yang sungguh besar: malah kemenangan jugaada banyak pengorbanan. Kemarahan, ketakutan, keangkuhan, pendapat orang awam, dan pembalasan dendam semuanya bergabung untuk menjadikan keputusan-keputusan sukar. Solomo memberi amaran kepada anak lelakinya bahawa keputusan-keputusan yang demikian memerlukan nasihat yang berhikmah, dan banyak hikmah benar. Di sinilah peraturan untuk orang yang berhemat, iaitu orang yang ingin maju di pandangan Allah dan manusia (Ams 24:5).

Kitab Amsal telah tertulis oleh Solomo, “untuk memberi kearifan kepada yang pandir, dan pengetahuan dan budi bicara kepada pemuda” (Ams 1:4). Allah mengilhamkan Alkitab dan memberinya kepada anak-anakNya untuk menjadikan mereka berhikmah di bumi (Ula 4:6). Jika kamu ingin mengelak jerat-jerat kehidupan, mencapai kejayaan tahap tinggi, dan dihormati oleh orang lain kerana berhikmah, taatilah peraturan ini.

Para pemuda suka melulu dan adalah degil. Walaupun baru sahaja meninggalkan kain lampin dan puting untuk beberapa tahun, mereka percaya mereka tahu banyak dan mahu berlawan. Pemuda menganggap diri sendiri tidak boleh dikalahkan. Rehoboam, anak Solomo yang sudah patut mengenal amsal ini, mengikuti nasihat rakan-rakan mudanya dan telah menghilangi dua belas suku kaum Israel (1Raj 12:1-19).

Para pemuda suka melulu dan adalah degil. Walaupun baru sahaja meninggalkan kain lampin dan puting untuk beberapa tahun, mereka percaya mereka tahu banyak dan mahu berlawan. Orang tua dan berhikmah lebih pandai. Pertimbangkan percanggahan di antara tentara laut Jepun di antara laksamana-laksamana dan panglima-panglima angkatan laut sebelum dan selepas Pearl Harbor dan Pertempuran Midway. Para pegawai muda ingin bertempur di dalam peperangan yang tiada harapan terhadap Amerika, sementara orang yang tua lebih pandai. Nasihat yang berhikmah ialah kekuatan!

Ada dua bahagian dalam amsal ini – nasihat berhikmah, dan banyak lagi nasihat berhikmah. Bukan sembarangan nasihat boleh jadi. Kamu mesti memakai orang berhikmah dan ini bermaksud kamu mencari orang tua yang berhati-hati, berpengalaman, serius, berjaya, dan takut akan Allah. Ia tidak berhemat untuk menanya rakan-rakan yang agresif, bercita-cita tinggi, dan yang bebal. Fikiran mereka adalah tidak bernilai dalam apa pun subjek. Pergilah kepada orang yang kamu takut akan menjangankan rancangan-rancanganmu. Malu bagi dirimu kerana sudah tahu bahawa kamu salah.

Dan menanya hanya satu atau dua orang berhikmah tidak mencukupi. amsal ini mengajar bahawa hikmah ada di dalam keramaian penasihat. Dengan memakai masa untuk mendengar banyak pendapat-pendapat yang serius dan menimbangnya dengan teliti, para pemuda akan diselamatkan daripada keputusan-keputusan yang bebal dan yang menyakiti. Kesan-kesan menangguh untuk mengumpulkan gabungan hikmah menaikkan kemungkinan kejayaan dengan sungguh tinggi.

Mengapakah peraturan sukar untuk diikuti? Keangkuhan menahan orang daripada merendahkan dirinya sendiri kepada kritikan orang lain. Sikap gopoh yang bergegas membenci apa pun penangguhan bagi apa yang hati inginkan. Cita-cita mencari segala kemuliaan bagi dirinya sendiri dengan membuat keputusan-keputusan tunggal. Pemberontakan dan kedegilan memilih untuk berbuat apa pun yang mereka suka. Emosi menghasilkan suatu keghairahan yang kuat bagi sesuatu tidak kira sama ada ia sah ataupun tidak. Halangan-halangan tersebut untuk mencari nasihat ialah tanda-tanda orang bebal. Bencilah dan tolaklah mereka!

Keputusan apa yang memerlukan para penasihat yang berhikmah dan yang berbilangan besar? Kebanyakan orang tidak perlu membuat apa pun keputusan tentang peperangan. Tetapi adanya keputusan lain yang boleh memberi kesan yang ketara dalam kehidupan seperti memilih seorang isteri, kerjaya, pekerjaan, gereja, naik gaji, rumah, pelaburan, perniagaan, kawan, berpindah, masalah dengan anak, masalah dengan kesihatan, dan sebagainya. Adakah kamu mencari orang berhikmah daripada banyak orang?

Banyak orang sungguh berharap adanya orang yang menghentikan mereka daripada berkahwin dengan perempuan yang jelek (Ams 30:21-23; Pkh 7:26). Bagaimanakah mereka buat keputusan mereka untuk berkahwin? Adakah mereka dengan objektif dan tanpa emosi bertanya kepada beberapa lelaki yang sudah berkahwin tentang akhlak calon isterinya dan keluarga perempuan itu? Mustahil! Matanya yang berkedip-kedip, kata-katanya yang muluk, dan tubuhnya yang muda terlampau hebat. Para pemuda dijatuhkan seperti domba-domba ke pembantaian untuk lima puluh tahun penjara perkahwinan neraka.

Hikmah yang paling besar daripada bilangan para penasihat yang banyak ditemui dalam Alkitab, yang mengandungi tulisan-tulisan sekitar 40 orang yang diilhamkan oleh Roh Allah. Ia api pencubaan yang seharusnya setiap keputusan dibawa kepadanya untuk diuji, yakni dengan tukul dan api Kitab Suci (Yer 23:29). Biar setiap orang gementar di hadapan Firman Allah, sanjungi segala ketetapan-ketetapannya sebagai betul bagi apa pun subjek, dan bencilah apa pun pendapat yang bercanggahan, meskipun pendapat itu ialah pendapat diri sendiri (Yes 66:2; Maz 119:128).