24:7
Hikmah itu terlalu tinggi bagi orang bebal: dia tidak membuka mulutnya di pintu gerbang.
Hikmah ialah sesuatu yang ajaib, dan setiap orang harus mengejarnya (Ams 4:5-7). Hikmah ialah batu permata yang berharga, dan ia harus dicari dan dihargai mengatasi segala hartamilik dunia (Ams 3:13-18). Puteri Hikmah memanggil orang pandir untuk berpaling dan menyantapi hidangannya (Ams 9:1-6).
Hikmah memerlukan kerendahan hati – untuk mengaku diri salah. Ia memerlukan pembetulan – untuk diajar oleh orang lain. Ia mewajibkan ketabahan – untuk memikir di luar perdayaan yang popular. Orang bebal tidak boleh melakukan hal-hal demikian. Mereka tidak ada hati untuk itu (Ams 17:16): mata mereka dan bayangan mereka sedang merayau merata-rata (Ams 17:24). Mereka mengasihi fikiran diri mereka sendiri (Ams 18:2).
Setiap pengkhutbah, termasuk Pengkhutbah ini, pernah melihat orang bebal di kehadiran hikmah. Ia langsung terbang mengatasi kepala mereka. Ia terlalu tinggi bagi merkea. Mereka nak cam pun tidak; mereka tiada keinginan untuknya; dan mereka tentu tiada dorongan untuk mencapainya. Dalam beberapa minit khutbah, pengajaran, atau gesaan peribadi, ia boleh diperhatikan bahawa tiada apa pun yang melekat kepada hati mereka.
Fikiran berkenaan penguasaan rohnya, menerima teguran, menolak kawan bebal, mendambakan pembetulan, belajar dengan rendah hati, menyangkal dunia, merayu kepada Allah, dan mempelajari FirmanNya adalah menakutkan dan terlalu berat bagi orang bebal. Maka dia berhenti sebelum nak mula pun. Itulah sebabnya dia bebal, dan dia selalu akan kekal bebal. Biar setiap pembaca menyelidiki hatinya sendiri.
Setiap penyokong pemain ingin menjadi pemain yang paling bernilai dalam pasukan, setiap kerani ingin menjadi perdana menteri, dan setiap askar ingin menjadi seorang Jeneral. Tetapi mereka tidak dapat menanggap kemampuan dan kerja yang perlu untuk mencapai kedudukan-kedudukan demikian, dan mereka tidak dapat menanggapi tanggungjawab jawatan-jawatan itu. Apa yang mereka nampak ialah hanya kemuliaan, gaji besar, keistimewaan, pakaian seragam, dan sebagainya. Mereka percaya bahawa mereka layak menerima kehormatan setaraf dengan orang lain, tetapi mereka tidak mampu dan tidak akan mencapai apa pun yang mendekati pencapaian itu. Mereka mahu memberi pendapat mereka di pintu gerbang, dan mereka fikir bahawa itu harus didengar dengan sungguh-sungguh seperti pendapat orang lain, tetapi tidak seorang pun yang akan mendengar mereka.
Mata orang bebal hanya dapat berfungsi secara melintang, di satah tabiat-tabiatnya, fikiran-fikirannya, perasaannya, dan pengalamannya. Dia tidak melihat lebih tinggi daripada kepalanya untuk sedar bahawa Allah Yang Maha Hidup dan Yang Sejati telah menentukan suatu perjalanan kehidupan yang sangat berbeza bagi manusia untuk lalui dalam kehidupan. Ia terlalu tinggi baginya. Dia mengasihi dirinya terlalu banyak, dan dia takut kepada pendapat orang lain terlalu banyak. Dia akan selalu bebal.
Bagaimanakah seseorang menjadi berhikmah, kalau perutnya merupakan allahnya? Banyak orang tidak memikir melebihi sukan, keluarga, kereta, hobi, perniagaan, atau kenikmatan. Mereka tidak akan mencapai untuk hikmah, sebab hal-hal yang kebinatangan tersebut merosakkan daya penghakiman mereka dan mengalihkan perhatian mereka. Ibubapa yang gila memanja anak akan tidak dapat melatih mereka dengan betul. Lelaki yang gila memperoleh wang akan mengkompromi daya penghakiman yang sihat. Orang yang mengasihi kenikmatan akan keliru akan kehidupan dan akan tujuannya untuk hidup.
Para pencemuh tidak dapat menemui hikmah, tetapi ia mudah untuk orang yang ada pemahaman (Ams 14:6). Mengapa? Kehendak angkuh si pencemuh membutakan (Ams 26:12; Maz 10:4-5). Keengganannya untuk diperbetulkan menjamin pengekalan kebebalannya, keaibannya, dan kesusahannya (Ams 9:7-8; 13:1; 15:12).
Adat purbakala adalah untuk perniagaan dan hal-hal untuk diselesaikan di pintu gerbang (Ams 22:22; 31:23; Ula 16:18; 21:18-21; Rut 4:1-12). Ia menggabungkan majlis perbandaran, sistem undang-undang, dan pihak penguatkuasa undang-undang. Perselisihan diselesaikan di sana oleh para hakim dan para pengantara pihak ketiga. Di sana dudukilah orang berhikmah di kota. Ada hikmah salih yang dihormati setinggi-tingginya.
Si bebal ditolak, sebab mereka tidak dapat melihat apa yang betul di antara yang salah meskipun dalam hal yang paling mudah, jadi, pendapat mereka ditolak dan tidak dipedulikan. Dalam hal kontroversi yang memerlukan penghakiman, si bebal akan selalu diketepikan, sebab mereka tiada apa pun untuk menyumbang. Kamu pernah melihat mereka. Jangan jadi salah satu daripada mereka.
Hai pembaca! Adakah pendapatmu dicari untuk menyelesaikan persoalan? Atau sudahkah kamu meniadakan kelayakan dirimu dengan bukti kekurangan daya penghakiman dandaya pemahaman yang sihat pada masa dahulu? Sudahkah kamu menunjukkan kejahilan untuk penaakulan yang paling asas pun daripada Amsal? Adakah pemikiran dan percakapan sebegitu sukar bagimu sehingga setiap orang mengetepikan pendapat-pendapatmu? Maka carilah hikmah!
Hikmah bukan sukar. Jika kamu mencari, berdoa, dan bekerja untuknya, kamu mungkin memperolehnya. Kamu boleh memperolehnya semudah seperti Solomo memperolehnya (1Raj 3:5; Yak 1:5). Tetapi adakah kamu rela untuk meninggalkan jalan-jalan bebalmu dan hanya percaya kepada itu sahaja (Ams 9:6; 18:1; Maz 119:128)? Kebanyakan orang tidak akan melakukannya.
Hikmah bukanlah hasil kepandaian. Bersyukur! Orang yang berbakat intelektual merupakan separuh daripada orang yang paling bebal di dunia. Hikmah juga bukan hasil pendidikan, sebab hikmah tidak dipelajari di bilik kelas budaya dunia. Ia hanya ditemui dalam takut akan Allah dan berkat Allah, oleh rahmatNya dan di dalam firmanNya, iaitu apa yang tidak dibenarkan di dalam sistem pendidikan yang moden.
Hikmah Ayub dan nama baik adalah mulia (Ayb 29:7-25). TUHAN bermegah dalam orang ini kepada Syaitan! Adakah kamu berkat sedemikian dalam keluargamu, gerejamu, dan komunitimu? Rendahkanlah dirimu di hadapan firman Allah dan bacanya dengan rakus (Maz 19:7-14; 119:46,98-100,104,113,128,130; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17; 2Pet 1:19-21). Hikmah hebat yang dunia punya ahli-ahli fikir tidak pernah melihat sedang menantikanmu. Ambilnya! Bawanya ke pintu gerbang dan selamatlah orang benar!
Dalam segala pembelajaranmu, ingat bahawa kitab kudus mengandungi segala hikmah keselamatan yang mulia dalam Kristus Yesus (2Tim 3:15), yang tanpanya kamu akan terumbang-ambing dan terbawa-bawa oleh segala angin-angin doktrin oleh kelicikan guru-guru palsu (2Tim 4:1-4).
Yesus memiliki dalam diriNya segala harta berharga hikmah dan pengetahuan (Kol 2:3). Dia dapat menjawab para ahli hukum yang berpangkat kedoktoran pada umur dua belas tahun, dan Dia membingungkan mereka banyak kali pada waktu kemudian. Dia membesar dalam hikmah dan kehormatan, dan dalam keredaan Allah dan manusia (Luk 2:52)! Adakah kamu berbuat demikian?
Meskipun tidak terlatih dalam bidang penyelesaian probet [pengesahan wasiat], Yesus dicari untuk penghakimanNya bagi suatu kes harta pusaka pun (Luk 12:13). Gabungan pengetahuanNya dan belas kasihanNya tidak terbandingkan di syurga dan di bumi (Ibr 4:12-16). Dan Dia akan tidak lama lagi duduk sebagai Hakim semua malaikat dan manusia di takhtaNya yang besar. Adakah kehidupanmu mencerminkan ajaranNya yang berhikmah?