24:8
Dia yang merancang untuk berbuat jahat akan dipanggil orang nakal.
Dapatkah kamu cam orang yang berbahaya? Merancangkan kejahatan ialah perencanaan dosa dalam hati dan dalam minda. Ia lebih teruk daripada dosa yang disebabkan godaan dan kelemahan – ia merupakan ikhtiar dan niat keibilisan untuk berdosa. Ketika dikesan, orang sedemikian haruslah dielakkan dengan cukup teliti, sebab dia seorang yang nakal – yang berbahaya dan yang mengancam. Allah membenci orang sedemikian (Ams 6:16-19).
Bolehkah pemerhatian yang sebegitu mudah mengajar hikmah? Boleh, jika kamu mempertimbangkannya dengan teliti. Raja Solomo mengajar anak lelakinya untuk berhemat. Untuk mencapai kejayaan dalam pemerintahan negara, dia perlu ada kemampuan untuk cam orang berbahaya dan mengelak mereka (Ams 23:6; 25:5). Di sinilah takrif jenis orang cabul yang hatinya berniat dengan teguh untuk melakukan jahat.
Berdosa ialah suatu hal, tetapi merancang untuk berdosa ialah hal yang berbeza. Kemabukan menyebabkan Nuh dan Lot untuk berdosa, tetapi mereka tidak merancang untuk berdosa. Daud berbuat zina selepas melihat Batsyeba telanjang, tetapi dia tidak merancang untuk mengambil isteri Uria pada malam itu. Orang ini lebih baik akhlak mereka daripada Ahab dan Izebel (1Raj 21:25). Mengikut orang ramai untuk berbuat jahat ialah dosa, tetapi merancang untuk memimpin orang lain berbuat jahat adalah lebih teruk (Ams 28:10; Kel 23:2; Yak 3:1).
Tetapi ada orang durjana yang dengan kerap kali memikir secara subversif untuk melakukan dosa. Mereka tiada hati yang ada kewajaran – mereka sudah diserahkan kepada kegasangan serta ketamakan (Efe 4:17-19). Alkitab mengutuk mereka sebagai pereka-pereka apa yang jahat (Rom 1:30). Mereka rasa tidak bahagia kalau tidak merancang suatu jenayah yang baru terhadap orang lain (Ams 4:16; Maz 36:4; Mik 2:1).
Ia kurang penting kalau mereka tidak berbuat banyak jahat: hati yang rosak dan yang durjana itulah yang menciptakan bahaya. Amsal ini tidak memberi amaran secara langsung terhadap orang yang berbuat jahat, tetapi sebaliknya orang yang merancang untuk melakukannya. Jika mereka kerap kali tidak melakukan kejahatan yang direkakan mereka, bagaimanakah mungkin mereka dikesan? Oleh percakapan bibir mereka, yang menunjukkan keadaan hati mereka (Ams 6:12-15; 24:2; Mat 12:34-37; 15:10-20). Dengar untuk orang yang secara am berbicara secara subversif dan secara lekeh tentang dosa.
Orang demikian menjadikan dosa bahan olok-olok (Ams 14:9). Mereka memberi alasan bagi rancangan jahat mereka (Ams 26:18-19). Mereka memperlekehkan dosa-dosa hati (Ams 24:9). Mereka mencurigai orang lain dengan jahat (1Tim 6:3-5). Fikiran mereka kerap kali berbelit-belit menganggap perilaku orang lain jahat (Ams 21:10). Mereka mengagumi dan beriri hati dengan orang durjana (Ams 12:12). Mereka menimbulkan akal yang cabul dan yang babil (Ams 16:29-30). Mereka merupakan orang nakal, dan mereka berbahaya. Jauhilah dirimu daripada mereka (Ams 23:6-8; Maz 144:11-15)!
Apakah yang dirancang kamu? Kedurjanaan, atau kewajaran? Orang hebat boleh merenung hukum Allah siang dan malam (Maz 1:2; 119:197). Fikiran mereka terhadap orang lain adalah baik dan mulia. Ketika kamu mengenalpastikan suatu minda yang durjana yang berfikir jahat terhadap orang lain, kamu harus pergi jauh-jauh, kerana hati yang jahat itu besar kemungkinan juga berkomplot menimbulkan fikiran yang mengancam terhadap dirimu. Sebaliknya, carilah jiwa-jiwa yang berharga yang kerap kali berbicara kepada satu sama lain tentang hal-hal Allah (Mal 3:16).