Amsal · Proverbs

24:9
Pemikiran kebebalan ialah dosa: dan si pencemuh ialah kekejian kepada manusia.

Di sinilah dua peraturan hikmah. Pertama, fikiran-fikiran tentang kebebalan ialah dosa di pandangan Allah. Manusia fikir bayangan-bayangan mereka ialah kepunyaan mereka sendiri, tetapi mereka lupa bahawa fikiran sedemikian ialah dosa terhadap Allah, Yang melihat segalanya itu. Kedua, si pencemuh, orang yang menghina pembetulan dan guru, dibenci oleh orang baik, sebab dia menyebabkan banyak persengketaan, dan untuk menyingkirkan dia membawa banyak sukacita dan damai sejahtera (Ams 22:10).

Bagaimanakah dua klausa ini berhubungkait? Hikmah terlalu tinggi bagi si bebal yang kekal degil bermalas, maka si bebal itu tiada apa pun nilai untuk ditawarkan kepada orang lain (Ams 24:7). Tetapi orang yang lebih lanjut merekakan kejahatan ialah orang yang nakal dan bukan hanya bebal (Ams 24:8). Fikiran tentang kebebalan dan merancangkannya berdosa, tetapi memandang hina kekuasaan dan arahan adalah lebih teruk, jadi para pencemuh dibenci oleh kebanyakan orang.

Orang Farisi menggalakkan kemunafikan dengan membenarkan fikiran yang jahat, janji dosa yang yang sebenarnya dielakkan. Membenci orang dalam hatimu atau bernafsu untuk isteri orang lain adalah halal bagi mereka, jika pembunuhan atau perzinaan yang sebenar itu dielakkan (Mat 5:21,27). Tetapi Yesus berkata bahawa kemarahan yang tidak wajar atau bernafsu untuk perempuan yang lain ialah pembunuhan atau perzinaan di pandanganNya (Mat 5:22,28). Dia Tuhan Allah Yang Maha Kudus. Gementar di hadapanNya, meskipun dalam fikiran rahsia hatimu.

Kebebalan ialah apa pun perangai tanpa pertimbangan bagi Allah atau hikmah, yang adalah dosa (Ams 19:3; 22:15; Maz 14:1). Percakapan bebal pun – pertuturan yang kotor, semberono, atau yang bergurau senda – dikutuk, dan Allah akan menghakimi dunia kerana itu (Efe 5:3-7). Allah membenci kebebalan. Dia tahu hati manusia ialah sumber akhlaknya dan perangainya, jadi Dia menyelidikinya (Mat 12:34-35; 15:18-20).

Khayalan seksual sungguh meluas, tetapi Allah mengutuk itu. Dosa-dosa seksual ialah kebebalan (Kej 34:7; Ula 22:21; 2Sam 13:12), dan untuk membayangkan kebebalan demikian ialah dosa. Ayub berkata bahawa dia tidak mahu memikir akan seorang perempuan (Ayb 31:1), dan Salomo memberi amaran supaya jangan bernafsu kepada perempuan asing meskipun dalam hatimu (Ams 6:25). Allah merenung semua penjelajahan manusia, termasuk penjelajahan yang melibatkan seks (Ams 5:21).

Kedengkian, kebencian, dan keangkuhan juga merupakan fikiran yang popular. Lelaki, dan perempuan, suka memandang hina orang lain dan menyanjungi diri sendiri di dalam hati mereka. Sebenarnya, kebanyakan dengki, benci, dan keangkuhan terhad kepada hati (Yak 3:14-16). Tetapi Allah mengutuk fikiran-fikiran jahat dan bebal ini sebagai pembunuhan dan pemberontakan yang keiblisan. Sucikanlah hatimu, hai kalian yang mendua hati (Yak 4:8).

Seorang pencemuh ialah kepedihan dan masalah. Sikap angkuh untuk menolak pembetulan dan arahan menjadikan mereka tidak mungkin untuk diajar (Ams 9:7-8). Kebencian mereka yang angkuh terhadap guru dan para penegur menjadikan damai sejahtera tidak mungkin (Ams 22:10). Mereka harus dielakkan atau disingkirkan. Ia hanya semula jadi dan betul bagi manusia membenci mereka, sebab mereka kerap menyebabkan persengketaan dan menimbulkan masalah dengan mana-mana kekuasaan. Mereka lebih teruk daripada orang bebal, sebab mereka angkuh dalam kejahilan mereka (Ams 26:12).

Hai pembaca, ada dua perkara hikmah. Pertama, jagalah hatimu dengan segala ketekunan, sebab dosa bermula dengan fikiran yang bebal (Ams 4:23; Yak 1:13-16). Selamilah hatimu dan fikiranmu dengan doa utuk menyatakan apa pun kejahatan di sana (Maz 139:23-24). Kedua, sayangilah arahan dan teguran untuk mengelak menjadi seorang pencemuh. Rendahkanlah hatimu di hadapan Allah yang besar, firmanNya, dan guru-guruNya.