Amsal · Proverbs

25:13
Seperti kesejukan salji pada musim tuaian, demikianlah orang utusan yang setia kepada mereka yang mengutusnya: sebab dia menyegarkan jiwa tuan-tuannya.

Adakah kalian suatu penyegar kepada semua yang percaya kepadamu? Adakah kamu menyegarkan jiwa orang-orang yang bergantung kepadamu, seperti minuman sejuk pada hari yang panas? Adakah kamu terutamanya suatu punca sukacita kepada majikanmu? Kesetiaan ialah sesuatu yang hebat, tetapi sesuatu yang jarang pada hari ini. Ada orang yang percaya kepadamu dan bergantung kepadamu, dan kamu merupakan suatu kelegaan dan kenikmatan kepada mereka menurut kadar kesetiaanmu. Pelajaran amsal ini ialah sukacita yang diciptakan oleh orang yang setia.

Tuaian berlangsung pada musim luruh di Israel. Sesudah suatu musim panas baru tamat dan tambahan semua kerja keras membawa tuaian ke dalam gedung dan kepuk, para penuai, pengirik, dan semua pekerja yang lain menjadi dahaga dan letih. Kedatangan cuaca yang sejuk membawa kelegaan dan kesenangan, dan demikian juga dengan minuman yang telah disejukkan oleh salji yang dikekalkan di gunung yang berdekatan (Ams 25:25). Salji pada musim menuai tidak baik; apa yang baik ialah cuaca yang sejuk atau kesan menyejuk tubuh oleh salji. Solomo memakai kesan menyegar cuaca sejuk atau minuman yang sejuk ini sebagai kiasan similenya.

Solomo memakai seorang utusan, atau duta, bagi pelajarannya, walaupun ia berkaitan kepada semua pekerjaan dan tugas. Daripada bekerja di bawah penyeliaan selalu, seseorang utusan akan diutus dengan berita, waad/perjanjian, atau kata dua ke tempat-tempat yang lain. Itu menjadikannya mudah untuk menangguh waktu bertolak, berlengah-lengah ketika dalam perjalanan, teralih perhatian kepada hal yang lain, lupa butir-butir pesanan, mempersembahkan pesanan itu dengan cara yang salah, berucap lebih daripada apa yang harus diucap, salah tanggap maklum balas, atau gagal denga cara yang lain (Ams 13:17).

Kesetiaan ialah sukatan besar akhlak seseorang (Ams 11:13; 14:5; 27:6; 28:20). Kebanyakan orang menuntut diri sebagai orang yang setia. Tetapi baca sahaja resume mereka atau dengar mereka bercakap! Tetapi hanya ada segelintir orang yang benar-benar setia di mana-mana pun generasi (Ams 20:6). Seseorang setia boleh dengan teliti menyelesaikan setiap tugas setaraf atau melebihi harapan orang yang percaya atau yang bergantung kepadanya.

Berapakah setia dirimu? Adakah kamu awal sampai ke kerja dan temujanji? Adakah kamu dikenali sebagai orang yang tepat pada waktunya? Adakah kamu berlengah-lengah dalam projek? Adakah kamu menangguh-nangguh? Adakah kamu selalu menyiapkan kerja menurut tarikh akhir? Adakah kamu mendapat butir-butir yang orang lain perlukan? Adakah kamu seseorang yang berkomunikasi dengan baik supaya semua pihak tahu apa yang diperlukan? Adakah kualiti dan kuantiti kamu lebih tinggi daripada yang diharapkan?

Orang yang setia memang jarang. Kamu boleh membezakan diri daripada orang ramai dengan kesetiaan dalam tugas-tugas kamu (Ams 22:29; Luk 2:52). Lakukanlah tugas-tugasmu dengan cara yang menjadikan orang yang percaya atau yang bergantung kepadamu dipenuhi dengan keterujaan bagi pencapaianmu yang luar biasa. Dan ini berkaitan dengan semua dari pangkat Presiden Amerika Syarikat sampai kepada murid sekolah tadika!

Para utusan Allah haruslah orang yang paling setia. Hanya orang yang sangat setia dan yang sudah diuji dengan tugas-tugas yang sebenar boleh ditahbiskan (1Tim 3:1-7). Dia harus orang yang paling tekun dan setia di gereja dan tertumpu kepada tugas-tugas yang diberi Allah tanpa peralihan perhatian (Flp 2:19-22; 1Tim 4:12-16; 2Tim 2:3-4; Tit 1:5-11). Ia sesuatu perkara malu yang keji ketika pelayanan dirujuk sebagai “kerjaya yang bukan membuat untung” disebabkan oleh pengabaian tugas kebanyakan hamba Tuhan.

Seluruh kehidupanmu bermula sekarang. Mana satu orang yang sedang percaya kepadamu dan yang sedang bergantung kepadamu yang memerlukan suatu minuman yang menyegarkan atau kelegaan suatu bayu angin yang sejuk? Terimalah tugas-tugasmu dan genapilah setiap satu lebih baik daripada apa yang diharapkan. Hai anak, kemaskanlah bilikmu dengan rapi dan dengan sempurna. Hai isteri, masaklah hidangan benar bagi keluargamu pada malam ini. Hai suami, janganlah bersantai atau tidur pada malam ini tanpa mendidik keluargamu. Hai Presiden atau ketua negara, buat persediaan dan bekalan sepenuh-penuhnya bagi kejayaan negara kita.