25:12
Seperti anting-anting emas, dan perhiasan emas tulen, demikianlah penegur berhikmah pada telinga yang taat.
Kamu dapat menghasilkan perhiasan tulen dengan dua cara. Perhiasan ini jauh melebihi apa-apa yang dapat dibeli di kedai. Allah menyambungkan kebenaran dan hikmahNya melalui mereka yang mengajarkannya dan melalui mereka yang mentaatinya. Adakah kamu handal di dalam kedua-duanya? Indahnya pemandangan orang berhikmah mengajar pendengar yang taat.
Berlawan kena ada dua pihak. Menari kena ada dua orang. Perhubungan manusia memerlukan sekurang-kurangnya dua orang. Bagi kebenaran dan hikmah Allah yang jarang ini dikekalkan di bumi, haruslah ada seorang guru dan seorang pengikut. Adakah kamu handal di dalam kedua-duanya? Adakah kamu mentaati kebenaran Allah sepenuhnya? Adakah kamu mengajarkannya dengan cekap?
Membuat perhiasan tulen kena ada dua orang. Jika seseorang penegur memperbetulkan dan mengarahkan pendengar yang menunduk, suatu gabungan yang indah terjadi yang menyebarkan kebenaran dan meningkatkan hikmah. Adakah kamu nampak keindahannya itu? Adakah kamu memahami kuasanya? Adakah kamu seorang pendengar dan pengajar yang baik?
Kamu ada peluang untuk menjadi seorang pendengar, seperti membaca dan mengamalkan ulasan amsal ini dan amsal-amsal yang lain. Inilah bahagian pertama dalam usaha menghasilkan perhiasan emas yang indah. Kamu juga ada peluang untuk menjadi seorang penegur yang berhikmah, seperti mengongsikan ulasan amsal ini dan amsal-amsal yang lain kepada orang lain. Inilah bahagian kedua dalam usaha menghasilkan perhiasan emas yang indah.
Adakah kamu bersukacita atas peluang untuk menyampaikan kebenaran dan hikmah Allah kepada dunia? Patutlah kamu! Betapa besarnya anugerah ini! Kamu pertama-tama harus menjadi seorang pendengar yang taat, supaya kamu boleh memperoleh kebenaran dan hikmah Allah untuk disampaikan kepada yang lain. Selepas itu, kamu perlu mampu mengajar dan mempertahankannya dengan firman Allah (Ams 22:17-21; Ibr 5:12-14; 1Pet 3:15).
Cuba kamu fikir tentang usaha, perbelanjaan, penekanan, dan kemuliaan yang diberi kepada pembelajaran hikmah manusia di universiti. Fikirlah! Hanya dusta dan kebebalan yang diajar di universiti dalam segala hal berkenaan moral, kejadian, filsafat, dan lain-lain. Fikirlah tentang usaha dan tahun-tahun yang diperlukan untuk memperoleh sesuatu Ph.D., supaya kamu boleh menjadi cukup bebal dan jahil untuk percaya kepada evolusi, pemanasan bumi, perkahwinan jantina yang sama, hukuman rotan dan hukuman mati tidak berkesan, perbelanjaan kurangan berkesan, dan lain-lain.
Kaum bapa ada peluang keemasan untuk mengajar kanak-kanak kebenaran dan hikmah Allah, dan Allah menyampaikan kanak-kanak itu kepada bapa dengan kertas kosong dan telinga yang taat. Bapa-bapa digalakkan untuk mempertimbangkan empat generasi yang dapat dipengaruhi mereka (Maz 78:1-8; Yoel 1:1-3; Ula 4:9; Ayub 42:16; Maz 34:11; Yes 38:19). Indahnya! Kaum bapa boleh mengubahkan dunia, tetapi kebanyakan mereka belum lagi mula belajar kebenaran dan hikmah Allah untuk disampaikan kepada anak-anak mereka, dan kebanyakan kaum bapa tidak dapat fikir atau melabur melebihi menghantar anak ke universiti untuk menjadi orang bebal. Teruknya!
Suatu perumpamaan membandingkan dua perkara dengan “seperti” atau “ibarat”. Seorang penegur yang memberi pembetulan kepada seorang pendengar yang menunduk adalah seperti anting-anting emas atau suatu barang perhiasan emas. Anting-anting emas cantik. Perhiasan-perhiasan yang diperbuat daripada emas tulen adalah cantik. Demikian juga seorang penegur yang berbicara dengan setia dan dengan bermurah hati kepada seorang pendengar yang taat merupakan sesuatu yang indah sekali.
Seorang penegur berhikmah tahu bagaimana menegur dan mewaspadakan mereka yang terpesong daripada jalan kebenaran. Dia tidak menonjol dan cermat. Dia memilih waktu dan perkataannya dengan berhati-hati. Dia juga tidak terlalu kasar atau terlalu lembut. Dia tidak memaksa kesukaan peribadinya, tetapi dia memakai dan mempertahankan Firman Allah. Dia mendekati pendekatan itu dengan rendah hati dan kasih dengan penuh kerinduan yang terbaik bagikepentingan pendengar itu (Ima 19:17; Gal 6:1-3; 1Tes 5:14; 2Tim 2:24-26).
Suatu telinga yang taat ialah seorang pendengar yang tunduk dan bersiap untuk mendengar. “Telinga” ialah sinekdok [kiasan yang mewakili sesuatu] bagi orang yang taat mendengar dengan telinga mereka. Seperti orang Berea yang mulia, yang suka menerima pembetulan dan arahan dengan fikiran terbuka (Kis 17:11). Seperti Kornelius, mereka ingin tahu apa yang harus dibuat mereka untuk menyenangkan Allah dan manusia (Kis 10:33). Mereka orang yang luar biasa kerana mereka menghargai nilai teguran dan arahan (Ams 1:5; 9:9; 12:1; 27:5-6; Maz 141:5).
Nabi Natan dan raja Daud sungguh indah. Daud salah dengan perzinaan dan pembunuhan. Natan, seorang penegur berhikmah berilhamkan Allah, datang secara tidak menonjol dengan suatu cerita sedih yang memprovokasi emosi tentang penindasan seorang yang kaya terhadap seorang yang miskin. Daud, suatu telinga yang taat, menjadi marah terhadap penindasan itu dan mengakui dosanya sendiri (2Sam 12:1-4).
Hari Pentekosta itu sungguh indah. Petrus, yang diisi penuh dengan Roh Kudus, merupakan seorang penegur yang cukup berhikmah kerana dia menegur orang Yahudi dalam perbuatan mereka menyalibkan Tuhan Yesus Kristus itu (Kis 2:14-36). Tiga ribu pendengar, tertusuk di dalam hati mereka oleh pesanan yang mulia itu, menjadi telinga yang taat kerana mereka segera ingin tahu bagaimana bertaubat (Kis 2:37-41).
Elihu ialah seorang penegur yang paling hebat. Kitab Ayub dalam Alkitab memberitahu kita bagaimana Allah menyampaikan celaka kepada Ayub untuk mengujinya. Ayub dan tiga rakan-rakannya, empat orang tua yang paling berhikmah di bumi ini, terkusut-kusut di dalam perbahasan yang tidak memakai kebenaran dan hikmah dengan betul dan tidak menunjukkan kerendahan hati atau belas kasihan. Lelaki yang muda itu, Elihu, memperbetulkan mereka semua di dalam Ayub bab 32-37. Setiap lelaki muda harus menghafal Ayub 32 bagi nilai keberaniannya dan hikmahnya.
Penegur berhikmah kerap kali dirunsingkan telinga yang tidak taat. Tiada keindahan apabila pendengar angkuh, degil, atau yang memberontak menolak penegur yang berhikmah dan yang berkemampuan. Walaupun penegur mendekati pesalah dengan hati-hati dan dengan kasih, dia ditolak dan dibenci atas sebab keberanian ingin memperbetulkan itu (Ams 9:7-8; 23:9; 29:1; Mat 7:6). Yesus Kristus, seorang penegur berhikmah selalu, telah ditolak orang sekampungNya sendiri, walaupun Dia murah hati dengan luar biasa (Luk 4:14-30).
Telinga yang taat kerap kali dirunsingkan penegur yang bebal dan malas. Kadang kala teguran tidak disampaikan dengan baik, jadi, pendengar itu menjadi tersinggung (1Raj 12:1-19). Kadang kala teguran langsung tidak diberikan, jadi pendengar yang keperluan, yang rindu akan pembetulan dan arahan di dalam kebenaran, terus berlangsung tanpa apa-apa bantuan pun (Yer 23:22; Yeh 33:7-9; mat 9:37-38). Ini cukup benar dan teruk pada hari ini, kerana pastor yang keperempuanan yang senyum bagaikan seorang ahli politik tidak memberitahu pendengar-pendengar mereka apa pun yang bernilai.
Ada pastor-pastor setia yang telah berusaha keras dengan hasil yang sedikit sahaja kerana pendengar-pendengar yang yang degil dan yang suka memberontak – telinga-telinga tidak taat yang tidak ingin menunduk (Yer 25:4; 29:19; Yeh 33:30-33). Darah pendengar-pendengar ini akan ditanggung kepala mereka sendiri. Pendengar-pendengar yang menunduk telah kebuluran kerana pastor yang bebal dan malas (Yer 23:25-32; 1Tim 4:16). Darah pendengar-pendengar ini akan ditanggung kepala pastor mereka.
Adakah kamu handal di dalam kedua-duanya? Adakah kamu kedua-dua orang penegur berhikmah dan orang pendengar yang menunduk? Kamu harus menjadi kedua-duanya untuk menyenangkan Allah dan manusia dan memenuhi panggilan kesalihanmu. Hikmah disukat dengan kemampuan untuk menerima teguran atau amaran dan belajar daripadanya (Ams 1:5; 2:1-5; 5:1-2; 8:33-36; 15:5,31-32; 22:17). Tetapi hikmah juga disukat dengan kemampuan memberi teguran atau arahan kepada orang yang memerlukannya (Ams 24:26; 25:11; Rom 15:1; Gal 6:1; Efe 4:29; Ibr 5:12-14).
Adakah kamu hiasan emas tulen di pandangan Allah dan di pandangan orang baik? Atau adakah kamu bendasing dipandanganNya, yang merupakan tahi yang dikeluarkan daripada emas atau perak melalui proses peleburan? Ambil kira cara kamu dengar dan bercakap. Kamu akan memberi pertanggungjawaban untuk kebenaran dan hikmah yang telah didengarmu dan kebenaran dan hikmah yang telah diberimu kepada orang lain. Kamu telah diwaspadakan.
Gereja-gereja Yesus Kristus ialah barang perhiasan yang paling indah di seluruh alam semesta. Di sana kamu akan menemui kumpulan anak-anak Allah yang bertekad untuk membantu satu sama lain menjadi pendengar yang taat. Di sana kamu akan menemui lelaki yang telah dipilih Allah dan yang telah ditugaskan Yesus untuk mengkhutbahkan injilNya. Saksikanlah perhimpunan pendengar-pendengar dan penegur tertahbis. Indahnya!
Gabungan ini, yang dikuduskan Roh Kudus, sungguh indah dan memberi kesan perubahan di dalam kehidupan dengan sungguh berkuasa. Setiap gereja ialah tiang penopang dan dasar kebenaran sehingga Yesus Kristus kembali untuk membakar dan membinasakan dunia jahat ini dan semua orang yang tidak salih (1Tim 3:15). Jika kamu secara bebal tidak mengambil bahagian di dalam gereja yang mengkhutbahkan Alkitab dengan benar, kamu telah memilih supaya tidak menjadi pendengar taat dan penegur berhikmah. Kamu merupakan pengalah pada hari ini dan pada hari yang menjelang itu.