25:19
Keyakinan kepada orang yang tidak setia pada waktu kesesakan adalah seperti gigi yang rosak, dan kaki yang terseliuh.
Gigi yang rosak atau kaki yang terseliuh adalah menyakiti, disfungsi, dan menjelekkan. Kamu tidak boleh mengunyah atau berjalan seperti yang sepatutnya. Berlari pula sudah tentu soal yang tidak mungkin! Kepercayaan kepada orang yang tidak setia ketika kamu betul-betul memerlukannya adalah menyakiti, disfungsi, dan menjelekkan. Adakah kamu mempunyai sahabat-sahabat yang setia? Adakah kamu sahabat yang setia? Adakah kamu tahu bagaimana untuk mengenalpastikan orang demikian dan mengekalkan persahabatan mereka?
Di sinilah amsal dengan pelajaran yang tersembunyi. Suatu kiasan simili, iaitu perumpamaan yang nyata dengan perkataan “seperti”, menyamakan kesakitan dan kesesakan yang disebabkan orang yang tidak setia dengan gigi yang rosak atau kaki yang terseliuh. Pelajaran-pelajarannya tersirat, tanpa diisytiharkan dengan terang-terang, sebab amsal ialah kata-kata pujangga orang berhikmah yang memerlukan tafsiran (Ams 1:8; Yoh 16:29).
Orang setia sukar untuk ditemui, meskipun banyak orang menyatakan diri sendiri setia (Ams 20:6; Maz 12:1). Teman-teman pada waktu senang dan orang yang kurang berintegriti, hati yang mudah takut, dan kepentingan diri sendiri adalah kebiasaan masyarakat. Kawan sejati dilahirkan untuk masa kesusahan, dan mereka tidak akan pernah mengecewakanmu pada waktu kesesakan, namun mereka sukar untuk ditemui dan dikekalkan (Ams 17:17; 18:24; 27:10).
Ada tiga isu dalam amsal ini yang membawa kepada tujuh pelajaran. Ada orang tidak setia yang tidak akan menunaikan tugas-tugas mereka. Ada waktu kesesakan, ketika akhlak setiap orang dicubai. Dan ada orang yang dengan tidak berhemat menaruh kepercayaan kepada orang yang tidak setia. Gabungan isu-isu tersebut menghasilkan kekecewaan, kegagalan, dan kesesakan.
Apakah tujuh pelajarannya? (1) Orang yang tidak setia menyebabkan kesakitan dan kesesakan. (2) Mereka merosakkan usaha dan reputasi orang yang menaruh percaya kepada mereka. (3) Mereka patut dielakkan sebanyak semungkin. (4) Waktu kesesakan membukti sama ada seseorang setia ataupun tidak. (5) Orang berhikmah hanya menaruh keyakinan kepada orang setia. (6) Orang setia dikenalpastikan oleh takut akan Tuhan. (7) Adakah kamu orang setia yang takut akan Tuhan dan yang layak dipercayai orang lain?
Takut akan Tuhan ialah kriteria/syarat untuk menemui orang setia. Orang yang sedemikian ialah jenis orang yang disyorkan Allah kepada Musa dan Daud sebagai orang yang dapat menjadi pemerintah-pemerintah yang baik (Kel 18:21; 2Sam 23:3). Dan Yosafat melantik orang sedemikian untuk menjadi hakim (2Taw 19:5-10). Orang yang takut akan Allah akan berbuat apa yang wajar, tanpa memedulikan kepopularan, bayaran, atau kelebihan peribadi.
Alkitab memberi keterangan tentang orang yang tidak setia. Tiga sahabat Ayub merupakan penghibur yang cukup teruk (Ayb 16:1-5), dan isterinya lebih teruk (Ayb 2:9). Daud tidak dapat menaruh percaya kepada anak buahnya Yoab atau anak-anak lelakinya. Yesus dikhianati oleh Yudas, disangkal oleh Petrus, dan ditinggalkan oleh semua murid-muridNya. Harun berkompromi dengan teruk sekali, sementara Musa berada di gunung Allah (Kel 32:1-6, 21-28), dan Yohanes Markus meninggalkan Paulus pada jelajah penginjilan yang pertama (Kis 13:13; 15:36-41).
Sahabat-sahabat yang sejati ialah berkat yang besar, dan mereka dengan mulia memenuhi peranan mereka pada waktu kesesakan (Ams 17:17; Pkh 4:9-12). Apa pun masyarakat manusia hanya sehebat rangkaian yang paling lemah. Oleh sebab itu, keyakinan suatu kumpulan tidak harus ditaruh kepada orang yang tidak setia. Hanya orang yang sungguh layak harus dijadikan pemimpin, guru, atau pemerintah (1Tim 3:1-13). Kehebatan seseorang atau sesuatu masyarakat bergantung kepada hal mengelak menaruh keyakinan kepada orang yang tidak setia.
Orang berhikmah belajar kitab Amsal dan belajar untuk membeza-beza di antara orang setia, orang bebal, pencemuh dan musuh. Mereka memakai usaha untuk mengelak orang bebal yang akan menyebabkan dukacita dan mengecewa pada waktu kesesakan (Ams 9:6; 13:20; 14:7; Maz 101:3-8). Mereka memilih kawan hanya dari kalangan orang yang takut akan Allah dan yang memegang perintah-perintahNya (Maz 101:6; 119:63,79,115; Tit 1:8).
Adakah dirimu orang yang setia? Adakah kamu menunaikan semua tanggungjawabmu? Adakah kamu selalu awal untuk temujanji? Adakah kamu mengelak menokok-tambah cerita? Adakah kamu menunaikan tugas-tugasmu tidak kira betapa sukar atau mahalnya usaha itu? Adakah kata-katamu sebaik nilai emas? Adakah kamu menyiapkan kerjamu, meskipun kamu hilang tumpuan dan kenikmatan di dalamnya? Adakah kamu berada di sana untuk membantu ketika seseorang sahabat memerlukanmu meskipun dia tidak memohon bantuan?Adakah kamu menyisih diri daripada masalah yang memerlukan kerja?
Adakah kamu membayar bil pada waktu yang sepatutnya? Adakah kamu berkomunikasi sebaik sahaja kamu tahu kamu tidak dapat menunaikan suatu tanggungjawab? Adakah kamu ingat akan hal-hal kecil yang telah dijanjikanmu untuk dilakukan? Adakah kamu menulis nota, jika kamu ada daya ingatan yang lemah atau kehidupan yang sibuk? Adakah kesetiaan lebih penting kepadamu daripada keramahan? Jika kamu orang yang suka bercakap, adakah kamu menjaga diri daripada membuat janji yang kamu tidak mampu buat atau yang tidak mahu ditunaikan? Adakah kamu membuat tugas dengan serta-merta dan menyiapkannya sehingga memuaskan orang lain?
Gereja Yesus Kristus patut membekalkanmu sahabat-sahabat yang paling setia, sebab di sana kamu menemui orang yang takut akan Tuhan, menjaga perintah-perintahNya, dan membuat pilihan-pilihan oleh Roh. Ikatan bukan persahabatan dan keluarga yang semata-mata, tetapi darah Kristus. Di sana kamu menemui orang yang boleh dipercayaimu, dan orang yang akan melayani kepentinganmu yang paling perlu (Efe 4:16; 1Tes 5:14; Ibr 3:12-13).
Ada hanya satu sahabat yang betul-betul setia bagi mana-mana lelaki atau perempuan – Tuhan Sendiri! Dia pertolongan yang sungguh berada pada waktu kesesakan (Maz 46:1). “Ketika ayah dan ibuku meninggalkanku, TUHAN akan menyambutku” (Maz 27:10). “Maka biar kita tampil dengan berani ke takhta rahmat, supaya kita dapat memperoleh belas kasihan, dan menemui rahmat pada masa keperluan” (Ibr 4:16). “Ia lebih baik untuk percaya kepada TUHAN daripada menaruh keyakinan kepada manusia” (Maz 118:8).