26:2
Seperti burung yang merayau lalu dan seperti burung kelayang yang terbang lalu, demikian juga kekutukan tanpa sebab tidak akan datang.
Apabila kesakitan dan dugaan datang melanda hidupmu, ianya bukanlah sesuatu kebetulan ataupun takdir yang orang kafir anggapkan. TUHAN memberkati dan TUHAN mengutuki. Dan Dia tidak mengutuk secara rambang atau dengan silap – adanya sesuatu sebab untuk penghakimanNya yang sempurna. Kekutukan datang menghinggap atas manusia dan keluarga mereka dengan sebab yang munasabah, setentu seperti burung yang merayau dan burung kelayang yang akhirnya menghinggap atas sarangnya.
Walaupun tidak ketara kepada kamu, sesuatu burung dan burung kelayang ada tujuan didalam corak penerbangannya. Jadi, dugaan daripada Allah tidak melanda tanpa apa sebab mulia yang tertentu. Pemandangan peristiwa-peristiwa kehidupan serta pasang-surut kehidupan adalah bagaikan pemandangan penerbangan burung yang rambang semata-mata. Tetapi penerbangan mereka adanya tujuan dan mereka selalunya sampai kepada destinasi yang ditetapkannya.
Jika kamu memilih kehidupan duniawi yang mementingkan diri sendiri, Tuhan akan mengutuki kamu (Ams 3:31-35; 11:26; 21:12; 28:27; Maz 37:22). Apabila Allah mengutuki seseorang manusia, sesuatu keluarga ataupun sesuatu bangsa, ianya teruk (Ima 26:14-40; Ula 11:26-29; 28:15-68; 29:14-29). Dia mengenal kamu dan ketakutanmu yang paling mengerikan; Dia mengenal apa yang akan menjadikan kehidupanmu lebih teruk daripada maut. Jadilah takut akan Dia, para pembaca.
Paulus juga bersetuju dengan Solomo, “Janganlah diperdayakan; Allah tidak diperolok-olokkan: sebab apapun yang ditabur seseorang, itu jugalah yang akan dituainya” (Gal 6:7). Jalan orang pelanggar adalah sukar (Ams 13:15); jangan sesekali berfikir bahawa penghakiman tidak akan datang atau dugaanmu adalah hanya secara kebetulan. Sepertimana Allah telah mengutuki tanah Adam dengan semak duri (Kej 3:18), Dia juga boleh mengutuki hidupmu dengan duri (Ams 22:5). Apabila Dia bertekad menentang seseorang, celaka besar sedang menjelang (Ima 20:5; Yer 21:10).
Israel yang telah dikumpulkan semula mengabaikan sembahyang Allah. Jadi, Dia mengancam dan mengutuki mereka (Hag 1:5-11; Mal 1:14; 2:2; 3:9; 4:6). Dia memberi amaran kepada mereka tentang sesuatu kekutukan yang akan datang untuk menghabislenyapkan batu-batu dan kayu rumah mereka (Zak 5:1-4). Dia boleh memusnahkan dasar-dasar kamu, pembaca! Berwaspada supaya jangan Dia mengutuki kamu kerana kepercayaanmu kepada daging dan kerana menjauhi Dia (Yer 17:5).
Pada hari malapetaka, pertimbangkanlah dengan baik-baik (Peng 7:14). Dugaanmu bukanlah secara kebetulan ataupun sesuatu peristiwa rambang; ianya telah disiapkan dan diutus oleh yang Mahatinggi. Untuk memberi amaran akan kutuk-kutuk Tuhan, Israel telah berkumpul untuk seranaikannya dengan pembacaan yang berbalasan (Ula 27:11-26). Dan 42 kanak-kanak patut memberi pertimbangan sebelum mereka memperolok-olokkan Elisa (2Raj 2:23-25). Orang yang jahillah yang tidak tahu bahawa TUHAN yang menetapkan baik dan celaka (Rat 3:37-38).
Kutuk TUHAN yang paling besar adalah untuk dosa-dosamu, dan ia mendatangkan kekekalan yang pasti di dalam Lautan Api (Mat 25:41). Akan tetapi Anak Allah telah dijadikan kekutukan untuk orang pilihan (Gal 3:13). Jadi, mereka akan dibebaskan daripada segala kekutukan di syurga untuk kekekalan (Wah 22:13)! Haleluya! Dan mereka yang tidak mengasihiNya patut dikutuki sewajarnya – Anatima Maranata (1Kor 16:22).