Amsal · Proverbs

26:6
Dia yang mengirim pesan melalui tangan si bebal memenggal kaki, dan meminum kemusnahan.

Orang bebal tidak boleh dipercayai. Mereka terlalu malas, bodoh, atau keras kepala untuk melakukan pekerjaannya dengan betul. Pelajaran di sini adalah untuk kejayaanmu untuk mengelak orang bebal. Keberhasilanmu dan nama baikmu bergantung kepada orang yang boleh dipercayai untuk diberi tugas. Jika kamu pilih sembarangan orang untuk diberi tugasan, maka lebih baik kamu memenggal kaki orang utusan lalu mengutusnya! Kamu pasti merancang untuk kemusnahan kalau memilih orang bebal.

Menyampaikan pesanan ialah tugas yang sungguh mudah, malah pada zaman orang utusan sangat diperlukan bagi urusan-urusan raja, tetapi si bebal tidak akan menyelesaikan tugasnya dengan betul dan dengan tepat masanya. Mengutus seorang bebal akan memusnahkan nama baikmu dan tujuanmu, sebab pesanan tidak akan dikomunikasikan seperti yang diharapkanmu. Kamu harus dengan tegas mengelak orang bebal bagi tugas-tugasmu.

Salomo tiada kegunaan bagi orang bebal, dan dia memberi amaran kepada anak lelakinya tentang mereka. Seorang raja dengan mudah dapat merosakkan kekuasaannya, nama baiknya, dan integritinya dengan memakai orang bebal untuk perkhidmatan pentadbiran negara. Seorang yang berhikmah akan melindungi integriti projek-projeknya dan nama baiknya dengan mengelak orang bebal sebanyak semungkin. Dia hanya akan memakai orang yang setia, terutamanya bagi hal yang penting.

Orang bebal harus dielakkan, tetapi kamu juga harus mengelak sendiri menjadi orang bebal! Bab Amsal ini bermula dengan suatu pendakwaan terhadap orang bebal (Ams 26:1-12). Ada beberapa pelajaran untuk dipelajari: bagaimana untuk mengenalpastikan orang bebal, bagaimana untuk melayani orang bebal, dan bagaimana untuk mengelak menjadi orang bebal. Ketiga-tiga pelajaran adalah penting, dan kamu harus belajar ketiga-tiganya untuk benar-benar menjadi orang yang berhikmah.

Mengirim pesanan ialah sinekdok [kiasan yang menggunakan sebahagian objek untuk mewakili keseluruhannya] bagi apa pun tugasan (Ams 10:26; 13:17; 25:13). Pesan itu mungkin tentang niaga, politik, atau agama, tetapi penyampaian permohonannya, maklumatnya, atau arahannya adalah penting. Jika pesanan itu tidak disampaikan dengan baik, projek yang dipertaruhkan dan nama baik orang yang mengutus pesan itu akan dimusnahkan.

Apakah orang bebal? Orang yang tidak takut akan Allah (Maz 14:1). Hikmah bermula dengan takut akan Allah, tetapi orang bebal kekurangan ciri yang asas ini (Ams 1:7; 9:10). Sementara menolak takut akan Allah, orang bebal kemudian tertakluk kepada perbuatan bersubahat, bermimpi, berbohong, tidur, bercakap, dan berdalih. Dia benci perbuatan mendengar, mentaati, dan bekerja. Dia mahu melakukan segalanya menurut jalannya sendiri (Ams 28:26).

Orang tanpa takut akan Allah tiada hati nurani atau akhlak untuk selalu melakukan tugas dengan betul. Ketekunan, kesetiaan, kejujuran, integriti yang sejati dan ciri-ciri yang lain tidak mengikat jiwa-jiwa mereka. Kesetiaan mereka banyak mengutamakan diri mereka sendiri, yang bermaksud mereka selalu tergoda untuk berkompromi, dan mereka dengan mudah dapat dibeli oleh tawaran yang lebih menarik oleh orang lain.

“Memenggal kaki” sedang menjelaskan pilihan yang bebal untuk mengamanahkan si bebal tugasan untuk dilaksanakan. Tiada bezanya kalau memenggal kaki orang utusan sebelum mengutusnya untuk menyampaikan pesan: tugas itu tidak akan dilaksanakan dengan betul. Meminum kemusnahan ialah metafora untuk menerima banyak kemusnahan, seperti yang dipakai di kitab yang lain (Ayb 15:16; 34:7), yang sudah pasti merugikan usahamu kerana percaya kepada si bebal.

Bagaimanakah kamu memilih akauntan, peguam, kontraktor, doktor, sekolah, gereja, bahkan orang politikmu? Adakah kamu menyukat dari segi akhlak melebihi segala faktor yang lain, kecuali secara praktikal ia tidak masuk akal untuk berbuat demikian? Kamu harus menyukat dengan demikian. Dan jika kamu menemui seorang lelaki atau perempuan bagi mana-mana peranan ini di dalam kehidupanmu yang benar-benar takut akan Tuhan dan tahu agama Tuhan, orang itu patut dijadikan pilihanmu yang pertama.

Ia salah untuk percaya kepada orang bebal atau menjadi orang bebal. Hai pembaca, adakah kamu merupakan suatu sukacita kepada orang yang percaya kepadamu dan yang mengamanahkan kepadamu tugasan, atau adakah kamu suatu kekecewaan (Ams 10:26; 25:13)? Adakah kamu juga melindungi dirimu dengan mengelak orang bebal? Ia tidak cukup untuk kamu hanya setia; kamu juga harus memakai orang yang setia. Di sinilah pelajaran untuk kejayaan di dunia ini, yang Allah di syurga telah beri dengan percuma kepadamu.

Injil Yesus Kristus ialah pesan yang paling besar, jadi kelayakan bagi para pelayanNya lagi tegas dan menyeluruh (1Tim 3:1-7; 2Tim 2:2; Tit 1:5-9). Melonggarkan syarat-syarat tersebut memusnahkan para orang kudus dan gereja Yesus Kristus, sebab orang bebal tidak akan menyampai dengan komunikasi yang wajar kebenaran mulia dan hikmah yang diberi kepada mereka (2Kor 2:17; 4:2; 2Pet 2:1-2).