Amsal · Proverbs

26:7
Kaki orang tempang tidak seimbang: demikianlah perumpamaan di mulut orang bebal.

Orang lumpuh yang cuba berjalan, berlari, atau menari ialah suatu pandangan yang agak menyedihkan. Kakinya tidak berfungsi dengan selaras. Sementara tidak sama secara panjang, kekuatan, atau penyelarasan, pergerakannya adalah mustahil, bercanggah, terpelecok, dan tidak menguntungkan. Orang tempang tidak harus cuba menari.

Dengan cara yang sama, orang bebal yang memakai perumpamaan atau amsal untuk mengajar hikmah adalah mustahil, bercanggah, terpelecok, dan tidak menguntungkan. Raja Salomo memakai amsal ini untuk mengajar satu lagi dakwaan terhadap orang bebal (Ams 26:1-12). Orang bebal tidak harus cuba menjadi guru.

Perumpamaan dan amsal ialah kata-kata pujangga orang berhikmah (Ams 1:5-6; Maz 78:2). Ia jalan yang telah dirancang dengan teliti untuk mengajar hikmah dalam hanya beberapa perkataan, dengan kesan yang kuat. Sementara diambil daripada kehidupan seharian, ia ada maksud berkiasan yang memerlukan kemahiran dan pemahaman untuk ditafsir dan dijelaskan. Sementara dibentuk dengan simili dan metafora yang menarik dan yang mencabar, ia terlalu rumit bagi orang bebal, yang merupakan orang yang tiada pemahaman atau hikmah.

Orang bebal harus diajar; mereka tidak harus mengajar. Orang bebal harus mendengar; mereka tidak harus bercakap. Maka, mereka tidak harus diberi kehormatan peluang berceramah untuk bebelan mereka (Ams 26:1,8). Dan mereka harus tidak dipedulikan atau harus disenyapkan dengan teguran yang berhikmah (Ams 26:4-5). Inilah peraturan Allah untuk cara berurus dengan orang bebal, dan kamu patut dengan konsisten mentaatinya (2Tim 2:16,23; Tit 3:9).

Kekurangan akal budi dan/atau pemahaman rohani mereka menafikan mereka apa pun hak untuk memakai hal-hal firman Allah yang mendalam dalam percakapan mereka. Gaya hidup berdosa mereka dan layanan cabul mereka terhadap hal agama menyisihkan diri mereka daripada kemampuan menyentuh hal-hal kudus Allah. Mereka akan memberi tanggapan yang lebih baik kepada orang ramai kalau mereka hanya berdiam (Ams 17:28).

Tetapi ia tidak mungkin untuk orang bebal berdiam dan mendengar dan belajar – mereka harus membebel keluar kejahilan mereka – sebab itulah salah satu tanda utama orang bebal (Ams 15:2; Pkh 5:3; 10:3,12-14). Mengenalpasti mana orang yang bebal adalah mudah: kamu hanya kena mendengar mana satu orang yang paling banyak bercakap. Maka orang bebal baik yang berada di mimbar, mahupun yang berada di tempat duduk, dengan sia-sia mengambil Firman Allah dan cuba mengajar hikmah.

Orang bebal memikir bahawa bunyi dan maksud perkataan adalah sama – ia tidak memerlukan tafsiran. Maka orang tempang itu tersandung ke dalam kekeliruan dan ajaran yang sesat. Bunyi sudah cukup baik untuk orang bebal. “Buat apa orang kena khuatir tentang konteks atau niat rohani perkataan”, si bebal berhujahan: Alkitab bermaksud apa yang dinyatakan, dan menyatakan apa yang dimaksudkan. Dia tidak tahu atau faham kerja seorang hamba Allah untuk membaca dengan teliti dan memberi maksud pembacaan itu (Neh 8:8; Pkh 8:1; 2Pet 1:20).

Orang bebal fikir bahawa membaca dan belajar adalah sama – jadi dia menganggap bahawa fikiran dan pembelajaran adalah sama – jadi orang tempang itu sudah jatuh kerana tidak cukup persiapan. “Sesiapa pun harus dibenarkan memberi pendapat mereka”, dia berhujahan: kita semua anak Allah dan ada Roh untuk membentang dan mengajar kebenaran. Baik kemahiran yang dianugerahkan Allah mahupun pelaburan jerih lelah untuk menyelamatkannya daripada malu secara doktrin pun tidak dimilikinya (Ams 15:28; 1Tim 3:2; 4:13-15; 2Tim 2:15; Tit 1:9).

Orang bebal membuka mulutnya dengan besar dan menghamburkan hal-hal doktrin dan prinsip – tetapi gaya hidupnya tidak pernah selaras dengan Nas-Nas Kitab yang dipakainya. Maka orang tempang tersandung dan terjatuh ke dalam parit kemunafikan. Dia memperdayakan sesetengah orang dengan pengakuan iman dan pengakuan hikmah yang lantang, tetapi Yesus Kristus akan mendedahkan pura-puranya pada Hari Penghakiman (Mat 7:21-23). Dia gagal satu tugas utama seorang guru – untuk menjadi teladan kebenaran (1Tim 4:12,16; Tit 2:7).

Adakah amsal ini betul-betul benar? Kalau belum mendengar orang bebal merohanikan Kidung Agung atau perumpamaan Orang Samaria Yang Baik, maka kamu tidak dapat menghargai betapa tidak masuk akal seorang penari lumpuh. Kamu tidak dapat menanggap sepenuhnya bahaya dan kebebalan orang lumpuh di atas alang imbangan sehingga kamu mendengar si bebal dalam majlis penubuhan tabung menyalahgunakan dan memutarbelitkan amsal, “Di mana tiada visi, di situ umat binasa”. Amsal ini betul-betul benar.

Hai pembaca, apakah pelajaran yang dapat dipelajarimu di sini? Jadilah cepat untuk mendengar dan perlahan untuk bercakap (Yak 1:19). Jangan ghairah ingin menjadi guru, sebab guru yang akan menerima keterkutukan yang lebih besar (Yak 3:1). Diam itu emas, terutamanya jika Allah atau manusia tidak memanggilmu untuk menjadi seorang guru (Ibr 5:4). Pastikan kehidupanmu mengajar lebih daripada perkataanmu (Mat 23:14-15). Bersyukurlah untuk guru-guru yang dipanggil Allah dan berserahlah kepada mereka, sebab inilah jalan Allah untuk pembelajaranmu.

Tuhan Yesus bukan orang tempang. Kakinya sama rata dan sungguh kuat. Dia betul-betul sesuai sebagai guru hikmah yang paling hebat di sejarah dunia. Pemakaian dan tafsiran berhematNya akan perumpamaan dan amsal sungguh cemerlang. Dia lebih besar daripada Salomo. KemahiranNya dan kekuasaanNya untuk mengajar menyebabkan orang gementar tertakjub lalu mengelak menyoal lagi (Mat 7:28-29; 22:46; Luk 4:22; Yoh 7:46). Berilah Dia kemuliaan yang layak bagi namaNya.