26:8
Seperti orang yang mengikat batu pada penghumban, demikianlah dia yang memberi penghormatan kepada orang bebal.
Orang bebal tidak layak untuk diberi kehormatan atau keseganan; mereka sebaliknya harus dipandang hina dan ditolak. Sementara hikmah adalah mulia dan kudus, orang berhikmah patut dihormati; sementara kebebalan adalah jahat dan cabul, menghormati orang bebal adalah bercanggahan dengan segala kepatutan kesalihan. Berbuat demikian adalah salah dan mengelirukan seperti mengikat batu pada penghumban, supaya ia tidak dapat dilontarkan keluar ketika usaha dibuat untuk melancarkannya.
Penghumban diperbuat daripada secebis kulit binatang, dengan tali kulit yang diikat kepada dua sisi cebisan itu. Dengan adanya batu dan kulit binatang itu, ia diputarkan sekali atau dua kali dan kemudian sebelah tali dilepaskan. Dengan itu, batu dilontarkan dengan daya yang sungguh besar. Daud membunuh Goliat dengan penghumban, dan suku Benyamin ada pasukan 700 orang yang mahir mengendalikan penghumban dengan tangan kiri dan dengan sungguh tepat (Hak 20:16). Batu-batu yang bulat itu berjulat dari antara saiz bola golf sampai ke saiz bola tenis dan dapat dilontarkan sejauh 400 meter lebih, dengan bukti sejarah bahawa para penembak yang mahir boleh memilih mana-mana bahagian muka musuh sebagai sasaran.
Jika sebiji batu diikat pada penghumban, maka ketika tali kulit itu dilepaskan, batu itu tidak dapat meninggalkan penghumban. Malahan juga, daya emparan [putaran mendatar yang laju] yang sudah dikumpulkan itu mungkin menyebabkan batu yang sudah diikat pada saku penghumban mengena mukamu sendiri! Sekurang-kurangnya, kesan mengikat batu pada penghumban menggeramkan keberhasilan dan sungguh membazir usaha; selebih-lebihnya, kesannya membahayakan nyawa penembak itu.
Apakah maksud kiasan simile tentang mengikat sebiji batu di dalam penghumban? Sekurang-kurangnya, kesan menghormati orang bebal menggeramkan keberhasilan dan sungguh membazir usaha; selebih-lebihnya, kesannya sungguh berbahaya, sebab kehormatan yang tersalah pakai itu boleh kembali untuk melukakanmu dengan cukup kuat. Jika kamu menghormati orang bebal, maka kamu akan menderita kerana itu, sebab orang bebal yang dihormati ialah sesuatu yang tak tertahankan (Ams 23:9; 26:4-5; 29:9; 30:21-23; Mat 7:6).
Amsal-amsal Salomo ialah peraturan-peraturan untuk kehidupan yang berhikmah (Ams 1:1-6), dan di sini ada dua belas peraturan tentang orang bebal (Ams 26:1-12), untuk membantumu berjalan dengan berhikmah (Kol 4:5). Manusia secara semula jadi adalah bebal; Allah mahu kamu berhikmah. Maka, kamu boleh membaca tentang percanggahan kekal di antara hikmah dan kebebalan dan di antara orang berhikmah dan orang bebal, di dalam amsal-amsal Salomo. Suatu peraturan yang mudah tentang hikmah adalah untuk menghormati orang berhikmah dan memilih mereka sebagai kawan-kawanmu. Peraturan yang sebalik daripada itu adalah untuk memandang hina dan menolak orang bebal.
Diskriminasi adalah baik dan kudus. Orang berhikmah mendiskriminasi di antara orang baik dan orang jahat, di antara hikmah dan kebebalan, dan di antara orang berhikmah dan orang bebal. Allah mendiskriminasi di dalam hal pengagihan banyak berkat dan kutuk menurut akhlak dan perangai manusia. Sementara Dia menyampaikan matahari dan hujan kepada kedua-dua orang baik dan orang jahat, Dia juga mengganjari dan menghukum manusia (Maz 58:11).
Untuk melayani semua manusia dengan sama, dengan tidak kira akhlak dan perangai, adalah untuk menggalakkan orang bebal dalam kebebalan mereka, dan untuk mengecewakan orang berhikmah bagi hikmah mereka, yang benar-benar layak untuk kehormatan. Kewujudan semata-mata atau perhubungan yang biasa bukan suatu alasan bagi kehormatan, kecuali orang itu berada dalam jawatan yang ditahbiskan Allah dan yang ada kelayakan untuk dihormati. Kehormatan yang tidak bersyarat adalah sungguh berbahaya. Tiada tempat atau sebab untuk bersukacita dalam orang bebal (Ams 19:10). Segala hormat patut menggalakkan hikmah.
Suatu ciri rakyat Sion, iaitu anak-anak sejati Allah, adalah untuk mengutuk dan memandang hina orang bebal dan untuk menghormati dan menggalakkan orang berhikmah. Ketika Daud menyenaraikan tanda-tanda anak Allah, dia menulis, “Dia yang matanya memandang hina orang yang keji; tetapi dia menghormati mereka yang takut akan TUHAN” (Maz 15:4). Dan Daud mengamalkan itu di rumahnya sendiri (Maz 101:3-8).
Elisa, sebagai nabi Allah, ketika menemui raja Yoram (anak Ahab dan Izebel) dan Raja Yosafat, berkata, “Sementara TUHAN alam semesta hidup, yang di hadapannya aku berdiri, sudah pasti, kalau bukan raja Yehuda, Yosafat, yang kupandang, aku tidak akan memandang kepadamu, dan juga tidak mahu melihatmu” (2Raj 3:14). Dia tidak akan menghormati anak Ahab yang bebal itu.
Hai ibubapa, adakah kamu membeza-bezakan anak yang berhikmah dan anak yang bebal, dan tindakan-tindakan mereka yang berhikmah dan yang bebal? Perbezaan yang kamu buat haruslah konsisten dan ketara, bagi tujuan pengganjaran hikmah dan penghukuman kebebalan. Ini akan membina keluarga yang mulia dengan memakai cara Allah. Dapatkah kamu mencari alasan untuk menghormati anak yang berhikmah pada hari ini untuk mengabaikan anak yang bebal? Lakukan itu!
Hai Pastor, adakah kamu membeza-bezakan ahli-ahli yang berhikmah dan yang bebal, dan perlakuan mereka yang berhikmah dan yang bebal? Perbezaan yang kamu buat haruslah konsisten dan ketara, bagi tujuan pengganjaran hikmah dan penghukuman kebebalan. Ini akan membina gereja yang mulia dengan memakai cara Allah. Dapatkah kamu cari suatu alasan untuk menghormati ahli yang berhikmah pada hari ini untuk mengabaikan ahli yang bebal? Lakukannya!
Ibubapa dan pastor tidak harus berbuat salah bagi kejahatan yang menggeramkan Salomo. Dia telah menulis, “Ada kejahatan yang kulihat di bawah matahari bagaikan kesilapan yang berpunca daripada penguasa: Kebebalan diberi kedudukan terhormat yang besar, dan yang kaya duduk di tempat yang rendah. Aku pernah nampak hamba menaiki kuda, dan para penguasa berjalan seperti para hamba di atas bumi” (Pkh 10:5-7). Rendahkanlah kebebalan, dan biarlah maruah hikmah disanjungi setinggi-tingginya, dengan menghormati orang berhikmah dan mengutuk orang bebal.
Dengan mengelak, mengabai, menegur, dan menolak orang bebal, orang benar boleh menjadi garam di bumi untuk mengekalkan orang berhikmah dan menghakis orang bebal (Mat 5:13; Col 4:6). Dengan layanan yang sama, orang benar akan menjadi anak-anak cahaya untuk mendedah dan mencela orang bebal (Efe 5:8-13). Keistimewaan bagi para orang kudus adalah untuk mengikuti ini dan peraturan-peraturan yang serupa dengannya untuk melayani orang bebal.
Tuhan Yang Berbahagia ialah contoh yang sempurna bagi pemakaian amsal ini. Dia mengutuk dan menegur kebebalan, di mana-mana Dia menemui itu, meskipun di antara murid-muridNya (Mat 22:34-46; 23:17-19; Luk 24:25-26). Tetapi Dia menyanjungi hikmah setinggi semungkin, sampai ke tahap memanggil para pengikutNya yang taat sebagai ibuNya, saudaraNya, dan saudariNya (Mat 12:46-50; Luk 11:27-28).