Amsal · Proverbs

26:9
Seperti duri yang menusuk tangan si pemabuk, demikianlah suatu perumpamaan dalam mulut orang bebal.

Orang bebal tidak boleh dipercayai untuk kebenaran atau hikmah. Para pemabuk menyakiti diri dengan duri; orang bebal menyakiti diri dengan perumpamaan. Para pemabuk tidak peka terhadap kesakitan; orang bebal tidak sedar akan kejahilan mereka. Di sinilah persendaan lanjut orang bebal oleh Raja Solomo (Ams 26:1-11).

Perumpamaan ialah kata pujangga dan hikmah, seperti amsal-amsal Solomo, yang mewajibkan tafsiran dan pemakaian teliti supaya menguntungkan (Ams 1:6). Sementara orang bebal tiada pemahaman, dia akhirnya memakai perumpamaan sehingga melukakan dirinya sendiri, banyak seperti si pemabuk juga yang terlalu mabuk untuk mengendalikan duri dan akhirnya mencucuk tangannya sendiri. Hikmah hanya untuk orang yang berhikmah.

Pelajarannya mudah. Orang bebal adalah tidak sesuai untuk hikmah: mereka akan memalukan diri mereka sendiri dengan cuba menafsirkan kata-kata pujangga orang berhikmah. Petrus juga telah memberi amaran tentang orang-orang yang tidak terpelajar ini yang mencabuli Kitab Suci dan mengakibatkan pembinasaan diri mereka sendiri (2Pet 3:15-16). Si bebal kekurangan kemampuan berfikir, kerendahan roh, wahyu Allah, peraturan tafsiran, atau kesemua empat perkara tersebut yang kemestian itu.

Kebenaran dan hikmah adalah berharga – hal-hal utama untuk dicari-cari dalam kehidupan (Ams 3:15-18; 4:5-9; 8:11; 16:16; 23:23). Tetapi si bebal tiada hak untuk itu: itu melampaui kemampuannya (Ams 17:16; 18:2; 26:5). Solomo mengolok-olok orang bebal yang cuba mengajar kebenaran atau hikmah supaya dapat menyanjungi kedua-dua itu bagi orang berhikmah. Ia merupakan harta berharga kepada orang berhikmah, kerana mereka tahu orang bebal tidak akan menemuinya.

Kata-kata kebenaran dan hikmah adalah jelas bagi orang yang faham dan betul bagi orang yang ada pengetahuan (Ams 8:8-9). Allah tidak menyembunyikan itu daripada orang yang takut akan Dia. Tetapi orang bebal tiada pemahaman atau pengetahuan, sebab mereka terlalu bebal untuk takut akan Allah. Mereka mengambil kata-kata orang berhikmah lalu mencucuk diri sendiri dengan menyalahtafsirkannya atau menyalahgunakannya.

Orang bebal adalah malas, dan kajian kecil mereka adalah untuk mengesahkan fikiran mereka sendiri (Ams 18:2). Mereka melupakan pembahagian dan pembezaan wajar yang perlu untuk memperoleh maksud dan pemakaian supaya diluluskan sebagai para pekerja dalam firman Allah (Neh 8:8; 2Tim 2:15). Mereka memalukan diri dalam doktrin dan amalan. Ketika mereka membuka mulut mereka, setiap orang tahu bahawa mereka orang bebal (Pkh 10:3).

Ada lebih orang bebal pada hari ini daripada dahulu yang banyak disebabkan oleh lebih pendidikan, sebab kebanyakan para pendidik ialah orang kemanusiaan, yang adalah orang bebal dalam fahaman dan isi kandungan (Maz 14:1; 94:11; 1Kor 1:19-20; 1Kor 3:18-20). Kebanyakan orang bebal ini berpusu-pusu ke bidang agama, yang di situ mereka dapat mencari nafkah mudah dengan menulis Alkitab versi baru atau mengisahkan cerita-cerita dari mimbar kepada para pendengar yang jahil.

Pertimbangkan sesetengah contoh perumpamaan di dalam mulut si bebal. Carilah duri yang telah memasuki tangan si pemabuk, seperti orang-orang bebal ini mendedahkan kejahilan mereka. Majlis pembina bangunan gereja kerap kali memakai, “Di mana tiada visi, di situ umat binasa” (Ams 29:18), untuk memperbenarkan program baru membina bangunan. Tetapi nas kitab yang sepenuhnya bermaksud orang yang telah kehilangan firman Allah!

Mengapakah Yesus memakai perumpamaan (Mat 13:34-35)? Orang bebal mengatakan perumpamaanNya ialah cerita-cerita duniawi dengan maksud syurgawi untuk menjadikan doktrin Yesus mudah untuk difaham orang biasa. Tetapi Yesus menyatakan tujuan yang bertentangan dengan itu – perumpamaanNya adalah untuk menyembunyikan kebenaran dan menghalang orang daripada pemahaman (Mat 13:10-17)! Duri itu amat mendalam di tangan orang pemabuk!

Yesus berkata, “Inilah tubuhku”, sementara memegang sepotong roti. Paus-paus Rom dan para paderi akan memberitahumu bahawa Dia telah mengubahkan roti itu kepada tubuhNya, darahNya, jiwaNya, dan keilahianNya sendiri, lalu mengundang para rasulNya untuk menjadi kanibal [pemakan daging manusia]. Semua seminari [sekolah alkitab] mereka juga telah mengetepikan kiasan metafora itu, iaitu kiasan seperti ketika Yesus juga berkata, “Akulah pintu”, dan “Akulah pokok anggur”. Nampakkah kamu duri itu? Di manakah duri itu?

Paulus berkata, “Kalau tidak demikian apakah yang harus mereka buat bagi orang yang telah dibaptis bagi orang mati, jika orang mati tidak bangkit semula? mengapakah pula mereka dibaptis bagi orang mati” (1Kor 15:29), ketika membuktikan kebangkitan orang mati oleh cara pembaptisan – merendam. Tetapi rasul-rasul Mormon menyatakan kata-kata Paulus mewajibkan ruang pembaptisan di bawah tanah bait suci mereka, iaitu tempat yang kamu boleh dibaptis bagi saudara mara yang sudah mati sebelum dapat bertemu dengan Joe Smith. Nampakkah kamu duri itu?

Adakah Solomo lebih berhikmah daripada para pengkritik dan penulis teks yang mengarang versi-versi Alkitab baru setiap tahun? Sudah tentulah! Kitab Amsalnya penuh dengan perumpamaan, atau kata-kata pujangga yang mengikat orang bebal ini (Ams 1:6). Untuk melihat keangkuhan agama dan pendidikan, bandingkan ayat-ayat King James Version ini dengan yang lain: https://letgodbetrue.com/sermons/index/year-2009/proverbs-babel/.

Nak lebih kenikmatan rohani? Dapatkah kamu mencari duri dan mengenalpastikan si pemabuk? Allah mengelirukan kaum manusia di menara Babel – dengan memberi mereka bahasa-bahasa yang lain untuk membinasakan projek Bangsa-Bangsa Bersatu mereka (Kej 11:1-9). Dia berbuat secara sama dengan 1 Samuel 13:1 dalam bahasa Ibrani, seperti yang ditunjukkan dalam bahasa Inggeris di sini:https://letgodbetrue.com/bible-topics/index/scripture/the-bible-babel/.

Jika orang bebal berhenti bercakap, atau berhenti mengarang, mereka boleh menyelamatkan diri daripada malu sedemikian, seperti Solomo telah menasihati (Ams 17:28; Pkh 5:3). Tetapi orang yang patut paling kurang bercakap biasanya paling banyak bercakap. Jika orang bebal mahu bercakap, mereka harus mengelak segala topik yang penting, seperti orang tempang dengan hikmah untuk mengelak menari! Atau si pemabuk dengan hikmah untuk mengelak duri!

Jika kamu berhajat untuk menjadi berhikmah dan memahami kata-kata pujangga Allah, kamu harus merendahkan dirimu di hadapanNya, yang merupakan permulaan hikmah dan pemahaman (Ams 1:7; 9:10). Kamu kemudian harus gementar di hadapan firmanNya dan percaya bahawa setiap firman adalah murni (Ams 30:5; Yes 66:2). Kemudian rayulah kepada Dia untuk hikmah yang kamu tidak ada (Ams 2:1-9; Maz 119:18; Yak 1:5).

Dengan keyakinan penuh dalam wahyu Allah, kamu dapat melihat kegelapan pekat yang menutupi minda kebanyakan manusia (Yes 8:20; 1Tim 6:3-5,20-21). Belajar untuk membenci kata-kata orang bebal (Maz 119:113,128; 2Kor 2:17). Carilah orang yang takut akan Allah, yang tiada ketakutan atau kehormatan kepada dunia, dan yang mengkhutbahkan firmanNya dengan berdesak – mereka itulah yang akan mengajarmu kebenaran (2Tim 4:1-4).