28:19
Dia yang membajak tanahnya akan memperoleh banyak roti: tetapi dia yang mengikuti orang yang sia-sia akan memperoleh kemiskinan yang secukupnya.
Adakah kamu inginkan kejayaan kewangan? Jadi, langsungkan satu pekerjaan dengan baik, hari demi hari, dan kamu mentaati hikmah ekonomi di dalam buku Amsal. Ianya akan berjaya! Allah dan Solomo menjaminkannya! Henti menghadiri mesyuarat-mesyuarat promosi, henti membenci kerja untuk orang lain, henti mendengarkan idea-idea pelaburan yang nampaknya terlalu baik untuk benar, atau mengidam-idamkan suatu hidup yang lebih baik. Jadikan fikiran kenikmaatan dan rehat fikiran-fikiranmu yang terakhir (Ams 21:17,20). Kerja keras yang konsisten dalam satu pekerjaan akan berjaya. Mengikuti janji-janji bohong cepat kaya tidak akan berjaya. Belajarlah hikmah: cintailah kerja: bencilah peralihan perhatian!
Manusia dalam sifat semulajadinya adalah tamak dan malas. Mereka dambakan benda-benda indah mengatasi orang yang lain. Tetapi mereka harap kurang bekerja untuk mendapatinya berbanding dengan orang lain. Maka, mereka digodai oleh dua dosa ekonomi – mereka berasa geram terhadap kerja sederhana dan mencarikan impian yang sia-sia. Belajarlah hikmah: cintailah kerja: bencilah peralihan perhatian! Solomo telah menyaksikan godaan-godaan ini membinasakan kehidupan kewangan manusia, maka, dia mengulangi amsal ini dengan perkataan yang seiras di dalam amsal yang lain (Ams 12:11).
Siapakah antara orang di seluruh dunia mengidam-idamkan pekerjaan sebagai seorang petani sementara dia boleh memilih kerja ejen hartanah yang memandu kereta sport dan membuat urusan jual rumah melalui telefon bimbitnyatanpa melabur sesenpun? Siapa yang ingin jadi seorang jururawat, sementara dia dapat menjadi seorang jurugambar sedunia untuk suatu majalah berita di internet? Mengapa jadi seorang hamba kilang, sementara kamu boleh memakai multilevel marketing untuk menjual sesuatu ubat istimewa dan mencapai idaman kehidupan bersara di bot persiaran pada umur 30 tahun?
Kerja kebun bukanlah satu-satunya pekerjaan pada zaman Solomo. Tetapi ia gambaran yang paling baik bagi pelajaran didalam amsal ini. Kerja kebun menuntut kerja keras, perancangan, kesabaran, dan kerja berulang-ulang. Ia pekerjaan yang paling dasar antara kerja yang lain – memakai tanah untuk menghasilkan makanan untuk dipakai untuk menternak lembu atau binatang-binatang yang lain untuk mengeluarkan berbagai-bagai hasil. Tetapi membajak tanah dibelakang lembu menjadi kerja bosan dan bodoh apabila kamu terdengar suatu perkhabaran tentang peluang kekayaan network marketing (pemasaran rangkaian) dengan memakai produk sabun baju!
Kura-kura menang akan arnab secara kewangan. Sementara kura-kura merangkak-rangkak satu inci demi satu inci menuju matlamat ekonominya, arnab itu lari dengan kelajuan penuh dari satu peralihan perhatian kepada peralihan perhatian yang lain yang memakan modalnya yang berharga dan juga masanya yang suntuk. Apabila mereka sampai kepada hari pertanggungjawaban, jerih-perih setia, pelaburan yang sihat, dan kesabaran kura-kura itu telah memberikannya harta pusaka yang cukup selesa. Tetapi arnab itu telah letih, geram dan pokai!
Solomo memandang rendah skim-cepat-kaya. Dia telah menyaksikan orang miskin mendapat pendapatan secukup tetapi memboroskannya atas idea-idea yang bodoh (Ams 13:23). Jerih-perih dalam sesuatu pekerjaan membawa kejayaan (Ams 27:18). Bercakap akan khayalan impian kewangan itu menjadikan seseorang miskin (Ams 14:23). Mengalihkan perhatian daripada tugas yang sedang dilangsungkan adalah buruk (Ams 27:23-27). Penambahan hasil adalah melalui kekuatan dan kelebihan, dan bukanlah dengan muslihat (Ams 14:4). Solomo telah menyaksikan kemakmuran orang bebal yang mencari makan percuma membinasakan mereka (Ams 1:32).
Orang yang sia-sia ada di merata-rata, terutamanya dengan adanya radio, televisyen, telefon, majalah-majalah, surat khabar, internet dan email. Bahan media dan komunikasi ini mengagung-agungkan yang kaya dan terkenal, walaupun mereka hanya 1 daripada 10,000 orang. Mereka janjikan pulangan besar yang tidak mungkin untuk mencuri simpananmu bagi diri mereka sendiri. Kerajaan memberi loteri-loteri yang hanya memperdayakan yang miskin dan dungu bahawa itu bukan cukai. Dan pendusta menayang-nayangkan kehidupan mewah mereka yang kononnya daripada kejayaan multilevel marketing, sementara mengetepikan hakikat bahawa 98% orang yang telah membeli produk yang berharga terlampau tinggi itu telah menyumbang kepada kejayaannya. Hasil daripada semua ini dan semua jalan pintas mencari wang yang lain adalah selalu negatif – kamu kalah! Adakah kamu sedang rugi?
Mengapa ada yang mendengarkan cerita-cerita karut sebegini? Mengapa adanya orang yang akan pertimbangkan bohong orang lain yang cuba mengambil wang hasil titik peluh mereka? Hanya ada beberapa alasan. Semua alasan-alasan ini adalah dosa. Dua alasan telah diberikan tadi – ketidaksenangan dengan kerja sederhana dan kedambaan untuk kehidupan yang lain.Tambahan pula, ada yang tidak suka menunduk kepada manusia yang lain, dan ini sememangnya keangkuhan dan pemberontakan. Dan yang terakhir ialah orang yang jahil yang tidak menelitikan tawaran dengan kritik dan dengan waswas untuk mengelak penipuan ular-ular (Ams 14:15; 15:22; 27:12; 1Tes 5:21).
Generasi ini mabuk dengan kesenangan dan kenikmatan – hiburan, permainan, rekreasi, sukan dan rehat – tetapi hal-hal inilah yang merosakkan manusia secara kewangan. Jika kamu mengasihi kenikmatan, kamu akan menjadi miskin (Ams 21:17). Jika kamu suka tidur, kamu akan menjadi miskin (Ams 20:4,13). Dengan itu, kamu akan belajar untuk benci kerja, sebab ianya tidak begitu seronok seperti kehidupan berpesta dan banyak tidur (Ams 19:15). Kamu akan memboros wang kamu didalam hiburan-hiburan yang bodoh (Ams 21:20; Luk 15:13). Dan kehidupan yang kebudakan ini akan menarik kamu turun (Ams 23:21).
Perlindunganmu adalah didalam firman Allah. Kerja keras akan berjaya (Ams 10:4; 13;4; 22:29). Bertindak terburu-buru membawa kerosakan kewangan kepada diri sendiri (Ams 19:2; 28:20,22). Jangan percaya apapun sehingga mendapat bukti, terutamanya kesaksian-kesaksian atau “pulangan” yang melebihi harga pasaran (Ams 13:11; 14:15; 22:3). Memakai jalan yang pintas akan membinasakan kamu secara ekonomi (Ams 6:9-11; 24:30-34). Hanya satu dokumen didalam dunia yang benar keseluruhannya – Alkitab. Orang yang lain dan benda-benda yang lain adalah pembohong (Rom 3:4). Taatilah amsal ini; cintailah kerjamu; lakukannyalah dengan baik setiap hari; bersyukur kepada Allah untuk kejayaan. Jika kamu memperolok-olok atau mengabaikan amsal ini, kamu akan sedar suatu hari nanti bahawa kamu miskin dan jiran kamu yang rajin sedang memerintah atas kamu.
Amsal ini boleh dipakai untuk usaha-usaha keagamaan juga. Tidak ada seminar skim-cepat-rohani atau tawaran dari siaran televisyen yang akan menandingi doa sehari-hari dan pembacaan Alkitab dan pendengaran teliti akan khutbah firman Allah (2Tim 3:6-7; 4:1-4). Jangan ikut personaliti-personaliti agama yang sia-sia yang menawarkan jalan pintas mereka kepada Allah dan syurga. Mereka adalah penipu sama seperti orang penipu kewangan. Hanya ada satu pintu dan satu Gembala atas kawanan domba, dan kehidupan berkelimpahan diperolehi dengan mentaati Dia dan firmanNya (Yoh 10:1-18).