28:18
Sesiapa yang menjalani hidup dengan jujur akan diselamatkan: tetapi dia yang babil dalam jalan-jalannya akan jatuh dengan serta-merta.
Siapakah yang dapat mengekalkanmu supaya tidak jatuh? Allah! Tetapi Dia melakukan itu berdasarkan pilihan-pilihanmu pada hari ini. Jika kamu menjalani kehidupan yang salih dan yang wajar, Dia akan melindungi dan memakmurkanmu. Tetapi jika kamu memilih untuk mengikuti dunia yang babil ini dan hidup seperti mereka, Allah akan dengan adil meninggalkanmu supaya pasti dibinasakan. Dia menulis buku panduan yang sempurna bagi kehidupanmu, tetapi jika kamu hidup bercanggahan dengannya, kamu akan pasti jatuh.
Kamu akan membuat keputusan-keputusan pada hari ini yang akan menentukan berapa tidak lama lagi akan kamu jatuh dan merosakkan kehidupanmu. Jika kamu berjalan dengan berhikmah menurut kata-kata kebenaran dalam Alkitab, kamu akan diselamatkan daripada kejatuhan dan daripada membinasakan kehidupanmu. Tetapi jika kamu pilih untuk bercanggah dan memberontak, tidak seorang pun yang akan dilukakan kecuali dirimu sendiri. Allah dan Solomo sudah menjamin kerosakanmu.
Berjalan jujur ialah gaya hidup kesalihan, kebenaran, dan hikmah. Orang yang hidup sebegini ialah lelaki dan perempuan yang hebat dan yang mulia di dunia, dan mereka diberkati dan diredai oleh Allah dan manusia (Ams 11:5-6; 28:6; Maz 84:11). Bagaimanakah kamu berjalan dengan jujur? Belajar dan taati peraturan-peraturan yang terus terang dalam Alkitab, yang mengajar tentang setiap aspek kehidupan (Maz 119:105,128).
Allah dan manusia akan menyelamatkan orang mulia sedemikian, kerana mereka ada integriti dan akhlak mulia dalam setiap perilaku mereka. Berkat Allah berada di atas orang benar; Dia mendengar seruan mereka untuk bantuan; Dia melepaskan mereka daripada masalah; Dia memakmurkan jalan mereka (Ams 12:2; Maz 34:11-17; 37:23). Hakim-hakim dan orang baik juga reda terhadap perjuangan-perjuangan orang yang berjalan jujur (Ams 22:11; Rom 5:7).
Tetapi jika kamu hidup dengan babil – melakukan kehendakmu sendiri, bercanggahan dengan Alkitab – kamu akan jatuh. Terjamin! Tidak lama lagi! Kamu mungkin sudah jatuh pun, tetapi terlalu jahil untuk mengenalpasti bahawa kehidupanmu itu suatu kegagalan. Pendekatan yang bebal terhadap kehidupan, tidak kira betapa banyak kamu menyukai itu, tidak kira betapa banyak dunia meluluskannya, adalah terjamin untuk gagal (Ams 14:12; 16:25; Maz 36:2).
Allah akan menjatuhkanmu, kerana Dia telah berjanji untuk membinasa orang angkuh dan orang durjana (Ams 16:18; 21:15). IntegritiNya dan kecemburuanNya menuntut supaya Dia menghancurkanmu, jika kamu sebegitu degil untuk mengabai atau memberontak terhadap Penciptamu (Ams 28:9; Maz 5:4-6; 36:10-12; 37:1-2). Pelajarannya memang cukup mudah – jika kamu berterusan dalam ketidaktaatan, masa depanmu terjamin rosak.
Ketika para pembina Menara Babel memberontak, Allah mengelirukan bahasa mereka, lalu projek pembinaan mereka itu rosak. Ketika Simson, orang yang paling kuat, degil mengejar pelacur-pelacur Filistin, Allah meninggalkannya kepada muslihat durjana seorang pelacur yang kejam. Ketika orang berpaut kepada berhala dalam hati mereka, Allah memperdayakan mereka oleh nabi-nabiNya sendiri (Yeh 14:6-9).
Ini mengejutkan banyak orang Kristian: Allah membentuk ajaran untuk menjadikan banyak orang jatuh, sebab mereka tidak menunjukkan sambutan yang taat kepada kebenaran sebelum itu (Yes 28:9-13; Mat 13:10-17). Yesus ialah batu sandungan kepada banyak orang (Luk 2:34; Rom 9:33; 1Kor 1:23; 1Pet 2:8), dan Dia mengingini orang Farisi untuk jatuh bersama-sama para pengikut mereka (Mat 15:12-15).
Orang bebal terus tersandung menjalani kehidupan, kerana mereka tidak boleh melihat – hati bebal mereka tiada cahaya, dan mereka menolak cahaya Alkitab (Ams 4:19) dan alam semula jadi (Rom 1:18-32). Tetapi jalan orang benar adalah seperti terbit matahari: orang baik dan jujur semakin cerah pandangan mereka sementara melalui kehidupan – mengelak lubang, liang, dan jurang yang orang lain sendiri jatuh ke dalam (Ams 4:18).
Tetapi yang paling baik ialah yang terakhir! Orang yang berjalan jujur akan diselamatkan pada Hari Penghakiman dengan kehidupan kekal, sebab kerja-kerja baik mereka ialah bukti dan pengesahan bahawa mereka orang pilihan Allah (2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4; 1Tim 6:17-19). Tetapi orang yang babil dalam jalan mereka akan dilemparkan oleh Allah ke dalam lautan api untuk kekekalan (Wah 20:11-15). Betapa hebatnya kejatuhan itu!Siapakah yang dapat mengekalkanmu supaya tidak jatuh? Allah! Tetapi Dia melakukan itu berdasarkan pilihan-pilihanmu pada hari ini. Jika kamu menjalani kehidupan yang salih dan yang wajar, Dia akan melindungi dan memakmurkanmu. Tetapi jika kamu memilih untuk mengikuti dunia yang babil ini dan hidup seperti mereka, Allah akan dengan adil meninggalkanmu supaya pasti dibinasakan. Dia menulis buku panduan yang sempurna bagi kehidupanmu, tetapi jika kamu hidup bercanggahan dengannya, kamu akan pasti jatuh.
Kamu akan membuat keputusan-keputusan pada hari ini yang akan menentukan berapa tidak lama lagi akan kamu jatuh dan merosakkan kehidupanmu. Jika kamu berjalan dengan berhikmah menurut kata-kata kebenaran dalam Alkitab, kamu akan diselamatkan daripada kejatuhan dan daripada membinasakan kehidupanmu. Tetapi jika kamu pilih untuk bercanggah dan memberontak, tidak seorang pun yang akan dilukakan kecuali dirimu sendiri. Allah dan Solomo sudah menjamin kerosakanmu.
Berjalan jujur ialah gaya hidup kesalihan, kebenaran, dan hikmah. Orang yang hidup sebegini ialah lelaki dan perempuan yang hebat dan yang mulia di dunia, dan mereka diberkati dan diredai oleh Allah dan manusia (Ams 11:5-6; 28:6; Maz 84:11). Bagaimanakah kamu berjalan dengan jujur? Belajar dan taati peraturan-peraturan yang terus terang dalam Alkitab, yang mengajar tentang setiap aspek kehidupan (Maz 119:105,128).
Allah dan manusia akan menyelamatkan orang mulia sedemikian, kerana mereka ada integriti dan akhlak mulia dalam setiap perilaku mereka. Berkat Allah berada di atas orang benar; Dia mendengar seruan mereka untuk bantuan; Dia melepaskan mereka daripada masalah; Dia memakmurkan jalan mereka (Ams 12:2; Maz 34:11-17; 37:23). Hakim-hakim dan orang baik juga reda terhadap perjuangan-perjuangan orang yang berjalan jujur (Ams 22:11; Rom 5:7).
Tetapi jika kamu hidup dengan babil – melakukan kehendakmu sendiri, bercanggahan dengan Alkitab – kamu akan jatuh. Terjamin! Tidak lama lagi! Kamu mungkin sudah jatuh pun, tetapi terlalu jahil untuk mengenalpasti bahawa kehidupanmu itu suatu kegagalan. Pendekatan yang bebal terhadap kehidupan, tidak kira betapa banyak kamu menyukai itu, tidak kira betapa banyak dunia meluluskannya, adalah terjamin untuk gagal (Ams 14:12; 16:25; Maz 36:2).
Allah akan menjatuhkanmu, kerana Dia telah berjanji untuk membinasa orang angkuh dan orang durjana (Ams 16:18; 21:15). IntegritiNya dan kecemburuanNya menuntut supaya Dia menghancurkanmu, jika kamu sebegitu degil untuk mengabai atau memberontak terhadap Penciptamu (Ams 28:9; Maz 5:4-6; 36:10-12; 37:1-2). Pelajarannya memang cukup mudah – jika kamu berterusan dalam ketidaktaatan, masa depanmu terjamin rosak.
Ketika para pembina Menara Babel memberontak, Allah mengelirukan bahasa mereka, lalu projek pembinaan mereka itu rosak. Ketika Simson, orang yang paling kuat, degil mengejar pelacur-pelacur Filistin, Allah meninggalkannya kepada muslihat durjana seorang pelacur yang kejam. Ketika orang berpaut kepada berhala dalam hati mereka, Allah memperdayakan mereka oleh nabi-nabiNya sendiri (Yeh 14:6-9).
Ini mengejutkan banyak orang Kristian: Allah membentuk ajaran untuk menjadikan banyak orang jatuh, sebab mereka tidak menunjukkan sambutan yang taat kepada kebenaran sebelum itu (Yes 28:9-13; Mat 13:10-17). Yesus ialah batu sandungan kepada banyak orang (Luk 2:34; Rom 9:33; 1Kor 1:23; 1Pet 2:8), dan Dia mengingini orang Farisi untuk jatuh bersama-sama para pengikut mereka (Mat 15:12-15).
Orang bebal terus tersandung menjalani kehidupan, kerana mereka tidak boleh melihat – hati bebal mereka tiada cahaya, dan mereka menolak cahaya Alkitab (Ams 4:19) dan alam semula jadi (Rom 1:18-32). Tetapi jalan orang benar adalah seperti terbit matahari: orang baik dan jujur semakin cerah pandangan mereka sementara melalui kehidupan – mengelak lubang, liang, dan jurang yang orang lain sendiri jatuh ke dalam (Ams 4:18).
Tetapi yang paling baik ialah yang terakhir! Orang yang berjalan jujur akan diselamatkan pada Hari Penghakiman dengan kehidupan kekal, sebab kerja-kerja baik mereka ialah bukti dan pengesahan bahawa mereka orang pilihan Allah (2Pet 1:5-11; 1Tes 1:2-4; 1Tim 6:17-19). Tetapi orang yang babil dalam jalan mereka akan dilemparkan oleh Allah ke dalam lautan api untuk kekekalan (Wah 20:11-15). Betapa hebatnya kejatuhan itu!