28:20
Orang yang setia akan melimpah dengan berkat: tetapi dia yang bergegas untuk menjadi kaya tidak akan dianggap tidak bersalah.
Yang mana satu menang dalam cerita dongeng Aesop – arnab atau kura-kura? Kura-kura! Siapakah yang menang dalam perniagaan – yang setia atau pemimpi cita-cita tinggi? Yang setia itu yang menang! Tetapi, lebih teruk daripada kalah, pemimpi yang melulu dan yang ingin cepat kaya itu jatuh ke dalam godaan-godaan yang berdosa yang mencemar dan yang membinasakan. Kamu mungkin kalah, dan kamu mungkin kalah dua kali. Pilihlah untuk menang pada hari ini.
Adakah kamu ingin menjadi kaya dengan cepat? Bertaubat! Itu keinginan yang berdosa, dan ia akan merosakkanmu. Ia akan mengaburkan daya penghakimanmu, menciptakan godaan bagi jiwamu, dan membawa hukum luar biasa dan hukum biasa untuk menentangmu secara kewangan. Sebaliknya, kerja dengan rajin dalam suatu kerja atau perniagaan yang mulia dan yang berguna dan tunggu untuk berkat luar biasa dan berkat biasa untuk menggandakan usahamu.
Ada konteks untuk amsal ini. Orang yang setia di sini ialah orang yang setia secara kewangan, yakni orang yang menolak orang yang sia-sia lalu bekerja dengan tekun di kebun (Ams 28:19, 21-22). Allah menjanjikan kemakmuran kepada orang yang tidak teralih perhatian dengan khayalan kejayaan kewangan yang cepat. Tetapi dia memberi amaran kepada orang yang tamak, yang berpegang kepada gagasan-gagasan cepat kaya, tentang penghakiman yang menjelang.
Kesetiaan di sini ialah usaha yang tekun, sabar, dan berakhlak mulia dalam bidang kerja atau perniagaan. Ia bercanggah dengan tindakan yang melulu dan yang tidak bijak oleh orang yang tidak sabar, yang hanya tamak untuk maju tidak kira apa pun yang digadaikan. Salomo tahu bahawa manusia dapat digodai untuk membenci kerja yang bosan dan/atau mengikut perniagaan dan pelaburan skim cepat kaya, maka dia memberi amaran kepadamu (Ams 12:11; 13:23; 14:23; 28:19).
Bergegas itu mengaburkan daya penghakiman: ia menyempitkan tanggapan dan memendekkan jangka masa, dan akhirnya merosakkan potensi besar dalam rancangan jangka masa panjang (Ams 6:6-8; 12:11; 13:4,23; 14:4; 30:25). Kedua, ia menghulurkan godaan yang membinasa orang yang tamak (Ams 14:15; 15:27; 22:3; 28:21; 1Tim 6:6-10). Ketiga, ia membawa penghakiman yang semulajadi dan yang ilahi (Ams 20:21; 23:405; Peng 5:13; Luk 12:15-21).
Hayatilah pelajaran ini. Sesetengah orang tamak membeli loteri atau berjudi di kasino. Kedua-duanya menjamin rampasan harta sehingga sampai kepada keadaan kewangan yang binasa. Satu-satunya pemenang ialah kerajaan atau kasino. Mungkin orang-orang tersebut memikir bahawa mereka akan berhenti berjudi selepas kena cepumas [nilai hadiah terbesar dalam pertaruhan dsb.]. Tetapi wang yang lesap itu datangnya daripada wang simpanan, yang akan mengorbankan pelaburan masa depan. Perdayaan menjadi “pemenang” menjadikannya mudah ketagihan. Mereka benci kerja dan gaji mereka yang sihat. Mereka merupakan para pembazir yang bebal (Ams 18:9).
Orang-orang bebal ini tidak dapat melihat bahawa loteri itu suatu wadah untuk membebankan orang miskin, yang tiada pendapatan atau aset untuk dikenakan cukai. Barisan orang beratur yang paling panjang untuk tiket loteri selalunya di kawasan-kawasan yang paling miskin. Syarikat-syarikat judi ini berjaya mendapatkan orang miskin ini untuk sukarela membayar banyak daripada pendapatan mereka yang kecil dengan kerap kali menaikkan nilai cepumas itu. Apakah pokoknya, setiap kali? Syarikat menang, dan orang miskin menjadi lebih miskin, setiap kali.
Kasino menarik orang yang bercitarasa tinggi dan halus, yang juga ada lebih wang untuk dirampas. Las Vegas dan Macau ada banyak benda yang bersinar, bilik yang canggih, hiburan siaran langsung, bufet makanan, dan minuman percuma untuk melonggarkan dompetmu. Berdasarkan statistik yang dihitung dengan cukup teliti, kasino membenarkan kemenangan yang cukup kerap supaya mengikat dirimu untuk bermain sampai mereka ambil segalanya yang dimilikimu.
Pertimbangkan satu lagi contoh. Seseorang yang ingin maju dengan cepat berputus bahawa dia tidak boleh memberi wang kepada Tuhan. Dia memberi alasan bahawa dia akan menjadi pemberi yang besar ketika dia sudah selesa secara kewangan. Dengan perbuatan merompak Allah itu, dia mengaktifkan hukum-hukum ilahi yang akan menjatuhkannya kepada kemiskinan, tidak kira betapa rajin dan cerdik pekerjaannya (Ams 11:24; Hag 1:5-10; Mal 3:8-12).
Satu lagi orang membiarkan insurans perubatannya luput. Dia fikir tiga tahun sudah berlalu tanpa membuat tuntutan insurans. Dia mengalihkan wang premium itu ke dalam beberapa gagasan sistem pemasaran berjaringan. Sementara melanggari hukum cermat dengan mendedahkan dirinya kepada risiko yang tidak munasabah itu, dia menjadi muflis pada tahun kemudian kerana kecemasan mastektomi isterinya (Ams 6:1-5; 27:12-13).
Satu lagi orang gusar kerena bunga yang rendah. Sementara bank membayar 3% setahun, suatu emel tiba-tiba memasuki inbox dengan tawaran 10% pulangan setiap bulan, dan menuntut bahawa ia terjamin! Dia memberkati dirinya sendiri dan melabur dalam skim Ponzi, sedang kala menunjukkan keluarganya kereta Porshe yang dia akan beli dalam masa tiga bulan. Apabila FBI panggil, 3% itu nampak seperti emas. Tetapi itu terlambat. Perbuatan bergegas itu mendorong dia untuk percaya apa yang tidak mungkin!
Salah seorang konservatif mengetawakan contoh-contoh di atas. Dia terlalu bijak untuk terjebak dalam apa pun komplot [rancangan atau pakatan sulit bertujuan melakukan kejahatan]. Dia tidak akan merompak Tuhan. Dia memberi 12% setiap tahun (yang hanya 7% selepas cukai di Amerika). Dia mengolok-olok tiket loteri dan komplot Ponzi. Dia bekerja dengan tekun – dua kerja gaji – sehingga dia bangun satu hari dengan serangan jantung, surat guaman cerai, dan anak-anak yang membencinya.
Satu lagi orang berputus bahawa menabung itu menyempitkan gaya hidupnya. Jadi, dia berhenti menabung dan mula mengumpul kereta dan rumah. Dia ingin kehidupan mewah sekarang. Apabila suatu peluang perniagaan datang, dia tiada modal yang cukup untuk melabur di dalamnya. Apabila dia hilang kerja gajinya oleh sebab pengambilalihan syarikat, dia tidak memiliki apa pun tabung kecemasan. Ketika pasaran rumah turun, dia terpaksa berpindah sementara masih kena membayar bank. Dia bersama isterinya berakhir di suatu restoran sebagi pembantu mencuci pinggan mangkuk.
Salah satu orang lagi merupakan ahli akauntan. Dia bersemangat membara dalam cita-citanya menjadi pengawal akaun. Apabila ketua pegawai kewangan menawarkan dia kenaikan pangkat untuk mencatat maklumat palsu dalam penyata syarikat, dia mengizinkan dirinya berbuat demikian dengan alasan bahawa dia dapat memperbetulkan bohong dan pencurian itu kalau mendapat pangkatnya baru itu. Tetapi entah mengapa, ketua pegawai kewangan ingin melakukan penipuan itu sekali lagi pada tahun depan. Dia sudah terkutuk dalam kerjaya idamannya.
Seorang hakim dengan hati yang kedambaan telah ditawarkan rasuah untuk memalsukan harta dalam sijil pengesahan wasiat seorang balu. Dia memastikan balu itu akan dapat secukupnya untuk hidup dengan selesa, tetapi dia mentafsirkan wasiat itu untuk kepentingan pemberi rasuah itu. Dia mati dua tahun kemudian daripada kanser otak yang perlahan dan menyakitkan. Fikiran yang terakhirnya? Mengapakah dahulu aku tidak kisah akan Hakim segala hakim itu (Maz 68:5; Peng 5:8)?
Seorang pemandu lori benci dikenal sebagai pemandu lori. Dia tidak ada kehormatan dalam bidang kerjanya. Dia mula membenci kerjanya. Apabila seorang pemakai jam tangan Rolex, yang memandu kereta berhud, dan yang selalu senyum memberitahu dia tentang kekayaan bertingkat-tingkat dalam jualan sabun yang harganyamelampau itu, dia menjual lorinya dan terus menyertai orang itu sepenuh-penuhnya. Dia baru-baru ini ditemui menggali kubur dengan tangan, dengan stor dia penuh dengan sabun!
Seorang lagi meneliti kewangannya pada akhir tahun. Kunci kira-kiranya itu menunjukkan kurang kemajuan. Bagaimanakah dia dapat menjadi kaya kalau lambat sebegitu? Hari kemudian ialah hari cukai. Kejutan diberikan! Allah dan iblis menggoda dia – Allah bertujuan untuk menyempurnakannya dan iblis ingin membinasakannya. Dia memberi maklumat palsu dalam borang bahawa pendapatannya sedikit sahaja. Dia baru-baru ini ditemui di penjara, tanpa stor yang penuh sabun!
Seorang yang setia menyambut kerja bosan yang Allah beri kepadanya, bekerja dengan tekun dan sabar, menabung dan memberi dengan banyak, membenci bohong dan komplot, memilih kepuasan, mengelak risiko, sungguh-sungguh jujur, mengambil berat akan kawan dan juga musuh. Dan percaya kepada Tuhan untuk roti seharian. Dia baru-baru ini ditemui dengan ladang yang besar, sementara hidup dengan aman dengan seorang isteri, dan menikmati banyak cucu. Kawan-kawannya termasuk Allah sendiri dan orang-orang salih yang terbaik (Yak 2:23; Maz 101:6), dan dia mendapat berkat-berkat yang dijanjikan dalam Mazmur 112 dan 128.