28:21
Memiliki sikap memandang bulu adalah tidak baik: sebab bagi sepotong roti orang itu akan berbuat pelanggaran.
Orang baik selalunya adil. Dia menggiatkan penghakiman benar dan mengelak merosakkan keadilan atau kebenaran. Tetapi orang bebal dan orang durjana akan menunjukkan sikap berberat sebelah, ketika kompromi dapat memanfaat dirinya. Ciri akhlak yang jahat ini menjadikan seseorang rentan kepada godaan-godaan yang paling kecil pun.
Amaran-amaran terhadap sikap suka bergegas atau melulu dalam hal kewangan mengelilingi amsal ini. Ketekunan jerih lelah berkesan, tetapi kesia-siaan gagasan cepat kaya membawa kepada kemiskinan (Ams 28:19). Orang setia bekerja dengan tekun dan diberkati; orang tamak menipu untuk kekayaan dan dihakimi (Ams 28:20). Tamak akan kekayaan, menolak ketekunan jerih lelah, membawa manusia kepada gagasan-gagasan jahat, yang membawa mereka kepada kemiskinan (Ams 28:22).
Alkitab memberi amaran berulang kali terhadap sikap memandang bulu – merosakkan penghakiman kerana keluarga, kawan, orang kaya, orang miskin, atau orang yang dapat memanfaatkanmu. Kesaksamaan sejati dan penghakiman benar tidak pernah mempertimbangkan orang-orang yang terlibat, tetapi memandang hanya kepada fakta dan keadilan kes. Allah mengutuk bentuk kemunafikan ini dan berkompromi dalam banyak kes (Ams 17:23; 18:5; Kel 23:2,8; Ula 1:17; 16:19; 2Taw 19:7; Yak 2:1-10).
Solomo mengisytiharkan di tempat lain, “Ia tidak baik untuk memandang bulu dalam penghakiman” (Ams 24:23). Dan TUHAN Allah mengisytihar melalui Musa, “Kalian tidak akan berbuat ketidakwajaran dalam penghakiman: kamu tidak akan memihak kepada orang miskin, dan tidak akan memihak kepada orang yang berkuasa: tetapi dalam kewajaran akan kamu menghakimi jiranmu” (Ima 19:15).
Semua orang ada sahabat yang istimewa, bahkan Tuhan Yesus Kristus, Yang mengasihi dan Yang memberi keredaan kepada Yohanes (Yoh 13:23). Kesukaan memang wujud di kalangan manusia, yang kita boleh baca tentang orang yang paling baik pun (Kej 37:3; 1Sam 18:1; Flp 2:19-23).Tetapi mana-mana pun kesayangan atau keredaan tidak boleh sesekali pun masuk ke dalam penghakiman sesuatu kes. Orang baik harus melihat kebenaran dan keadilan sahaja.
Seseorang pada mulanya mungkin mewajibkan suatu rasuah yang cukup lumayan untuk menipu dalam penghakiman dan mengkompromikan hasil keadilannya, sebab pengekangannya terhadap korupsi menjauhkannya daripada mempertimbangkan harga yang lebih rendah. Tetapi sesudah dia menyelar hati nuraninya, ia lebih mudah pada kali kemudian. Tidak lama kemudian tahap moral dia direndahkan kepadamelanggari kebenaran untuk hanya sepotong roti seperti yang dinyatakan amsal – nilai yang sangat kurang. Dia sudah memulakan suatu duluan dan dengan itu menggerakkan perlanjutan kejahatan hatinya. Dia besar kemungkinan sudah kekal rosak.
Hai pembaca, pertimbangkanlah sikapmu sendiri yang berberat sebelah. Adakah kamu tidak percaya kepada guru yang mengkritik anakmu kerana kesayanganmu yang sentimental terhadap keturunanmu? Adakah kamu lebih berbudi baik dan melayani ahli-ahli gereja yang lebih kaya daripada orang lain? Adakah kamu lebih berbelas kasihan untuk melangkaui kesilapan kawan daripada kesilapan musuh? Adakah kamu memakai polisi syarikat dengan sama rata kepada kawan dan musuh di tempat kerja? Adakah kamu betul-betul cekal hati di dalam pelayananmu bagi setiap anakmu?
Para pelayan Yesus Kristus diberi amaran yang cukup serius terhadap sikap memandang bulu dan sikap berberat sebelah dalam keputusan-keputusan dan penghakiman gereja (1Tim 5:21). Sebab itulah tanda orang jahanam yang cabul yang mengagumi dan menggalakkan orang yang berkelebihan di gereja (Yud 1:16). Oleh sebab itu, mereka haruslah menjadi lelaki yang tidak dipengaruhi laba kotor. Biar setiap orang mengendahkan amaran ini.
Memandang bulu tidak boleh dicampur dengan agama Yesus Kristus (Yak 2:1), sebab ia langsung tidak sepadanan dengan integriti sempurna Yesus Kristus dan orang kudusnya yang sejati. Musuh Yesus Kristus pun tahu bahawa Dia betul-betul berakhlak mulia dalam hal ini (Mat 22:16). Dan memandang bulu juga merupakan keaiban yang praktikal, sebab orang jenis tersebut yang menjadi godaan kepada orang Kristian untuk memberi keredaan kepada mereka adalah kerap kali musuh-musuh injil (Yak 2:2-10).
Amsal ini mengajarmu kepentingan besar akan keadilan, kebenaran, dan kewajaran. Orang salih akan menetapkan ini dalam hatinya dan membuat keputusan dalam hatinya supaya selalu berkata atau berbuat apa yang wajar, tidak kira apa pun kesan atau pengaruhnya kepada keluarganya, kawannya, atau rakan sekerjanya. Prinsip kesalihan haruslah diterapkan ke dalam anak pada umur kecil dan kemudian dikuatkuasakan.
Amsal ini juga mengajar bahaya preseden, perdayaan dosa, dan kerosakan kepada hati nurani. Sesudah kamu berkompromi dalam keinsafanmu, ia lebih mudah untuk berbuat demikian sekali lagi. Sesudah kamu berbuat itu beberapa kali, kamu akan peroleh suatu kumpulan orang jahat yang mengharapkan lebih banyak daripadamu untuk ganjaran yang semakin kurang. Kamu akan terjerat oleh dosamu dan direndahkan kepada boneka yang tidak dapat ditolong lagi.
Apakah rawatannya? Yesaya memberi itu: “Kuduskanlah TUHAN alam semesta sendiri; dan biar dia menjadi ketakutanmu, dan biar dia menjadi kegentaranmu” (Yes 8:13). Sanjungilah Allah dan kasihNya akan kewajaran setinggi semungkin, dan takut berbuat apa pun untuk melanggariNya. Jangan takut akan mereka yang dapat membunuh tubuh; jangan ada keinginan untuk keuntungan tidak salih jenis apa pun (Luk 12:4-5; Kel 18:21-22). Taruhlah percayamu kepada TUHAN, dan kamu akan menjadi selamat dan diberkati (Ams 29:25; Maz 37:3).