Amsal · Proverbs

28:5
Orang jahat tidak memahami penghakiman: tetapi mereka yang mencari TUHAN memahami segalanya.

Betapa besarnya perbezaan antara manusia! Sesetengah orang tidak dapat memahami hal yang mudah. Orang lain dapat memahami segalanya? Kamu yang mana satu? Orang yang tidak dapat memahami apa pun? Atau orang yang memahami segalanya?

Orang alamiah adalah jahat dan buta. Dia tidak tahu apa yang benar atau salah. Dia begitu dirosakkan dosa dan Syaitan, sehingga dia tidak dapat melihat atau memikir dengan lurus. Dia mencabuli segala yang difikirkannya. Oleh kelahiranmu yang pertama, kamu orang alamiah yang berjalan dalam kegelapan seperti semua orang yang lain (Efe 2:1-3).

Daripada menyembah Penciptanya, manusia sebaliknya menyembah tunggul, ular, dan serangga (Yes 44:9-20; Rom 1:23). Sementara fahaman Pencipta terlalu tinggi bagi generasi ini dan berbunyi terlalu keilahian bagi guru-guru generasi ini, manusia sebaliknya menyembah dirinya sendiri, yang merupakan kebebalan yang tertinggi (Maz 14:1-3).

Orang jahat ialah boneka. Dunia punya allah menggerakkan mereka menurut kehendaknya, dan mereka melangsungkan kehidupan tanpa daya penghakiman yang wajar – mengenal apa yang adil dan yang benar (2Kor 4:4; Efe 2:2; 4:17-19). Si iblis membutakan mereka sehingga jahil tentang dunia ini dan dunia akhirat. Mereka langsung tidak tahu apa pun.

Jika seseorang bercanggah dengan Alkitab, dia ketiadaan cahaya (Yes 8:20; 1Tim 6:3-5). Itulah pendapat Allah, dan orang berhikmah dengan lapang hati menerima itu (Maz 119:128). Orang jahat selalunya belajar – terutamanya dalam zaman teknologi maklumat ini – tetapi mereka tidak akan menemui kebenaran untuk hal yang benar (2Tim 3:7).

Orang jahat adalah jahat, kerana mereka tidak takut akan Allah. Semua orang yang tidak takut akan Allah adalah jahat. Tanpa seorang Pencipta atau moral-moral yang mutlak, mereka tidak dapat tahu apa yang wajar dan apa yang salah. Orang jahat juga jahat kerana mereka tidak membuat keputusan oleh hikmah. Mereka secara bebal membuat keputusan oleh nafsu, perasaan, pragmatisme, kepopularan, tradisi, atau suatu kriteria lain yang memperdayakan.

Kebanyakan orang fikir bahawa hanya Adolph Hitler, Charles Manson, Rasputin, dan para penjenayah yang melampau menggenapi klausa pertama amsal ini tentang kekurangan daya penghakiman. Tetapi itu hanya tiga dalam dunia durjana manusia alamiah. Apakah perbezaan asas moral John Lennon, Sigmund Freud, atau Mahatma Gandi dengan tiga orang di atas itu? Kebanyakan manusia tidak memahami penghakiman yang benar.

Orang jahat dalam amsal tiada takut akan Allah (Maz 36:1-2; Rom 3:18). Mereka orang bebal (Maz 14:1; 53:1). Mereka menanggap permulaan pengetahuan dan hikmah pun tidak. Mereka membuat keputusan menurut kejahilan, nafsu, dan keangkuhan. Mereka mengasihi diri mereka lebih daripada orang lain, dan kehidupan hanya suatu pertandingan untuk melihat siapa yang boleh merebut paling banyak harta. Mereka alat yang rela bagi iblis untuk mengorbankan anak pada masa silam dan juga demikian dengan pengangguran anak pada zaman kini.

Penghakiman ialah kemampuan untuk mengenal apa yang adil dan yang wajar. Dengan menolak Allah dan kehendakNya dalam Alkitab, orang jahat ditinggalkan kepada belas kasihan iblis dan bayangan-bayangan cabul (Pkh 7:29). Binatang tidak merekakan persetubuhan manusia-binatang. Ia hanya lagi satu gagasan hasil manusia yang menolak Allah. Dan mereka menunjukkan lagi besar kebabilan pada hari ini dengan hanya menganggap itu sebagai kekejaman terhadap binatang!

Pemahaman bermaksud mengerti dan menanggap sifat atau kepentingan sesuatu. Orang jahat tidak dapat mengerti apa yang adil dan yang wajar – mereka tidak dapat memahami penghakiman. Mereka tidak dapat melihat sebenarnya apa yang wajar atau salah dalam hal moral dan hal-hal lain, kerana hati mereka sudah buta. Kebencian mereka terhadap Allah dan perintah-perintahNya mengherotkan daya penghakiman mereka.

Orang yang mencari TUHAN takut akan Dia, memegang perintah-perintahNya, membaca FirmanNya, dan berdoa untuk hikmah. Roh Allah di dalam diri mereka mendukung manusia baru mereka oleh penjanaan semula untuk mengenal segalanya (Ayb 32:8; 1Yoh 2:20). Mereka memahami segala sesuatu, baik di dunia ini mahupun di dunia akhirat yang menjelang. Malahan, mereka yang mencari Tuhan memiliki minda Tuhan (1Kor 2:15-16).

Takut akan Allah ialah permulaan hikmah dan pemahaman (Ams 1:7; 9:10; Maz 111:10). Mengenal Allah ialah dasar segala fikiran yang wajar. Tanpa memiliki pandangan wujudnya seorang Maha Pencipta Yang Kudus, hati manusia yang rosak itu tiada batasan untuk menahan bayangan mementingkan diri, khayalan terpesong yang dicadangkan iblis, rekaan durjana dunia yang ditawarkan kepada mereka setiap hari, atau apa pun gabungan tiga sumber kejahatan tersebut.

Menyelesaikan isu tanpa takut akan Allah adalah gila. Apakah yang akan menjadi batasan bagi bayanganmu itu? Apakah batasan yang akan menjadi pedoman bagimu? Apakah yang akan menjadi dasar bagi gagasanmu untuk kesaksamaan? Apakah yang wajar atau salah? Siapakah yang menang, jika adanya orang lain yang tidak bersetuju? Dapatkah ia berbeza pada kali ini daripada kali dahulu? Potensi malapetaka kerana berfikir tanpa batasan yang ditetapkan Allah Yang Maha Bijaksana adalah sungguh besar.

Apakah pandangan dunia kamu? Adakah kamu makhluk yang berasal daripada Sang Pencipta Yang Kudus? Atau adakah kamu hasil daripada berbilion-bilion tahun evolusi yang dibentuk daripada kekosongan? Mungkinkah moyangmu monyet babun? Adakah agendamu berhasrat memajukan bangsa manusia dengan program sosial hasil daripada mimpi di kelas-kelas universiti dan pub? Adakah tujuan hidupmu untuk menggenapi takdirmu? Adakah takdirmu melebihi takdir maut?

Adakah keputusan-keputusan kehidupan ditentukan oleh apa yang akan paling memuaskan nafsu atau keangkuhanmu? Atau patutkah keputusan-keputusan dibuat untuk tujuan mentaati dan menyenangkan Allah yang berhikmah dengan tidak terhingga? Sesudah menyenangkan Allah, adakah kamu keberhutangan untuk mempertimbangkan kesan keputusan-keputusan terhadap orang lain ? Jika kamu harus berbuat begitu, dari manakah kamu belajar itu, dan atas asas apa adanya apa pun dorongan untuk mempertimbangkan orang lain?

Manusia adalah gila kalau terpisah daripada takut akan Allah. Tanpa penahan hikmah ilahi, dia tidak akan memikir dengan betul. Manusia telah membinasakan daya penaakulannya yang sihat di Taman Eden, ketika dia tidak berpuas hati dengan menjadi sungguh baik di dunia yang sungguh baik. Dia ingin menjadi seperti Allah, maka dia memberontak terhadap Allah. Dia merosakkan segalanya. Dia telah mati pada hari itu dalam pemahaman rohani (Kej 2:17).

Baru-baru ini, manusia telah menganggap bahawa hukuman mati dan hukuman jasmani tidakberkesan, bayi harus dibunuh di rahim, burung hantu yang bertompok harus dipelihara sedaya upaya, jenayah rasis berlaku hanya oleh dari arah satu bangsa, perempuan adalah sama atau berdarjat lebih tinggi daripada lelaki, moyang manusia ialah monyet, orang homoseksual adalah kebiasaan dan boleh menjadi ibubapa yang baik, dan sebagainya.

Mereka berhujah bahawa perbelanjaan wang defisit akan membawa kepada kemakmuran, pendidikan seks di sekolah rendah akan mengurangkan kes remaja yang hamil, kesatuan pekerja dapat membekalkan gaji tinggi bagi pangkat rendah tanpa apa pun kesan, senapang harus diharamkan sementara para penjenayah dijaga di rumah dan dilayani di kelab-kelab rekreasi, dan wayang dan permainan video yang ganas tiada peranan dalam jenayah yang ganas.

Mereka ada dusta di dalam tangan kanan mereka namun tidak dapat melihatnya (Yes 44:18-20). Manusia pada zaman kini adalah lebih teruk daripada bapa-bapa leluhur mereka yang menyembah tunggul, sebab bapa-bapa leluhur mereka sekurang-kurangnya menganggap adanya suatu kewujudan allah. Orang jahat yang moden tiada ruang untuk apa pun allah dalam kehidupan mereka. Mereka merupakan penyembah berhala kemanusiaan. Jadi, Allah membutakan mereka dengan lebih lanjut (Rom 1:18-32; 2Tes 2:9-12).

Humanisme ialah sembahyang manusia. Eksistensialisme ialah sembahyang kewujudan. Para pemikir dunia telah mencapai tahap hikmah yang sungguh tinggi. Biar kita bersembahyang kepada diri kita sendiri! Mereka berkata, aku lebih bernilai kerana aku Homo Sapien, dan aku wujud. Kamu harus mengasihi aku kerana alasan itu, kerana aku mengasihi diriku bagi sebab itu. Kamu harus mengasihi aku tanpa bersyarat, kerana akhlak atau perangai tidak bererti.

Mereka berkata, “Mengasihi diri sendiri ialah kasih yang paling besar”. Biar Allah melarangkannya! Mengasihi diri sendiri ialah eufemisme untuk narsisisme, sikap mementingkan diri, dan keangkuhan. Berapa banyaknya pemahaman yang ada pada orang yang memanggil tiga dosa tersebut sebagai kasih yang paling besar? Mereka menggalakkan sikap menghargai diri sementara tahu bahawa para penjenayah di penjara ada kadar harga diri yang paling tinggi. Salomo pernah menulis, “Orang jahat tidak memahami penghakiman”.

Adakah kamu mencari TUHAN? Adakah kamu gementar di hadapan FirmanNya dan kata-kataNya? Adakah kamu merayu kepadaNya untuk cahaya dan pemahaman? Adakah kamu mempertimbangkanNya dan kehendakNya di dalam setiap keputusan? Adakah Dia Warisanmu yang abadi? Adakah Syurga destinasi kegemaranmu? Adakah kewajaran menurut apa yang dimaksudkan TUHAN menjadi pedoman moral bagi perangaimu? Adakah kekudusan keindahan alam semesta?

Maka kamu akan menemui pemahaman segalanya. Kamu akan tahu dari manakah datangnya manusia, seluruh tujuannya dalam kehidupan, dasar untuk perhubungan yang berhasil, damai sejahtera yang melampaui segala pemahaman, pengampunan dosa oleh Yesus Kristus, Hari Penghakiman, dan harapan kemuliaan abadi. Semua ini dan segalanya yang lain akan menjadi mudah bagimu untuk faham.

Pertimbangkan. Orang yang mencari Tuhan akan menjadi pasangan yang hebat, sebab dia tahu apa yang adil dan wajar dalam perkahwinan daripada Allah dan Alkitab. Seseorang yang mencari Tuhan akan menjadi seorang pekerja yang hebat dan/atau majikan yang hebat kerana sebab-sebab yang sama. Kamu tidak mahu berada di kalangan mana-mana pun orang yang lain, jika kamu ada pilihan, tetapi dunia ini kebanyakannya orang jahat.

Siapakah yang ingin menghadapi perbicaraan oleh orang juri yang sebaya, kecuali sebaya-sebaya itu takut akan Allah? Ia suatu persendaan keadilan dan penghakiman untuk merendahkan keputusan-keputusan mahkamah kepada persetujuan sebulat suara orang yang kurang, atau tidak habis sekolah menengah, tiada apa pun untuk dibuat kecuali mengumpulkan wang saku daripada mahkamah kerana hadir, dipilih kerana mereka tiada apa pun pendirian moral, dan yang Pencipta mereka sudah berkata tidak dapat memahami keadilan dan penghakiman yang sebenar. Haruskah suatu perbicaraan oleh juri dihebohkan sebagai suatu rekaan manusia yang paling besar oleh masyarakat yang merdeka? Cuba fikir semula!

Jika kamu mencari Allah dengan segenap hatimu, kamu akan menemuiNya (Yer 29:13). Ketika kamu menemuiNya, Dia akan memberi Hikmah di dalam jiwamu untuk memahami segalanya. Kamu akan tahu apa yang berkenaan dengan kehidupan ini, dan kamu akan tahu apa yang menjelang yang tidak terkatakan. Kamu akan memahami apa yang alamiah dan apa yang rohaniah. Kamu akan menanggap kehidupan, maut, dan hidup yang kekal. Kamu akan memahami dan menemui sukacita, damai sejahtera, dan harapan yang orang lain tidak dapat tahu atau tidak miliki.

Carilah Allah sekarang. Tiada waktu yang lebih baik daripada sekarang. Pergilah kepadaNya dengan iman dan doa supaya merendahkan dirimu dan mencariNya seperti yang diterangkan amsal ini. NamaNya TUHAN Jehovah. Pergilah ke Yesus Kristus, AnakNya, sekarang juga dan rayulah untuk belas kasihan bagi jiwamu yang bebal. Kemudian berilah Dia segala kemuliaan untuk pemahaman yang wajar bagi segalanya sementara kamu menyelami FirmanNya yang murni.