28:6
Lebih baik orang miskin yang menjalani hidup dengan kejujurannya, daripada dia yang babil dalam jalan-jalannya, walaupun dia kaya.
Apakah kejayaan yang benar? Adakah kamu berjaya? Jika kamu percaya kepada amsal yang berilham ini, maka kamu akan belajar bahawa kejayaan ialah kehidupan yang dijalani dengan benar tidak kira harta milik dan sebaliknya kegagalan ialah kehidupan yang dijalani dengan bebal tidak kira harta milik. Terimalah hikmah yang salih ini, dan tolaklah gagasan-gagasan dunia akan kejayaan yang berbohong.
Akankah kamu percaya kepada kata-kata ini? Allah Pencipta telah mengilhamkannya, dan dunia punya orang yang paling berjaya telah menulisnya – raja dengan paling banyak hikmah dan kekayaan. Apakah yang menghalangmu daripada percaya kepada kata-kata kebenaran ini? Fikirkah kamu bahawa dirimu lebih bijak daripada Salomo?
“Lebih baik” menandakan keutamaan kehidupan menurut Allah dan Salomo, yang merupakan salah satu cara untuk mengajar hikmah dalam kitab ini. Adakah kamu takut akan Allah dan cukup mendambakan hikmah untuk percaya akan itu? Dapatkah kamu dengan mudah memberi lebih penekanan kepada kehidupan yang jujur daripada mata pencarian, dan mengekalkannya demikian?
Dapatkah kamu berpuas hati dalam kemiskinan? Atau haruskah kamu mencapai tahap orang kelas menengah untuk baru menjadi puas hati dengan kejujuran? Sila maklum bahawa Sang Pengkhutbah telah menyanjungi orang miskin dalam amsal ini. Daud dan Salomo mengajar bahawa sedikit dengan kesalihan lebih baik daripada kekayaan tanpa kesalihan (Maz 27:4; 37:16; 84:10; Ams 15:16; 16:8,19; 19:1,22). Peluklah kebenaran ini.
Berjalan dalam kejujuran adalah untuk memilih gaya hidup yang mengekalkan integritimu di hadapan Allah dan manusia dengan selalu melakukan apa yang kudus, benar, adil, dan mulia. Adakah ini keghairahanmu? Cita-citamu haruslah adanya Allah yang senang hati denganmu dan orang baik bersukacita dalammu.
Kebanyakan orang menjalani hidup yang babil, dengan memilih gaya hidup yang tidak mengendah dan melanggari firman dan ketetapan-ketetapan Allah. Pilihan-pilihan mereka dalam kehidupan mementingkan diri sendiri dan durjana, yakni tidak benar. Inilah apa yang kebanyakan orang pilih, dan ia menjadikan Allah sebagai musuh mereka (Yak 4:4).
Pilihan di antara kehidupan yang jujur dan kehidupan yang babil akan sama ada membawa keberkatanmu ataupun kejatuhanmu, bergantung kepada pilihanmu (Mat 7:13-14,21-27; 1Tim 6:17-19). Seberapa banyak jumlah wang pun tidak dapat menyelamatkan jiwamu daripada masalah baik di sini mahupun di akhirat, jadi ia memang kurang bernilai untuk kejayaan.
Dunia menyukat kejayaan dengan apa yang memuaskan mata, tubuh, dan keangkuhan (1Yoh 2:15-17). Dan iblis memakai damak-damak api untuk menyemarakkan itu (Luk 4:5-8). Dapatkah kamu menolak kedua-dua pengaruh itu oleh iman dalam firman Allah? Kamu memilih hari demi hari apakah sumber pengaruh yang akan menjadi pedoman keputusan-keputusanmu.
Paulus telah mengesahkan amsal ini dengan menulis, “Tetapi kesalihan bersertakan kepuasan ialah keuntungan besar” (1Tim 6:6). Dan dia telah mengutuk cita-cita kewangan (1Tim 6:7-10). Orang miskin, yang menjalani kehidupan yang salih, dan yang memilih untuk berpuas di dalam jawatannya dan pendapatannya, ialah sukatan kejayaan yang sebenar. Allah meluluskannya, dan dia berbahagia dengan apa yang dimilikinya. Betapa besar berkat keadaan itu!
Adakah kamu bersyukur bagi kejayaan sejati yang telah diberi Allah kepadamu? Jika kamu menjalani hidup yang salih dengan kejujuran dan kepuasan dalam kehidupanmu, Allah telah memberkatimu oleh rahmatNya untuk ada keinginan-keinginan ini dan untuk mengejar hal-hal itu (Flp 2:12-13). Dan jika kamu ada sumber untuk belajar jalan kewajaran, yakni Gereja Alkitabiah dengan pastornya, maka kamu sudah memiliki segalanya yang diperlukanmu.