Amsal · Proverbs

29:15
Tongkat dan teguran memberi hikmah: tetapi seorang anak yang terbiar membawa malu kepada ibunya.

Di sinilah emas sejati! Lod ibu hikmah! Sungguh besar keuntungannya kalau dituruti dan sungguh besar kerugiannya kalau diabaikan. Jika kamu tidak mempedulikan hikmah yang berilham supaya sebaliknya mengikut karut duniawi, kesan-kesan yang cukup pedih akan terjadi. Tetapi jika kamu merendahkan dirimu di hadapan amsal ini dan mengamalkannya, kamu akan diberkati.

Raja Solomo mengajar didikan anak. Dia menjelaskannya – dia menjaminnya – dan dia memberi amaran tentang pengabaiannya. Kejayaan masa depan dan kemakmuran bangsa Solomo begantung kepada ini, sama seperti kejayaan masa depan dan kemakmuran keluargamu begantung kepada ini. Dengarlah raja yang berilham!

Pepatah Amerika yang singkat, “Sayang memakai rotan, rosaklah anak”, adalah benar (Ams 13:24; 19:18; 23:13-14). Tetapi “Sayang memakai rotan, dan malulah ibubapa”, juga benar, seperti yang amsal ini isytiharkan. Mendidik anak ialah usul yang menang dua kali: kanak-kanak untung, dan ibubapa untung.

Semua kanak-kanak dilahirkan dengan sifat yang condong kepada kebebalan, dan mereka harus diperbetulkan oleh teguran dan rotan supaya mereka belajar hikmah dan beroleh kejayaan (Ams 22:6,15; 29:17). Inilah salah satu peraturan yang paling mudah dalam kehidupan, dan ia paling pasti. Jika kaedah-kaedah mendidik anak ini diabaikan, anak akan menjadi suatu keaiban yang pedih kepada ibubapanya.

Adakah kamu ingin supaya anak-anakmu menjadi berhikmah? Hikmah ialah daya penghakiman yang betul. Ia merupakan pengetahuan akan tindakan yang betul dalam apa pun situasi – dan melakukannya! Hikmah menjamin keredaan dengan Allah dan manusia (Luk 2:52). Ia akhlak orang yang salih yang menjadikannya bernilai kepada semua kehidupan yang dijamahnya. Ia akan membawa kejayaan kepada apa pun usaha yang diceburi anak.

Kanak-kanak dilahirkan jahil; mereka harus diajar perkara-perkara yang paling mudah. Teguran ialah amaran terhadap perangai yang salah. Tongkat adalah untuk hukuman fizikal, untuk memperkuatkan teguran yang lisan. Sementara anak bertumbuh, kebebalan kelihatan dalam hatinya (Ams 22:15). Tetapi tongkat pembetulan akan menjauhkan kebebalan – ia akan mengajar anak hikmah (Ams 22:6,15; 29:17).

Anak yang dididik dengan wajar berdisiplin, bertekun, dan mengabdikan diri. Anak perempuan menjadi berbudi baik, suka mengasihi dan suci. Anak lelaki menjadi mulia, teguh, dan boleh dipercayai. Mereka setia dan berhasil dalam panggilan mereka, menambat hati dan berbudi bahasa ketika di depan orang ramai, bermoral dan mulia ketika bersendirian, dan disanjungi oleh semua yang mengenal mereka. Inilah hikmah; pemakaian teguran dan tongkat dengan betul akan menghasilkan itu.

Negara-negara dahulu mengenal aksiom asas ini tentang didikan anak. Sebatan merupakan cara sedunia untuk pengekalan tata tertib di rumah, di sekolah dan di tentera. (Lihatlah daftar untuk “flogging” [sebatan] di dalam ensiklopedia Britannica sebelum organisasi duniawi mengugut untuk itu disunting). Tetapi banyak orang pada zaman ini dengan bebal sedang bereksperimen dengan kanak-kanak.

Sementara sudah padat secara intelek dengan tekaan-tekaan cabul tentang asal usul kehidupan dan kemoralan (1Tim 6:20), pendapat-pendapat mereka yang keperempuanan dan yang permisif [tidak mengawal] telah menghasilkan anak-anak yang angkuh, bebas dari landasan akhlak, dan yang suka anarki [memberontak terhadap kekuasaan] dan anak-anak ini ialah keaiban yang keji. Kalau disukat dari segi takut akan Tuhan, hikmah salih, dan kehidupan yang tenang, mereka rosak sepenuh-penuhnya. Satu generasi dengan keseluruhan sudah dibuang ke dalam longkang! Di manakah datuk punya rotan, ketika ia diperlukan dengan cukup terdesak?

Daripada mendidik anak dengan kaedah-kaedah terbukti iaitu teguran dan hukuman rotan, anak pula diberitahu bahawa dia istimewa dalam keadaannya yang terbiar sebegitu. Johnny dimanjakan, dimuakan, dan dipuji tidak kira apa pun yang dilakukannya terhadap dirinya atau kepada sesiapa pun yang lain. Rengekkannya dipanggil sebagai ekspresi [luahan suara hati]; kekurangan kawalan diri dipanggil sebagai hiperaktif [terlampau aktif]; pemberontakannya dipanggil sebagai kemerdekaan; suka berpasangan banyak dipanggil sebagai kelimpahan kasih sayang; keganasannya dipanggil sebagai keperibadian perwatakan yang kuat; dan perbuatannya membakar harta orang lain dipanggil kreativiti yang spontan!

Ketika Johnny menjadi terlalu ganas untuk dikendalikan, jururawat sekolah memberinya Ritalin atau ubat narkotik yang lain untuk menenangkannya. Jika itu tidak mencukupi, dia dialihkan kepada rumah anak angkat atau rumah pesakit otak. Dia akhirnya menjadi suatu eksperimen sosial yang diberi dadah, yang dibuang, yang dicerai, yang disfungsi, dan yang murung. Terima kasih, hai Ben Spock, untuk hikmahmu. Tetapi sudah tentulah, kamu lebih faham sekarang, sebab kamu pun telah pandai-pandai mendapat tahu bahawa gagasanmu sudah salah sebelum kematianmu.

Anak-anak yang rosak datangnya daripada ibubapa yang rosak, yang telah mensenyawakan mereka secara jahil atau secara berniat jahat, dan kemudian meninggalkan mereka di suatu suasana yang tidak berdisiplin dengan penuh sikap memuaskan diri bagi kebinasaan mereka. Ibubapa demikian betul-betul terhina. Tetapi generasi yang maju pada hari ini berbuat apa yang sama – dengan cara sedar dan bongkak. Dengan memakai kemajuan pendidikan terkini yang diheboh-hebohkan! Ia sungguh hairan bagi orang-orang yang boleh berfikir untuk melihat kegilaan sedemikian disebut sebagai kemajuan.

Pertimbangkan kemajuan sedemikian! Seorang anak “terbiar” dengan televisyen, iaitu alat yang menyembur racun neraka dengan menarik bersertakan cahaya dan bunyi yang memukau. Dia tidak perlu dilahirkan di dalam rumah pelacur; rumah pelacur dibawa kepadanya. Dia tidak memerlukan seorang pembunuh sebagai ayah; dia diberi hiburan dengan tayangan pembunuhan berjam-jam setiap hari. Daripada adanya barua dan pelacur sebagai ibubapa, dia sekarang ada doktor dan isterinya yang sosialit sebagai isteri. Betapa maju itu!

Pertimbangkan kemajuan! Seorang anak “terbiar” di rumah asuhan anak yang mendidik dari umur 3 sampai 24 tahun. Di situ dia diberi makan dan diampu oleh misi, yang tidak pernah bekerja sehari pun di dunia yang sebenar. Sementara terdidik di ibu pejabat agama Ben Spock, mereka dilarang dengan tegas untuk memberitahu Johnny bahawa dia salah dan dilarang untuk memakai rotan untuk memperbetulkannya. Johnny dengan cepat belajar apa yang dia tahu selalu – dunia dijadikan untuk dia berbuat sesuka hati.

Datuk membesar di kebun. Dia tahu anak jantan lembu membesar menjadi lembu jantan dewasa. Dia tahu dia sama ada harus membantu lembu jantan menjadi lembu kembiri, atau dia harus memakai tongkat yang besar! Dia tahu bahawa kuda jantan ialah stalion. Dia tahu dia sama ada harus membantu anak kuda jantan untuk menjadi kuda kembiri, atau dia memerlukan kekang dan cemeti! Dan dia tahu dengan cukup jelas bagaimana untuk membantu Johnny mentaati hukum, mengongsikan permainan dengan adiknya, menjadi jujur, dan tidak bermain dengan api! Datuk memang tahu Amsal 26:3 dan 29:15!

Datuk sedar akan sifat-sifat binatang yang semula jadi dan bagaimana mengubahkannya untuk mendapat perangai yang baik. Ia sungguh menakjubkan apa yang datuk dapat buat dengan kuda yang sudah dididik dengan baik, sama seperti pelatih kuda dan joki pada hari ini. Ayahnya telah memakai latihan yang sama kepadanya pada umur remajanya, dan dia memakai itu untuk membantu Johnny. Johnny tidak pernah memerlukan ubat Ritalin! Luar biasa! Walaupun dia hanya ada pendidikan tahap darjah enam, dia dapat membaca Alkitab King James dan surat khabar!

Datuk tidak faham mengapa Susie yang fahaman sosialis memenuhi desa penuh dengan risalahnya yang berbudaya baru yang berbunyi, “Kanak-kanak tidak boleh dipukul”. Dia tahu bahawa lembu-lembu jantannya dan kuda-kuda jantannya berbahaya tanpa beberapa “peringatan” yang fizikal. Tetapi sementara telah terdidik di kota yang penuh bangunan bertingkat tinggi, Susie tidak pernah mendidik apa pun melebihi ikan emas. Segala yang dia pernah buat adalah hanya memberi makan kepada ikan emasnya, maka dalam kejahilannya dia menerima ajaran baru dari Persatuan PIBG untuk dicubai dengan kanak-kanak.

Amaran tentang anak yang “terbiar” bukanlah amaran terhadap pusat asuhan anak atau sekolah sendiri; ia merupakan amaran kepada ibubapa tentang pengabaian pembentukan akhlak kanak-kanak. Pusat asuhan anak atau sekolah yang baik akan melibatkan tongkat dan teguran di dalam program mereka. Tetapi jika tugas ibubapa tidak dilaksanakan, baik secara langsung mahupun secara tidak langsung, maka masa depan yang pedih dan yang bermasalah menjelang, ketika kedua-dua ibubapa akan berdukacita kerana anak-anak mereka yang bebal (Ams 10:1; 17:25).

Hai pembaca, adakah kamu faham bahawa dasar-dasar hikmah sedang dibinasakan? Apa yang dahulu aksiom sekarang sudah diketepikan untuk khayalan-khayalan inovatif jurutera sosial, yang tidak pernah mendidik binatang atau membangunkan kanak-kanak dengan akhlak yang bermoral. Hikmah ilahi dan hikmah alamiah dengan enam ribu tahun pengalaman dibuang untuk bebelan penyembuh psiko [memakai jiwa untuk mengubati] yang fikir tambahan gula-gula akan mendidik anak dengan sungguh baik.

Pertimbangkan tongkat. Sementara kanak-kanak membesar, didikan dengan kawalan digantikan dengan didikan dengan arahan – peraturan di bilik air menggantikan kain lampin. Peralihan ini kurang memakai tongkat dan lebih memakai teguran, sementara hati nurani anak semakin membangun. Didikan menjadi hampir sama sekali arahan sahaja pada umur remaja, dengan hanya sesetengah keperluan yang istimewa yang memerlukan tongkat. Ini bukan sains kejuruteraan roket, dan ia tidak memerlukan kemahiran angkasawan untuk mempelajarinya! Solomo mengajarnya bagi setiap ibubapa.

Kalau secara sendiri sahaja, tongkat menghasilkan ketakutan hamba abdi, yang bukanlah matlamat didikan anak. Tanpa kasih sayang, kamu akan menawar hati anak (Kol 3:21). Kalau dipakai dengan kasar, kamu akan menghasilkan kebencian pahit yang akan menyakitimu kelak (Ams 29:21). Tanpa simpati, kamu tidak mencerminkan Tuhan (Maz 103:13). Tanpa belas kasihan, Dia akan menghakimimu tanpa belas kasihan (Yak 2:13). Dan Tuhan Yang Maha Berbahagia melihat setiap perkataan teguran dan setiap pemakaian tongkat (Pkh 5:8). Berhati-hati!

Sekarang, apakah yang akan kamu buat dengan hikmah berilham Raja Solomo? Allah dan raja telah mengongsikan nasihat yang berharga denganmu untuk kejayaan dan kemakmuran keluargamu. Betapa hebatnya berkat ini! Ini bukanlah suatu ayat daripada esei ijazah tentang psikologi kanak-kanak yang ditulis oleh seorang gadis yang pencapaiannya yang paling besar adalah untuk memberi makan kepada ikan emas. Ini merupakan peraturan Allah yang berilham untuk bagaimana menerapkan hikmah kepada kanak-kanak. Hikmah ini disampaikan kepadamu melalui raja yang paling berhikmah di dunia.

Jika kamu dengan rendah hati menerima arahan, kamu boleh membentuk dan melentur anak-anak berhikmah untuk berjaya di dunia bagi keuntungan dan kenikmatan mereka dan untuk dirimu sendiri juga. Jika kamu menyangkal, menolak atau mengabaikan peraturan Allah dan Solomo, maka kesan-kesan yang pasti datang ialah keaibanmu kerana telah menghasilkan anak-anak yang rosak, yang memberi masalah dan yangdunia pandang hina dan akan menghukum. Pilihan ini terpulang kepadamu. Hasil masa depan adalah pasti.Allah dan Solomo menjaminkan itu.