29:14
Raja yang membela orang miskin dengan setia, takhtanya akan dimantapkan selamanya.
Cara gabenor-gabenor dunia melayani orang miskin memberi kesan yang kuat kepada bangsa-bangsa. Salomo memberi amaran-amaran yang serupa di tempat yang lain (Ams 20:28; 28:16; 29:4). Ibu kepada Raja Lemuel menekankan itu juga (Ams 31:8-9).
Kehidupanmu juga bergantung kepada bagaimana kamu melayani orang miskin (Ams 14:21; 19:17; 21:13; 28:8,27; 29:7). Di sinilah jalan yang mudah untuk berkat-berkat Allah. Adakah kamu orang yang mempertahan dan yang dermawan kepada orang miskin?
Allah telah memantapkan para penguasa sivil sebagai salah satu daripada lima lingkungan kekuasaan bagi manfaat orang yang tidak boleh mempertahankan diri mereka sendiri. Keluarga-keluarga individu tidak boleh melindungi diri mereka pada waktu peperangan, maka gabenor-gabenor mengerah askar untuk melindungi seluruh negara. Orang miskin tiada jalan untuk menahan atau mengalahkan para penindas yang kaya, maka gabenor-gabenor harus bercampur tangan bagi mereka.
Daud telah menulis, “Ayah kepada yang tidak berayah, dan seorang hakim bagi orang balu, ialah Allah dalam kediamannya yang kudus” (Maz 68:5). Para penguasa yang takut akan Allah tahu bahawa hukum-hukumNya yang kudus akan mempertahankan si balu dengan anak-anaknya. Daniel memberi amaran kepada Nebukadnezar bahawa dia dapat melanjutkan ketenteramannya dengan menunjukkan belas kasihan kepada orang miskin (Dan 4:27). Inilah peraturan bagi orang salih dan bagi sains politik yang berhikmah.
Orang miskin – balu, anak-anak mereka, atau orang lain – memerlukan pelindung daripada orang yang mungkin mengambil kesempatan ke atas mereka kerana keadaan mereka yang mudah terpengaruh dan yang lemah. Oleh sebab itu, Allah mentahbiskan kerajaan sivil dan memantapkan hukum-hukum bagi perlindungan mereka (Ams 22;22-23; 23:10-11; Kel 22:22-24; Ula 27:19; Maz 12:5). Peraturan hikmah ini adalah penting kepada Allah dan patut penting juga bagimu.
Negara-negara bangkit atau jatuh bergantung kepada prihatin mereka untuk orang miskin, yakni orang miskin yang kena bencana dalam kehidupan. Allah tidak menghormati apa pun teori sosialis di negara-negara yang berasaskan kebajikan. Hanya orang yang dilumpuhkan bencana dunia ialah orang yang harus menerima kebajikan atau belas ihsan, dan keperluan-keperluan yang diambil kira ialah makanan, pakaian, tempat teduh, dan kecemasan untuk perubatan. Apa pun perubahan kepada keperluan-keperluan tersebut menjadi dosa.
Amerika bermegah di dalam Patung Liberty [kebebasan], “Berilah kepadaku orang ramaimu yang letih lesu, yang miskin, dan yang berhimpit-himpit dengan kerinduan bernafas dengan bebas”. Namun, Amerika menyedut keluar tubuh bayi yang belum dilahirkan kerat demi kerat pada kadar 3000 bayi sehari, 1.2 juta setahun, walaupun mereka ingin bernafas bebas! Anak-anak yang belum dilahirkan benar-benar miskin, harus dilindungi, dan akan pasti diberi pembelaan dengan balas dendam Tuhan (Kel 21:22-25).
Jenayah-jenayah negara dikenali oleh undang-undang umum, dan kejatuhan negara-negara tersebut di bawah penghakiman Allah juga akan diketahui. Apakah yang Allah fikir tentang negara yang menumpahkan darah orang yang tidak bersalah? “Dia yang bertakhta di syurga akan ketawa: Tuhan akan menganggap mereka sebagai bahan senda. Lalu dia akan berbicara kepada mereka dalam murkanya, dan menggemaskan mereka dalam ketidaksenangannya yang besar” (Maz 2:4-5).
Bagaimana pula dengan dirimu? Agama yang sejati adalah lebih daripada kebaktian di gereja atau aktiviti-aktiviti keagamaan – ia melibatkan pelayanan kepada yang miskin dan yang keperluan dan menjalani kehidupan yang kudus (Yak 1:27). Memberi kepada orang miskin dengan iman kepada Allah menunjukkan hidup yang kekal (Mat 25:31-46; 1Tim 6:17-19). Allah mencari orang yang berbuat demikian untuk memberkati mereka sekarang dan kemudian (Ula 15:7-10; Maz 41:1; Yes 58:5-12).
Adakah kamu faham keutamaan Allah untuk belas ihsan [kebajikan] yang wajar? Alkitab dengan terus-terang mengajar kehendak Allah tentang sikapmu yang harus mengambil berat orang miskin. Dia mentakrifkan orang miskin; Dia menetapkan aturan prihatinmu; Dia mentakrifkan keperluan-keperluan yang sejati. Kamu harus membantu orang yang benar-benar miskin di dalam keluargamu dahulu, kemudian orang di gerejamu, kemudian orang yang beriman sejati, dan kemudian orang yang ditempatkanNya di hadapanmu di dalam kegiatan-kegiatan biasamu.
Yang selari dengan maksud amsal ini, takhta Yesus Kristus dimantapkan selama-lamanya (Maz 45:6-7; Ibr 1:8-9). Dia menyembuhkan orang miskin daripada semua penyakit, memberkati orang yang miskin dalam roh, mengkhutbahkan injil kepada mereka, menterbalikkan rancangan pengugut dan penindas mereka, mengajar orang kaya untuk melayani mereka, dan Dia mempunyai tabung derma untuk keperluan-keperluan yang mendesak. Jika kamu sudah memakai namaNya, adakah kelakuanmu seperti kelakuanNya?