Amsal · Proverbs

29:16
Apabila yang jahat digandakan, pelanggaran bertambah: tetapi orang benar akan melihat kejatuhan mereka.

Belajarlah di sini akan aliran, pilihan raya, majoriti, dosa, masa depan, dan pandangan hidup. Allah dan Salomo menghendaki kamu memahami apa yang sedang berlaku dan akan berlaku di dalam dunia. Setiap amsal ditulis untuk mengajar kamu hikmah, termasuk amsal ini. Sementara dunia semakin merosot, kamu patut memahami mengapa dan jangan hairan. Kamu juga patut mengenal masa depan dunia ini yang sudah pasti. Di sinilah hikmah yang penting untuk kehidupanmu dengan suatu perlawaan yang besar yang ditanam di dalam satu perkataan sahaja.

Orang jahat suka akan majoriti – mereka memerlukan keramaian orang sebelum membawa dosa-dosa mereka dari persembunyian ke khayalak umum. Mereka ingat bahawa bilangan boleh membenarkan pendapat dan amalan mereka. Sementara aliran-aliran baru timbul, orang jahat melompat ke dalam wadah dosa, sebab hati dan minda mereka selalunya berdosa. Mereka mendambakan galakan daripada orang majoriti untuk menjadikan kekejian dan derhakaan mereka umum. Hasilnya ialah penambahan kejahatan yang memuncak naik seperti pada zaman ini.

Pertimbangkan hukum ini. Sementara kejahatan bertambah sekadar dengan mana-mana populasi, keseluruhan kejahatan bertambah dengan lebih cepat disebabkan pertumbuhan majoriti yang memberi sokongan kepada pemberontakan individu yang lebih banyak. Ia kadang kala sukar untuk menyisih pertumbuhan bilangan orang dengan kadar kerosakan akhlak kerana kita kerap kali nampak kedua-duanya bertambah bersama. Apabila faktor-faktor ini bergabung bersama, kejahatan boleh meledak.

Ada banyak sebab mengapa orang jahat berganda dan kejahatan bertambah. Salah satu sebab yang tidak diketahui kebanyakan orang kerana kejahilan pengetahuan Alkitab mereka, ialah Allah mengeraskan hati manusia untuk melakukan lebih kejahatan dengan memakai kedua-dua kemakmuran dan kesusahan untuk memperbenarkan hukuman besar Allah kepada mereka bagi dosa-dosa mereka (Kel 7:3; 9:16; 1Sam 2:25; Maz 106:14-15; Yer 48:11; Rom 1:18-32; 2Tes 2:9-12). Biarlah TUHAN dibesarkan! Kalau ini pun tidak diketahuimu, maka kamu langsung tidak dapat mula mendapat pandangan yang betul.

Kerajaan yang rosak dan pemerintah yang berdosa menambahkan kejahatan dengan teladan kebebalan dan dosa mereka di jawatan-jawatan tinggi (Pkh 10:5-7; 3:16; Es 1:16-18). Semua ini berlaku dengan menggubal undang-undang yang meluluskan dosa (Dan 3:1-7; Es 3:15), dengan tidak menghukum penjenayah dengan wajar (Pkh 8:11), dan dengan tidak memberi ganjaran kepada rakyat yang telah berbuat baik (Es 2:21-23). Penguasa yang benar di dalam apapun segmen masyarakat boleh mengekang kejahatan dengan teladan dan penguatkuasaan undang-undang (Ams 20:8,26; Kej 18:19).

Kemerosotan keagamaan yang benar menambahkan kejahatan. Mimbar adalah di mana hamba yang dipilih Allah berkhutbah dengan keras menentang dosa (Yes 58:1). Ada sesuatu ketika, ketegakan moral negara Amerika dipengaruhi besar oleh itu. Tetapi para pendosa tidak suka akan khutbah sedemikian, maka mereka memohon untuk mesej yang lebih berlemah-lembut daripadapara penyesat seperti Joel Osteen dan Joseph Prince (Yes 30:8-14). Apabila ini berlangsung, seperti yang sedang berlaku di seluruh dunia sekarang (2Tim 4:3-4), kejahatan bertambah. Daripada bahan pengawet kebenaran seperti garam, mereka lebih bagaikan bahan api di atas nyala api (Mat 5:13).

Pendidikan humanistik menambahkan dosa. Apabila pembenci Allah memasukkan teori evolusi di sekolah, mereka membasmikan kongkongan Pencipta berserta hukum-hukum moralNya dan kuasaNya untuk menghukum di dunia ini dan di akhirat. Dengan berhala-berhala eksistensial mengasihi diri sendiri dan menghargai diri, kanak-kanak boleh melakukan apa sahaja yang diingini dengan hanya berpandukan sikap menyenangkan diri sendiri. Ketakutan Allah yang menjadi kongkongan sudah hilang (Maz 4:4; 14:1-5; 36:1; Ams 9:10; Pkh 12:13-14).

Kenikmatan yang tak bermoral menambahkan dosa. Band muzik Beatles dan Hollywood merosakkan moral di semua tempat, sementara mereka merosakkan diri sendiri. Budak-budak berambut pendek dengan skirt dan tali leher putih daripada Liverpool dengan cepat merosot kepada kebingungan dadah, dan menjadi para pengikut rumah pelacur Hamburg dan guru-guru Hindu. Pertimbangkan perbezaan antara wayang Ben-Hur (1959) dan Titanic (1997). Industri hiburan terkutuk di hadapan Allah (Maz 101:3; Ams 14:9; Rom 1:32).

Media-media massa, yang banyak mempengaruh pandangan masyarakat akan peristiwa-peristiwa, menambahkan kejahatan. Sudah lama mereka tidak ikhlas melaporkan apa pun persoalan moral – mereka tidak mampu melakukan itu kerana sebab-sebab yang tersebut di atas. Mereka mempertahankan dan mempromosikan kegilaan sama yang diajar di sekolah dan glamor di medan hiburan. Kecondongan cerita mereka dalam semua persoalan moral dan kebencian mereka untuk Kristian Alkitabiah mendedahkan keibilisan agenda mereka. Mereka siap untuk kejatuhan teruk.

Kemajuan teknologi telah menambahkan kejahatan. Pengaruh-pengaruh yang disebut di atas kurang berkesan tanpa kemampuan moden untuk mendedahkan dosa bumi kepada individu dengan kos yang murah sahaja. “Dosa-dosa tekno” ialah istilah yang menjelaskan teknologi yang memperbolehkan atau memajukan kejahatan. Ciptaan yang pintar adalah baik (Ams 8:12), kalau dipakai untuk kemuliaan Allah, kebenaran manusia, atau untuk memajukan tahap kehidupan. Setiap ibubapa pada zaman kini sedang berdepan dengan ancaman-ancaman kepada anak mereka pada tahap yang tidak pernah dibayangkan.

Urbanisasi (proses maju ke status bandar) menambahkan kedurjanaan. Desa adalah lebih baik daripada bandar. Sementara orang meninggalkan desa yang mempunyai tata tertib yang berhikmah, tradisi yang selamat, dan kurang cara untuk berdosa dibandingkan bandar, dosa akan bertambah. Semakin mereka padat berhijrah ke bandar, semakin amsal ini lebih nyata. Allah mengenalpastikan faktor ini apabila manusia bersatu di Babel untuk memberontak terhadapNya (Kej 11:1-9). Dia membahagikan bangsa-bangsa dan menetapkan batasan-batasan bagi kebaikan rohani (Kis 17:26-27).

Banyak lagi yang boleh dibicarakan tentang punca-punca yang menyebabkan manusia jahat berganda dan menambahkan pelanggaran mereka terhadap hukum-hukum Allah. Mereka yang berhikmah dan yang ada pemahaman akan waktu akan mempertimbangkan hal-hal ini dengan serius dan mengkajinya dengan lebih teliti (1Taw 12:32; Est 1:13; Pkh 8:1). Inilah masa yang membahayakan pada zaman akhir yang telah diramalkan Alkitab (2Tim 3:1-17; 4:1-4). Dengarlah amaran Allah: bersiap sedia menentang keadaan dosa yang lebih besar.

Saat bola salji ini memulai turun, ia bertambah dalam kelajuan dan saiz. Sementara orang jahat bertambah di dalam bilangan dan pemberontakan individu, hasilnya ialah penambahan kejahatan yang berlipat-ganda. Jika ada beberapa faktor yang bekerjasama sekali gus, ketika semua bahagian masyarakat sedang berasak-asak ke dalam dosa dengan pelbagai pengaruh, dan Allah membiarkan itu berlaku, maka bolehlah kamu dengan tentu kira sesuatu malapetaka besar akan berlaku untuk membinasakan mereka semua supaya yang benar melihat dan menyaksikannya. Amin!

Pertimbangkan gambaran pelajaran ini. Untuk 1500 tahun sesudah kejadian bumi, orang jahat bertambah dalam bilangan kerana poligami (Kej 4:19; 6:1-2). Penambahan bilangan ini membawa lebih keberanian untuk berdosa, yang telah dilihat Allah (Kej 6:5). Dalam amarah yang kudus, Allah membinasakan mereka semua dan melemaskan mereka di dalam banjir sedunia (Kej 6:6-7). Dia menyelamatkan Nuh yang benar dan keluarganya, yang telah menyaksikan seluruh populasi dunia mati lemas (Kej 6:8; Ibr 11:7).

Pertimbangkan satu lagi gambaran. Orang jahat berkumpul di dataran yang subur di Yordan pada tahun 2000 sebelum masihi. Bandar-bandar mereka ialah Sodom, Gomorah, Adma dan Zeboim. Pertembungan orang-orang jahat ini memandu mereka kepada suatu kejahatan manusia yang paling hina – sodomi (liwat). Betapa hebatnya penambahan dosa ini! Allah telah menciptakan Hawa yang paling sempurna bagi Adam dan bukan suatu Stefanus bagi Adam (Kej 2:18-25). Tetapi orang-orang rosak itu menyalahgunakan sesama diri (Kej 9:1-7; Rom 1:24-27; 1Kor 6:9). Allah telah membakar mereka semua sehingga menjadi abu. Abraham nampak asap hasil keruntuhan bandar-bandar ini (Kej 19:27-28).

Ia sama pada zaman ini, orang jahat dengan dosa mereka telah bertambah dalam segala faktor yang telah dinyatakan di atas pada dua generasi terakhir ini. Dua lelaki di atas katil bukanlah perkahwinan di dalam Alkitab ataupun di mana-mana waktu sejarah manusia. Namun, kebencian yang melampau di dalam orang yang rosak terhadap Alkitab, Kristian dan tradisi, budaya dan kebiasaan undang-undang adalah sungguh mengejutkan. Bersiap sedia. Suatu api besar sedang menjelang untuk membakar seluruh alam untuk membinasakan mereka (2Tes 1:7-10; 2Pet 3:10-14; Wah 20:7-15). Kalau kamu berpegang kepada pemahaman perkahwinan antara lelaki dan perempuan sahaja kerana takut akan Allah, kamu hanya akan melihat dan menyaksikan penghakiman ini.

Hai pembaca Kristian, jangan biar penambahan orang durjana dan percabulan mereka akan segala yang baik membimbangkan kamu. Yesus Kristus – Hakim yang akan datang ke bumi – telah memberitahu rasul-rasulNya, “Hal-hal ini telah kubicarakan kepada kalian, supaya dalam aku kalian dapat ada damai sejahtera. Dalam dunia kalian akan ada seksaan: tetapi cerialah hatimu; aku telah mengatasi dunia.” (Yoh 16:33). Langit dan bumi baru sedang menjelang untuk kamu, bersukacitalah dan hidup dengan waspada (2Pet 3:10-14).

Jangan biar dosa yang bertambah di dunia dan di dalam kebanyakan gereja zaman kini menyebabkan takut dan kasih kamu akan Allah menjadi suam-suam kuku ataupun sejuk, seperti kebanyakan orang yang terikut-ikut orang Yahudi menyalibkan Tuhan Yesus Kristus (Mat 24:12). Dalam empat puluh tahun kemudian, orang benar nampak pembalasan Allah ke atas orang Yahudi bagi kematian Anaknya, melalui seksaan yang dahsyat atas bangsa itu. Tiada seksaan yang setara dengan seksaan itu di sejarah manusia (Luk 21:20-24; Mat 22:1-7; 1Tes 2:14-16).

Apabila orang jahat menghiburkan sesama diri di dalam penambahan bilangan mereka, ingat bahawa Allah sudah mengisytiharkan bahawa apa yang disanjungi tinggi mereka ialah kekejian bagiNya (Luk 16:15). Dia sudah mengisytiharkan hikmah dunia ini sebagai kebebalan (1Kor 1:19-21; 3:18-20). Dia sudah mengisytiharkan mereka sebagai musuhnya (Yak 4:4). Jika kamu berpihak kepada Allah dan kebenaranNya, maka kamu sebahagian suatu kerajaan yang besar dan yang menang (Ibr 12:22-24; Wah 7:9).

Apakah peristiwa bencana di mana orang benar akan melihat semua yang durjana jatuh? Ia kedatangan Yesus Kristus, sebagai Tuhan syurga dan bumi, apabila Hari Penghakiman Besar akan dilangsungkan, dan setiap manusia kena memberi perhitungan kepada Allah Yang Maha Kudus yang tercatat di Alkitab (Pkh 12:13-14; Rom 14:10-12; 2Kor 5:9-11; Wah 20:11-15). Semua yang durjana akan dicampak ke dalam lautan api untuk diseksa selama-lamanya (Mat 7:21-23; 25:41,46; Yoh 5:28-29).

Amsal ini telah mengajar beberapa pelajaran tentang perubahan masyarakat dan penghakiman yang akan datang. Tetapi adakah kamu nampak pelajaran yang penting di sini? Ada lelaki dan perempuan yang benar di dalam amsal ini! Mereka berbeza daripada yang durjana! Mereka hanya akan melihat kebinasaan orang jahat – sebab Allah akan melindungi mereka daripada amarahNya (Maz 37:34; 58:10-11; 91:8). Adakah kamu salah seorang benar ini? Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan mulalah perjalanan hidup di dalam kebenaranNya pada hari ini juga (2Pet 1:5-11).