29:17
Perbetulkan anakmu, dan dia akan memberikanmu istirahat; ya, dia akan membawa sukacita kepada jiwamu.
Mendidik anak ada dua faedah (di antara faedah-faedah lain). Pertama-tama, anak itu diselamatkan daripada kebebalan dan disediakan untuk suatu kehidupan yang berhasil. Kedua, ibubapa ada suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera sementara mereka menyaksikan anak mereka yang berhikmah itu berjaya di dalam kehidupan, dan faedah yang kedua ini ialah pelajarannya di sini. Jika kamu memperbetulkan anak-anakmu, mereka menjadi makmur dan kamu merayakannya. Cadangan ini menjadikan dua-dua pihak pun menang, tetapi ibubapa yang mengabaikan pembetulan kepada anak mereka akan merugikan kedua-dua anak mereka dan diri mereka sendiri.-
Ibubapa yang bebal kerap kali berkata, “Kita boleh melepaskannya pada kali ini. Jika dia melakukannya semula, baru kita akan melakukan sesuatu.” Betapa bahayanya gagasan ini! Mengetepikan masalah tidak akan melenyapkannya. Mengetepikan kelakuan bebal memperkuatkan lagi kelakuan itu dalam anak. Semakin menangguh, semakin sukar untuk membuat pembetulan. Lagi pula, semakin menangguh, semakin mudah untuk lagi menangguh lain kali. Dan sebelum ibubapa kesedaran, ibubapa sudah memantapkan suatu tabiat menutup mata terhadap perangai berdosa anak mereka itu.
Kebanyakan ibubapa menutup mata terhadap perangai bebal untuk mengekalkan keamanan dalam keluarga. Mereka mendambakan damai sejahtera di rumah. Mereka harap sikap memberi peluang kepada anak akan mengekalkan rumah tangga selesa dan tenteram. Mereka sungguh tersilap laku! Amsal ini mengajar bahawa istirahat dan kesukaan bergantung kepada memperbetulkan anak, dan bukan untuk menyesuaikan diri kepada sikap mereka. Walaupun mengharapkan keamanan, kebanyakan ibubapa pada akhirnya menghilanginya. Kehilangan keamanan seketika untuk memperbetulkan anak ialah bayaran yang murah untuk keamanan yang berjangka masa panjang.
Raja yang paling berhikmah yang akan kamu temui, Raja solomo, memberi amaran untuk menentang sikap sambil lewa terhadap mendisiplinkan anak. Dia telah menulis, “Tongkat dan teguran memberi hikmah: tetapi seorang anak yang terbiar membawa malu kepada ibunya” (Ams 29:15). Peraturannya mudah sahaja; kesan-kesannya sungguh dahsyat. Kepedihan dan keaiban yang sesetengah ibu tanggung adalah besar. Mengapa? Kerana mereka pilih untuk memakai jalan kompromi dan tidak ingin memperbetulkan anak-anak mereka dengan kasih yang tegas.
Tongkat dan teguran akan memperbetulkan dan mendidik anak untuk menghasilkan kesukaan yang ajaib bagi ibubapa. Janjinya pasti: “Didiklah seorang anak dalam jalan yang patut dipakainya: dan apabila dia tua, dia tidak akan meninggalkannya” (Ams 22:6). “Kebebalan tertambat pada hati seorang kanak-kanak; tetapi tongkat pembetulan akan mengusirkan itu jauh daripadanya” (Ams 22:15). Jangan main tangguh-tangguh! Setiap kali kamu menangguhkan apa yang harus dibuat, kamu merosakkan anakmu dan mengorbankan kenikmatan masa depan.
Jika kamu mengasihi anakmu, kamu akan sungguh giat untuk menyelamatkannya daripada kehidupan yang rosak (Ams 23:13-14). Kamu tidak akan berlengah-lengah dalam hal yang penting ini. “Dia yang sayang memakai tongkat membenci anaknya: tetapi dia yang mengasihinya menghukum dia dari awal-awal” (Ams 13:24). Maksud awal-awal adalah untuk melakukannya ketika anak masih muda, dan dengan lekas, sebelum ia terlambat. “Hukumlah anakmu sementara ada harapan, dan janganlah jiwamu melepaskannya kerana tangisan” (Ams 19:18). Hanya kebencian atau kejahilan yang malas akan menyebabkan kamu untuk bertangguh. Ini dan dosa-dosa ibubapa yang lain telah menghasilkan suatu generasi yang paling mementingkan diri sendiri pada zaman kini.
Ibubapa yang paling bahagia ialah mereka dengan anak-anak yang mulia dan yang menjalani kehidupan yang berjaya dan yang berfaedah. Solomo, yang ada jalan bagi kebahagiaan dalam apa pun aspek kehidupan, telah menyebut fakta ini beberapa kali (Ams 10:1; 15:20; 23:15-16,24-25; 29:3). Ibubapa sedemikian dapat hidup dan mati dengan sejahtera, sedang kala tahu bahawa mereka telah meninggalkan suatu warisan yang salih dan yang mulia di bumi di dalam anak-anak mereka.
Suatu punca yang besar bagi ketidakbahagiaan dalam ibubapa ialah anak dengan kehidupan yang rosak. Solomo juga telah menyebutkannya beberapa kali (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 19:13). Anak-anak yang kerap bermasalah melesapkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan ibubapa mereka pada umur uzur mereka dan selepas itu mengusung mereka ke kubur dengan pengetahuan bahawa mereka telah gagal dan meninggalkan duri kebebalan bagi orang lain tanggung.
Pilihannya kamu punya. Penawarnya mudah sahaja. Perbetulkan anakmu! Jangan biar dia terlepas dengan perbuatan yang salah dalam apa pun hal. Beritahu dia itu salah. Ajarnya jalan yang betul. Kamu telah membawanya ke dalam dunia ini tanpa mengenal apa pun, dan masa depannya dan masa depanmu bergantung kepadamu untuk menunjukkannya jalan yang benar dan yang berhikmah. Bertegas dan tegurlah dia; selepas itu beri arahan dan nasihat kepadanya.
Fahaman deisme ialah ajaran yang sesat. Allah alkitab tidak menciptakan dunia dan kemudian meninggalkannya. Dia telah memilih anak angat dari antara kaum manusia, dan menjadi Bapa mereka secara kekekalan. Dia tidak pernah melanggari amsal ini dengan mengetepikan kebebalan mereka. Dia memperbetulkan mereka dengan berhikmah untuk memalingkan mereka semula kepada kewajaran. Jika kamu bersyukur untuk didikan seorang ayah di bumi, maka naikkan syukur ke syurga bagi pembetulan daripada Allah Bapamu (Ams 3:11-12; Maz 119:67,71,75; Ibr 12:5-11).
Bapa di syurga sungguh melebihi hikmah Solomo. Untuk menyempurnakanmu, Dia memakai pelbagai cara untuk menghukum dosa-dosamu dan memalingkanmu semula kepada jalan kudus, benar, dan berhikmah. Betapa diberkati dan menguntungkan keistimewaan ini, sebab Dia tidak memperbetulkan orang yang Dia tidak sayangi dan tidak menganggap sebagai anak (Ibr 12:6-8; 1Kor 11:32). Inilah bukti kasihnya; ini adalah untuk keuntunganmu; kamu harus bersuka di dalamnya dengan sikap kesyukuran (Wah 3:19; Rom 5:3-5; Yak 1:2-4).