Amsal · Proverbs

29:18
Di mana tiada visi, di situ umat binasa: tetapi dia yang memegang hukum, bahagialah dia.

Kamu memerlukan firman Allah. Amsal ini ialah peringatan yang besar. Alkitab, iaitu nas-nas kitab yang diilhamkan Jehovah, satu-satunya Allah yang benar, adalah penting bagimu. Tanpa wahyu kehendak Allah, manusia sungguh jahil dan akan binasa sendiri. Teladan-teladan individu akan haldisfungsi adalah di sekelilingmu. Allah akan tidak lama lagi membinasakan dunia kerana pemberontakan manusia yang tidak waras.

Abaikan Alkitab dan itu membahayakan diri sendiri. Kepuasan dan kebahagiaan terjadi dengan memegang perintah-perintah Allah, yang hanya boleh diketahui oleh perhatian kepada Alkitab. Kejayaan dan kemakmuran bergantung kepada dirimu memiliki mesej daripada Allah. Pelajaran amsal ini adalah mudah, tetapi kebanyakan orang terperdaya teruk oleh tafsiran yang palsu dan pemakaian ayat ini dengan bebal.

Orang upahan yang dibawa masuk oleh pastor yang bercita-cita tinggi memberitahu gereja yang berpuas hati bahawa, “Untuk menjadi gereja yang besar, kamu harus fikir besar. Jika kamu ingin pertumbuhan, maka kamu perlu memikir pertumbuhan. Jika kamu mahu melipatgandakan tiga kali bilangan kedatangan gerejamu dalam dua tahun, maka kamu perlu membina sebuah dewan yang adanya saiz yang sama dengan impian itu. Jika kamu boleh memimpikannya, maka kamu boleh percaya itu. Jika kamu boleh percaya itu, maka kamu boleh mencapainya.”

Dia melanjutkan slaid PowerPoint yang kemudiannya dengan mengisytihar, “Allah bersetuju. Alkitab menyatakan ‘Di mana tiada visi, di situ umat binasa’. Dapatkanlah visi, hai sekalian! Dapatkanlah visi untuk menambahkan saiz gerejamu yang kecil! Tandatanganilah kad ikrar pada hari ini juga, dan bantulah pastormu untuk mendapatkan gadai janji yang berjuta-juta ringgit itu! Kamu memerlukan visi, supaya gerejamu tidak akan mengering lalu lesap”.

Siapa yang tidak pernah mendengar kata pepatah ini, “Di mana tiada visi, di situ umat binasa”? Kata-kata amsal ini sungguh terkenal, tetapi maksud sebenarnya kurang diketahui. Di sinilah salah satu ayat Alkitab yang paling banyak disalahgunakan. Inilah bunyi perkataan tanpa mempedulikan maksud perkataan-perkataan. Semoga Allah menyelamatkanmu daripada pemakaian Alkitab yang sebegitu jahil dan yang sebegitu sambil lewa.

Amsal ini kerap kali dicemarkan untuk menggoda gereja untuk memimjam sejumlah wang besar untuk mengusahakan projek-projek bangunan yang tidak perlu. “Visi” yang dimaksudkan mereka ialah rancangan untuk membesarkan saiz gereja; dan “binasa” pula ialah penerusan dalam jalan yang sama meskipun bangunan sudah dibeli dan habis dibayar. Betapa teruknya persendaan tafsiran Alkitab! Semoga TUHAN memberkatimu untuk membaca dan memahami erti amsal ini, seperti Ezra membaca dan memberi maksud sebenar kepada Israel (Neh 8:8).

Seperti yang kerap kali dalam Amsal, keselariannya amsal ini memberitahumu bahawa “visi” ialah mendengar dan membaca firman Allah. Orang yang bahagia dibandingkan dengan orang yang sedang binasa, dan hukum Allah dibandingkan dengan “tiada visi”. Tiada apa pun di sini tentang membuat impian atau rancangan membina bangunan.

Pelajarannya adalah mudah tetapi cukup berkuasa. Firman Allah ialah berkat yang besar, dan mentaatinya ialah asas kebahagiaan yang sejati. Tetapi di mana firman Allah tidak dikhutbahkan, di situlah umat akan mati dalam kejahilan dan kebebalan kerana kebuluran pengetahuan. Berdoa agar Allah menyelamatkanmu daripada keadaan demikian. Inilah pelajaran amsal, dan kamu tidak harus membiar sesiapa pun mencemarkan ayat ini semula.

Allah sekali sekala mungkin menarik balik firmanNya daripada umatNya. Pertimbangkan zaman Samuel, yang mengurapi Daud sebagai raja Israel. Firman TUHAN, atau wahyu daripada Allah, sungguh jarang pada zaman itu, dan itulah yang dipanggil sebagai visi, seperti di dalam amsal ini. Secara am, Allah tidak menyatakan DiriNya dan kehendakNya kepada Israel sehingga Samuel sampai (1Sam 3:1).

Allah juga menarik balik firmanNya pada waktu-waktu yang lain juga. Sebelum pemerintahan Asa, bangsanya telah menderita tanpa adanya imam yang mengajar dan tiada hukum Allah (2Taw 15:3). Dan ketika Yosia memerintah, hukum Allah, yang telah hilang, ditemui ketika pengubahsuaian bait suci (2Taw 34:14). Sementara di Babel, Allah juga menarik balik firmanNya jauh daripada Israel (Yeh 7:26; Rat 2:9). Yesus nampak umatNya sendiri tertinggal tanpa khutbah yang setia, seperti domba-domba tanpa gembala (Mat 9:36).

Tanpa firman Allah untuk menyelamatkannya, manusia akan bersembahyang kepada tiang kayu totem, berhenti memukul kanak-kanak yang tidak tertib, mengajar penjelmaan semula manusia yang sudah mati, percaya dia datang daripada monyet, membakar kanak-kanak dalam korban, makan allah kuih, mencium sebuah batu di Mekkah, bersembahyang kepada lembu dan kerbau, membakar balu di unggun bakar mayat, menyelamatkan anak anjing laut sementara menggugurkan bayi manusia, merekakan perkahwinan sejenis, dan sebagainya.

Tanpa firman Allah, manusia merayau keluar daripada jalan pemahaman lalu berdiam di jemaah orang mati, supaya binasa di bawah perdayaan Syaitan (Ams 21:16; Kis 26:16-18; Efe 2:1-3). Pertimbangkan sejarah moden yang wujudnya kadar yang paling besar bagi kebebasan manusia, kehidupan yang makmur, dan orang yang berbahagia – iaitu waktu yang Alkitab diamalkan.

Ketika Paulus berkhutbah di Listra dan Atena, dia menjelaskan bahawa Allah sudah membiarkan orang bukan Yahudi berjalan di dalam jalan-jalan jahil mereka tanpa firmanNya untuk banyak generasi, tetapi Dia sekarang memerintahkan semua orang untuk bertaubat bagi kejahilan mereka (Kis 14:11-18; 17:22-31). Tanpa nas-nas kitab, manusia akan berasak-asak dengan cita-cita tamak ke dalam gaya hidup yang paling hina (Efe 4:17-19).

Pada hari-hari zaman kini, kebanyakan lapisan masyarakat tertutup kepada pembacaan dan khutbah firman Allah. Ia secara am terlarang di negara-negara yang beragama Muslim, Hindu, Budha, dan lain-lain. Di mana Alkitab tidak dibaca dan dikhutbahkan, rakyat menderita berbagai jenis kejahilan dan kebebalan. Tanpa firman Allah, negara-negara demikian adalah “tanpa harapan” secara agama (Efe 2:12; Yoh 4:22; 1Tes 4:13), dan kemajuan alamiah pada kadar yang memuaskan pun tidak boleh dicapai mereka (Ams 8:1-31).

Satu perenam dunia beragama Katolik, sehingga baru-baru ini ahli-ahlinya tidak dibenarkan untuk membaca Alkitab. Misa – satu-satunya waktu pendedahan mereka kepada Alkitab – dibuat dalam bahasa Latin. Betapa ketahayulan kejahilan mereka itu! Dan itu dalam nama agama Kristian pula! Bandingkan negara Katolik dengan negara-negara yang di sekelilingnya, dan membinasa oleh kejahilan sungguh nyata. Sementara mereka tidak menerima kasih akan kebenaran, Allah menyampaikan mereka perdayaan (2Tes 2:9-12).

Logiknya mudah. Keselamatan agama adalah dengan memanggil kepada nama Tuhan Yesus Kristus. Tetapi bagaimanakah dapat mereka memanggil tanpa percaya? Dan bagaimanakah mereka percaya tanpa mendengar? Dan bagaimanakah mereka mendengar tanpa pengkhutbah? Dan bagaimanakah mereka berkhutbah tanpa diutus? Allah telah menarik balik pedang firmannya daripada dunia yang telah menolak Dia (Rom 10:13-17).

TUHAN telah memberi amaran bahawa salah satu daripada penghakimanNya adalah untuk menarik balik firman Allah dan meninggalkan orang kebuluran bagiNya dan bagi nas-nas kitabNya. Tuhan berkata, “Umatku binasa kerana kekurangan pengetahuan” (Hos 4:6). Dia menjelaskan suatukemarau yang Dia akan bawa ke negeri: bukan kemarau roti, tetapi kemarau mendengar firman Allah (Amo 8:11-12). Tuhan, tolong!

Amerika berada dalam keadaan demikian. Ia menggenapi nubuat masa membahayakan zaman akhir, yang dinubuatkan oleh Paulus dalam amarannya kepada Timotius (2Tim 3:1-5). Walaupun adanya ledakan maklumat dengan pembelajaran yang mendadak, tiada kemampuan untuk mengenalpasti atau belajar kebenaran (2Tim 3:6-7). Kebanyakan umat Kristian dan gereja-gereja memikir, kelihatan, dan bertindak seperti orang pagan di dunia.

Guru-guru palsu ada di merata-rata, saling menyesat dan disesatkan (2Tim 3:8-13). Kebanyakan orang Kristian membenci doktrin dan kebenaran yang sihat, dan mereka membayar guru-guru dan para penghibur yang akan memuaskan gatal-gatal telinga mereka dan nafsu mereka dengan dongeng (2Tim 4:3-4). Khutbah yang benar dipandang hina dan dianggap sebagai aktiviti yang ketinggalan, boring, dan negatif. Hiburan memang menjadi keutamaan! Tiada lagi visi! Amerika berada di tengah-tengah kemarau firman Allah.

Manusia menjalani hidup yang disfungsi dan yang cabul dan sedang binasa dalam kebebalan dan kejahilan. Sesetengah orang Kristian yang ikhlas di seluruh negara sedang kebuluran untuk mendengar dan memahami firman Allah, tetapi mereka tidak mendapati ia diajar di mana-mana pun. Kekeliruan dan kesilapan merajalela bagi mana-mana subjek dan bagi setiap subjek. Penekanan diberi kepada pertumbuhan dan program dengan pandangan hina bagi firman Allah.

Apakah rawatannya? Orang panggilan Allah harus mengkhutbahkan Firman Allah dengan setia dan dengan dogmatik [berpegang keras]. Alkitab mencukupi sepenuhnya untuk memperlengkapkan setiap pelayan yang setia dengan sempurna untuk memberi arahan kepada umatNya dalam segala hikmah Allah (2Tim 3:144:2; Yer 3:15). Dengan adanya Alkitab sebagai panduanNya, hamba Allah yang setia boleh membasmikan kesalahan-kesalahan dan ilusi mana-mana orang, sebab firman Allah ialah tukul dan api (Yer 23:28-29).

Apakah satu rawatan lagi? Hormatilah khutbah yang setia kepada firmanNya dengan minda yang sedia dan yang sikap yang mahu belajar, dan jangan memandang hina pengajaran Alkitab yang kolot (Kis 17:11; 1Tes 5:20; Yer 6:16; Yud 1:4). Tolaklah apa pun gerakan kepada sembahyang kontemporari, dan pulihkanlah suatu penekanan kepada mesej-mesej keras firman Allah oleh guru-guru yang ditahbiskan. Ulangkaji sukacita besar dan raya seluruh bangsa Israel ketika mendengar dan memahami khutbah (Neh 8:1-12).

Apakah satu lagi rawatan? Hargailah firmanNya sebagai harta milik yang paling besar di bumi, dan bersuka di dalam kata-katanya dari syurga (Yer 15:16; Ayb 23:12; Maz 19:10; 119:72,103,111). Sanjungilah Alkitab sebagai kuasa yang mutlak dan yang muktamad untuk setiap subjek di mana kamu boleh berbuat demikian. Lakukanlah itu dengan penyangkalkan kepada generasi yang suka televisyen dan kegilaan mereka akan dongeng dan kenikmatan. Pastikan dirimu ada versi Alkitab yang dapat kamu percaya pada tahap perkataan untuk memuliakan Allah.

Apa lagi yang dapat kamu buat? Taat dengan rendah hati dengan keikhlasan dan kebenaran apa yang kamu baca dan dengar daripada Alkitab, dan bukan semata-mata mematuhi secara luaran dengan upacara dan tabiat keagamaan (Yeh 33:30-33; Luk 8:18). Biar orang lain melihat keinsafanmu yang benar tentang Alkitab dan melalui ketaatanmu kepadanya.

Apa lagi? Tunjukkanlah sukacita, damai sejahtera, dan harapan sejati dalam kepercayaanmu yang akan menyebabkan orang lain digalakkan dan meminta untuk sebab harapanmu (Rom 15:13; 1Pet 3:15). Orang yang di bawah pengaruh Roh pada hari Pentakosta tidak menganggap visi mereka sesuatu perkara yang remeh (Kis 2:42-47). Dengan mentaati Alkitab dan dengan adanya kehidupan yang diberkati, kamu dapat berbuat banyak untuk mengalakkan itu kepada orang lain.

Ada ganjaran yang besar untuk memiliki dan mentaati Firman Allah (Maz 19:11). Musa memberitahu Israel bahawa wahyu yang berharga yang telah mereka terima daripada Allah ialah hikmah dan pemahaman melebihi bangsa-bangsa yang lain (Ula 4:5-10), kewajaran mereka dan jalan mereka untuk mendapat berkatNya (Ula 6:20-25), dan sampai kepada nyawa mereka sendiri pun (Ula 32:46-67). Membina dasar yang kukuh ini akan mempersiapkanmu juga untuk ribut kehidupan yang akan pasti datang (Luk 6:46-49).

Yesus telah berkata berkenaan khutbahNya, “Jika kalian tahu hal-hal ini, kalian berbahagia jika kalian melakukannya” (Yoh 13:17). Dia juga memberitahu seorang perempuan bahawa mendengar dan memegang firman Allah ialah berkat yang lebih besar daripada menjadi ibuNya (Luk 8:21; 11:28). Dan Yakobus menambah lagi bahawa berkat itu adalah untuk orang yang mendengar dan melakukannya (Yak 1:25). Pastikan dirimu itu pelaku firman!

Kitab-kitab kudus dan khutbah setia bagi itu memberi lebih nilai kepada orang daripada apa-apa pun berkat. Kerana ketaatan kepada firman Allah menyelamatkan diri daripada kejahilan dan masalah, membawa kepada damai, kemakmuran, dan kesenangan paling besar yang mungkin di dunia ini, dan mengandungi semua arahan rohani untuk bersiap bagi dunia akhirat. Ia mengajar manusia bagaimana untuk berjalan dengan Allah dalam keyakinan hidup kekal dan persekutuan peribadi denganNya. Kemuliaan bagi Allah!

Tuhan Yesus Kristus bangkit daripada mati dan diangkat ke tangan kanan Allah. Di sana Dia telah menerima kurnia-kurnia besar dan jarahan bagi kemenanganNya ke atas dosa dan maut, dan Dia pula telah memberi kurnia-kurnia ini untuk kemampuan pelayanan dan kekuasaan untuk mengkhutbahkan Alkitab kepada umatNya dan gereja-gerejaNya. Bersukacita dan jadilah teramat gembira bahawa kamu sudah melihat kaki yang indah (Rom 10:15; Ayb 33:23-24) dan telah mendengar bunyi yang girang (Maz 89:15; 68:11; Rom 10:18).

Hai pembaca, adakah kamu mengasihi, menghargai, membaca, dan mentaati Alkitab seperti yang sepatutnya? Ia kehidupanmu. Tanpanya, kamu akan binasa. Abaikannya dan itu akan membahayakan nyawamu dan jiwamu. Ia merupakan kebahagiaanmu. Sanjunginya dan itu akan membawa berkat sukacita kepada kehidupanmu sendiri dan bagi keluargamu. Kepuasanmu dan kebahagiaanmu dalam segala perkara sama ada yang alamiah mahupun yang rohaniah bergantung kepadanya.